Advertisement
Featured Post
Archive for December, 2007
Dec
31
Posted by deennasour
MESTI KORANG TAU DAH BLOG NI KAN? KORANG DAH TAU DIA PUNYA KICK KAN?
DAN INI ANTARA YANG AKU SANGGUP BUAT JUGA KALAU INI SYARAT UNTUK AKU DAPAT BENDA FREE TUH……..TAU TAK!!!!
KENAPA? SEBAB AKU ADA BLOG WORDPRESS YANG AKU NAK ADJUST KASI CHANTEQ BAIK PUNYA~
INILAH DIA, BARANG BAIK YANG BAKAL MENGUBAH BLOG WORDPRESS AKU YANG MASIH KOSONG KEPADA YANG CANTIK DAN MENAWAN,,,KORANG KAN TAU,,,SAPA BLOG OH BLOG TU,,,
THEMENYA YANG CHANTEQ, MEMBUAT MATA-MATA BLOGGER SEDUNIA TAK BERKELIP,,TERMASUK MATA SEPET AKU~
Sempena tahun baru yang bakal menjelma, aku ternanti hadiah yang bakal aku terima? tapi layakkah aku?
Untuk mendapat sebuah theme yang aku impikan selama ini?
Ya!! Insyaaallah,,jika aku terpilih dari ramai yang menyertainya,,masing-masing ada impian…
korang nak??
aku nak jerk block korang dari menyertainya,,apakan daya,,aku ni budak baik,,
korang nak join masih sempat selagi ari ini buka 1 Januari 2008,,ya!! anda masih sempat,,,
Cepat,,aku dah join,,korang bolehlah cuba nasib,,,aku doakan aku berjaya,,,korang tolong lah doakan aku berjaya,,,hehehe,,
Dec
30
Posted by deennasour
I’m done!!!
apa yang udah nyer? hahaha,,,
aku tak ingat bila aku diberi tugas mengedit iklan recaption pilihan raya itu,
tapi akhirnya siap juga kerja aku.
Aku diberi tugas untuk mengedit 4 buah iklan berdurasi seminit yang bahannya diambil dari bahan 30-45 minit…….aku begitu dilemma sekali ketika memilih shot ada yang hendak diambil supaya menepati citarasa SPR dan BOS aku itu…..
Dalam menyiapkan projek aku ini, pelbagai rintangan dan masalah yang timbul, antaranya mesin editing buat masalah, ada editor lain yang guna mesin editing, bahan rosak, karenah senior dan penyakit aku yang merimaskan sekali,,,,
Oleh kerana studio diopis aku terlalulah sibuk dan sering digunakan oleh para senior, maka Bos unit aku mengarahkan aku dan 3 orang lagi rakan seperjuangan ku mengedit projek pilihanraya ini di studio luar iaitu ZAFTRAD Services [aku tak tau betul ke tidak nama syarikat ini] yang berada di Subang. Lokasinya agak jauh dari tempat kerja ku yang berada di Petaling Jaya dan perjalanan ke Subang mengambil masa kira-kira 15 ke 20 minit.
Hampir tiap-tiap hari aku bersama kengkawan berusaha menyiapkan projek dan akhirnya setelah beberapa hari dan minggu akhirnya siap juga projek pilihanraya ini……..
Wah!!!!! akhirnya aku dapat menarik nafas lega!! Buat seketika……
SEKETIKA!!!!
yup! kerana projek aku tu perlu melalui proses preview oleh BOS besar opis aku….kalau beliau berpuas hati, maka tidur nyenyaklah aku, tapi kalau ada kekurangan, maka aku akan kembali ke Subang untuk proses membaikpulih projek ku itu……
Sekiranya projek aku itu diluluskan, maka korang akan tengoklah sebuah iklan di televisyen berkaitan aktiviti pilihan raya dulu-dulu dari pilihan raya pertama sehingga yang kesebelas….
Terima kasih kepada En.Syeriff [tuan empunya studio] yang sudi menyediakan kemudahan editing kepada aku dan rakan-rakan] dan terima kasih kepada KAK Ila [junior editor di Zaftrad] yang sudi membantu] dan kepada Abg ERIC [profesional editor] yang sudi memberi tunjuk ajar………

[bakal penerima anugerah editor paling berkaliber....insyaallah]
[yes!!! akhirnya siap! tengah "transfer" projek ke dalam dvd-aku menggunakan mesin editing satu screen sahaja]

[ini pula mesin editing yang mempunyai 2 screen dan lebih besar dan selesa digunakan]
Dec
27
Posted by deennasour
Ehem, semalam bersamaan 26 Dismber 2007, kira-kira pukul 5 lebih, dah abis waktu kerje, aku diajak oleh Suriya Hani seorang soundwoman pertama di tempat kerja aku untuk tengok wayang….mula-mula tu, aku tak nak,,dia ajak aku tengok cerita enchanted, dalam hati aku [cerita apa tuh?] aku lupa tu cerita yang kartun campur manusia tuh…aku rejectlah, walaupun perbelanjaan 100% ditanggung oleh cik Suriya tuh,,
Dan aku slumber kodok je balik sebab dah waktu balik,,apa lagi, dalam perjalanan ke stesen lrt, aku tanya kawan aku, cerita apa Enchanted tuh? laa,,,baru aku tau dan mengACCEPT semula tawaran tadi,,,hehehe,,,muka tak malu!!
Dalam perut yang separuh lapar, kitorang berdua yang seperti tong dram dan kayu hoki [dia agak berisi dan aku agak kurang berisi] menuju ke MID VALLEY MEGA MALL menumpang encik Sariman[nowseeheart] kebetulan dia melintasi kawasan itu,,,setibanya, beli le tiket dan melantak sekejap di Mc Donald [duit aku sendiri,,orang tu belanja tgk wayang je]
Enchanted sebuah movie dongeng le,,fantasi belaka, kisah seorang perempuan yang nak kahwin dengan seorang putera tetapi telah dikhianati dan dicampak ke dunia realiti…bermacam-macam le kisah lawak dan romantik serta sedih yang berlaku, dan ada satu babak tu, memang ayat perempuan tu romantik dan sedih giler!! sampai aku pun nak meleleh,,,,hahaha
Tengah-tengah aku nak nengok wayang yang sesuai ditonton dengan awek masing-masing ni, aku menerima satu sms dari SAYANG aku yang berbunyi [sampai di sini sahaja hubungan kita, bye] ALAMAK!!!! dia kat miri, aku kat KL, dia nampak ke aku tengah ada skandal tak rasmi ni??
aduh tengah-tengah tgk cerita romantik yang fantasi ni, tiba-tiba di alam realiti aku menerima sms yang mengejutkan,,,,,AWEK AKU BAGI KATA PERPISAHAN LER……..dah bercerai pulak,,
aduh,,,,,aku buat derk je lah,,,sebab dah 5 kali dia kuarkan perkataan perpisahan ni,,dan penah putus dan baik semula,,,so,tulah cerita nya,,,
[inilah tukang sponser dan orang yang disponser...hehe]
[movie yang kitorang tengok,,,romantik dowh movie ni..]

[ramey orang nengok movie, beratur punyalah panjang~]

[antara filem lain yang tengah hot kat panggung~]

[kenangan aidilfitri 2007-aku dan BEKAS awek aku]
Dec
25
Posted by deennasour
Loceng pukul 5 petang pun berbunyi!! OOPS! aku lupa aku dah tak bersekolah!
Jam pukul 5 petang, 24 Disember 2007, hujan turun agak lebat tetapi kemudiannya mula teduh. Aku perlu ke KL Central dengan segera kerana ada temujanji dengan seorang rakan friendster yang sudah ku kenali sejak sekian lama dan aku pun sudah menganggapnya sebagai abangku iaitu AWAZ atau nama glamournya di persada friendster iaitu FEF pemburu arnab
Hmm, kebetulan keluarganya bercuti di Semenanjung dan sebelum pulang ke Sarawak singgahlah ke Kuala Lumpur untuk berjumpa aku……..
Oleh kerana dari tempat kerja aku terus ke KL Central, so aku menggayakan pakaian yang bertemakan METROSEKSUAL iaitu berkemeja POLO dan berseluar silk,,,,manakala cik abang kita mengenakan pakaian bertemakan KONTEMPORARI berkemeja lengan pangjang,jeans dan bertopi.
Setibanya di KL Central, kami terus ke food court untuk mengisi perut ku yang lapar kerana belum makan tengahhari kerana kantin di opisku tutup,,cuti raya aji tak abis lagi,,almaklum, orang Kelantan….
Selepas mengisis perut yang telah disponsor 100% oleh saudara Awaz a.k.a FEF Pemburu Arnab, aku mencadangkan KLCC untuk menjadi tempat melepak dan bersembang-sembang.
Sampai di KLCC, suasana agak suram mungkin kerana ramai warga kota pada malam krismas ini menENJOYkan diri di kelab-kelab malam……
Tanpa membuang masa,,kami pun mengeluarkan weapon masing-masing iaitu KAMERA untuk merakamkan suasana KLCC pada waktu malam,,,fuh,,cantik siot,,,[padahal dah banyak kali aku pergi] tetapi kali ini lebih seronok sebab kedua-duanya minat fotografi maka bermacam-macamlah idea,konsep,perspektif,gaya,action dan kreativiti yang terkeluar….maka ramai lah mata yang memandang ke arah kami tambahan pula kami turut diiringi pendatang baru dalam DEENNASOUR COMMUNITY iaitu LIL’ DEENO~………..siapa itu? aku akan perkenalka dalam entry atau post akan datang tunggu,,,,,,,
Sebaik sahaja selesai berfotografi, berbunyi pula perut abang kite ni, lalu kami bergerak ke dalam KLCC untuk mencari sumber-sumber yang boleh mengisi perut yang kosong. Antara yang menjadi calon ialah, A&W, KFC, MC D, Nando’s, dan Secret Recipe, akhirnya kami memilih Secret Recipe untuk dijadikan sajian iaitu KEK CHEESE….. tapi orang lain yang lapar orang lain plak yang dapat makan,,,, Awaz yang lapar, aku plak yang di suruh pilih makanan apa aku ndak,,lalu ku tapau jua KEK CHEESE itu sambil berkata di dalam hati [macam sedap jerk kek ni,,sabar kat rumah aku melantak] Sekali lagi semua tangungan bayaran diuruskan oleh cik abang kita ituu,,,aku tak mintak tau,,orang tu nak belanja….
Jam dah pukul 9.30 mlm, cik abang Awaz a.k.a FEF pemburu arnab kita perlu balik, tapi aku kata TAK BOLEH sebab dia belom makan,,so kami kembali semula ke KL Central untuk memudahkan cik abang kita balik ke hotel dengan menggunakan monorail,,
Tiba di KL Central, aku di suruh makan lagi oleh cik abang nih,,,adoi,,kalau macam ni lah sebulan, naik gemuk badan aku, tapi oklah juga, sebab aku kurus,,hehehe,,
kami makan di Mc Donald memandangkan foo court dah mula tutup, so,,tak ada pilihan…
huh,,penat gila,,,,,,,,time makan digunakan bersembang-sembang kosong jerk,,
dan pertemuan diakhiri kira-kira pukul 10.15 malam…….
Semoga panjang umur kita berjumpa lagi,,,,,,,,
[Lil' Deeno~ yang turut menyertai aktiviti singkat ini,,tak percaye?]
[Awaz a.k.a FEF Pemburu Arnab in action]

[deennasour & pemburu arnab in action, berangan jadi supermodel,,]
[berACTION bersama snowman]
[antara shot menarik yang berjaya diSNAP oleh ku, idea oleh Awaz a.k.a Pemburu Arnab]
[alamak! aku TERskodeng anak dara orang!!! jangan marah cik kak]
Dec
22
Posted by deennasour
Kempen BERSIH!!! ini bukan kempen politik,atau demonstrasi jalanan mahupun penyerahan memorandum kepada Agong tetapi……………………………
Pada 18 Disember 2007, tempat aku bekerja sekarang telah mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan dan mencantikkan lagi tempat kerja kami supaya lebih selesa, cantik dan indah di pandang mata, hampir ke semua staf-staf yang hadir meliputi 4 bahagian iaitu unit penerbitan,pentadbiran,makmal dan kejuruteraan.
Dan seperti biasa unit penerbitan adalah antara yang ramai tetapi yang hadir untuk gotong-royong pandai berkurang, mungkin keluar untuk shooting atau ehem ehem, ku tak tau.
Sebaik sahaja aktiviti dimulakan, aku dan member-member ku dengan pantas dan bersemangatnya mengambil senjata-senjata untuk kempen BERSIH yang aman ini.
Antara senjata-senjata yang digunakan, penyapu lidi, kayu, penyeduk,plastik sampah dan senjata yang paling mustahak sekali ialah KAMERA!!!!!
Lalu dengan semangatnya aku serta member-member ku melangkah gagah melakukan tugaas demi keamanan dan keselesaan persekitaran tugas~

[dari kiri, bersihkan parit, kutip sampah dan sapu jalan, sapu jalan?]
[memberku zuri sedang membersihkan longkang dan bebarapa kumpulan sedang mengutip sampah]

[keseronokkan yang terlampau amat; power rangers]

[muka-muka keletihan,kelaparan dan kehausan]

[ekspresi wajah 1.muka marah 2.muka poyo 3. muka dahaga kasih 4.muka sengal~]