Jan
20
20
deen @ Chiang Mai
Posted by deennasour“erm, oklah deen try, nasi goreng Chiang Mai,”
kata deen masa Kak Ina [officemate deen] offer deen rasa nasi goreng Chiang Mai…
Korang janganlah ingat deen berada kat Thailand plak,
Alkisahnya…..
Pada hari Khamis bersamaan dengan 17 Januari 2008, bos deen panggil, dia suruh masukkan latar kata @ suara latar dalam trailer pilihan raya deen tempoh hari.. korang ingat tak?
kan deen ada post satu entri bertajuk Im Done? Trailer tu rupa-rupanya nak di masukkan lagi latar kata, so deen kene bergegas ke Subang pada hari itu juga…deen pergi dengan Kak Ina dan En.Wong [penerbit] pada pukul 10 pagi untuk menyiapkan trailer itu…..
Kira-kira pukul 12 camtu, proses penambahan dan pembaikpulihan trailer itu dihentikan atas sebab kekurangan bahan….adey, masalah! Dan waktu tengahhari, automatik perut akan berbunyi krek krok krek krok mintak di isi…lalu, deen, Kak Ina, En.Wong, dan rasanya semua kakitangan studio editing kat Subang tu keluar makan termasuklah bos studio iaitu En.Syerif….
Kitorang pergilah ke sebuah restoran yang diberi nama Restoran Jasbani yang menyediakan masakan Tom Yam dan kira specialist masakan Siam lah…
Dan masa tu, deen ingat nak order makanan kegemaran deen iaitu Nasi Ayam atau Nasi Goreng Ayam, tapi Kak Ina offer deen rasa Nasi Goreng Chiang Mai, so deen pun order lah….
Ting ting,,dalam kira-kira 10-15 minit, sampai lah makanan yang di order tadi,
jeng jeng jeng….
[bila dah makan sesuap, baru ingat nak ambik gambar hehehee, jangan marah ha]
Ok, nasi goreng ini, seperti dalam gambar berwarna kuning, janganlah tanya deen macammana nak buat nasi tu warna kuning, sebab deen tak pandai masak, kat umah ada 6 orang kakak, hehe… mungkin campur kunyit, tak pun campur kuning telur atau perencah kari maggi atau masukkan pewarna…hahaa…
Bersama-sama sepinggan nasi di letakkan telur goreng yang digoreng hancur dan ada kuah plak rasanya macam sos cair, sedap gak….desebelah telur goreng hancussss tu, ada sambal yang dibuat dari buah asam, [tau tak buah asam?] yang dipotong halus, rasanya masam, tapi ok juga…
di sebelah sambal buah asam, disediakan pula udang goreng yang dikopek dah kulitnya dan digoreng bersama tepung, wah, rangup seh…..
Dan bagi menambahkan rasa, disertakan juga sos cili thai yang manis pada mangkuk kecil…
So, Nasi Goreng Chiang Mai ni semua rasa ada, manis[sos cili thai] masin [telor hancuss] masam [sambal buah asam] dan rasa rangup enak udang gorengnya….. Rasa pahit tak ada lah, tapi kalau nak, boleh suruh tukang masak goreng nasi sampai hangus, hahaha…
Sapa-sapa nak try boleh pergi ke Restoran Jasbina di Subang 2 yerp,
sapa-sapa yang terbaca ni, dan tengah mengidam, deen tak nak tanggung ek, hehehe….
alhamdulillah kenyang perut…semua kos makan dan minum di sponser oleh bos studio editing Zaftrad Services iaitu En.Syeriff..thanks..
[deen ambil gambar dengan kamera handphone N70 kepunyaan Kak Ina]p/s : ingat, filem Cuci akan keluar pada 24 Januari 2008 ni, deen pergi tengok tayangan pukul 7 ptg insyaallah, ada yang nak ikut? tapi duit sendiri, wakakaka

huhuhu,no wonder aku lapar,makanan…erm,gambar cantek,mcm ambik dlm buku resepi or something..hehehe.but,memenag menyelerakan.
[Reply]
nyum2… sedapnye nasik tu.. wa… dh la tgh lapar ni… kalo wat kenduri nasi tu mesti ramai yg dtg kan?
er… best ke cerita cuci tu?
[Reply]
sedap sangat ke?
[Reply]
deen ni ske nau post gmbr makanan..huhu..sian org yg tgk saje..hehe..
[Reply]
buah asam?? mangga darr… lapar lah pulak (walhal baru lepas makan)
[Reply]
kompem best nak? x pnah makan juak sebenarnya… nasik dabai ada x sia? ekeekeke~ janji halal sudah….
-p/s: kat thailand halal ndak ka nasik tok? takut ada campuran len2…
[Reply]
nasik dabai?hehehe,elliv,ada ndak dabai kl nun,blom gik kat chieng mai nun…hehehe.mesti sidak tukar makei ganti dabai ya..
[Reply]
PEMBURU~ haha,gambar cantik? tak kira ah tu, sbb makanan tu pun sedap~
AHIB0205~ kalau buat kenduri mmg sedap, nasi paling sedao penah aku rasa…CUCI? blom tgk lagi…
LOQUE~ sedap sangat!!!
AINUL~ ainul mengidam ke?
EZOODEEN~ izz, ko tu mmg asyik nak makan jerk, perut buaya ke?
ELLIV~ wakaka,,buah dabai tak de jual kat KL, kat siam? aku rasa halal lah kot,,wee~
[Reply]
ko suka ek tgk cerita melayu? huhu aku tension la tgk cerita melayu. yg aku perasan la ni cerita malayu asyik pasal cinta cinta cinta. apa kes ni beb? huhhu wokeh la. papahal kalo ko dh tgk cerita tu ko post la kan sini ek sinopsis dia
Eh, kat kuantan ni ada ke nasi tu ek? aku nk try la sbb teruja lak ko kata nasi yg paling sedap penah ko rasa
[Reply]
wahai ahib0205, sahabat baruku yg ku kenali,,wee~kenapa kalau filem melayu ada pasal cinta kene soal tapi filem2 org putih ada pasal cinta org tak kesah?
Tranformers, ada pasal cinta,
org tgk jugak, enchanted, pasal cinta, org tgk plak,
salahkah filem melayu ada paasal cinta?
Cinta perlu dipupuk kerana akan lahirnya kasih sayang, tanpa kasih sayang, akan byk lagi budak kene culik..betul tak?
kalau tak kita ORANG MELAYU merangkap orang malaysia tak sokong filem dan produk kita sendiri,,,,sapa lagi??
nak mintak belas indon tolong support? tui,,dia ludah filem kite..
nak mintak belas org putih,?
haha,,jgn bermimpi ler?
bagai menunggu planet marikh jatuh ke riba jerk,,
so kia lah kene support?
AHIB tak perlu risau,,,
kite ni ada jerk letak review kite sal filem yg ditayang kat panggung sejak kebelakangan ni,,
sejak malingsia di heboh2kan,,,
takkan kita nak angkat martabat filem love is cinta lakonan acha dan irwanshah?
sedangkan filem kita ANAK HALAL pun ada impaknya dan umnya yg didokong oleh pelakon hebat kita spt Farri kamil dan Maya karin???
ayuh!!!
sokonglah filem MALAYSIA~
tak kira apa bahasa~
[Reply]
wah.. dibalas dgn pjg lebar nampaknya. so rasanya leh wat posting ni
deen, rilex r. sy bukan la “rigid” sgt. tp sy pandang satu aspek je. aurat. sapa dh tgk cerita 9 september? cd kot. pergh.. seksi beb pompuan melayu tu.
oklah deen. masing2 ada pndpt masing2. tp 4 surenye kalo filem2 gitu sy takkn bawak balik umah utk share dgn adik2. huhhu.. sory deen kalo wat hang terasa
[Reply]
ahib0205~ ahib aku tak terasa, bagi deen blog ni kan cetusan pendapat, so emosi tolak tepi, yang menjadi sadaran adalah idea dan pendapat,,deen respek pendapat ko,
budak tak baik tgk, mmg,
anak halal pun tak lah bagus, skripnya kasar, ada diskusi panas kat entri post anak halal deen, ko tgk ler,,,
hehe,,
[Reply]
betul! apa yg betul? hehe… betul la blog ni tmpt kita bebas bersuara. kat “luar” mana leh suka ati bersuara. Eh, tp kan ada jek org yg beremosi smbil berblogging
ok nk tgk post anak tu.. see u.
salam kenal wahai shbt maya ku..
ada kesempatan nanti kita jumpa
eh, add la ym
[Reply]
ahib0205~ yerp, yang emotional tu yg tak syok tu,,asyik2 nak hot kan?
org pk lah positif kalau ditegur,,
wee~
erm salam kenal gak,
nak add ym ke?
add le… deen_nasour88@yahoo.com
erm,kat sini deen ada org yg deen pggl kakak, asal kuantan, 2 kali dah dia ajak balik kpg dia,,tapi deen reject sbb tak ada cuti,,
nanti kalau deen pg,,deen kasi tau~
no hal~
[Reply]
Kalau kat Johor ni, terdapat dua tomyuam feymes. Tom Yam Chiang Mai, dan Tom Yam Pok Tek. Tom Yam Chiang Mai Terbahagi kepada dua, Merah dan Putih.
Ade juga Tomyam Kung (Tomyam Biasa) dan Tom Yam Kang (Tom Yam Seafood)…
Errrnnnn… nasi Kang Kang takde kat sini… Uhuhuhuhu
[Reply]
deen tak minat makan tom yam, tu yg deen pg order nasi goreng~
nasi kang kang tu camner?

dia letak nasi tu mcm huruf V ke kat atas pinggan?
[Reply]
uwaa.. makin montel la deen ni eh. ish..ish nak jugak try order nasik ni la.. dulu tak nak try sebab nama dia tak menggambarkan apakah yang bakal ada dekat pinggan makan tu nanti
sedap tak? antara 5 bintang bagi berape? ke nasik USA lagi best?
[Reply]
deen_nasour88@yahoo.com <– spam jangan tak spamm!!! ngehehehes
[Reply]
SYIA~ wakaka,,dulu nak try tapi tak da gambar,,wakaka,,
ni dah ada gambar,,deen bagi 5 bintang
EZOODEEN~ ko perdajal aku ka?
tak pa..aku report kat member aku yg ko pembawa spam,,kwn aku di pusat komunikasi negara,,jaga kaw!!
[Reply]
harga dabai dah naik kat sarawak… paling murah sekilo RM14.. chiang mai o0oo chiang mai… aku ingin makan ko… ~weeee
[Reply]
yakah elliv?
hehe,,aku suka makan dgn kicap,
hehe,
and ko dtg sini,,nanti kita order~
[Reply]
Add A Comment