Dec
22
Posted by deennasour
Al-Kisah pada hari apa aku tak ingat, kalau tak silap minggu ni juga,
aku naik bas rapid kl, seperti biasa untuk pergi kerja,
Tiba-tiba aku rasa di atas kepala aku macam ada barang jerk semasa melintasi pintu belakang bas tersebut.
aku buat tak tau jerk,
then bila aku duduk, laaaa,,,baru aku nampak, rupa-rupanya ada monitor tv di tengah-tengah
dan di hadapan atas bas……….
wow!!! hebat juga bas rapid kl sekarang!!!!
dah ada monitor tv,so tak lah bosan kalau naik bas, tapi aku buat tak layan dengan monitor tu memandangkan aku lebih gemar melayan lagu di mp3 player ku~ nga~
aku sempat memerhati sedikit monitor tv tuh, ada tulis Asia Media. Ya, mungkin Asia Media lah punya kerja tu,,,haha. Dan pada skrin monitor ada scrolling yang menyatakan program ini adalah percubaan. Adalah juga program macam kartun,
dan iklan yang disiarkan……..
Antaranya iklan rasa sayang Malaysia, visit Malaysia 2007, dan program kartunnya pun lawak.
so, memang tak bosan, tapi aku tak tahu adakah pembaharuan ini untuk sementara atau selamanya??
aku cuba untuk mencari maklumat mengenai nya dengan memasuki laman web rapid kl tetapi gagal mendapatkan maklumat. Dan aku cuba untuk mencari di Asia Media, juga gagal,
Erm, tak apa, yang penting, warga kota Kuala Lumpur dah tak bosan apabila naik bas………..
hahahaa,,,
[bas rapid kl]
[monitor tv yang aku maksudkan, satu depan dan satu belakang]

[skrin tv dia clear jerk,,macam tengok astro]
Dec
12
Posted by deennasour
Selepas mengikuti kursus sehari suntuk dri pagi sampai ke petang di Hotel Seri Costa, petangnya, aku dan member kursus yang lain terus sahaja meninggalkan hotel dan bersiar-siar di sekitar bandar Melaka, antara kawasan yang menjadi tumpuan kaki-kaki shopping ialah di Melaka Parade.
Bagi yang gemar beriadah bersama keluarga bolehlah bersiar-siar di Dataran Pahlawan yang begitu bersejarah.
Dan sesuatu yang wajib ketika berkunjung ke Melaka ialah untuk melawati Kota A’Famosa yang begitu sinonim dengan negeri Melaka.
[aku, Zuri, Ket dan Mag bersiar-siar di sekitar Melaka Parade]

[antara artifak dan peninggalan sejarah di negeri Melaka]
[dari kiri, dila,ket,zuri,mag,sam,wawa dan kak fatim]
[meriam yang terletak di sebelah Kota A'Famosa]
[yeeehaaaaa,,,,ini kota aku yang punya :p]
Dec
12
Posted by deennasour
Pada 6 Disember 2007 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mengadakan Kursus Orientasi Pegawai Persekutuan Dari Sabah Dan Sarawak yang baru bertugas di Semenanjung Malaysia sehingga 12 Disember 2007…..
Dan aku yang baru bertugas di Petaling Jaya Selangor selama 8 bulan turut dipanggil untuk mengikuti kursus yang diadakan 3 hari di Hotel Seri Costa dan 3 hari lagi di KRT Cheng Jaya, Melaka.
Sepanjang kursus dijalankan di Hotel Seri Costa bermacam-macam aktiviti dijalankan seperti ceramah orientasi, kerja kumpulan dan lain-lain.
Keseronokkan dan kegembiraan dapat dirasakan kerana dapat berkenalan dengan rakan-rakan sesama negeri dan kawasan,,,,,,,semoga berjumpa lagi…
“kamek sayang kitakorang”..

[Hotel Seri Costa]
[antara member-member baru yang aku kenal]

[antara aktiviti yang berfaedah ketika waktu rehat]

[lagak model paling ngetop 2008 nanti-deennasour]
Dec
03
Posted by deennasour
Malam yang sepi kadang-kadang menyebabkan aku terlalu bosan.
Aku meneliti buku yang pernah aku baca,tatap,peluk,cium,tikam, dan bermacam-macam lagi,,,
Ada buku yang memang syok di baca, dan ada yang sakit hati sangat, sebab bosan giler!!
Entah mengapa aku tergerak untuk ke beg yang menjadi tempat aku menyimpan segala macam
jenis buku dan mengambil buku yang bertajuk “Lantai T. Pinkie”
Aku membelinya ketika di KL Sentral sebelum terbang ke Sarawak untuk di baca di sepanjang perjalanan ke Sarawak. Ada 3 sebab mengapa aku membelinya.
1. Aku minat A.Samad Said
2. Aku tak dapat tengok pementasan teaternya kerana masih di Miri pada ketika itu.
3. Aku minat cover bukunya, Nasha Aziz [pelakon kegemaran aku]
Aku memang menyukai buku-buku drama, dan aku masih ingat lagi, antara drama yang aku suka baca adalah tulisan Usman Awang seperti Degup Jantungnya [kalau aku tak silap]
dan Lantai T.Pinkie adalah buku drama A.Samad Said yang pertama aku beli.
Aku tak tahu bagaimana ingin menceritakan perihal buku ini. Kalau sudah menjadi hasil karya Sasterawan negara, maka hasilnya tidak pernah mengecewakan.
So, sesiapa yang belum baca,sila baca memandangkan buku ini sudah lama wujud.
Malu plak bila aku baru sahaja mengetengahkan drama ini.
Tapi tujuan aku menulis post ini adalah untuk memaparkan gambar yang telah aku tangkap bersama buku Lantai T. Pinkie serta gambar penulisnya. aku gabungkan kesemuanya.
Lihatlah hasilnya…….
[Drama Nostalgia Lantai T.Pinkie]

[A.Samad Said Sasterawan Negara penulis drama Lantai T.Pinkie]

[inilah dia gambar yang paling aku suka, puas hati dengan hasil editing aku]