29
Martian Child~ haru haru
Posted by deennasourSemalam 28 Februari 2008, korang dah tau deen ada exam dan deen pg beli buku baru untuk di baca….hehehe, actually, beli buku sebab nak hilangkan boring sambil menunggu tayangan filem Martian Child….hahaha..lepas saja balik dari exam, deen ingat nak pg main bowling, tapi dah rasa bosan, asyik2 bowling….dan deen pula dari hari tu nak tgk Martian Child, yang hari pertama tayangan semalam….so, deen layan sorang2 memandangkan kawan2 semua pakat balik rumah pas exam,..tidak mengapa, deennasour boleh jalan sorang2…..
Ada gak bagi sms kat Aidil empunya blog http://just-aidil.blogspot.com/, tapi takut dia ada kelas..tetap juga ku bg sms….kang tak ajak boleh marah o merajuk o terasa o mengomel atau apa2 saja….so baik ajak je…..ingat nak ajak Dato’ Fazly empunya blog http://bloodybasket.blogspot.com, tapi oleh kerana rumah mu itu jauh wahai dato untuk ke Mid Valley, ku lupakan hasrat ku itu…..
Beli tiket pukul 12.30 dan tayangan pukul 2.30 ptg…alamatnya deen pergi le MPH dan membeli buku kemudian lepak dalam jusco…..JUSCO??? macam kenal itu tempat kan? tempat di mana incik Anysz empunya blog http://anysz.blogspot.com/ memerah keringat [ayat tak boleh blah] tapi incik Anysz di Jusco selatan Malaysia cnun…. sampai le pukul 2.ptg deen pun menuju ke GSC untuk masuk ke panggung..beli sikit snack and air…bosan tgk tak ada makanan….
Martian Child, tidaklah seglamour CJ7, KungFu Dunk, The Redline atau Dunia Baru The Movie yang masih hangat di pawagam sekarang…mungkin publisiti produksi luar negara itu tidak ada budget, atau sengaja tidak mahu menghebohkan filem yang bergenre drama itu…..ya drama. Genre yang selalu tidak diambil kisah oleh kaki2 wayang yang meminati filem Transformers, Im A Legend dan filem aksi yang lain….
Seperti sambutan filem2 drama lain seperti filem Yasmin Ahmad Mukhsin, Sepet dan lain2, sambutan terhadap hari pertama tayangan ini juga hambar….deen masuk ke panggung no.8 [kecik jerk] pukul 2.20 ptg…ehem ehem, deen sorang je dalam panggung…tahulah hari bekerja. Tapi kalau filem aksi luar negara lain, hari bekerja pun ada yg escape. Dan beberapa minit lagi filem nak mula, baru lah ada dalam 8 orang yang masuk….kesemuanya tak sampai sepuluh pun rasanya…tak pa. Deen tengok juga kerana tertarik dengan filem2 yg mempunyai sentimental value ni…..tak ganas, tak ada bunuh2, tak ada darah2, tak ada musnah2….smooth dan ringan..
Martian Child mengisahkan tentang seorang penulis buku bergenre saink fiksyen mengenai planet dan makhluk di planet Marikh. Kepopulariti bukunya itu telah menyebabkan bukunya itu difilemkan. Penulis itu juga seorang duda kerana baru sahaja kematian isteri dan belum sempat mempunyai anak. Oleh kerana sering tercabar dek andaian bahawa dia tidak mampu untuk membela seorang anak tanpa isteri menyebabkannya membuat keputusan untuk mengambil anak angkat.
David, anak angkat penulis sains fiksyen itu seorang kanak2 yang pelik. Ketiadaan ibu bapa sejak kecil menyebabkan kanak2 itu menganggap dirinya berasala dari planet Marikh dan David juga sensitif pada matahari. Semasa di rumah jagaan kanak2, David hanya duduk di dalam kotak yang diterbalikkan kerana takut terkena sinaran matahari. Keunikan itu telah menarik minat penulis sains fiksyen itu untuk mengambilnya sebagai anak angkat.
Penulis itu diberi tempoh percubaan sebelum dibenarkan menjadikan David anak angkatnya buat selamanya. Kepelikan dan keanehan David yang sering mencuri barang kanak2 lain di sekolah, mempercayai dirinya dari planet marikh, dan berbagai lagi perlakuan yang aneh perlu diubah kepada normal. Dan itulah syarat yang dikenakan ke atas penulis itu sebelum mengambil David menjadi anak angkatnya yang kekal. Semasa David berada di rumah penulis itu berbagai2 aktiviti yang dilakukan oleh David termasuk mengambil gambar menggunakan kameranya dan mencuri barang2 bapa angkatnya seperti lesen kereta, passport dll.
Disekolah juga, David sering mencuri dan bergayut di tiang2 sambil kepala di bawah dan kaki di atas. David juga tidak bergaul dengan kanak2 lain. Dia yang mempercayai dirinya berasal dari planet marikh sering menggunakan pemberat di kakinya dan talin pinggang pemberat pada pinggangnya kerana takut kalau2 dia akan terapung seperti di planet marikh. [ntah apa2 kan budak itu] Kelakuan pelik nya di sekolah, telah membuatkan David dibuang sekolah dan pada masa ini, kesabaran penulis begitu tercabar sekali.
Ketiadaan perubahan pada David telah menyebabkan lembaga kebajikan ingin menarik balik keizinan memberi David kepada penulis itu. Tetapi penulis itu ingin diberi sedikit masa lagi. Masa yang ada digunakan sebaiknya. Penulis buku sains fiksyen itu sedaya upaya mengubah David seperti kanak2 yang normal. Bermacam-macam peristiwa getir dan sedih yang berlaku sehinggakan David pada satu hari telah mempercayai ibu bapanya dari marikh datang mengambilnya. Helikopter di udara yang dilindungi oleh awan dan kabus disangka David ibu bapanya yang ingin mengambilnya untuk pulang ke marikh. David nekad untuk memanjat bangunan yang ala2 menara KL. fuh saat ini, benar2 lah menggetarkan…deen pun tak tau bagaimana nak ceritakan….. so, korang tgk le kat wayang……. MARTIAN CHILD deen bagi 4.5 bintang…..
Martian Child walaupun merupakan filem drama yang kelihatan ringan tetapi membawa mesej yang cukup besar, iaitu, tidak mudah untuk mengasuh seorang anak yang lain dari yang lain. Membawa persoalan yang bisa meruntun jiwa ibu bapa yang menontonnya…. Skrip dan kata2 setiap pelakon merupakan kekuatan filem ini. Indah dan begitu menusuk kalbu. Sehinggakan ada babak2 yang menyebabkan penonton menangis. 2 orang akak depan deen nangis, dan dak couple sebelah pon nangis saat2 tragis kat ending cerita ni…memang sedih. Deen tak nangis yerp kerana sebab2 yang munasabah…bukan kerana tiada hati dan perasaan tapi kerana control macho…wakaka..takkan nak nangis plak..lelaki sejati..ngehe~
So buat korang2 yang tgh bosan2 tu, bolehlah serang panggung yang berhampiran….yerp yerp yerp!!!


:good: bagus2.komentor yang berjaya.teruskan mengkritik
Dari hati ke blog
[Reply]
:ask:erm,sempat juak nangga wayang…hikhikhik.erm,review yg lengkap dan bahasa yg begitu menarik,tak mcm bahasa malaysia aku…hehehehe.
[Reply]
CUAKTEAK~ wakaka..thanks ehs…nanti deen komen blog mu itu…pg tgk martian child..gerenti cuak~
BABOON JADIAN~ ngehe, mestilah sempat, ilangkan runsing kepala penin..ngeh ngeh ngeh…pas ni nak tgk stepup and duyung~
[Reply]
aku menantikan post untuk criter duyung nanti..
hehehehe…
criter tu aku rase akan lebih gempak dari yg gempak..
memandangkan KRU production ade terlibat same..
dan dibintangi oleh superwomen aku(berangan jer) maya karin..ngeh3.
[Reply]
erm… citer ni aku xnk tgk kat wayang… cam biasa jer… aku nak donlod jer nnt… huhuhu… tq deen cerita sinopsis yg panjang… heheheh…
4.5 bintang dari berapa full????
[Reply]
:cute:stepup?yg movie pasal budak menari nari tu?aduhhhhhhhhh….aku nak tengok!uwaaaa…batu belah batu bertangkup…makanlah aku…
aku kempunan nak tengok wayang…huahuahua…
[Reply]
first2 skali. aku cari gambarnye. rupa2nya berada di bawah sekali~
tatahan yg pasal dia ingtkan mak bapak dia nk amik naik helikopter tu. hahaha.:haha:
[Reply]
LOQUE~ tunggu loque, akan ku review mggu depan tepat pukul 12 tgh malam..wakaka
SAWAX~ sesungguhnya, engkau adalah lanun terbaek!! ngehe..4.5/5
BABOONJADIAN~ yup yup, berkaitan menari-menara….
BALQIS~ ha..ada pon henkau, mengomen yerp,asyik melintas jerk…ko komen, baru sayerp singgah…hehe,
haha..sorry yerp, gambar tu salah upload..sepatutnya yg besar…terupload yg kecik..tapi malas nak upload skali lagi..ngehe
Pasal heli tu, dia budak2 lagi,,tak tau mende~
[Reply]
[...] £99 6. Azharahmad dengan Dari Emel - Bayi Yang Berkata-kata dan Merah Menyala 7. Deen dengan Martian Child~ haru haru dan Masam Manis [...]
:happy:dah lamer x tengok cte ader value.. slalu citer ader value ala2 feeling ni TV2 slalu hamek *dulula tapi skrg mcm taekk :XD:
[Reply]
wahahaha.. sian dier ko ckp dier bdak2 lagi xtau mender… ehehehhe…. nampak sgt dier mmg sengal… :nocomment:
[Reply]
Owh ada trackback nampak nya dari incik GIE~
ANYSZ~ tu ah pasal, skang susah nak carik cerita camni, tapi kat ntv7 ada gak yg ada sensimental value ni, mcm tetefilem kurus aku ckp ari tu,,
SAWAX~ ops, tukar statement, budak yg kurang tahu,,,tapi cerdik sikit ah~
[Reply]
omg!
anyway..
aku kan tetap menunggumu…
[Reply]
:yawn: kali terakhir aku tengok Whoopie Goldberg berlakon *entah sesape jekan aku eja name kan??
memang real..sampai melalak2 aku
cte pasal aparteid *betulka eja?
between negro kot.. *dah lupe~
memang dasat~~
[Reply]
LOQUE~ tak lama lagi…tunggu ah
ANYSZ~ ko merepek apa tu? aku tak paham..hehehe
[Reply]
cam cute je cite ni….nnti pas bis exam nak g tgok la….ei2x!! asal la lame sgt exam aku…
[Reply]
Alaaaaa, deen selalu buat spoiler… pendek2 udah ler… Hehehhehe
[Reply]
ECAHKOOP~ hehe…cute citer ni.ska tgk budak tu~
AZHAR AHMAD~ salahkah entri aku panjang?
[Reply]
Add A Comment