08
IKRAR SUMPAH MELAYU
Posted by deennasourDeen tertarik dengan berita di dalam blog Maya, yang dipetik dari akhbar utusan berkaitan A.Samad Said yang merajuk dan ia berkaitan dengan masa depan sastera Melayu kita. Dan deen juga sebenarnya dah lama tertarik dengan tulisan blog abang kita sorang ni iaitu Qaiyum dan Azhar Ahmad yang deen rasakan mereka sememangnya mempunyai rasa cinta yang kental terhadap bangsa Melayu……so deen tertarik juga untuk menulis entri berkaitan dengan bangsa darah pusaka deen ini memandangakan deen sememangnya seorang yang cintakan Melayu sampailah ke filem Melayu…deen tak suka produk filem, album, hasil seni dari luar!!! pandang lah anak seni kita wei!! Justeru tersebutlah kisah entri ini……………………….
termaktub di Batu Pahat pada 8 Rabi’tul awal 1365 hb bersamaan 10 februari 1946 masihi
- Kami umat Melayu beragama Islam pada hari ini,
- Berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati,
- Bertelagah dan berbalah sesama sendiri
- Kami berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam
- Kami juga akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami
- Kami bersedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat
- Kami umat Melayu, Islam bersumpah setia untuk :
- mempertahankan kepentingan dan hak Melayu
- mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu
- memperjuangkan iktisad dan pelajaran bangsa Melayu
- mempertahankan maruah negara supaya aman sejahtera
Deen perolehi ikrar ini daripada buku ONN JAAFAR, PEJUANG TERBILANG yang berharga RM120 di MPH mid valley, [deen tak beli, belek2 je...ingat dapat gaji nanti beli]
Dan sebaik sahaja membaca ikrar itu, deen olah pula sebuah ikrar berlatar belakangkan sebilangan masyarakat Melayu hari ini….
- Kami umat Melayu, ada bukan Islam pada hari ini
- Suka dengki mendengki, khianat dan iri hati
- Bertelagah dan berbalah sesama sendiri di medan politik
- Kami mula berpecah belah dan tidak bersatu menegakkan Islam
- Kami malas bekerja dan mengharapkan subsidi dan kenaikan gaji
- Kami bersaing sesama bangsa dan kaum lain berbekalkan rasuah dan nilai suapan
Itulah dia, korang setuju? Ikrar yang deen buat tu, hanyalah sebagai cerminan dan refleksi diri, untuk deen dan teman yang ingin mencari iktibar dan tiada pun rasa ingin mengutuk bangsa sendiri……Ingatlah! Takkan Melayu hilang di dunia..

Tahniah Di Atas Penulisan Sebegini Yang Sememangnya Saya Harapkan Lebih Ramai Yang Memikirkan Nasib Anak Bangsanya Masa Kini. Pelbagai Duri² Yang Telah Kita Lalui Sebagai Menjadi Generasi Pasca Merdeka. Malangnya Ramai Yang Telah Lalai Untuk Mengingati Dan Memperjuangkan Apa Yang Telah Diperjuangkan Oleh Mereka Yang Terdahulu.
Semoga Lebih Banyak Iktibar Dan Peringatan Yang Boleh Kita Perolehi Dengan Entri Sebegini.
[Reply]
TERIMA KASIH BRO!
kita perlu melihat secara menyeluruh,
generasi hari ini, perlu di didik,
untuk mencintai bangsa sendiri seperti mencintai jiwa raga sendiri,
bangsa kita, maruah kita,
kesanjungan tinggi kita pada bangsa lain,
tak memberi faedah,
kesanjungan tinggi kita pada bangsa sendiri,
memartabatkan bangsa dan tanah air!!!
:hero:
[Reply]
:good: berjiwe melayu kental gak deen ni hehe bagus2
[Reply]
mestilah syia~
sbb tu lah deen byk review filem melayu je….kan kan kn…
[Reply]
:good:
bagus…
tingkatkan usaha yg sebegini…
[Reply]
melayu mudah lupe… :draw:
[Reply]
Melayu mudah lupa deen
[Reply]
LOQUE~ akan ku teruskan usaha ini loque~ walau apa jua halangannya..hahahaa:angry:
IZZUDIN &
AZHAR AHMAD - melayu mudah lupa sbb asyik2 tgk cerita korea,omputih, and salu lupa nak baca Al-Quran..wee~
[Reply]
:good:
bagus2…
[Reply]
deen..jgn lupa adjust url link bila nak komen kat blog aku..sebab ia masih di blogspot..
[Reply]
LOQUE~ ye ye,,blog ko dah siap ke?
Syamsularif~ ingat komen pasal entri,,apalah bro,,ok2, insyaallah~
tak pe,,pasni aku redirect blogspot tu ke sini~
[Reply]
:moto: bile nak redirect da…
[Reply]
aku busy daa~
ilek lah~:no:
[Reply]
begitu patriotik ~ :good:
[Reply]
deennasour reply on August 6th, 2008 4:00 pm:
thanks
[Reply]
Usah biar Melayu terus layu. Nasib anak bangsa terletak pada kia generasi muda..:hero:
[Reply]
deennasour reply on August 6th, 2008 4:12 pm:
tapi aku lihat layu dalam melayu~
[Reply]
Add A Comment