20
sabtwoday~
Posted by deennasourErm, dalam entri lepas,deen ada kata yang bos deen mintak letakkan latar kata dalam trailer deen kan?so pada hari jumaat tu, deen pergi lagi Zaftrad, studio editing, subang untuk memasukkan latar kata tu,awal pergi sama dengan kak Su [officemate deen] yang juga diarahkan dengan arahan yang sama dengan deen.
Deen pergi pukul 9 pagi dan buat-buat semua mesti disiapkan hari tu juga sbb bos besar merangkap ketua pengarah opis deen nak tengok hari sabtu 19 januari 2008,so deen berusaha habis-habisan menyiapkan trailer tu sampai pukul 10.45 malam…adeh…..pukul 11.00 malam balik sampai opis kat petaling jaya pukul 11.15 mlm,
Aduh, balik dari opis, kene naik LRT, dah naik LRT kene naik BAS, lepas turun bas kene jalan kaki kira-kira200 meter..dapat tak bayangkan betapa penatnya????tahap cipanzi dah penat nya…Sampai umah, deen mandi lepas two,three lah, deen pun tdooo sebab pukul 10 pagi esok nak pergi lagi opis sebab bos besar nak tengok…
“dum dum dum, deen…deen…hoi!!!”tiba-tiba dalam mimpi deen terdengar pula suara orang panggil deen sambil mengetuk pintu,Oleh kerana tahap ketukan itu agak kuat, deen tersedar, tengok jam pukul 11.30 pagi….
“Hah, 11 pagi???? tidak!!!”deen tak sedar pula, pukul 11 pagi, hancuss!!!!
Zulkhidir [officemate deen] rupa2 nya ketuk pintu, mintak dvd trailer deen, dalam dvd tu juga ada trailer kak ina dan kak su, hampeh, camner deen boleh tak sedar,Zul sampai datang umah nak dvd tu…Aduh…dalam kepala hotak deen,”nampaknya masuk bilik bos besar lah deen isnin ni, hancusss!!!”
Lepas jer bagi zul dvd tu, zul terus memecut ke opis laksana arnab yang memecut laju tika ditinggalkan kura-kura dalam cerita dongeng Arnab VS Kura-Kura…wakakaka Deen pula terus memecut laju laksana Watson Nyambek raja pecut Malaysia satu ketika dulu, [mana lah dia sekarang ek?] Kira-kira pukul 12 tengah hari, deen berjaya sampai ke opis, Yosh!!!Tapi hati dalam gundah gulana lah~ mana tak nya, bos nak tgk pulul 10, sekarang pukul 12 tgh hari,memang janji melayu betullah deen ni,..
Deen sampai terus menuju ke unit deen iaitu unit suntingan, tengok2 bilik deen terbuka, aik? pencuri ke? deen dengan langkah yang penuh berhati-hati dan bersedia dengan alat-alat seperti parang, cangkul, gunting,pisau lipat dan jarum [acah jerk] menuju ke bilik deen,risau juga, sbb dalam bilik deen ada mesin untuk edit filem bernilai setengah juta….
HA!!!! pencuri!! [bayangkan rupa inspektor Shahab dalam mana2 filem hindustan lagaknya..tipu jerk] Rupa-rupanya Kak Ina laaa kat dalam tengah edit filem dokumentari, sambil Kak Su tengah buka internet…
“Ada bagusnya budak ni lambat, dapat tidoo puas-puas..” kata kak Ina..
“kenapa plak?” tanya deen…
“Belum preview lagi, diorang tengah meeting” jawab Kak Su..
“owh ye ke” deen mengeluarkan senyuman paling lebar di dunia
Yepeee,, selamat seh, nasib baik bos masih meeting, perasaan waktu tu Tuhan saja yang tahu bagaikan menjuarai acara lari dalam guni di sukan olimpik rasanya…seronok sangat-sangat..
Hehe, so moral cerita,
1. jangan kerja terlalu kuat sampai tak larat nak bangun…
2. jangan lupa set jam loceng
3. lain kali suruh kawan datang awal kalau nak ambik dvd, cth, 2 jam sebelum waktu priview kerana boleh juga kejutkan anda..
4. fikirkan seribu alasan jika anda terlambat, kalau bernasib baik mcm deen, alhamdulillah…
5. jangan hisap rokok [ada kaitan ker? wakaka] deen tak hisap tau..
abis jerk bos preview deen punya trailer kira2 kol 6 ptg,,deen terus lari ke stesen lrt dan naik bas utk ke umah,sbb dah janji dgn kwn tgk orkestra kat klcc kol 8 mlm,,adey,,sempat ke?deen kemas2 siap2,,jam pukol 7 lalu,,adey,,
alhamdulillah,,akhirnya sampai gak kat klcc… kira2 kol 8,,jumpa MUNETZ yang ajak deen pergi tgk persembahan orkestra di Petronas Philharmonic Hall[camtu lah bunyi tempat dia]antara top 5 dewan muzik terbaik di dunia,,tak caye tanya MUNETZ..wakaka,,
Erm,,fisrt time deen nengok ni,sbb tiket masuk mencecah ratusan gak,tapi sbb deen pergi atas nama uitm,,so murah le,,,wakaka,,thanks to munetz,walaupun penat, deen pergi jugak,,sbb bukan salu dpt jumpa munetz,,munetz ni antara orang kuat kat uitm shah alam utk kursus muzik ni, dia ambik violin dan dah gred 7 pon,,hebat lah tu,,nanti bila dia dah abis blaja,,deen mintak dia mainkan lagu mohabbatein,,wakaka,,sedapkan lagu tu?hari sabtu tu, deen balik dekat2 kol 12 tgh mlm,,terus tidooo pakai baju batik yang deen pakai pergi tgk orkestra mlm tu sbb baju mesti formal,,,deen dah tak bermaya terus tdooo,,hari2 yg paling letih,,seh,,

[letih tahap cipan..sekadar gambar hiasan, sbb mlm tu deen tdo dgn baju batik,wakaka]
[nilah saudara munetz tu.......yang sudi ajak deen pergi tengok orkestra yang berprestij ni, first time guna baju batik..haha]

shial jeee.haha
aku tak ckp pun.
kau tade transport ke g keje?
sian plak tgk kau
[Reply]
ish ish ish.
keje kuat sgt smpai terlajak keesokannya.
hihi nasib baiklaa preview nye petang ye.kalau pagi tu jugak,tak ke naya.
[Reply]
justaidil~ lepas kwn aku 3-3 skali xcident patah kaki bawak moto,,
mak aku tak bagi aku bwk moto~
walaupun kaki aku trcabut sbb jln kaki,,tak leh pakai moto~
ida~ tu ah,,penat ida,,dah balik dari aceh ke ida?
[Reply]
Aduhhh, terinbgin sungguh saya nak gi tengok orkes kat situ…. Dah lama ngidam nihhhh
[Reply]
erm,,
abg azhar ahmad..
kalau nak tau,
ada lagi byk orkestra nanti,,
rasanya selang minggu, ada je yg akan perform, tapi byk dah abis tiket ler…
erm, 30-31 januari ada lunar new year concert, ada performance suara soprano oleh Rao Lan…conductor Muhal Tang…
erm, tiket dari RM25-RM95..
3,4,5 mac ada Harry Connick,Jr and his big band…tkiet Rm240-300..
ni kalau abg pg sponser kite ek,,
ada lagi b4 3-5 mac tu,
tak ingat…nak tau lagi leh pgke bilik box office kat pintu utama klcc ek,,
tapi mmg byk yg terdekat ni dah abis tiket…
erm,,23-24 ni plak ada teater Raja Bersiong kat klcc gak,tiket dari 10-50…..teater muzikal lah~
[Reply]
wuishhh.. orchestra… mesti best.. serta classy…
[Reply]
owh.. denn. layan okestra? pergh.. siap p tgk lg. sy just layan lagu sudah
a’a la. my mom n dad pun tak bg bawak motor. tp lps dh brief kat dia. boleh dh kot 
[Reply]
DATO’ FAZLY~ erm, erm kalau lagu slow, bleh tertdoo di buatnya..
kalau lagu rancak, leh tergelak tgk konduktor dia~
AHIB0205~ yaa ahib..tak layan sgt, tapi kwn ajak, berat plak rasa nak tolak,tak pe lah,,layan je,bukan salu…
erm,,tu lah pasal,kl ni bahaya sikit bawak moto, lagipun deen takut tgh2 bawak moto kaki problem,,wakaka,,ada masalah kaki ni
[Reply]
pergh… sibuk giler ko ek… mengalahkan aku. haha.
kalu aku jadik ko pon aku rasa lega gila2… selamat….
[Reply]
sawax~ haha,,selamat lah jugak,
tapi lepas priview,kene tukar background music!!!!!!!
tidak!!!
kene pg lagi zaftrad!!!
[Reply]
klw mcm tu nek la beskal
[Reply]
lutut kiri aku pernah berlaga masa main futsal hingga lebam sebesar maggi in cup dan berwarna ungu~
lutut kanan aku plak pernah terhentak kat atas court takraw masa men takraw dan beralih kepala lutut aku,,
so,,tak leh nak mengayuh kuat sgt~
wakaka
[Reply]
Pengalaman Mendewasakan Kita. Huhu..
[Reply]
thanks bro~
3 ayat tu dah cukup utk org muda berfikir~
sesungguhnya ito semua mematangkan,
kalau tak ada bende2 camni,
susah bagi kita pk,betapa pentingnya masa, perlu di uruskan bersama kerja,,dan diselenggara bersama aktiviti personel~
[Reply]
padat gle jadual..huhu..kalo saye,da lama pitam..bwt keje pon x eklas..asek merungut je..huhu..contoh2 pekerja x b’dedikasi..tp tape..keje mcm deen sure “masuk” byk kan..
aiyak..deen bkn anak tunggal kan?asal kne kontrol cmtu..naik kete je la..da moto taleh naik..ehe
[Reply]
saudara munet tu cam pnh tgk jek, bdk kedah ?? huhuhuhu..cam senior skewl aku ja dulu..
[Reply]
laksana Watson Nyambek - uwekk biar benor.. letak video larian tu heheh
[Reply]
cam penah rasa je perassan lega itew…hehehe…slalu gak lah aku wat keje last minute…huhu…btw…mesin edit filem yang setgh juta tuh berupa komputer or apa?
[Reply]
deeeeeen… yg picnic bloggers tu… amacam? updateee skitttt
[Reply]
AINUL~ eh eh,,deen tak merungut byk keje,,cuma merungut sbb tak byk masa nak rileks,,deen buat keje ikhlas tau tau tau,,,,
mana ada byk masuk,,besa ja
PECO~ munetz tu dulu sekolah kat Kolej Sultan Abdul Hamid..
SYIA~ alah,,watson nyambek,wee,,gurau je lah syia..
FADZIORIQ~ erm,,penat gila,tapi dah rehat lega rasa..erm mesin edit filem dia tak mcm komputer, dia ada piring,ada skrin monitor,..nak tgk ada masa jumpa deen kat PJ,selangor..deen bleh tunjukkan
DATO’FAZLY~ fazly, aku tunggu ko bagi jawapan,,berita mcm itu ari lah…
[Reply]
wah…bizinye cik deen nih..hohoh..kerja kerja jugak…tp kesihatan kne jage jugak..
[Reply]
MIMI~ ye ye,,skang busy dgn bowling,,nak tournament ni,
wakaka,,thanks sbb mengingati diri ini yerp~
[Reply]
betul ke tak isap rokok??
[Reply]
betul aku tidak hisap rokok~
why?
[Reply]
heh deen deen. kan seronok kalo dpt buat camtu hari-hari
[Reply]
razie~ kan seronok kalau aku buat benda tu hari2,dan aku akan dpt gaji yg setimpal dgn keje sampai kol 12 tghmlm tu~
[Reply]
baper gaji ko skang??? hehe…
[Reply]
nak bagitau gak ke?
empat angka,,,bermula dari angka satu…
tak byk seh~
[Reply]
~whoa… penuh jadual.. mcm artis engko ni ekk? naik lrt, bas.. pastu jalan kaki.. nasibla boss msih meeting.. kantoi pun, cakap kat dier blanja makan canai.. kompem lembut hati.. huhuuuu!
watson nyambek… mane dier pergi eh? hm…..
[Reply]
wakaka,,nasib aku lah elliv,,
takpa,,aku nak amik loan moto,,
tak peduli,,makin hari makin busy,
tak berdaya lagi mahu naik turun lrt dan bas serta jln kaki~
erm,,watson nyambek,,main futsal dah skang~
kat miri
[Reply]
salam…eh,entry pegi nangga cuci bila deen?aku ingat dah di engkah…nvm,i’ll wait.sik sabar mauk baca review ko…
[Reply]
angka nomo 2???? huhuhuuh… kira ok laa tuu… lagipun x lama lagi ko naek gaji kan…
[Reply]
alow bro..
mesti ko puas ati ble dah antar kerje 2 kat boss kan?
[Reply]
pemburu~ sorry, so busy right now,
sawax~ haha,oklah utk org bujang mcm aku,,
loque~ aku tak puas ati,,,
[Reply]
asal?
[Reply]
sebab aku tak buat terbaik sgt,
bende last minutes buat loque~
kelam kabut,,
[Reply]
encem seyh deen nie.. wawawa
[Reply]
mengikut senarai wikipedia malaysia, nama deennasour tidak tersenarai dlm kategori rakyat cute atau hensem~

[Reply]
Add A Comment