Nov
29
Posted by deennasour
hoho~
sebaik sahaja gaji bulan 11 keluar, aku terus ke maxis centre KLCC untuk membayar bil internet aku.
kira-kira jak 12 tgh hari, aku sampai dan terus menuju ke destinasi.
melihat kehangatan di luar,
semangatku untuk mengambil gambar kian membakar tambahan pula tiada siapa dapat mengganggu kerana aku pergi berseorangan.
kawan-kawan lain kerja,,,aku cuti kerana menduduki stpm pada paginya.
dan bermulalah penjelajahan dan mata dan tangan ku ligat dan liar memerhati seni fotografi yang boleh aku dan inilah antara hasilnya……….
[aku berada betul-betul di bawah twin tower dan shot ini agak menarik dengan sengaja disengetkan]

[menarik! aku berjaya menangkap tiga bangunan dalam satu frame, bangunan yang menghiasi sekitar Kuala Lumpur]
[ diambil ketika sedang berteduh kepanasan, dan tiba-tiba aku terlihat sesuatu yang indah dan inilah hasilnya] 
[angle dari sebelah kanan twin tower dan aku berjaya menangkap hampir keseluruhan menara ini]
[shot ciptaan Illahi digandingkan dengan shot ciptaan manusia. wow!]
[pelancong turut tidak ketinggalan merasai kehebatan KLCC]
Nov
26
Posted by deennasour
Suasana malam di Kuala Lumpur memang meriah dengan lampu neonnya yang begitu emnarik sekali, dan jalan tun abdul rahman lah antara jalan yang meriah sekali pada malamnya.
Fuh,,seronoknya bersiar-siar di Kuala Lumpur pada malam hari,,,,,
Terima kasih kepada Adli kerana sanggup dan dengan sportingnya membawa kitorang Aku,Wawa,Zuri dan kak Huda jalan-jalan…
Seperti yang kamu semua sedia maklum,,hahaaa,,tangan ku tidak boleh berhenti untuk mengambil gambar,,,dan inilah antara gambar-gambar yang sempat aku tangkap.
[pemandangan eye on Malaysia dah siap edit]
[dataran merdeka bermandikan cahaya]
[jalan di hadapan UM, sewaktu terperangkap dalam kesesakan]
Ada banyak lagi gambar-gambarnya,, tapi cukuplah sekadar ini sahaja
gambarnya, moga dapatlah merasakan keseronokkan nya,,,haha
Nov
23
Posted by deennasour
huhu,,terima kasih kepada Munetz yang sudi menemani ku berjalan-jalan di Shah Alam ini.
Yeah, pertama kali menjejak kaki ke Shah Alam, aku rasakan seperti berada di Miri,Sarawak.
Tidak banyak beza. Kedua-dua tempat mempunyai pusat membeli-belah yang agak besar dan kawasan pusat bandar yang agak tertumpu pada satu kawasan.
Lokasi persinggahan pertama, kompleks pkns, memandangkan hujan,maka terpaksa berteduh dan bagi memenuhi janji Munetz yang nak belanja aku cendol atau ABC,,,,
Kemudian, kami bergerak ke Plaza Alam Sentral yang juga popular sebagai sri pentas 2 TV3.
di sini, kami terus gerak dan jalan-jalan,pusing-pusing satu bangunan kerana target utama adalah tasik Shah Alam, sebab aku nak ambil seberapa banyak gambar.
Dan ini adalah antara gambar yang sempat ku rakamkan menggunakan kamera digitalku. Tanpa diedit,,original!!!!
[gambar ditepi tasik selepas hujan]
[antara pokok yang unik,terbelah dua]
[Munetz possing di tepi tasik]
+of+S6300828.JPG)
[bunga tahi ayam menghiasi pintu masuk tasik Shah Alam]
Nov
23
Posted by deennasour
hoho,,selepas melawati negeri cik siti wan kembang,Kelantan, kami pergi pula ke negeri penyu bertelur,Terengganu.
wah, hebat dan indah sungguh Terengganu sejak berada di bawah kepimpinan Barisan Nasional.
Pembangunan di Terengganu rancak dijalankan, dan perjalanan kami tertarik dengan masjid kristal yang sedang dibina. dibina dengan menggunakan kristal,pastinya cantik. Sayang, kamera handphone ku tidak berupaya untuk menangkap gambar masjid itu,memandangkan kami tidak berhenti di situ kerana target sebenar ialah ke LOSONG,Terengganu, yang terkenal dengan keropok lekor.
Fuh, sememangnya keropok lekor yang panas baru keluar dari kuali begitu sedap ditambah dengan kesegaran ikannya, berbeza sekali ketika memakan keropok lekor di Kuala Lumpur atau pun Miri,Sarawak.
Kemudian, perjalanan diteruskan ke Pasar Payang yang terkenal dengan kain batik dan songket. Sesuai dengan kecantikan kainnya, hargnya pun bolehlah tahan, 3 angka lah,,,,
Pasar Payang berada di pesisir pantai, dan tangan ku juga gatal untuk menangkap gambar.
[gambar di kawasan PASAR PAYANG]
Destinasi terakhir ialah Masjid Terapung. Sememangnya kelihatan terapung. dari jauh, keputihan masjid itu begitu memukau mata di tambah dengan tasik yang mengelilinginya, begitu indah. Dan orang ramai juga tidak berhenti-henti singgah untuk melihat keunikan masjid ini.
[masjid terapung nan indah]
Nov
23
Posted by deennasour
hoho,,,pada 8 dan 9 september 2007 yang lalu,aku dan serombongan warga filem negara telah pergi ke Kelantan dan Terengganu untuk melihat keindahan negeri pantai timur itu,,
erm,antara tempat yang menjadi persinggahan semestinya di RANTAU PANJANG kerana barang-barang di situ murah-murah belaka,,
[gambar ini ketika di RANTAU PANJANG]
Kelantan sememangnya indah dan sedp mata memandang memandangkan keaadaan persekitaran yang masih tidak memeningkan kepala dengan bangunan sana-sini,kenderaan pun agak kurang,,so,,aman tenteram
Antara tempat lain yang menjadi persinggahan ialah di PENGKALAN KUBU. Di sini barangannya bebas cukai, jangan tanya kenapa kerana aku tak tahu. Sayang sekali,aku tidak dapat shopping sakan kerana nak save budget bayar deposit untuk maxis broadband pada masa itu,,,hahaha,,menyesal!!!
[gambar di sempadan Malaysia-Thailand
Seharian pada 8 september diisi dengan lawatan sehingga lewat petang daaa,, kita menginap di hotel Suria berdekatan dengan perhentian bas dan kira pusat bandar. So, banyak juga gambar yang ku ambil memandangkan aku kaki gambar.
[lepak dan makan di A&W,sponser ialah Kak Ina.tq]
Dan malamnya aku,dan kawan-kawan di atas ni meronda-ronda satu bandar Kota Bharu ni,,tak semena-mena,murah pula handphone kat sini. N70 cuma RM700, tak tau ori atau tak,,tengok harga macam tak. hehehe,,,lepas ronda-ronda masuk tidoooooo…….
Pagi 9 september bertolak pagi untuk ke Terengganu, fuhhh,,masing-masing begitu teruja, untuk ke negeri penyu bertelur dan menangis ini. Pagi sebelum berangkat sempat lensa kamera N70 yang dikendalikan poleh ku menangkap beberapa gambar.
[antara gerai-gerai di kaki lima]
[suasana dan ragam warga kota]