04
Kaki bola kaki rokok?
Posted by deennasourPada kira-kira pukul 9-10 malam hari ahad bersamaan dengan 3 Februari 2008 ni tadi, deen kan pergi makan malam kat Restoran Jamal Mohammed, biasalah rumah deen tak ada dapur gas nak masak, so makan kat luar la hari-hari…………..sebelum pergi ke restoran, deen sebenarnya singgah jap kat kedai runcit kat sebelah mamak tu, nak beli bateri jam loceng deen yang tak nak bunyi, bateri low power lah tu….
Oh ya, buat yang tak tau, deen dok kat kelana jaya,selangor, dan berhampiran dengan wisma FAM [football association of malaysia] iaitu tempat-tempat para pemain-pemain bola sepak malaysia berteduh dan menjalani latihan….so, selalu la deen nampak wira-wira negara kita ni, tapi deen salu nya buat besa ja, alah, diorang bukan nya menang piala dunia pun nak bangga2 [saja kasi naikkan semangat diorang supaya rajin lagi berlatih]…
Masa nak beli bateri tu, adalah 2 orang pemain bola ni, muda lagi, agak2 nya pemain bawah 23 tahun kebangsaan kot, tapi deen tak cam dan ingat nama dorang, kalau zaquan,zafuan atau adney, kenal lah kan? diorang glamour….deen cam ldiorang sebagai pemain malaysia sbb baju diorang lah….yang deen nak cerita ni sebab masa deen tunggu diorang nak bayar barang yang dibeli tu, diorang rupa-rupanya beli rokok lah~ dunhill lagi tu, wah, camner ni? ahli sukan hisap rokok? Mana nak bentuk stamina? Kalau dah merokok mesti tak tahan main selama 90 minit…patut lah sang harimau terkulai layu lepas main selama 30 minit sahaja…apa daaa….teruk betul!!!
Deen bukan nak serkap jarang, mungkin rokok tu orang lain kirim ka, kan? tapi pelik ah rasanya….Pas tu, deen buat tak kesah, cuma agak hairan dan sedikit kecewa jika rokok tu diorang yang punya dan hisap…Deen pun masuk le mamak nak makan, sebab lapar, deen duduk kat dengan tv, saja nak tengok bola, depan deen ada sekumpulan lelaki…tengok2,,eh eh, macam kenal,,,laaaa, rupa-rupanya pemain bola sepak Malaysia gak, tapi senior lah, seperti Safie Sali, Shukor Adan,Norhafis Zamani Misbah dan ada lagi deen tak kenal…. diorang macam manusia besalah, sembang2, minum, tapi tak makan lah, minum jerk…haha.
Mula-mula deen tak ambik hal dengan diorang sehinggalah deen terhidu bau rokok dan ternampak kepulan asap~ rupa-rupanya seorang daripada mereka merokok daaa..alamak, mampos lah macam ni? macammana nak ada stamina kalau merokok? adui, teruk ah!!!! deen memang kecewa sangat2 tengok pemain dan harapan negara kita berwatak sedemikian, tapi yang pasti nya yang merokok tu bukan Safie dan Shukor….haha…teka2….. dan deen tertarik tengok watak safie sali yang cool dan relax je, tak lah nampak kerek berbanding yang lain…sorry ek!!! hahaha….
Nak tahu lebih lanjut pasal bola sepak negara kita? Jenguk2 le laman web FAM, tapi skang laman web tu tengah renovate..so boleh jenguk wikipedia jerk la…

Entahlah deen… Mereka dah besar…
[Reply]
:ask: tapikan members kata kalau isap rokok leh kuatkan otot ye ke?
[Reply]
deen… happy birthday!!! aku dah lama xleh nak update blog since tenet kna potong… huhuuh…. ni pon pinjam member…
semoga panjang umur…
murah rezeki…
dapat awek cun…
dah x sibuk…
naik pangkat cepat2 supaya bley blanjer aku.. hihi…
[Reply]
AZHAR AHMAD~ mereka dah besar? komen mcm nak tak nak je,,ni mesti bro merokok ni,,hehe
SYIA~ kuatkan otot? nanti dah umo 40-an terketar tulang menulang,,,apa yg kuatnyer?
SAWAX~ aku tak lama lagi kene potong ah tu, hehehe,,sbb aku pun blom bayar bil lagi bulan ,,wakaka,,
thanks sawax~ aku dah ada awek yg cun melecun ah,,,,hehehe:good:
[Reply]
Happy Besday… (kat sini baru kul 10am, 4 feb)
Semoga pjg umur dan murah rezeki.
Sentiasa diberkati.
Jgn merokok…hehehe
[Reply]
patut la bola kite x maju…
[Reply]
huhu..dah ade wordpress siot..ape2 pun jgn lah membeli apatah mehisap rokok..baik jual je..
[Reply]
DELI~ bro!! ya ya,,terima kasih, deen tak hisap rokok,jgn risau,,
LOQUE~ tu lah loque,,diorang main tak ada stamina,,,cepat penat sbb hisap rokok!!
SYAMSULLARIFF~ bro!! haha,,thanks komen,singgah2 selalu yerp, sbb nak salu update post,,mcm bro gak,,wee~
tak ada lah nak beli,,hisap pun tak,
jual pun takkan,,,,jadi pembuat jerk,,,haha:fear:
[Reply]
masyallah..
kan merokok 2 haram…
[Reply]
Ahh.. Hanya Ada 1 Kelebihan Merokok Manakala 1.3 Trillion Keburukan Yang Dibawanya.
[Reply]
LOQUE~ GURAU JE…
QAIYUM~ WOW!! YE KE? MMG LAH KAN,,TAPI STILL RAMAI HISAP ROKOK
[Reply]
:happy:
yerp..
[Reply]
halo…theme nampak hebat nie..
kalo diorg continue merokok, takkan menang la harimau malaya…
diorg main utk cari mkn je….cukup bulan gaji masuk…
mane nk kisah psl malaysia menang ke x…
bro….blog awak nie ade error la…check kt sidebar…ade skit bertindih tu…saya pakai resolution 1280×800…mungkin sbb tu nampak mcm tu kut…
anyway keep blogging…gud luck
[Reply]
LOQUE~ HEHEHE…thanks ya keep in touch
MURLY~ erm,,haha,,betul tu, nak gaji jerk,apa daaa..
error tu saya perasan,tapi tak ada masa nak adjust, nanti2 la…lagipun tak mengganggu sangat~thanks :happy:
[Reply]
:happy::happy:
no probs maa…
[Reply]
:happy:patutla slalu kalah jerkk
[Reply]
Loque~ ye ye..
Anysz~ tau tak pe
[Reply]
Add A Comment