/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Feb
28

Laskar Pelangi - Andrea Hirata

Posted by deennasour

Hari ini, mungkin sesetengah dah tahu yang deen ada ujian bagi memastikan masa depan deen dalam bidang yang deen ceburi sekarang, kalau lulus, deen akan mampu menarik nafas lega dan boleh mula berfikir untuk melangkah jauh..Ujian di Hotel City Villa Jalan Tun Hussein Kuala Lumpur. Deen tidak ditemani mana-mana rakan dan tauladan dan pergi ke pusat peperiksaan dengan menaiki bas-lrt-monorail………dan sampai pad pukul 9.05 dan ujian bermula pada 9.30-10.30 pagi.

Alhamdulillah, deen berjaya menjawab semua soalan tetapi soalan itu teramatlah mengelirukan dan susah…adoi adoi adoi. Takut lah plak kalau gagal….kalau gagal kene repeat pada bulan 8 nanti…Result untuk STPM pun tak lama lagi kuar..adoi adoi adoi dan adoi lagi…semakin berdebar jantung ini..ibarat jantung pisang tergegar tatkala guruh berdentum-dentam. Ehem, apa kena mengena dengan LASKAR PELANGI-ANDREA HIRATA???

Laskar Pelangi ialah sebuah karya atau satira [kalau tak silap] iaitu istilah bagi sejenis karya yang panjang sedikit dari cerpen tetapi pendek sedikit dari novel. Kalau nak tau tebal sesuatu satira, korang ambil novel kat umah dan belahlah dua ketebalan novel itu, dan begitulah tebalnya sesuatu karya penulisan satira…..Laskar Pelangi merupakan karya seni hasil nurkilan Andrea Hirata [memang korang tak pernah dengar nama ini]

Andrea Hirata bukanlah nama yang gah dalam bidang penulisan atau novelis di Malaysia, tetapi cukup terkenal di Indonesia sebagai penulis muda yang baru dan berbakat. Kenapa deen tiba2 menyentuh isu2 karya seperti novel ni? Sedangkan deen bukan main anti lagi dengan produk2 dari Indonesia….terutama filem dari Indonesia.

Alkisahnya, selepas deen tamat ujian, deen pergi berjalan-jalan ke Mid Valley untuk menghilangkan resah di hati selain untuk menservis mata….Susah menjadi syarat wajib, singgah di Mid Valley kenelah singgah ke MPH Bookstores. Deen terpandang buku bertajuk EDENSOR. Dari awal Februari lagi sememangnya deen terpandangkan buku itu, tetapi tidak tergerak untuk mengambilnya dan membelek-belek walaupun judul buku itu hampir sama dengan nama DEENNASOUR. Penulis buku itu yang deen perhatikan Andrea Hirata, dan sebab itu deen tak beli…[lawak tak alasan] Bagi deen, penulis yang mengempunya nama yang pelik2 ni, adalah golongan penulis underground atau ekstrimis dalam bidang-bidang seperti politik dan keagamaan [dicampur-adukkan] Oleh itu, deen abaikan.

 Entah mengapa, jiwa yang besar ini meronta-ronta untuk mencapai buku EDENSOR itu pada hari ini tadi. Dan sebaik sahaja membaca sedikit prolog dan sinopsis di belakang buku itu..deen mengetahui EDENSOR bukan karya pertama Andrea Hirata lantas deen mencari2 karya pertamanya iaitu LASKAR PELANGI lalu membelinya dengan harga RM28, tetapi MPH bermurah hati hari ini dengan memberi diskaun lalu menjadi RM26.20 [kalau tak silap] Deen berat hati nak beli pada mulanya, kerana deen sudah memblacklistedkan produk indon dari hati ini. Tetapi memandangkan telah jatuh hati pada prolog dan kosa kata dan isi bukunya, deen gagahi nafsu jiwa raga untuk membelinya……

Deen mencari2 juga bloggers Malaysia yang ada membuat review bagi satira atau buku ini, tetapi tidak berjaya mengesannya. Kebanyakkan review daripada bloggers Indon. Tak berani deen masuk takut diorang masuk balik blog deen dan tgk post entri deen yang ada mengkritik diorang….wakaka..nggak mau dong!

Untuk pengetahuan ulat2 buku sekalian, Laskar Pelangi ini merupakan sebuah karya tetralogi [tak tau maksud dia] maybe maksud dia sebuah karya trilogi seperti Harry Potter yang mempunyai sambungan..seperti juga karya Nass Alina Noah menerusi karya edisi Romeo Vs Juliet dan Flying Kissnya [yang deen tgh baca sekarang]. So, selepas karya Laskar Pelangi, disambung dengan Sang Pemimpi dan seterusnya Edensor……..

Menerusi pengamatan deen, Laskar Pelangi adalah sebuah karya yang menceritakan pahit getir  perjuangan 10 orang anak kecil yang berasal dari sebuah kawasan terpencil yang miskin dan penduduknya masik lagi dalam antediluvium [ketinggalan zaman] yang tidak mengendahkan faktor pendidikan sebagai batu loncatan untuk mengubah kehidupan keluarga….pelbagau rintangan harus diharungi, pelbagai karektor dan watak dalam karya ini yang membuatkan setiap watak itu punya identiti sendiri……Suasana dan keadaan latar tempat diperhalusi sehingga anda mampu bermain dengan imaginasi anda sendiri. Kosa kata yang menarik, tetapi deen tak pasti samada perkataan yang digunakan terdapat dalam kamus dewan atau tidak. Almaklum, penulis orang indon..

Setakat pembacaan deen yang belum habis ni, sebab baru beli, jalan cerita masih menarik….so korang serbu serban mana2 kedai buku untuk membelinya yerp!!!!

Info Tentang Andrea Hirata

  • bersekolah di sekolah Muammadiyah
  • Sarjana Muda dari Universiti Indonesia
  • Graduate With Distinction di Sheffeild Hallam University
  • Penganalisis di Pusat PT. Telkom Bandung.
  • Novel pertama :: LaskarPelangi

laskar pelangi 1

    MyAvatars 0.2
  1. Izzudin Said,

    die gune bahasa indon? boleh faham ke???

    [Reply]

  2. MyAvatars 0.2
  3. .BabY SheR. Said,

    tidakkkk!!!
    indon’s
    hahaha
    walhal slalu lepak dgn lagu indon kot.
    skrg pown ak rse mcm ada kt indon.
    hahaha
    anywy.ko phm ker cter tuh???
    dia tks malay-indon ker jawa-indon tros???
    klo jawa-indon bolh tnya izz.
    hahaha
    ak jawa-mlayuu.
    :hoho:

    [Reply]

  4. MyAvatars 0.2
  5. ymaeirra Said,

    er…knape anti ngn produk(novel) diorg? lbh2 lg yg ader cfat pol-agme..kte view ar gaya bhs dier org..cuba tgk,,gy bhsa diorg sgt mampat n b’ksn dsmpg sgt telus..kalu tak caye..try bace novel karya..Habiburrahman El-Shirazy..lulusan univrsiti Al-azhar,,Novel cinta ar..tp cinta yg blndskn syariaat yg btl..kalu tgk dr sgi bhsa..aku bg 5 star,,n isi? huh.dasyat..buku dier yg dh ader skg,,”ayt2 cnta”,”ketika cnta b’tsbih”,”d ats sjdh cnta”,n “dlm mihrab cnta”..latez lg,,aku xpasan g ar…bukan bmksd nak skong diorg punye production,,tp ikt dr logik,,buku ni bhn ilmiah,,jd,,isi yg pntg…bhn ilmiah,,kte xplu care sgt d neg mane pun..tp,,novel,,same gak..jnji da motif..

    [Reply]

  6. MyAvatars 0.2
  7. aiNuL Said,

    deen amek ujian naik pangkat jdik bos ek?
    pasni leh keje dgn deen..ehe..

    sinopsis tu mcm besh jer..hurm..kne pk dulu
    ni..bleh beli ke idak..hehe

    [Reply]

  8. MyAvatars 0.2
  9. Qaiyum Said,

    InsyaAllah Boleh Punyer Tu. Tawakkal Je la Eh.. Semoga Berjaya..

    [Reply]

  10. MyAvatars 0.2
  11. Anysz Said,

    :ask:pe salahnye baca karya luar?

    aku kat umah penah gak baca karya2 luar macam dari indon,jepun dan cina

    tajuknye entahla coz novel tu aku dah bakar coz protes ngan kakak aku 3 tahun lepas!

    Kadang2 minda terbukak la jugak kan baca karya luar..tak salah lagipun kita dari rumpun yang same..kalau bukan melayu sokong melayu sape nak sokong melayu yang dah melayu ni kan?( Tapi aku tak suruh sokong over..just amik yang maner boleh je)

    *hamek ko statement bernas

    aniwae memandangkan aku sakit tekak takder suara,kasiklah can kan bebel bebanyak~
    :sing:

    [Reply]

  12. MyAvatars 0.2
  13. baboon jadian Said,

    :happy:huhuhu,berjaya jwp exam,tetapi mengelirukan?hehehe,selalu nya aku akan kata,soalan yg senang,tetapi jwpan yg susah…huahuahua
    ermm,belom lagi terfikir nak beli hasil tulisan penulis indonesia,not because of anything,sbb aku nie..novel bahasa malaysia pun tak terbeli,inikan pulak novel indonesia…hehehe.lagipun,pernah terjumpa blogspot diorang,entah tak paham pulak aper yg dia tulis.kalau lagu tu,kira oklah sikit,sbb bahasa diorang guna terlalu puitis(dlm lagu).taktau lak gmana dlm hasil tulisan diorang dlm buku gine….antidivulium?semakin hebat penggunaan bahasa mu wahai encik Deen… :)

    [Reply]

  14. MyAvatars 0.2
  15. deennasour Said,

    IZZUDIN~ wahai incik izzuddin aku rasa diorang dah alih bahasa ke bahasa melayu malaysia, ataupun kalau tak di alih bahasa, mungkin bahasa indon diorang gunkan yg indon modeh..tak pekat sgt le..boleh paham….

    BABYSHER~ aku benci lagu2 indon…tapi kalau yg terlampau bagus, aku dgr gak~
    tak byk lagu indon yg terlampau bagus..kebykkan nya hanya best,,so aku tak dgr…

    YMAEIRRA~ aku anti-indon oleh kerana indon anti-malaysia…amacam? ok tak alasan aku….ya aku iktiraf produk mereka terutama lagu,buku atau filem,,…tapi bak kata org, hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri…..so paham2 lah kan??? dan
    karya Habibburrahman tu aku mmg tertarik sgt2…tetapi oleh kerana harganya yg mahal dlm 40+ baik aku tgk movie 4 kali daaa..takkpun beli baju 2 pasang…..picisan pun nak mahal ke?
    ngehe..aku tau lah martabat sebuah karya tu, tapi kalau ikhlas mmbawa msg cinta teragung stinggi kalam Illahi tu, baik murahkan…dpt pahala gak kan?
    dan aku tidak menyukai novel cinta walupun cinta itu berlandaskan syariat yg betul…selagi cinta pada manusia..sorry,aku tak minat..ngehe~

    QAIYUM~ mmg tawakal lah skang ni..berserah je..mintak2 lulus lah

    ANYSZ~ hehe. anysz, produk tempatan pon ada gak yg membuka minda apa….sapa kata kita perlukan org luar utk membuka minda kita? dulu yg bukak kan minda kita utk merdeka pun rakyat sendiri..
    mmg ada gak dari faktor luar…tapi apa yg mereka boleh buat?? yg praktikal nya kita sendiri~

    BABOON~ wakaka….belilah buku wahai encik baboon..jgn tak beli…

    :good: komen korang mmg bernas kali ini ya!! itu yg aku suka…komen dgn akal..

    [Reply]

  16. MyAvatars 0.2
  17. elliv Said,

    :no: owh tidakkk!!!!!!! tak nak komen… :good:

    [Reply]

  18. MyAvatars 0.2
  19. cuakteam Said,

    :happy: penulis malaysia yg besh bagi saya adalah Faisal Tehrani.Penyampaiannya cukup mantap sekali dan byk membawa kita berfikir.

    [Reply]

  20. MyAvatars 0.2
  21. deennasour Said,

    ELLIV~ hahaha..kenapa sih dong om ?

    CUAKTEAK~ tidak dinafikan, faisal tehrani mempunyai pengikutnya sendiri, tapi setelah membaca novel dramanya, sungguh lembab jln cerita nya…ngehe. tak minat!

    [Reply]

  22. MyAvatars 0.2
  23. .BabY SheR. Said,

    err.
    prlu ker ak cmmnt lebey2??
    sdgkn ak xtau sgt bnda alah niyh.
    so better ak snyp je la 4 a while
    hahaha
    nti klo ada blog best bru ak cmmnt.
    weee

    [Reply]

  24. MyAvatars 0.2
  25. deennasour Said,

    BABYSHER~ good! itu yang aku suka tu, begitu pro jwpn ko…hehe. ko suka apa? nanti aku tulis pasal tu….

    [Reply]

  26. MyAvatars 0.2
  27. pemburu de' rabbit Said,

    :ask:salam…
    nak tanya sikit,kalau buku dari luar and then dibuat terjemahan ke bahasa malaysia,kira buku aper?adakah yang diterjemah tu akan sama dgn buku original 100%?atau,adakah penterjemah akan mengolah cita tu,memudahkan pembaca faham?sbb aku ada buku yg diterjemah dari mangga jepun,sebagai hadiah…baca punya baca,langsung tak dpt paham walaupun dlm bahasa malaysia.jadi,aku sendiri jer yg buat kesimpulan cerita tu(terpaksa buat kesimpulan sbb org yg beri buku tu tanya g’mana dgn buku yg dia bagi…aku kata jer bagus,ending sedih..sbb ada gambar org meninggal)…huhuhu

    [Reply]

  28. MyAvatars 0.2
  29. .BabY SheR. Said,

    begitu pro jwpn ak??
    hahah
    c i told u.
    im sharon not iwan.
    adakah jwpn ak tuh sudh cukup utk mengukuhkan kesangsian ko trhdp ak wahai norrdeen??

    ak suka psal ape??
    um.nti ler ak pikir.ko pown tgh cbok jugk kn?mybe xde mse nk tls.
    hahaha

    [Reply]

  30. MyAvatars 0.2
  31. deennasour Said,

    BABOON JADIAN~ erm,,,aku pon tak tau le baboon,
    ko tanya dgn keturunan monyet…maybe diroang tau..hehe..
    gurau…aku tak pasti gak…aku baca jerk, ngeh ngeh ngeh…nnati aku tau aku kasi tau…

    BABYSHER~ ye lah….aku tau la….
    erm..ko bg tau je..pasal blog ni..
    aku free jerk…ngehehe~
    ko pggl aku deen cukuplah.
    nordin tu formal sgt…..
    sbb nama penuh aku actuaaly bukan nordin…wawawawaawa….kan baboon jadian??? hehehe

    [Reply]

  32. MyAvatars 0.2
  33. .BabY SheR. Said,

    bukan nordin??
    then??nmer ko aper???
    iwan ckp nmer ko simple jerkkk.
    owhh.ko tipu dia????
    aiyooookkkk.xtau..hbs la ko.isk3.
    :blinkeyes:

    [Reply]

  34. MyAvatars 0.2
  35. deennasour Said,

    aik?
    aku tak penah pon cakap dgn dia nama aku nordin…
    dan aku tak penah mengiyakannya~
    ngeh ngeh ngeh~
    nasib kau la labu
    nak tau yg sebenarnya….
    tunggu~

    [Reply]

  36. MyAvatars 0.2
  37. baboon jadian Said,

    :ask:salam…
    erm,deen,ko dah habis baca buat ringkasan sikit,orait.nak tau gak g’mana penghujung crita nya..hikhihik
    ahaks,hal nama tu,aku no komen,sbb semua tu di bawah akta rahsia-rahsia besar…hikhikhik.baby sher dialu-alukan untuk bertanya kepada setiausaha sulit en. deen.dia sorang jer yg tau…hukhuhhuk.eh,deen,sapa secretary ko tek?jessica alba?:tung:

    [Reply]

  38. MyAvatars 0.2
  39. .BabY SheR. Said,

    tunggu??
    tunggu spai biler cik abg oii???
    eyh.
    xsilap ak ko ada mengiyakannnya yg nmer ko nordeen,
    dia sndiri ada ckp.
    ha?ha??

    [Reply]

  40. MyAvatars 0.2
  41. Hamdi Said,

    peminat lagu indon ekk?? :haha:
    btw, deen nih budak STPM 2007 ekk… :happy:

    [Reply]

  42. MyAvatars 0.2
  43. deennasour Said,

    BABOON JADIAN~ hah? ada rahsia antara kita???? ok fine [fef ewan punya stail]

    BABYSHER~ ntah lah..nnati ko tgk le ic card aku…yey

    HAMDI~ ni mesti kes tak baca entri post ni abes,…..
    sudah di bilang di atas itu DEEN TAK SUKA PRODUK INDON…aiyaaaaaaa

    [Reply]

  44. MyAvatars 0.2
  45. ymaeirra Said,

    ehem..awak oi…kalu awk tu xsuke ngn produk diorg,,jgn judge cm2 pd stu bnde yg awk xtau intipati nyer…rasenyer,,40+ tu,,b’baloi kalu kter bc bku yg crite cnta b’lndaskn syariaat n bku dier bkn psal cnta kat manusia totally 100%..so,,read first b4 u judge..lbh b’baloi dr tgk wyg 4x n bli bju 2 psg..sb…yg dtmbh tu iman dn ilmu…btl x? lgpun,,sy bli ke-3 3 bku tu hrga 29.90 and below..xtau plak yg lg stu tu..so..berbaloi sgt utk dptkn ilmu akhirat dsmpg yg len…:fyi:

    [Reply]

  46. MyAvatars 0.2
  47. gazeebo Said,

    i love novel laskar pelangi, best sangat! novel ini akan difilemkan oleh mira lesmana, pengarah filem GIE :)

    [Reply]

  48. MyAvatars 0.2
  49. deennasour Said,

    YMAEIRRA~ hehe…tunggula kalau ada diskaun..ngeeee

    GAZEEBO~ deen pun suka gak..tu pasal la beli..no.2 dah beli ke?

    [Reply]

  50. MyAvatars 0.2
  51. W.Salim Said,

    Dear All
    Hendaklah hidup ini diisikan dengan kebaikan tak ada guna kita nak berburuk sangka kepada siapapun, Untuk yang masih tak suka, kita kasihkan kebaikan tap perlu kita tambahkan lagi anggota kebencaian tambah banyak. takkan ada kesudahan. Yang baik dan berguna boleh kita adopsi buat kita bersama meskipun dari mana datangnya. Cobalah berpikir yang bijak ….

    [Reply]

    deennasour reply on July 26th, 2008 4:43 pm:

    benar~:cry:

    [Reply]

Add A Comment

:confused: :cry: :exclaim: :grin: :lol: :mad: :question: :rolleyes: :sad: :smile: :wink: more »