/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Archive for November, 2007

Nov
21

REVIEW : FILEM JANGAN PANDANG BELAKANG

Posted by deennasour

SINOPSIS

Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose (Intan Ladyana). Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali adalah seorang yang periang dan ceria.
Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan membawa pulang botol tersebut. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk imej pada kamera digital Rose yang mereka temui.
Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ’sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.
Mendengar nasihat Daim (Jalaluddin Hassan) iaitu bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampung. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang (Khatijah Tan). Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin (Rio Elani) dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok.
Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahu pun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belengu yang menganggu hidupnya setiap hari?
Segalanya akan terjawab dalam filem ini. Kepada anda semua, walau apapun yang terjadi, sesekali pun JANGAN PANDANG BELAKANG kerana apabila yang mati bertemu yang hidup, segala kemungkinan pasti berlaku!

REVIEW AKU apabila menonton filem ini,,yup,,memang seram,dengan penerapan cahaya yang samar-samar sepanjang babak, menghidupkan lagi suasana seram,selain bunyi yang agak sederhana dan menyeramkan menambahkan mood seram ke dalam filem ini,,,wah,,memang seram apabila ada adegan makhluk itu!!!!!

watak mak mah, memang berkesan,,seram,misteri, dan ditambah dengan muka piere andre sebagai watak utama memang kene pada filem ini,mimik mukanya amat berkesan sekali.

erm,plot cerita ini, ntahlah. aku sampai tak sedat bahawa filem ini habis. sedar-sedar, dah timbul title,,,wawawawa,,,cayalah ahmad idham!!!!

Nov
21

REVIEW : FILEM SUMO-LAH

Posted by deennasour

sinopsis :

Ramlee (Afdlin Shauki) seorang pemuda Melayu yang sukar mengekalkan pekerjaannya, lalu menyebabkan kekecewaan ibunya (Kartina Aziz). Pada suatu hari, Ramlee yang menganggur dan kesempitan wang ini bertembung dengan cabaran yang dikeluarkan oleh seorang pemilik kedai sushi bernama Honda (Patrick Teoh) untuk “makan seberapa banyak yang mampu – dalam had masa yang ditentukan”. Dengan perut lapar dan hati terdesak, Ramlee cuba mengharungi cabaran ini, lalu gagal. Sebagai sagu hati, Honda (Patrick Teoh) membenarkan Ramlee bekerja di restorannya untuk melangsaikan hutangnya.
Ramlee menjadi seorang kakitangan kedai Boleh Sushi, dan bertemankan Haris (Awie) dan Andy (Radhi Khalid). Ramlee juga terus tertarik kepada anak gadis Honda yang jelita bernama, Siti (Inthira Charoenpura), yang merupakan kacukan Jepun dan Melayu. Ramlee kemudian mula mempelajari erti mendapat pekerjaan yang bagus, serta sahabat dan keluarga yang baik.
Suatu hari Ramlee menyedari bahawa sebahagian kewajipannya sebagai kakitangan Boleh Sushi adalah untuk menyertai Kejohanan Sumo Amatur Persatuan Sushu Malaysia yang dianjurkan oleh pemilik restoran sushi berbangsa Jepun di Malaysia.

REVIEW AKU pula, hmm,cerita ini tidak sebaik filem afdlin yang lain seperti Buli dan Buli Balik, filem ini sedikit kurang kerana Afdlin lebih banyak memaparkan iklan Osim iaitu kerusi urut.

hmm,,,sedikit sebanyak membosankan,

tetapi,,skrip narator afdlin shauki dalam filem ini sememangnya mencuit hati,,sakit perut ketawa dalam panggung. memang lawak…………..”poke…………mon punya dragon ball”,,antara skrip yg sedikit panas!!!!!

filem sumolah ini begitu berat dengan mesej, iaitu mengenai persahabatan, permusuhan, dan jalinan kekeluargaan, permusuhan tidak bermakna tidak bertegur sapa, dan kejujuran juga antara moral filem ini,,sememangnya, berat dgn mesej,,,syabas afdlin,,,,yeaaaahaaaaa,,,,

[pendapat remaja seperti aku]
Nov
21

REVIEW : NOVEL ADAM

Posted by deennasour

Sinopsis : ADAM (AKU DARAH ANAK MALAYSIA)
DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA. DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA…
Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.
Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu…
REVIEW AKU apabila membaca novel ini, ialah, cerita ini mempunyai continuity yang menyebabkan aku tak nak berhenti membaca,,setiap babak cerita begitu berharga dan memberi persoalan demi persoalan.
Watak yang teguh dan kuat iaitu Hilman yang dihidupkan oleh penulis begitu berkesan sekali. Ia seakan-akan hidup.
setiap bab melangkah ke satu babak, dan ceritanya tidak lah secara terus menerus,novel ini lebih kepada penceritaan seperti drama tv,,,,
sememangnya tak rugi baca.
PATRIOTIK,KASIH KEPADA NEGARA,KELUARGA,ISTERI, DAN SIKAP BERANI ADALAH ANTARA MORAL YANG BEGITU MENONJOL DAN BERJAYA DIGARAP DENGAN KEMAS,,,,,,HAHAA,,
[pandangan remaja seperti aku]