/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Archive for January, 2008

Jan
28

Menangkah aku bowling??

Posted by deennasour

Aloo~
Minggu yang meletihkan sudah berlalu, walaupun agak letih, tapi seronok juga…hari-hari main bowling, tak permah deen buat..deen rasa dah banyak gak pusat bowling dah deen jejak, dari Summit Subang, ke Sunway Pyramid, ke Cineleisure Damansara, ke Mid Valley MEgamall,, dah banyak jenis lantai deen rasa dah…wee~

Dan hari pertandingan pun bermula, pada 27 Januari 2008, Kejohanan Bowling Antara Media Massa Selangor…… fuh sebanyak 35 kumpulan yang menyertai pertandingan ini, terdiri daripada Filem Negara, TV3, RTM, ASTRO, KARANGKRAF, dan banyak lagi media lain.
Rakan artis turut menyertai pertandingan ini seperti Khai AF1 yang mewakili ASTRO, Zainal Alam Khadir pengacara Wayang Kita Astro mewakili Tayangan Unggul……

Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang dan selain kategori berkumpulan, markah setiap pemain juga diambil untuk menentukan juara perseorangan…sebanyak 3 game telah dipertandingkan bagi menentukan pasukan media manakah yang hebat bermain bowling dan pasukan media manakah yang tahu kritik jerk pemain kebangsaan main bowling sedangkan mereka tak tau main bowling..haha


[dari kiri; Abg Din, Hakim, Kak Yanti, Yanie dan Ayie]

Deen berada dalam kumpulan ehem ehem satu…wee, terdiri daripada Abg Fazly, Hakim, Kak Yanti dan deennasour….. opis kitorang telah menghantar dua team dan team satu lagi diwakili oleh Abg Din, Abg Azmi, Charles dan Ayie..simpanan pula Yanie~
Lalu bermulalah pertandingan tersebut….. deen main amatlah teruk sekali,
stamina dah kurang, tambah lagi penat, dan tangan memang tak ada ummp lah, teruk sangat lah deen main ari tu…tapi teruk pun, sampai gak seratus satu game..hehe..


[ini dia tonggak harapan Malaysia satu hari nanti, deen muda lagi, sebelah deen, Abg Fazly]

Keputusannya, deen dapat 129 jatuhan pin untuk game pertama..
game kedua pula deen cuba lebih fokus dan cuba sedaya upaya melakukan lebih banyak strike atau kurang-kurang pun spare… dan keputusannya, deen dapat 139 jatuhan pin untuk game yang kedua…..dan last game, adeh, memang lebih baik setelah mendapat sedikit sentuhan tenaga daripada 100 plus, hehe,,minuman itu sedap dong!!
deen dapat 147 jatuhan pin untuk game yang terakhir..dan kesemuanya deen memperolehi kira-kira 415 jatuhan pin…


[tengok-tengok!!! anak sapa lah yang nak baling bola tu..isy isy isy, macam pro lah~ wee~]

Keputusan penuh, kumpulan deen telah mendapat tempat ke-10 daripada 35 kumpulan, oklah tu kan..tepuk tangan!!!!!!!
dan acara individu…..ehem ehem, deen dapat tempat ke-58 daripada 97 orang pemain, oklah tu kan..tepuk lagi…wee~

Owh ya, masa hari pertandingan tu, wah, deen gembira jugak walaupun kalah, sebab tak sangka, kawan deen dalam friendster datang untuk memberi sokongan kepada deen, wah,,terharu eh..
Saudara Izwan sudi datang..hehe..dia tinggal dekat dengan deen, kelana jaya tapi kenal daripada friendster, berguna betul friendster kan?
Thanks juga kepada kawan-kawan yang bagi sms kat hp deen atau pun kat blog ni atau kat friendster, so..thanks~


[saudara Izwan yang sudi datang, thanks eh, ambik gambar sorok2, dia tak nak diambik gambar]

p/s : Projek dan plan deen akan datang ialah
1~ majlis makan malam pada 4 februari 2008 sempena Hari Meraikan Media Selangor
2~ seingat deen, 4 februari ni adalah hari deen di…………………………… haha apa ya???
3~ 7 februari 2008, deen akan tengok Dunia Baru The Movie…insyaallah. sapa2 nak ikut bleh ah join, selalu tgk wayang kol 7 ptg, hari khamis tau…..tiket bayar sendiri.hehe

Jan
25

Cuci jangan tak CUCI!!!

Posted by deennasour

Perhatian pengguna CELCOM, anda mesti tengok filem ni cepat!! Sebab ada hadiah HOT tengah tunggu anda dalam panggung tu..!!!!!! Nak tahu, pergi le panggung sekarang!!! Anda akan dapat sesuatu yang percuma dan istimewa..deen tak dapat sebab pengguna Digi dan Maxis :(

Seperti yang dijanjikan, pada 24 Januari 2008 deen akan menyerang Mid Valley untuk menonton filem pertama arahan Hans Isaac bertajuk CUCI… dan tidak seperti yang dirancang, ramai rakan-rakan ada plan lain, cet! Kalau tak, aku ingat dalam 5-6 orang yang join, Shadowx19 pun tak dapat lagi nak join kerna ada kelas yang tamat pukul 6.30 petang sedangkan tayangan pada pukul 6.45 petang…
Senarai yang pergi bersama menjayakan plan deennasour ni ialah Suriya, Ayu dan deennasour…
huh, bosan nyer~
Deen gerak dari tempat kerje sebaik sahaja waktu kerje tamat, naik lrt sampai bangsar sorang-sorang kira-kira pukul 5.30 petang. Dan ketika itu, begitu ramailah orang kat stesen lrt bangsar..deen mati-mati ingat deen berada dalam kesesakan orang Malaysia..tapi tiba-tiba adalah sorang mamat ni, bahasa macam indon, tanya kat mana nak tunggu bas Rapid KL, dan hampir 2/3 orang kat sebelah menyebelah deen tolong jawabkan, isy2..yang jawab tu pun indon juga, mati-mati deen ingatkan orang Malaysia..alamak.rasa di Jakarta plak, deen cubalah jenguk sikit flat kereta yang lalu lalang mana tau tiba2 bleh tersesat ke indon…hehe..


[dari kiri, suriya, deennasour dan ayu, yang pemalu]

OK, deen sampai ke Mid Valley kira-kira pukul 6.15 petang, menaiki bas shuttle free, memang free lah bas tu, tapi kene tunggu 30 minit sekali lah~ lama seh…deen nak tunggu teksi, panjang plak barisan orang yang menunggu [tapi deen tak tau lah tu orang kita atau orang seberang hehe] Dan sampai jerk bertemu lah deen dengan Suriya dan Ayu yang kedua-duanya bersaiz xl dan apabila kami bertiga berjalan seiringa nampak lah seperti dua ekor gajah berjalan bersama seekor pelanduk..[jgn marah Su.. :D]

Review Cuci!!!
filem ini tak lah mengisahkan kehidupan sekumpulan pencuci atau cleaner menjalani kehidupan seharian..tapi lebih kepada impian sekumpulan pencuci untuk membuktikan kerjaya meraka bukanlah boleh dipandang enteng..ceewah~
Korang tak perlu duduk dengan bosan menunggu babak-babak panjat memanjat kerana kira-kira 15 minit filem ini bermula, dah mula aksi panjat memanjat yang begitu menggayatkan dan mensuspenkan…

Plot dan jalan cerita tak lah memeningkan kepala dengan intro zaman kanak-kanak sedikit mencuit hati dan kemudian sedikit pertelagahan yang sememangnya membuatkan perut anda terasa nak pecah diikuti dengan babak-babak mencuci yang membuatkan anda teringin nak jadi tukang cuci…..serta babak-babak semasa hero-hero filem ini menjalani latihan memanjat yang membuatkan anda rasa begiru suspen walaupun hanya menonton, pandai le kameraman dia ambik angel yang gayat-gayat tu….dan konflik movie ni, haha,, sememangnya membuatkan degup jantung anda terhenti…dup dap dup dap tuuuuuuuuuuuut~
Tak nak cakap apa konflik tu, so tengok-tengok sendiri…..

Apa yang deen suka-suki apabila menonton filem ini adalah skrip nya, mesti korang perasankan, deen ni asyik2 skrip, asyik2 skrip [sebab cita2 jadi penulis skrip]…..
Tidak seperti Anak Halal dengan sumpah menyumpah nya, tidak seperti Kala Malam Bulan Mengambang dengan skrip lawak slumbernya tetapi skrip cerita ini digoreng dengan kiasan peribahasa dan perumpamaan nan indah, serta mutiara kata yang mendalam…..
deen dapat tangkap beberapa

potong skrip antaranya,
its not about the equipment, its all about the people” suka sangat yang ini.

dan skrip perumpamaan seperti,
“hidup ini umpama udang di tengah lautan, merangkak-merangkak di dasar lautan, memakan sisa-sisa orang….bla bla bla…” ala-ala gitu lah bunyinya…..
Tetapi skrip nya tak lah sepower filem Cinta arahan Khabir Bakthiar…tapi deen memang bangga dengan skrip filem ini,,korang pasang-pasangkan telinga yerp!!

Selain daripada pelakon-pelakon seperti Hans,Awie,Afdlin,Ac Mizal, Erra, Umie, Dato Rahim Razali, turut menjadi pelakon undangan ialah Que Haidhar yang tiba-tiba termasuk dalam satu babak yang memang membuatkan seluruh panggung riuh rendah dengan hilai tawa, begitu juga dengan kehadiran Ako Mustafa yang melakonkan watak ehem ehem…nak tau, pergi tengok..hehe….

Kesimpulannya, pergi lah tengok, deen kasi filem ni 4 bintang…. berjaya menewaskan Kala Malam Bulan Mengambang…hehe, tapi ini pendapat deen, deen bukanlah seorang yang profesional tapi hanya persperktif dari kaca mata amatur…. owh ya…
deen cukup2 berterima kasih kepada Syia dan Hamid kerana TAG deen kat blog diorang..tak sangkat Syia minat baca blog deen yang panjang lebar ni. thanks Syia dan Hamid, selamat datang ke dunia blogging…. kalau tak silap dulu Ainul pun ada TAG deen, thanks.. Korang yang belum pergi meziarahi blog mereka bertiga, silalah..
Syia~ nak tau macammana hidup seorang remaja perempuan? yang ini ekslusif..skodeng blog ni!
ainul~ilmu,iman dan amal perlu disamaratakan, tapi bagaimana? pergi ke blog ainul!
hamdi~nak lepak-lepak pasal isu semasa yang ringan2? jom jenguk hamid!

Dan deen nak war-warkan, sapa yang rindukan kisah zaman persekolahan dulu2?
Dan nak tahu cita-cita seorang pelajar yang masih menuntut di sekolah menengah?
korang boleh lah usha-usha blog Razie::unique and different http://www.uniqueanddifferent.blogspot.com/

[tak ramai orang lah hari tu, tak tahu kenapa, sedangkan hari gaji kuar bagi kakitangan awam]

Jan
20

sabtwoday~

Posted by deennasour

Erm, dalam entri lepas,deen ada kata yang bos deen mintak letakkan latar kata dalam trailer deen kan?so pada hari jumaat tu, deen pergi lagi Zaftrad, studio editing, subang untuk memasukkan latar kata tu,awal pergi sama dengan kak Su [officemate deen] yang juga diarahkan dengan arahan yang sama dengan deen.

Deen pergi pukul 9 pagi dan buat-buat semua mesti disiapkan hari tu juga sbb bos besar merangkap ketua pengarah opis deen nak tengok hari sabtu 19 januari 2008,so deen berusaha habis-habisan menyiapkan trailer tu sampai pukul 10.45 malam…adeh…..pukul 11.00 malam balik sampai opis kat petaling jaya pukul 11.15 mlm,

Aduh, balik dari opis, kene naik LRT, dah naik LRT kene naik BAS, lepas turun bas kene jalan kaki kira-kira200 meter..dapat tak bayangkan betapa penatnya????tahap cipanzi dah penat nya…Sampai umah, deen mandi lepas two,three lah, deen pun tdooo sebab pukul 10 pagi esok nak pergi lagi opis sebab bos besar nak tengok…

“dum dum dum, deen…deen…hoi!!!”tiba-tiba dalam mimpi deen terdengar pula suara orang panggil deen sambil mengetuk pintu,Oleh kerana tahap ketukan itu agak kuat, deen tersedar, tengok jam pukul 11.30 pagi….
“Hah, 11 pagi???? tidak!!!”deen tak sedar pula, pukul 11 pagi, hancuss!!!!
Zulkhidir [officemate deen] rupa2 nya ketuk pintu, mintak dvd trailer deen, dalam dvd tu juga ada trailer kak ina dan kak su, hampeh, camner deen boleh tak sedar,Zul sampai datang umah nak dvd tu…Aduh…dalam kepala hotak deen,”nampaknya masuk bilik bos besar lah deen isnin ni, hancusss!!!”

Lepas jer bagi zul dvd tu, zul terus memecut ke opis laksana arnab yang memecut laju tika ditinggalkan kura-kura dalam cerita dongeng Arnab VS Kura-Kura…wakakaka Deen pula terus memecut laju laksana Watson Nyambek raja pecut Malaysia satu ketika dulu, [mana lah dia sekarang ek?] Kira-kira pukul 12 tengah hari, deen berjaya sampai ke opis, Yosh!!!Tapi hati dalam gundah gulana lah~ mana tak nya, bos nak tgk pulul 10, sekarang pukul 12 tgh hari,memang janji melayu betullah deen ni,..

Deen sampai terus menuju ke unit deen iaitu unit suntingan, tengok2 bilik deen terbuka, aik? pencuri ke? deen dengan langkah yang penuh berhati-hati dan bersedia dengan alat-alat seperti parang, cangkul, gunting,pisau lipat dan jarum [acah jerk] menuju ke bilik deen,risau juga, sbb dalam bilik deen ada mesin untuk edit filem bernilai setengah juta….

HA!!!! pencuri!! [bayangkan rupa inspektor Shahab dalam mana2 filem hindustan lagaknya..tipu jerk] Rupa-rupanya Kak Ina laaa kat dalam tengah edit filem dokumentari, sambil Kak Su tengah buka internet…
“Ada bagusnya budak ni lambat, dapat tidoo puas-puas..” kata kak Ina..
“kenapa plak?” tanya deen…
“Belum preview lagi, diorang tengah meeting” jawab Kak Su..
“owh ye ke” deen mengeluarkan senyuman paling lebar di dunia
Yepeee,, selamat seh, nasib baik bos masih meeting, perasaan waktu tu Tuhan saja yang tahu bagaikan menjuarai acara lari dalam guni di sukan olimpik rasanya…seronok sangat-sangat..

Hehe, so moral cerita,
1. jangan kerja terlalu kuat sampai tak larat nak bangun…
2. jangan lupa set jam loceng
3. lain kali suruh kawan datang awal kalau nak ambik dvd, cth, 2 jam sebelum waktu priview kerana boleh juga kejutkan anda..
4. fikirkan seribu alasan jika anda terlambat, kalau bernasib baik mcm deen, alhamdulillah…
5. jangan hisap rokok [ada kaitan ker? wakaka] deen tak hisap tau..

abis jerk bos preview deen punya trailer kira2 kol 6 ptg,,deen terus lari ke stesen lrt dan naik bas utk ke umah,sbb dah janji dgn kwn tgk orkestra kat klcc kol 8 mlm,,adey,,sempat ke?deen kemas2 siap2,,jam pukol 7 lalu,,adey,,
alhamdulillah,,akhirnya sampai gak kat klcc… kira2 kol 8,,jumpa MUNETZ yang ajak deen pergi tgk persembahan orkestra di Petronas Philharmonic Hall[camtu lah bunyi tempat dia]antara top 5 dewan muzik terbaik di dunia,,tak caye tanya MUNETZ..wakaka,,

Erm,,fisrt time deen nengok ni,sbb tiket masuk mencecah ratusan gak,tapi sbb deen pergi atas nama uitm,,so murah le,,,wakaka,,thanks to munetz,walaupun penat, deen pergi jugak,,sbb bukan salu dpt jumpa munetz,,munetz ni antara orang kuat kat uitm shah alam utk kursus muzik ni, dia ambik violin dan dah gred 7 pon,,hebat lah tu,,nanti bila dia dah abis blaja,,deen mintak dia mainkan lagu mohabbatein,,wakaka,,sedapkan lagu tu?hari sabtu tu, deen balik dekat2 kol 12 tgh mlm,,terus tidooo pakai baju batik yang deen pakai pergi tgk orkestra mlm tu sbb baju mesti formal,,,deen dah tak bermaya terus tdooo,,hari2 yg paling letih,,seh,,


[letih tahap cipan..sekadar gambar hiasan, sbb mlm tu deen tdo dgn baju batik,wakaka]


[nilah saudara munetz tu.......yang sudi ajak deen pergi tengok orkestra yang berprestij ni, first time guna baju batik..haha]

p/s : kalau korang nak tau lagi pasal baju2 ni,cthnya kain songket.. haha,,apa kata korang pergi plak melawati blog sorang budak hensem ni [dia kata dia hensem] jangan marah aidil…..
di http://just-aidil.blogspot.com/
Jan
20

deen @ Chiang Mai

Posted by deennasour

“erm, oklah deen try, nasi goreng Chiang Mai,”

kata deen masa Kak Ina [officemate deen] offer deen rasa nasi goreng Chiang Mai…
Korang janganlah ingat deen berada kat Thailand plak,
Alkisahnya…..
Pada hari Khamis bersamaan dengan 17 Januari 2008, bos deen panggil, dia suruh masukkan latar kata @ suara latar dalam trailer pilihan raya deen tempoh hari.. korang ingat tak?
kan deen ada post satu entri bertajuk Im Done? Trailer tu rupa-rupanya nak di masukkan lagi latar kata, so deen kene bergegas ke Subang pada hari itu juga…deen pergi dengan Kak Ina dan En.Wong [penerbit] pada pukul 10 pagi untuk menyiapkan trailer itu…..
Kira-kira pukul 12 camtu, proses penambahan dan pembaikpulihan trailer itu dihentikan atas sebab kekurangan bahan….adey, masalah! Dan waktu tengahhari, automatik perut akan berbunyi krek krok krek krok mintak di isi…lalu, deen, Kak Ina, En.Wong, dan rasanya semua kakitangan studio editing kat Subang tu keluar makan termasuklah bos studio iaitu En.Syerif….
Kitorang pergilah ke sebuah restoran yang diberi nama Restoran Jasbani yang menyediakan masakan Tom Yam dan kira specialist masakan Siam lah…
Dan masa tu, deen ingat nak order makanan kegemaran deen iaitu Nasi Ayam atau Nasi Goreng Ayam, tapi Kak Ina offer deen rasa Nasi Goreng Chiang Mai, so deen pun order lah….
Ting ting,,dalam kira-kira 10-15 minit, sampai lah makanan yang di order tadi,
jeng jeng jeng….

[bila dah makan sesuap, baru ingat nak ambik gambar hehehee, jangan marah ha]

Ok, nasi goreng ini, seperti dalam gambar berwarna kuning, janganlah tanya deen macammana nak buat nasi tu warna kuning, sebab deen tak pandai masak, kat umah ada 6 orang kakak, hehe… mungkin campur kunyit, tak pun campur kuning telur atau perencah kari maggi atau masukkan pewarna…hahaa…
Bersama-sama sepinggan nasi di letakkan telur goreng yang digoreng hancur dan ada kuah plak rasanya macam sos cair, sedap gak….desebelah telur goreng hancussss tu, ada sambal yang dibuat dari buah asam, [tau tak buah asam?] yang dipotong halus, rasanya masam, tapi ok juga…
di sebelah sambal buah asam, disediakan pula udang goreng yang dikopek dah kulitnya dan digoreng bersama tepung, wah, rangup seh…..
Dan bagi menambahkan rasa, disertakan juga sos cili thai yang manis pada mangkuk kecil…
So, Nasi Goreng Chiang Mai ni semua rasa ada, manis[sos cili thai] masin [telor hancuss] masam [sambal buah asam] dan rasa rangup enak udang gorengnya….. Rasa pahit tak ada lah, tapi kalau nak, boleh suruh tukang masak goreng nasi sampai hangus, hahaha…
Sapa-sapa nak try boleh pergi ke Restoran Jasbina di Subang 2 yerp,
sapa-sapa yang terbaca ni, dan tengah mengidam, deen tak nak tanggung ek, hehehe….
alhamdulillah kenyang perut…semua kos makan dan minum di sponser oleh bos studio editing Zaftrad Services iaitu En.Syeriff..thanks..
[deen ambil gambar dengan kamera handphone N70 kepunyaan Kak Ina]
p/s : ingat, filem Cuci akan keluar pada 24 Januari 2008 ni, deen pergi tengok tayangan pukul 7 ptg insyaallah, ada yang nak ikut? tapi duit sendiri, wakakaka

Jan
15

Perempuan Zaman Sekarang

Posted by deennasour
Puteri Adam;Hawa Menangis

Rosak akhlakmu,
Puteri duniawi adam,
Hawa menangis,
Tingkahlakumu liar,
Kemahuanmu,
Manjamu,
Kemajuanmu,
Itu harta familiamu,
Jangan pernah lupa..
Iblis di sana,
Hanya tertawa,
1001 keinginanmu,
Itu nafsu azali,
Anak Hawa..
Dorongan nafsu,
Bukan Petunjukmu,
Kepercayaanmu,
Bukan Iblis Durjana,
Hasutannya,
Menyesalkanmu,
Hartamu,Bukan milikmu,
FAMILIAmu,
Harta dunia..Akhirnya dimana?
Zat yang tidak kekal..
Insaflah puteri adam,
Hawa; ibumu menangis..
Tingkahmu,Lakumu,
Ubahlah segera…Itu ibumu mahu…

Salam ya sahabat!!
Sudah sekian lama tak update post.. yeke?
terima kasih buat teman-teman yang sudi mengomen pada entri yang lalu…..
ni deen nak kongsikan sebuah sajak yang deen rasa sungguh sedap sekali, tika deen baca sajak ni, terlintas di kepala ni, berapa tinggi darjat kaum hawa masa kini?

Kaum hawa hari ini terutama remaja begitu murah harga dirinya, membiarkan mahkota mereka dinodai begitu sahaja, makan sajak ini, telah membuatkan minda kita sedikit mencerna permasalahan ini, ya, bacalah dan renungilah….

Sajak ini begitu mudah difahami, menggunakan bahasa yang ringkas dan telus tiada tersirat melainkan tersurat belaka, tidak pula memeningkan kepala dengan bunga-bunga bahasa, atau personifikasi, metafora mahupun hiperbola, dengan konsep “straight forward”…ayuh selami hati penulis sajak ini iaitu saudara ELLIV…………

Deen cuma merungkai sajak ini sikit memandangkan deen pun bukanlah pro dalam penulisan kreatif, tetapi tahulah jugakan…temanya mudah, iaitu nasihat seorang sahabat kepada sahabatnya yang merupakan seorang perempuan……… dan persoalan yang ditimbulkan juga mudah difahami dan diselami iaitu perempuan yang terlalu taksub akan dunia, materialistik, dan terlalu mengikut telunjuk hawa nafsu….

Bahasanya mudah tanpa menggunakan perlambangan seperti “jiwamu rakus merempuh kebendaan dunia” tetapi hanya menggunakan bahasa mudah seperti baris ke 13 dan 14 iaitu “1001 keinginanmu,
Itu nafsu azali,
Anak Hawa..”
itulah yang menarik perhatian deen untuk membacanya dan berkongsi dengan mmber-member sekalian..huhu, semoga kita dapat memahami mesej sajak ini…….daaaa~

[saje letak gambar ni sekadar hiasan-wawa,dak praktikal kat opis din, masa kitorang jln2 kat terengganu dulu]

p/s deen ada berkenalan dengan seorang blogger yang kebanyakan artikalnya berkaitan INDIE dan independent, so sesiapa yang berminat, sila lawati blog Fazly, iaitu bloodybasket.blogspot.com