26
Review Teater Nyonya~
Posted by deennasourHuh, first time aku menjengah istana budaya, tempat atau laman anak-anak seni mencurah bakat dan jeritan jiwa masing-masing…Tiket seperti yang deen kata telah disponser oleh kwn deen…..erm dia tak nak deen kasi tau nama dia dalam blog deen ni..so deen gelar kwn deen ni, erm erm Penyu memandangkan blog nya juga berdomain penyu, tapi blom dibuka secara rasmi kerana kesibukkan tugas,almaklum, kawan deen penyu ni, seorang pencurah ilmu di universiti di Kelantan….dan seorang aktivis seni yang deen mmg respek meskipun penyu ni seorang yang very2 humble…berjalan pun menundukkan kepala….hmm…good boy!
Deen gerak dari rumah dekat pukul 7 petang lepas balik dari opis,mandi dan berkemas. Sempat tdo dalam lrt memandangkan jarak antara stesen lrt rumah deen ke stesen lrt Klcc lebih kurang 13 stesen..kalau tak silap le, kalau silap, mintak maaf le…ok! Deen sampai ke Klcc kira-kira pukul 7.35 petang, janji dengan penyu pukul 7.30 ptg, maka deen lambat5 minit camtu…dan lepak jap ilangkan penat……
Kira-kira pukul 8 malam, barulah deen dan penyu gerak ke istana budaya naik teksi. Adakah patut driver teksi tu mintak Rm15 hengget utk ke istana budaya….Penyu kwn deen ni pun slumber kodok, je kata boleh, deen tak tau nak ckp apa, terus speechless [mentang gaji besar..haha gurau] dan dalam teksi, macam2 le cerita di bukak, memandang kan first time jumpe, sebelum ni ckp2 kat fster and ym je…haha..deen dah byk kali jumpa dgn membe2 fster….bukankah itu boleh mengeratkan tali silaturahim…deen pun talkactive..so tak bosan le kalau kuar dgn deen..asalkan korang tak bukak topik pasal automotif~ aku tak minat!!! haha
Erm, ok….tiket dibeli berharga Rm5o hengget, tiket paling mahal dan tmpt duduk pun berada betul2 didepan pentas dan pendek kata, kalau deen hulur kaki nak step pelakon pun dapat…dan oleh kerana tiket tu mahal, maka para Dato’ dan Datin juga duduk sama taraf dengan deen dan penyu…wakaka…akulah tan sri deennasour….yang tak puas hati nyer..ada ke patut buku kecik pasal sinopsis atau info pasal teater nyonya pun nak di jual dgn harga Rm5 hengget…dan paling tak puas hati apabila diorang bg dengan dif2 kehormat mende tu free jerk….diorang ada duit…suroh le dorang beli….apa daa…bg le kat org2 yang tak ada duit mcm deen and penyu ni..apa daa…ni lah orang panggil KASTA..cukup jelek…!!
Ok, tanpa melengahkan masa…..seperti korang dah baca sinopsis dia kat entri deen yg lepas [klik sini], deen tak tau nak komen camna, sebab deen meminati teater tapi belum pernah berkecimpung dalam dunia ini, tiada tawaran dari orang Kuala Lumpur, tapi kat Kelantan Terengganu ada la, tapi jauh siot, haha….deen dulu pernah berkecimpung dalam drama pentas dan sketsa je, taraf tu rendah dari teater, dak teater lebih dipandan tinggi di sisi deen….haha
Ok, Teater Nyonya secara tersuratnya mengisahkan seorang perempuan muda bernama Nyonya yang mempunyai suami yang sedang sakit kerana menghidapi kanser lidah…ya kanser lidah menyebabkannya tak boleh bercakap..suami Nyonya seorang yang kaya dan mempunyai 3 orang cucu saudara perempuan..Kekayaan suami Nyonya dan tambahan lagi risiko untuk mati adalah tinggi, maka cucu2 saudara suami Nyonya ini begitu gelojoh untuk mendapatkan harta kekayaan datuk mereka….dalam masa yang sama, seorang pedagang barang antik sering ke rumah Nyonya untuk membeli barang2 di rumah Nyonya….
Ini menyebabkan Nyonya berasa kurang senang takut namanya tercemar kerana pedagang itu seorag lelaki dan sering pergi ke rumahnya..bukankah tidak elok, tambahan pula Nyonya keseorangan di rumah….Untuk menghalau lelaki itu, Nyonya terpaksa menjual barang2 di rumahnya supaya lelaki itu akan pergi setelah mendapat barang yang dikehendakinya..tetapi tidak juga lelaki itu puas2 dengan apa yang sudah diperolehinya…….
Nyonya semakin tertekan apabila cucu saudaranya mengugut untuk membunuhnya jika tidak diberikan harta peninggalan datuk mereka dan pedagang lelaki itu juga mengugut untuk mendakwa Nyonya jika tidak menjual barang2 di rumahnya…huhu, kesian sama itu Nyonya, dipermainkan……
Satu hari, setelah banyak barang di rumah Nonya di jual kepada pedagang, si pedagang masih tidak puas hati dan ingin pula membeli katil tidur Nyonya dan meja solek nya, mahu tidak mahu, Nyonya terpaksa menuruti…..sehinggakan hampir tergadai “body”….. dalam pertelingkahan Nyonya dan pedagang, datang pula 3 orang cucu saudara Nyonya untuk memberitahu kematian datuk mereka dan meminta harta peninggalan datuk mereka itu….Nyonya tidak menyedari kehadiran cucu saudaranya kerana sibuk mempertahankan hartanya termasuk “body” nya….
Tiba-tiba datang pula isteri si pedagang…..dan terkantoi lah suaminya sedang berada bersama Nyonya..lalu adegan kejar mengejar dan kekecohan berlaku…riuh rendah pentas di buatnya….dan teater tamat setelah kesemua pelakon keletihan selepas aksi kejar-mengejar~
Secara tersirat pula…kisah teater ini sebenarnya berkisar tentang golongan yang lemah atau golongan bawahan seperti Nyonya sering saja menjadi mangsa golongan profesional dan atasan….dan banyak sindiran sinis dan mesej yang disampaikan dalam teater ini yang menyentuh isu2 kasta, ketamakan, darjat, nama, jawatan..kedudukan….
Pelakon pula kesemuanya hebat2 belaka….wow~ memang mereka semua da bomb!!! deen bagi 4.5 bintang..amacam? hebat tak teater ini????
Happy Birthday
Hari ini sudah masuk 26 Februari 2008, ada 3 orang dalam pengetahuan deen yang menyambut hari jadi hari ini…. iaitu incik Penyu yang belanja deen tgk teater ni..deen dah wish dah….. dan hari jadi kawan baik deen dunia akhirat, gembira dan sedih sama2…iaitu Awg Syazwan [pesaing terhebat deen masa stpm....deen salu kalah pointer dgn dia 0.5 jerk] dan tidak lupa juga kepada kakak deen yang bongsu iaitu Kak Mas yang sekarang tengah bertungkus lumus mengendalikan minyak di utara Sarawak…haha, kerje dengan Shell, dan tahniah kerna dah lulus lesen keta [poyo bg mesej kat deen ari tu]
BlogTetangga
Tahukah korang bahawa hari semalam 25 Februari cik Mimi empunya blog http://mimirosli.com/ telah pun berangkat ke luar negara untuk menyambung pengajiannya, semoga berjaya pulang membawa segulung tikar mengkuang Ijazah dan jangan lupakan kami ye..kami doakan cik mimi yer…..
Sedarkah anda bahawa incik Elliv empunya blog http://www.tomatoflavor.net/ sudah menukar domain blognya ke http://elliv.co.cc/ dan incik elliv terpaksa memulakan semula dunia blogging nya dengan post yg pertama kerana semua data2 blog nya hilang….penangan video hindraf nya ari tu kot [hehehe]
Perasankah anda bahawa icik Pemburu empunya blog http://keribangs.blogspot.com/ telah meng”switch off” kan komen di blog nya sehingga korang hanya boleh baca je entri tapi tak leh nak komen, alahai….
Pernahkah juga anda terbaca blog yang menggunakan kata ganti nama diri “SAYA” untuk menulis entri?? ada pun tapi jarang kan? tapi incik MRozaidi empunya blog http://mrozaidi.net/ telah melakukannya…sungguh bersopan kan???
Cuba juga anda imaginasikan PSPSony dibina dan dicantumkan bersama digital SLR iaitu kamera yang selalu digantung di leher para wartawan itu? Anda semua tahukah bagaimana rupanya??? nak tau? pegi ke incik GIE punya entri itu [klik sini]
Dan ini berita yang baru kami terima, seorang GA Jusco selatan a.k.a incik Anysz empunya blog http://anysz.blogspot.com/ tanah air kalau tak silap GA le nama jawatan tu, telah menghidap penyakit demam kus-kus kerana suhu badannya naik…nasihat Dr.Shirota, perbanyakkan duduk di sebelah peti sejuk dan pesanan ustaz deennasour, minum air kosong, bacalah al-fatihah……yerp~ dan nasihat Chef deennasour, minumlah air bali atau air jus betik………semoga cepat sembuh~
Sudahkah anda memeriksa blog incik Dinz empunya blog http://dinzz.net/?? kerana kita perlu menyerang blognya yang sudah 6 hari tak ada entri atau post baru….aiya!!!! apa pasat??

wey,teater nyonya tu x silap aku untuk donate artis kene abrah kan?
[Reply]
wey,teater nyonya tu x silap aku untuk donate artis kene barah kan?
[Reply]
:cute:deen,tak boleh komen,tapi diorang pembaca boleh sms atau hantar surat,pasti akan dibalas…
salam…loque:ada keluar dlm melodi ahad lepas,untuk azean irdawati…kesian dow,ubat untuk suntikan pertama rm15K,seterusnya rm10k…kena buat everyweek lak tu…kesian nyer
[Reply]
Adehhhh… memanglah kamu… buat orang tensi saja….
[Reply]
oii… cek deen.. tesilap sikit pasal prebiu,, 3 orang pompuan tu bukan ank suami nyonya lah.. tapi cucu sedara dia.. huhu… keponakan tu maknanya cucu sedara dalam bahasa malaysia…
[Reply]
hoho..thanks link back entri aku..aku suke cara ni..tapi,ish…silap frasa rasenyer…dia tak cantum dengan dslr la..dia cantuk dengan phone…psp yg boleh wat calling2,msg2…camtu…huhu…dslr semestinya satu gadget lain…aku mau..aku mau….
[Reply]
LOQUE~ aiyaaaaaa…..ko tak baca ke aku cerita pasal sinopsis NYONYA kat post entri aku ari tu…apa la ko loque..top komentator tapi pelupa pasal entri aku…hadoi….
ko mmg sah jadi top komentator…no.hp ko masih tak bagi aku..ko nak aku burn ke hadiah tu????
PEMBURU~ owh ye ke…kasi le no.hp kat blog tu ha..senang skit
AZHAR AHMAD~ kenapa aku membuat orang tensi dong???
AYIE~ ye ye, padahal deen ari tu buat sinopsis tau plak cucu saudara…kali ni salah plak..sorry, dah baiki..thanks tegooo~
[Reply]
GIE~ alah tu semua gimik la, kalau aku ckp mcm ko tu, kang diorang tak rasa teruja,,mesti diorang rasa pelik cmner psp cantum dgn dslr lalu mereka ke blog ko lah~
[Reply]
owh..cmni cter Nyonya(lepas bc sinopsis sblm ni)..
Melodi ade gak bwt ulasan psl teater ni..deen x jmpe ke azean?hehe..
btw,nak tnye r..pointer deen bese bape eh?dgr2 result kuar 18 mac..huhu
[Reply]
:good:Aku dah sihat la :sick:
[Reply]
:good:Aku dah sihat la :sick:
[Reply]
wah…ko dah jadi seo eh…?nice seo trick…dem…aku tak terpk plak dari sudut tu…dem dem… :no: ok…cun…buat la salu..hehe…aku pun nak ikut la trick seo tu…
[Reply]
ngeh3..
sowie la bro…
bebaru ni,semenjak peristiwa kt padang skowla tu,aku ade sikit bengong la..
[Reply]
AINUL~ ye ye, hebat teater ni, tak jumpa azean…jumpa pelakon je,tapi tak salam le..malas….
pointer salu? wakaka…2.5++ hehe….trial 4 principal lah…tapi deen tak masuk kelas 6 bulan camtu, rasanya tak boleh la nak cemerlang atau ala kadar, maybe teruk kot…
ANYSZ~ haha,.berkat doa kitorang bloggers tu…alhamdulillah
GIE~ ngehe…kalau ko buat trick aku ni, ko pastikan nama blog aku ada salu, sbb ko dah kira menciplak tau..hahaha,
aku buat ikut giliran maaa…
LOQUE~ ko dah sebut pdg sekolah, semestinya ko nak aku tanya…apa jadi loque kat padang? mesti ko jatuh kan? kepala terhantuk…..kan?
[Reply]
hey… blog aku pon gune ’saya’ gak tauu…. huhu… pasal elliv nih… tak pwas ati tol… tak sempat nak rasmikan guamedia die dah gune dulu co.cc tuuss… cehzzz…. bagi sesape berminat jadi team guamedia marilah mengapplykan diri… sertakan sekali salinan passport dan kad pengenalan baru. pastikan anda mempunyai status kewarganegaraan atau dokumen perjalanan yang sah… :good:
[Reply]
huhu..time aku lompat tinggi,kaki aku terlanggar tiang btg besi tu,pastu,salah landing plak,aiseymen,nasib bik kepala aku landing atas tilam..
[Reply]
IZZ~ lalala…ye ah, tapi aku tak perasan sgt..wakaka…
maaf yerp…
LOQUE~ hehe..kesian ko,,nasib bek ko tak jatuh kat simen trek
[Reply]
tau xper..
fuh selamat,allah masih syg aku lagi..
[Reply]
LEN kali hati2 oi….umo muda lagi tu~
[Reply]
ok bro…
pesanan mu amatlah ku hargai…
[Reply]
[...] berebut kerusi? Apa pula simboliknya? Seperti teater Nyonya. Yang turut menggunakan kerusi sebagai simbol kuasa. Pangkat. Darjat. Perebutan kerusi antara Pian [...]
Add A Comment