/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Archive for January, 2008

Jan
12

Kala Malam Bulan Mengambang~

Posted by deennasour

DUIT!!!!! itu perkataan pertama deen pk masa nak tonton filem ni. Almaklum pertengahan bulan ni akan berlaku gerhana matahari, dimana cahaya-cahaya rezeki akan berkurang dan akhirnya gelap gelita poket dari kilauan duit kertas seperti not RM50, yang ada hanyalah rentak lagu cing cing duit syiling..ceewah,intro yang baik!! hehe…
Nah, ada duit looo…so meh meh serang mid valley!!!

[golden screen cinema mid valley mega mall~]

Memang projek last minute, pukul 4.45 pm camtu lah baru terpk nak tengok wayang lepas balas komen cik mimi di post anak halal yang makin hangat..uh uh..erm, tak tau nak ajak sapa, sebab member kebanyakkannya semuanya tengah pokai….dan akhirnya terpk nak ajak member blogger shadowx19 a.k.a acul , akan tetapi ada masalah transport plak bro tu, tak apa, lalu aku bawak lah Zul…..dan yes!! adalah member yang join aku tgk wayang..syoklah gak,,tak lah sorang-sorang…

[deen dan zoul tgh bosan gile sambil makan ais-krim]

Kitorang sampai kat mid valley pukul 6 aik bas free dari lrt bangsar pas tunggu2 teksi tak sampai2.. sampaije kat mid valley terus naik ke gsc beli tiket takut habis sbb ari ni jumaat adalah hari yang kedua, so movie ni still fresh lagi… maka berlakulah peristiwa lari-lari anak nak cepat sampai… dalam keghairahan untuk mendapatkan tiket, sampai je kat gsc, ek eleh,,,,,lengang beb, tak ramai orang, buat penat je nak laju-laju sampai kan…cet…

[tengoklah. betapa lengang nyer, korang bleh baring-baring lagi kat situ]

Tiket berharga RM10 termasuk duti hiburan sekali campur daa…. deen pilih tempat duduk 2 dari belakang, tak lah sakit tengkuk nak mendongak macam tengok cerita Enchanted tempoh hari dengan suriya….tempat duduk no.12 & 13 dan tayangan pukul 7.oo pm……

Tepat pukul 7.00 petang,,,maka bermulalah kisah Kala Malam Bulan Mengambang sebuah filem eksperimentasi Mamat Khalid yang berkonsepkan Komedi Seram hitam putih yang dibintangi oleh Rosyam Noor, Umie Aida, Farid Kamil dan deennasour sebagai penonton daaaa…..hehehe.. dan inilah review deennasour secara tak berapa detail dan semestinya tak pro…..sekadar lontaran perasaan dan idea kreatif penonton amatur yosh! Mamat dan konco-konconya jangan lah ambik hati~

Filem ini mengisahkan seorang bekas wartawan[rosyam noor] yang pergi menyiasat satu kes kehilangan pemuda-pemuda di sebuah pekan…….maka bermacam-macamlah peristiwa yang belaku, baik seram, komedi, romantis, epik, triller, fantasi, aksi, patriotik dan bermacam-macam lagi, pendek kata, semua genre di adunkan ke dalam filem ini…amcam hebat tak korang rasa filem ni?

Jalan cerita dan plot serta olahan filem ini, erm erm, agak perlahan sehingga membuatkan filem yang berdurasi hampir 2 jam ini dirasakan seperti 4 jam sama seperti filem hindustan… tapi yang bestnya, filem ini membuatkan anda tertipu dan deen juga dah terkena, tipah tertipu bang!! Mana tidak nya filem yang pada mulanya menyelongkar kisah kehilangan yang kononnya berpunca daripada jembalang tetapi kemudian Rosyam Noor berjaya mendapat jawapan kehilangan itu selepas menangkapan ahli kumpulan komunis yang telah menculik pemuda-pemuda yang hilang itu. Dan selepas penangkapan komunis tu, kesemua persoalan pada awal cerita telah terjawab dan Rosyam Noor dan penduduk pekan itu berpesta seakan-akan filem ini sudah mencapai peringkat peleraian iaitu dah nak abis.. dan dalam hati deen, “laaa,, ingatkan cerita hantu, tapi cerita komunis pula…cis”

Tetapi, tiba-tiba dalam kekecewaan deen itu, Rosyam Noor tiba-tiba hairan, kerana ada lagi pemuda yang tak dijumpai, kerana yang dijumpai tak semua, dan bermulalah sound effect seram memenuhi panggung..jeng jeng jeng… Deen yang tadi kecewa sebab cerita ni pasal komunis kembali bersemangat nak tengok..hehe..tipah tertipu rupanya..pandai mamat khalid mengelirukan penonton dengan mengalihkan fokus kita dan barulah bermula penyiasatan Rosyam Noor yang lebih mencabar dan kelakar….

Dan bermulalah konflik kedua filem ini yang membuatkan kepala otak kita ligat brfikir siapa yang menculik pemuda pekan itu… dan dan dan..akhirnya Rosyam Noor berjaya mendapat petunjuk kehilangan pemuda itu dan tidak semena-mena satu babak yang memecahkan kepala otak deen dan memecahkan perut deen berlaku pada klimak kedua filem ini….hahaha… korang boleh bayangkan bagaimana kalau filem Waris Jari Hantu dan filem Jangan Pandang Belakang dicampurkan..begitulah babak ini..hahahaha..lawak giler!!! Deen tak nak bagitau ending cerita ni..sebab tak suprise lah nanti kan, nak tau tengok sendiri….

Tulah serba sedikit ceritanya..pening tak? Dalam filem hitam putih ni, korang boleh jumpa berbagai-bagai filem lain didalamnya, samaada sengaja dicedok atau secara tidak sengaja mempunyai persamaan tetapi persamaan itulah yang membuatkan anda tersenyum apabila menonton filem ini..hahaha..seronok tak bunyinya? Antara filem yang tersangkut kat Kala Malam Bulan Mengambang ini adalah seperti filem James Bond, American Airwolf, Romeo and Juliet….itu untuk filem omputih. kalau filem melayu pula Laila Majnun[filem lama da] Jangan Pandang Belakang, Waris Jari Hantu, Pontianak Harum Sundal Malam, Zombie Kampung Pisang, dan tak lupa juga cerita yang Allahyarham Hani Mohsin tu..apa nama dia Jimi Asmara ke apa..ha…korang boleh lah berimaginasi bagaimana rupa filem ini….syok atau tak… yang pasti, apabila mula saja cerita ini, wah!!!!! deen rasakan berada pada era sebelum merdeka, mana tak nya, filem tak ada warna, hitam putih….

Skrip filem ini, adakalanya tercampur dengan bahasa moden kita hari ini, mungkin itu adalah lawak semata-mata yang nak ditonjolkan, tapi sememangnya, korang mesti korek telinga sebelum menonton filem ini, sebab skripnya memang lawak terutama apabila watak Rosyam Noor dan Seorang lelaki india berlangsung… dan untuk pelajar-pelajar tu, filem ni memang banyak sangat peribahasa yang digunakan seperti “sarang lain boleh di jolok, sarang tebuan jangan dijolok” , “kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga” dan “barang seinci takkan boleh jadi 7 inci” hahaha….. ada yang peribahasa diorang main tibai ja,,,lawak-lawak….

so…korang sekarang boleh lah berkira-kira nak tengok filem ni kat panggung atau tak, nak beli cd ori atau cetak rompak…. tapi deen galakkan korang tengoklah kat panggung sebab feel dia tu..wah..memang seronok ditambah dengan sound effect memang seakan-akan filem lama macam tengok filem P.Ramlee…..dan nak tau, masa kuar dari panggung, deen masih lagi gelak, sbb filem Mamat Khalid ni memang gila!! sewel kita di buatnya~

Jan
10

Jom Bowling!!!

Posted by deennasour

Selamat menyambut Maal Hijrah, semoga tahun baru ini, kita beroleh lebih kejayaan, rezeki, dan keberkatan di dunia ini. Dan buat teman-teman bloggers, deen doakan kamu semua berjaya dalam bidang masing-masing….amiin……

Oh ya, sempena Maal Hijrah ni, deen nak kongsikan sebuah zikir, yang dipersembahkan oleh kumpulan nashid deen masa festival nashid tahun 2007 yang lalu, kumpulan deen nama Istiqam Baru, ustaz bagi, so kita terima seadanya, kami dapat tempat ke-4 dari 17 buah kumpulan tau. Walaupun berlatih kurang dari seminggu. Zikir ini hanyalah intro persembahan, nak dengar lagunya, klik sini.

Inilah zikir intro kami tu, solonya Awang Syazwan, tapi untuk 2 lagi lagu, deen dan fauzi. Kumpulan kami dapat markah tertinggi untuk solo diantara kumpulan tu..hehe..
so, dengarkanlah, orang puji suara harmoni kami untuk intro ni…..

Ok, 1 Muharram adalah cuti umum bagi negara kita, deen memang tak ada projek untuk cuti ni, just internet…tapi sebaik sahaja on9 ym, abang Fazly ajak main bowling………eh bukan main, berlatih bowling…

Berlatih? ya berlatih, sebab opis kitorang telah diundang untuk menyertai pertandingan bowling dan futsal antara Media di Selangor ni, so kenalah berlatih, kalau tak, macammana nak menang, tapi deen tak tau pun nama deen sebagai wakil opis ni, abg Fazly yang bagitau, tapi cuma simpanan……kenapa simpanan? entah, tak ada pun pemilihan!!! tak aci!! so jom lah tengok bakat deen main bowling, cukup sekadar simpanan atau pemain utama…haha..pertama kali lawan abg Fazly main bowling…hehe,,abg Fazly gak yang belanja ni, deen dah pokai……haha

Oh ya, turut serta adalah sorang lagi member deen iaitu Yanie, dia pun tersenarai mewakili opis kita untuk competition tu. Kitorang main 2 game dan dapat lane ujung sekali no.1~
Yanie bawak adik and mak dia sekali, so tak bosan lah….kecoh lah jadinya dengan gelak tawa…best!! shadowx19 a.k.a acul, rugi ko tak join…hehehe..


[nilah wajah-wajah bakal pemain bowling kebangsaaan,,,hehehe,,aku boleh lagi, muda..haha]

Dan, bermulalah, barisan peserta terdiri daripada Abg Fazly yang mewakili negeri KEDAH, Deennasour yang mewakili SARAWAK, YANIE dan adiknya DIANI mewakili PERAK..
haha…….pusingan pertama, permulaannya, keempat-empat peserta begitu memberi saingan dengan strike dan spare….tetapi lama kelamaan deennasour berjaya menunjukkan taringnya..
bahawa dia bukan hanya boleh diletakkan sebagai pemain simpanan untuk competition itu nanti..

[dari kiri, deennasour, yanie dan abg fazly]

Berikut adalah keputusan game yang pertama:

Abg Fazly : 164
Deennasour : 189 [amacam??]
Yanie : 134
Diani : 74

Haha,,yes yes,,deen menang utk game yang pertama…
dan bermulalah game yang kedua, kesemua peserta macam dah sejuk, masing2 teruk ah beb..
strike tak dapat2…spare je yang dapat..tidak!!
dan semua merosot jumlah jatuhan spi walaupun bermacam-macam gaya dikeluarkan termasuk lah kuak kupu-kupu, lari dalam guni dan lompat bergalah, tetapi masih teruk lah balingan kitorang, dan keputusan nya…..

Abg Fazly :145
Deennasour : 122 [aduh, terukz]
Yanie : 83 [keh keh keh]
Diani : 100

Dan begitulah hebatnya pemain-pemain bowling negara ini, dalam usaha menempatkan diri dalam sukan olimpik di Beijing tahun ini..[ perasan]
Aktiviti hari ni diakhiri dengan makan-makan di Food Juction..dah abis dah………
Oh ya, filem Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid [rock, man laksa & zombie kpg pisang] dan pun ditayangkan hari ni, so seranglah pawagam berhampiran anda….]


[inilah yanie, adik dan emaknya yang sporting join anak main bowling]

p/s : so buat korang yang kata aku kerek, heh, mana ada, aku leh je dengan sapa2 kuar atau join aku kuar, aku tak pilih kawan lah~
meh meh meh…asalkan korang tak kerek leh le join aku yang tak hensem, dan tak pandai sal blog ni….tata..

coming jalan-jalan~ nengok wayang, hari pertama filem CUCI, 24 Januari 2008, insyaallah

Jan
09

anak Halal

Posted by deennasour

Yosh!! Akhirnya selepas 3 -4 kali plan aku nak tengok Anak Halal hasil buah tangan Othman Ali ni dibatalkan,,,akhirnya semalam bersamaan 8 Januari 2008 aku dapat juga pergi tengok..
Bersama-sama deennasour pergi ada 3 orang member, Diani,Zul dan Suria…… kitorang pergi lepas waktu pejabat dan terus beli tiket…

WAH!!! begitu lengang kaunter tiket masa tu,,macam tak percaya aku, hari tu bukan main ramai lagi semasa aku pergi menonton Enchanted yang aku tulis di entri yang lepas…..
cuma aku lupa nak tangkap gambar kelengangan itu..hehe..
Tayangan pukul 7.15 petang dan sebelum tu, kita makanlah dulu di Mc D….
oh ya, kali ni, tak ada orang sponse,masing-masing duit sendiri,,almaklum,,tengah bulan,,patut lah lengang~

Ok tanpa buang masa, review aku..
Mesej, latar masyarakat dan sewaktu dengan nya sememangnya mantap, iaitu kisah-kisah hidup muda-mudi dan latar kehidupan masyarakat yang hidup di setinggan dan rumah flat.
Pelakon, korang sedia maklum, memang pelakon pun tidak kurang hebatnya, kesemuanya aku boleh katakan memberi komitmen dan penghayatan yang baik, masing-masing dapat menjiwai watak masing-masing…untuk lakonan diorang aku bagi 5 bintang,,,,memang baik!

Tetapi, aku rasakan plot cerita dan olahan cerita agak tak teratur,,itu pandangan aku, aku bukanlah pro pun, tapi itulah, seperti ada yang tak logik, dn ada yang pelik semasa perjalanan plot cerita tu, tak berapa tersusun, so bagi aku, pengarah tak begitu sensitif….aku tak tau nak cakap macam mana, sesiapa yang dah tengok tu tahulah….

Dan tengok pula pada suntingannya, mungkin kalau korang tengok sebagai penontong biasa, korang tak perasan, tapi oleh kerana bab ni aku dah tau dan belajar, so aku nampaklah kekurangannya. Aku boleh katakan filem ini agak kasar suntingannya. Dan ada sesetengah babak mempunyai jump cut. Tapi aku terfikir, masakan penyunting ini terlalu alpa dalam bab-bab jump cut ni? Contoh; satu babak Farid Kamil dan Maya Karin berada di dalam rumah flat, tiba-tiba terus jump ke babak seterusnya kawan-kawan Farid Kamil berada di port lepak diorang, so disini nampak seperti lokasi Farid dan Kawannya sama,,sedangkan lokasi mereka berbeza,……tak tau lah korang faham tak apa aku tulis ni,,,aku pun bukan lah seorang editor yang pro, tetapi aku nampak kelemahan itu…..

Erm,tapi mungkin filem ini jump cut disebabkan ada babak2 yang dipotong oleh lembaga penapisan filem tetapi jika ada babak yang dipotong, kenapa babak Bonda Farid Kamil menyebut PUKIMAK tidak dipotong? konpius aku…..

Tak apa, kita tengok skrip pula, fuh, segangster-ganster dan seliar-liar kumpulan Farid Kamil ni, boleh juga berbahasa jiwang..haha.
Dan korang janganlah terkejut kalau tengok filem ni, selamba kodok je pelakon dia sebut SIAL, CELAKA, PUKIMAK, HARAM JADAH dan banyak lagi. Aku rasa tak perlu selancang itu skrip yang ditulis bagi menunjukkan betapa realnya filem ini…..
Kalau kita tengok filem KL Menjerit, tak ada pun mengeluarkan perkataan kesat dengan kadar selalu…. begitu juga dengan Remp-it…… tak perlu lah menggunakan perkataan kesat seperti itu
bagi aku, ada lagi perkataan lain yang boleh menggantikannya….
contoh skrip filem KL menjerit yang tak lah kesat tetapi ada kualiti lah….
“champion, ambik moto cabuk kau tu, kejar aku tengok”
pun dah melambangkan watak seorang mat rempit…. tak payah lah keluarkan skrip seperti,
“hoi setan, ambik moto celaka ko tu, kejar lah aku, barua!!! ” [contoh aku buat sendiri]

setuju tak dengan aku??

Erm, itu yang aku tak suka, yang aku suka, angle shot filem ni, cantik…..
rekaan set penggambaran pun memang sesuai sangat-sangat…..sememangnya kena dengan situasi sebenar……..

so…itulah dia Filem Anak Halal….
nak tahu filem Othman Ali seterusnya?
kalau tak silap Aquarium Cinta…
dan kaalu korang nak tau, filem Othman Ali sebelum ini ialah Puaka Tebing Biru……..

[1.deennassour 2. zul 3.diani 4. suriya]

Jan
07

Biodata Iblis~

Posted by deennasour

Semasa aku mula menyiapkan entri ini, aku sebenarnya tengah makan nasi goreng ayam..

cuba korang bayangkan, korang sedang kelaparan, dan ada nasi goreng ayam, wah, sungguh menyelerakan dengan desakan nafsu apatah lagi syaitan laknatullah~

Itulah penangan syaitan iaitu anak buah Iblis Laknatullah, menyebabkan kita mudah ternoda.
Semalam aku membuka peti email aku, dan tertarik dengan satu email yang bertajuk Biodata Iblis yang dihantar oleh kakak aku yang no.6 [aku ada 6 orang kakak] iaitu Kak Mas…lalu aku tertarik untuk berkongsi bersama korang semua sempena dengan Maal Hijrah yang akan berkunjung tiba, maka dapatlah kita jadikan renungan dan peringatan insyaallah…

Pengenalan diri Nama sebenar : Iblis Laknatullah
Nama glamour : Hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsuir dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Cita-Cita Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : ‘Hipokrasi asas akhlak’
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatoo
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Pengalaman & Kenangan Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Saat Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT
[maka beringatlah kita kepada Allah nescaya kita akan dijauhkan dari godaan Iblis dan sekutunya]

[dan berpegang teguhlah pada tali Allah, nescaya kita takkan tenggelam]

Jan
06

2007 Dalam Kenangan~

Posted by deennasour

Selamat tinggal 2007, dan selamat datang 2008, aku rasa aku antara blogger yang paling lambat mengeluarkan entri untuk mengenang kisah 2007 dan membuka lembaran 2008…..
Oh ya, mungkin ramai yang masih tidak mengenali diri ini…..my name is deennasour…haha..carilah sendiri nama betul aku ye….

Ramai yang tak tahu, aku memulakan lembaran 2007 sebagai seorang pelajar yang bakal cemerlang di dalam sijil peperiksaaam tinggi Malaysia [stpm] dan juga sebagai seorang ketua tingkatan yang begitu berdedikasi dan menyayangi anak-anak buahnya [tak percaya tanya kawan sekelas aku]


[dari kiri, beth, fauzi, marvin, sara, deennasour dan awang syazwan]

Mungkin sudah ditakdirkan, aku tidak berjaya masuk ke mana IPTA dan akhirnya berjaya mendapat kerjaya yang begitu menarik sekali, berkaitan penyiaran dan penerbitan.
Setelah berjaya lulus dalam 3 ujian yang dibuat, aku akhirnya mendapat kerja sebagai ehem ehem [sapa-sapa yang penah baca entri sebelum ini, tau lah] di salah sebuah sektor kerajaan..
dan diwaktu itu aku dilemma..dengan harapan Pengetua sekolah dan harapan ayah bonda yang inginkan aku terus bekerja. Akhirnya setelah meminta petunjuk daripada-Nya, aku ke Kuala Lumpur untuk melapor diri dan aku sekarang ialah seorang pekerja dan pelajar STPM kerana aku masih menduduki STPM…..

Ramai yang aku kenali setelah berada di KL ni, antaranya Zul, Kak Huda, Zuri, Yani, Kak Ina, Suriya, Sariman dan ramai lagi…semua tu yang sama masuk dengan aku, so kami rapat seperi cpu dan monitor…….


[antara geng baru yang aku kenali di opisku]

Hidup sebagai seorang yang bekerjaya dan pelajar memaksa aku bijak mencaturi masa, antara belajar dan bekerja, dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar…..
Tahun 2007 juga membawa aku ke sebuah dunia imaginasi, konfrantasi dan propaganda iaitu internet……… aku tidak berapa ingat bila aku memulakan blog ini, seingat aku dulu aku menggunakan domain pasar-seni.blogspot dan kemudian barulah bertukar menjadi deennasour.blogspot………. sememangnya untuk menjadikan blog aku ni menjadi bacaan ramai sukarnya tidak terkata sehinggalah aku mengenali insan-insan ini;
1.vangardx
2.syuxx
3.elliv
4.ezoodeen
5.khai

Selepas mengenali insan ini barulah aku celik sedikit mengenai dunia maya ini…thanks ek!!!
Dan tahun ini aku juga mengenali insan-insan lain menerusi friendster seperti Afzal, Razie,HBC Rul,Draven, Munetz, Ketzo, Akmal, Syawal,Ewan,Faris, Iezah, Ieqa dan ramai lagi tak tersebut di sini,,,paling penting PEMBURU..
yang pernah aku ceritakan di dalam entri yang lepas.

Aku juga mula cenderung kepada dunia fotografi dan semakin banyaklah cabang seni yang aku minati selain performance art langsung aku, afzal dan razie membuka sebuah ARTgroup bernama FEF fourth era fabulous~
Minat aku terhadap dunia internet dan fotografi membuatkan hati ini melonjak-lonjak untuk mendapatkan sebuah laptop dan kamera dan alhamdulillah, ibu yang disayangi Hjh Masni binti Antali dengan murah hati membelikan aku sebuah notebook Lenovo Y400 IBM…..dan aku menggunakan duit sendiri untuk membeli kamera digital compact samsung…..


[kamera, mp3 dan notebook]

Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini agak istimewa, pertama kali aku berpuasa jauh dari keluarga, bersahur sorang-sorang dan berbuka sorang-sorang…..adoh,,sedih siot!!
Tetapi paling menyeronokkan apabila kepulangan kita dinanti oleh seisi keluarga..wah,,terharu~
Yang sedihnya kucing aku hilang!!!!! Ingatkan nak balik jumpa kucing kesayangan aku, aku dah bayangkan aku keluar kereta dia laju je lari pergi kat aku,,mintak diusap2,,,,,wah,,sapa ntah yang curi!!!

[raya pertama, ayahku, deennasour, ibuku dan damia mirza-anak buah kesayangan]

[raya keberapa tak ingat dari kiri; deennasour,azfar,faris, dan ahmad firdaus]

Erm dan pada tahun ini jugalah aku tahu betapa perit,seksa dan penatnya mengacau dodol~aduh tangan rasa nak tercabut….Semua berlaku semasa aku mengikuti kursus orientasi pegawai persekutuan Sabah dan Sarawak di Melaka……Kalau ada lagi acara mengacau dodol, fuh, aku adalah orang pertama yang mengundur diri….

Tetapi yang seronoknya, aku dan seorang kawanku Kadri telah mendapat sebuah keluarga angkat!!!
Ayah Adam, seorang musician mempunyai band dan studio sendiri, Mak Engku, keturunan sultan Pahang seorang guru kanan, Abg Andy seorang pemuzik dan rockers, adik Fandy yang pandai main piano…..

Wah, sememangnya banyak yang aku belajar dan tahu serta tempuhi pada tahun 2007 yang lalu, berat rasanya nak meninggalkan umur 19 ini, pada umur ini aku merasai segalanya, pelajar,pekerja, remaja, hidup membujang, kekasih orang, dan lain-lain lagi……..

[fuh penat seh nak kacau dodol]

[family angkat yang dikasihi dari kiri; mak ngku, fandy, kadri dan ayah adam]

oh ya,,aku pun dah tukar blog aku,,tak lah banyak sikit jerk, warna hitam dah tukar ke warna putih, dan header pun tukar,,tagline blog dah tukar dah,,hehe,,komen le ye~