20
sengal sungguh~
Posted by deennasourEntri hari ini bukan lah tribute kepada mana2 blog yang menggunakan tagline sengal, tetapi sebagai simbolik kepada keadaan patik pada hari ini, patik begitu gering hari ini, bukan kerana isteri patik tidak mahu berasmaradana ataupun tidak mahu beradu tetapi kerana perut patik dari malam tadi berkonsert dan menjerit terpekik terlolong kesaikitan..aduh, panggilkan nujum pak belalang~ Dan bermulalah kisah patik yang gering pada purnama kedua tahun 2008 ini………
Aduh-aduh, semalam, deen breakfast dengan nasi goreng bersama-sama dengan nudget dan juga kacang goreng disertakan milo ais sebagai pelincir kerongkong deen yang besar…kemudian, deen capai sebijik kek coklat sebagai pencuci mulut agar gigi lebih itam dan cute~ [ngehe]
Pada tengah hari nya, kelesuan dan ketidakseleraan makan telah melanda diri ini dan membuatkan diri ini hanya membeli lima ketul goreng pisang bersama-sama milo ais lagi…seingat deen, time tu pukul 2.00 petang dan selepas solat zohor, deen buat kerja seperti biasa, almaklum, orang dah nak pilihan raya, banyak le iklan2 dan di selenggarakan dengan begitu mantap takut diejek dan masuk berita harian lagi seperti hari itu [klik sini]…..ehem lupak yang itu ya!!! kira-kira pukul 4 petang, perut mula berbunyi2 kerana kelaparan dan menusuk2 di ulu hati tanda gastrik kembali menyerang!!
Maka, deen pergi ke kantin untuk membeli sebijik kek coklat kerana nasi sudah diperdajal oleh orang2 yang kelaparan pada tengah harinya..padan muka!!! Oleh kerana muka deen ini sering membeli kek coklat itu, tidak semena2 tauke kantin memberi sebijik kek lagi tanpa meminta caj tambahan…hehe, rezeki siot~ lalu perut yang kelaparan membaham kek dengan penuh selera… lapar dan perlu tenaga, sbb petang tu deen nak main badminton, orang ajak!! Dah lah yang turun untuk main tu semua otai….deen le yang paling muda….diulangi [ikut cik Anysz] deen yang paling muda~
Dengan kelaparan, deen gagahi juga bermain badminton walaupun sudah lama deen meninggalkan permainan itu sejak deen datang ke kuala lumpur dan selangor ini….sedikit pedah siasat pasal permainan badminton semalam, hanya sekali kemenangan dalam bbrp set permainan kerana raket yang dipakai seolah2 tak ada tali, asyik2 pukul tak kena, haisy!!! Padahal deen dulu pernah digelar Lee Chong Wei kerana permainan rally seolah2 seperti pemain tersebut [ngehe..hampehsssss]
Kira-kira pukul 7 petang, lutut yang sepatutnya dipertanggungjawabkan menyokong tubuh tidak berjaya menjalankan tugasnya dengan sepurna, maka kaki deen terlalu lah letih untuk melangkah..waktu mandi petang semalam pun, rasa nak ambik kerusi bawak masuk bilik mandi dan bukak shower and mandi duduk……hahahaha!!! letih, penat, sakit2 badan, sakit perut dan pening menyelubungi tubuh seberat 48 kg ini…haha
Abis mandi, deen dah rasa bilik tidur deen senget 30 darjah, dan kepala rasa seperti orang lepas minum air kencing setan~ ARGH!!!! kedebub, sekujur badan telah terlanding baik punya di atas katil..nasib baik tak kat lantai….lalu diriku ini lena dalam dakapan bidadari mimpi yang asyik kerana letih,pening, sakit2 badan, sakit perut yang amat…….
Mentari di uduk timur telah menampakkan dirinya, ayam jantan berkokok menandakan hari dah siang, manakala para petani sudah mula turun ke sawah, nelayan pula, awal2 lagi sudah menangkap hasil laut, pelajar2 sekolah pun sudah mula menuntut ilmu di sekolah, [poyo ayat seh] tinggalla para gigolo, pelacur dan gro yang tidoo setelah mengharungi malam yang penuh dosa…..hehehe…aik!! seorang deennasour turut masih terkujur kaku di atas katil..innalil…. Ya Allah, sakit nya perut ku ini…bagai ditusuk sembilu nan tajam, perut ku ini seperti air coca cola yang di isi ke dalam gelas,,menglegak buih2 gasnya…. [maaf, kali ini begitu banyak ayat2 sastera digunakan]
Lalu deen gagahi jua hari2 ini untuk ke klinik….dup dap dup dap jantungku berdetik kerana takut disoal siasat setelah sudah kali keberapa deen pergi ke klinik atas sebab yang sama..sakit perut ku doc!!!!
“Gastrik kamoo datang lagi ni, so, saya nak potong2 usus awak, dan perut awak utk buat sate, ambik ubat!” kata doktor itu selepas memeriksa perut ku yang berotot sakit itu….
Hehe, nasib baik tak kene ceramah seh!!! Deen dari dulu dinasihatkan agar tidak meminum air bergas, makanan masam2, makanan pedas2, dan minum susu banyak2!!!!
BLOGTETANGGA
Untuk pengetahuan korang, saudara Menteil sudah pun menukar alamat rumahnya dari menteil[dot]ntahla[dot]net kepada yang baru iaitu http://www.menteil.net sila update link2 anda yang bersangkutan ya!!
Happy Birthday diucapkan kepada saudara Elliv empunya blog http://www.tomatoflavor.net yang menyambut hari lahir ke-20 pada 19 Februari 2008 semalam, beliau telahpun diperdajal oleh deennasour semalam dengan membuat panggilan hangit atau punk’d kepada beliau…hehehe..sorry ek! ngehe~
Dan marilah sama kita membuat bacaan tahlil,yasiin,solat jenazah doa kesejahteraan dan kejayaan kepada Kak Ecah empunya blog http://aishahkoop.asasian.net/ [blog anda load begitu laju...] agar berjaya menghadapi ujian pada minggu depan……
Tahniah kepada Anysz empunya blog http://anysz.blogspot.com/ yang telah berjaya menangkap perampok,goblok atau pun penyamun di Jusco selatan itu ya! dan beliau pun diberi gelaran YB ANYSZ, [tak boleh blah] dan doakan juga agar beliau dapat cemerlang dalam keputusan spm yang kuar tak lama lagi….. dapat 10 G9 10 A1 belanja ler……
Ehem,,peewit~ saudara pemburu empunya blog http://keribangs.blogspot.com/ telah menukar theme blog nya….apa kata korang serbu serban blog beliau memandangkan blog beliau senyap sajerk,,mari kita meriah kan,bawak mercun sekali ek~
Dan korang jangan tak update selalu blog deennasour yerp, kerana ada fenomena baru yang akan menemui anda sekalian beberapa hari lagi kerana Tan Sri deennasour dan YAB Ezoodeen [PM sementara menggantikan Pak Lah selepas parlimen dibubarkan] empunya blog http://e-zoodeen.8tt.org/ akan memperkenalkan sesuatu yang fresh dan hot kepada anda!!!!!! yeah~

ubat ini mesti dimasukkan ke dlm hidung makan sampai habis

ubat ini harus dihisap,dikunyah dan telan


sorry lah wey, gambar tu kelam kabut sbb aku tak tau coding dia tu,
aku dah wat center, tapi masih gak camtu,,
alamak!!!!!
soit jerk~
[Reply]
kesane kesini gambar tu.. takpe2. pelan2 belajar koding. lame2 mahir a nanti :good::good:
[Reply]
acul, bukan aku tak reti, tapi tak lah pro gak,
aku try gak coding tu tmpt len,
dpt plak,,
tapi kat post entry ku kali ni,
tak leh plak,,haiys!!!
nasib baik laptop ni mahal,
kalau tak, lama dah aku campak!!
wakaka
[Reply]
kwang3x…
penyakit lamer SERANG kembaleeee.
hahaha
xterasa ape2 d hati????
mcm smthg wrong kenapa tiba2 dpt gastrik???
hehehe
lgi satu bunyik jantung bukn mcm tu lah.
dia lup dup.lup.dup.
ada ker dup dap dup dap.
hahaha
:draw:
[Reply]
BABY SHER~ dalam sebulan, aku mmg akan kene sekali sakit gastrik,
alahai, bila lah nak sembuh kan?
nanti makan byk, duit abes bab makan jerk,
haisy!!
suka-suki aku le,,jantung aku bunyi apa,
apa la,,ko ni, tu pun nak isu,wakaka,
siap kasi tau iwan lagi yg aku sakit jantung, eh salah, kene gastrik~
[Reply]
ubat tu kaler oren ke? ke akak salah tgk? huhu
[Reply]
tgk ubat tu mcm sedap jer… mcm gula2… huhuhu…
berterabur aku tgk gambar2 tu… nnt aku cuba betulkan ek… aku tgh busy ngan cybergames… hujung minggu ni… nnt aku citer laa susah payah itu ini yg aku alami… :die: .. hehehhe….
[Reply]
kamu sakit ke? ciannye [padan muke! haha]
semoga kamu cepat sembuh lah…makan ubat..jangan malas makan ubat mcm aku..haha
[Reply]
IXORA~ kak, yg oren tu betullah,,,tu ubat pedih ulu hati, yang warna putih tu, kene isap and kunyah,,then telan,,tu ubat gastrikk…
manakala coke tu plak,,nak pggl balik gastrik tu,,boleh le minum
SAWAX~ eh sawax,,tak pe,,bia le bertaburan gambar tu,,ko busy,fokus je dgn game tu dulu,,tu aku leh settle sendiri,,cuma malas jerk~
MIMI~ sampai hati cik mimi,,,haha,,
ye ye,,nanti aku makan,,tapi aku baru minum coke,,tak leh makan ubat lagi,haha
[Reply]
bila nk sembuh???
gastrik bolh sembuh ka???
hahaha
ak rse xkowt.dia akn brterosn kan??
klo pndai jaga.xla slalu kena gastrikk.
bila pulak la isu bunyik jntung tuh ak nk jdkan isu???
i2 cuma kiasan or lawak jer.
ko xphm lawak erk??
ker ko nieh org yg xbolh nk melawak lgsung???
duhh..
slalu klo nk jdikn isi ak akn tiru ayt iwan.
isu berbangkit or perkara berbangkit
okay???
ala..
kira adil la tuh.
ari tuh dia TERslh send msg n ALONG dia gtau dia masuk ospital.
ape slh nyer ak plak yg bgtau diayg ko kena gastrik.
wahahahaha
[Reply]
Takpela.. Biler Sakit Baru Kita Ingat Aper Kekurangan Atau Keburukan Yang Kita Lakukan.. Time Ni La Jugak Kita Nak Muhasabah Diri..
[Reply]
BABY SHER~ apa je lah, aku tak kuasa nak pk2 lagi,,,,blur…..
QAIYUM~ erm erm,,
betul tu bro,
tgh2 kita sakit ni, mcm2 kat kepala otak kita ni, aduh,
tak pe, sakit akan menghapuskan dosa2 kecil….
[Reply]
so, jgn la minum air gas lagi… jage perot tu… kan nak pakai lame lagi… tol tak?
[Reply]
kenapa setiap kali aku singgah blog seseorang, tuan empunya blog mesti sakit?? ada fenomena menyerang blogger ker? hehe…
:punch::bang:
tengkiu bro tolong wat annoucmnet…
:good:
[Reply]
salam deen.. ini komen pertama aku.. aku belum sempat lagi nak baca sepenuhnya entry kau ni.. baru baca yang bawah tu je.nti aku sambung baca balik..Blog tetangga.. mmng deen ni seorang jiran yang baik.. abih sume perihal tetangga nye die tau.. thanks add aku dalam tetangga kau.
[Reply]
:ask:apsal ayat blog ni seakan2 ayat aku?*motif?
:sick:kiter same je sakit perut selalu :XD:
[Reply]
huhu!! tahnx 4 ur wish…weh…ciannye ko ek…sakit gastrik…aku ingatkn pregnant kape…haha!! alahai..ko x dpt ubat rase colgate tu ke?? rugilaa….x dpt teguk colgate cair…huhu!!!
[Reply]
ramai pengunjung ke sini ya. aku juga mahu jadi pengunjung. ini pertama kali aku jejak sini. salam bro
[Reply]
salam kenal…
get well soon ek
[Reply]
hahaha.
pemalas.
humm.
so dpt MC la nieh???
brape bulan??ke cuti slamer nyer tros???
haih.
cpt2 la sihat yer.
[Reply]
:happy::happy::happy::happy:
MANJE~ ui ui, tak minum air bergas tak best ah, sedap sangat, kalau dia tak sedap nanti,bleh ah berenti…hehe
MENTEIL~ oleh itu, ko doakan lah aku sihat sejahtera ek, setakat nak anounce tu, kecik punya hal lah~
DINZ~ haha,tak pe,ada masa nanti ko baca lah sampai abis, aku suka entry panjang2 ni, luahan perasaan..haha…ye ye, aku pun berterima kasih kerana ada link kat blog ko, selalu ada je pengunjung dari blog ko dtg ke sini tau..thanks ek
ANYSZ~ eh eh, sikit je lah,bukan semua ayat sama…bukan aku nak tiru, dah nak sama, nak wat camner..hehe…aku tak tau mcmmana penyakit perut ko tu boleh merebak senhingga ke KL ni..isy3
ECAHKOOP~ ngehe! takat wish tu, perkara kecik,nanti bila akak lulus dgn cemerlang, kitorang blanja gula2 k!
NEKNAK~ hoho, thanks ek, arap2 hubungan ini akan berterusan..
MUADZ~ salam kenal gak, terima kasih ya!
BABY SHER~ tetiba kata aku pemalas..!!!
apa kene dgn ko ni?
[Reply]
[Reply]
:well:what happen bro?
adakah aku pernah menyakiti diri mu?
atau pernah mengguris hati atau terkasar bahasa~
[Reply]
nak minum coke jugak! aku takde gastrik! padan muke gastrik.. tak dapat minom coke… huhu…
:good: (bergurau)
[Reply]
2 lar ko…
dah tau de sakit gi jugak teguk bende alah yg memang kite semua tahu x elok untuk kesihatan!!
len kali beringat2 lah wahai deen ok?..
[Reply]
IZZ~ padan muka gastrikkan izz..ngehe..
LOQUE~ coke sedap…tak leh tak minum,
[Reply]
deen kalau ko nak setel masalah gambar tu,kau try gune aplikasi zaundry raven…kalau dah biase gune office,mesti kau tau gune bende tu..mudah dan banyak kelebihan…aku ade buat entri pasal sofwer tu kat blog aku..cubalah…
[Reply]
ades..
kene la kuat kan hati…
[Reply]
GIE~ ok2,nanti aku tgk blog ko, skang aku kat bilik gerakan pilihanraya
LOQUE~ nafsu tak penah puas
[Reply]
:good:hah….tu ar…minum lg air tu..tau ar sdp…tp…sendri mau igt ar …kalau skali smgu xper ar..means..jgn slalu..sb..air yg sdp ni lah yg mendurja-jahanamkn prut mrgkap dri sndri..cb minum susu…hehe..cam ar aku mnum susu sgt..hahaha..try ar avoid air tu..aku dah wat beb..dpt punyer..lbh2 hdup kt tnh len,,hihi..pat gak jimat bajet..mnum air masak..kih kih..
[Reply]
aku kalau minum air masak, aku tak ada tenaga,,i need a glukosa atau gula…
so kene minum air yg manis..
aku mmg minum susu…dutch lady full cream……
[Reply]
btol tu.
klo xmnom air manis lgsung nti jd kawan iwan kt ospital la.
hahaha
ats kes yg sama iaitu kes kurg gula dlm darah.
wawawawa
[Reply]
:nocomment:ades….air yg b’glukosa tu bkn takat air gesh….air sirap pun ader ape….much better drpd air gesh..w/pn kureng dr air suam ar..hi hi
[Reply]
hehe, aku kene gak minum air bergas utk mengeluarkan kentut yg lebih power…wakaka
[Reply]
:spin:ceredax….truk ar ..ish..xsenonoh..tauk…benda ya normal n bukan paranormal…haha..weh..nak mnm pun…jgn slalu ar…bdn tu AMANAH…nemu nuan? hehe..dah jd blog iban lah ko…haha..musnah la ko..hah..:haha:
[Reply]
tetapi kita wajib untuk menanganinya dengan penuh bersemangat..
dan iman yg kuat akan menghalang daripada tergoda dari hawa nafsu…
[Reply]
Add A Comment