Jan
07
07
Biodata Iblis~
Posted by deennasourSemasa aku mula menyiapkan entri ini, aku sebenarnya tengah makan nasi goreng ayam..
cuba korang bayangkan, korang sedang kelaparan, dan ada nasi goreng ayam, wah, sungguh menyelerakan dengan desakan nafsu apatah lagi syaitan laknatullah~
Itulah penangan syaitan iaitu anak buah Iblis Laknatullah, menyebabkan kita mudah ternoda.
Semalam aku membuka peti email aku, dan tertarik dengan satu email yang bertajuk Biodata Iblis yang dihantar oleh kakak aku yang no.6 [aku ada 6 orang kakak] iaitu Kak Mas…lalu aku tertarik untuk berkongsi bersama korang semua sempena dengan Maal Hijrah yang akan berkunjung tiba, maka dapatlah kita jadikan renungan dan peringatan insyaallah…
Pengenalan diri Nama sebenar : Iblis Laknatullah
Nama glamour : Hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsuir dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Cita-Cita Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : ‘Hipokrasi asas akhlak’
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatoo
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Pengalaman & Kenangan Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Saat Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT
[dan berpegang teguhlah pada tali Allah, nescaya kita takkan tenggelam]



untuk yang ingin berkenalan dengan incik iblis, silalah banyak lakukan dosa… ehehehe
[Reply]
buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali…betul tak?
[Reply]
khai~ hahaha,,dah kenal dah khai,,,cuma dia skang tgh carik rakan kongsi niaga….
pemburu~ haha,,buat baik berpada-pada, buat jahat sekali-sekala itu org kita skrg…..
[Reply]
iblis pun leh ada biodata erk.. perr.. bagus gile selamat x de facebook ke friendster.. kalau ada leh la tgk members2 nye sape hehe
[Reply]
…kelu lidah teman nak menjawapnya..hehehe.sbb ada gak buat jahat…but,i’m not proud of what i’ve did.. if only i can turn the hands of time,i would follow a diffrent path… ;(
[Reply]
dah macam biodata dalam power card para antoo di ceriter antoofighter dah… huwahuwa
[Reply]
[maka beringatlah kita kepada Allah nescaya kita akan dijauhkan dari godaan Iblis dan sekutunya]
smoga kita semua dijauhkan dari Iblis durjana itu~
[Reply]
waaa..biodata iblis yg lengkap..
leh soh dia apply keja ni..hehe..
sedar atau x,ade di antara kte yg bwt gak ape yg di sukai oleh iblis tu..dan malangnya,kte tatau ape yg kte bwt tu salah..nauzubillah..
sbb tu nabi s.a.w ckp,umatnya skg mcm buih2 di lautan..
[Reply]
syia~tu pasal lah,,nasib baik naa dia tak ada fster,,
pemburu~manusia tidak lari dari melakukan kesilapan!
ezoodeen~ko asyik2 antoofighter ko tu…
ida~amiin….
ainul~ hehe,,mana nak apply keje,,,resume ni tak ada gambar,,hehehe,,,
[Reply]
panjangnye biodata dia…sangat detail…tp masih ramai manusia yg suke berkawan dgn iblis nih…npe ye?
[Reply]
mesti detail,,sbb musuh kita ni dia kenal kita secara detail jugak,,
erm sbb manusia still berkwn dgn iblis ialah,,,
iblis salu bagi ganjaran dgn pantas[didunia]
sedangkan jika kita berkawan dgn pahala,,,,hadiahnya tidak nampak,,
kalau lah pahala itu dinampakkan,,
atau di zahirkan,,,mcm satu pahala=RM100,,,nescaya org berebut2buat amal,,walau pun tgh sakit tenat
[Reply]
encik iblis ni publisiti tak bek.. hahaha.. beriman gak ko eh…
huhuhu.. comment gak aku… hehehe
[Reply]
ish2.. panjang pun biodata iblis ni.. ramai gak ye yg dah berkenalan ngan iblis ni.. ish2
[Reply]
dato fazly~ haha,,tak beriman masuk neraka ler,,hehehe,,apa salahnya berkongsi bab2 iman dan amal ni~
shadowx19~ hahaha,ramai dah berkenalan, cuma tak minta signature je lagi~
[Reply]
haha.. tu a.. tapi kalo bole aku nak dijauhkan dari iblis ni.. sekse wo
[Reply]
adakah anda tergolong dari orang² sekutu syeton tersebut?
insaf lah..
=)
[Reply]
shadowx19~ oh la la la la, kita mesti lari dari iblis ni dgn menuju ke jalanNya,,Al-quran dan Solat…..
syuxx~ sekutu iblis ni, adalah org yang suka meninggalkan solat tak pun melambat2 kan solat atau berilmu ttp tidak beramal atau beriman~
[Reply]
Add A Comment