/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Mar
13

Memakbulkan Doa~

Posted by deennasour

Deen dah lama tak menjenguk surau yang dekat dengan rumah deen ni. Yelah, terlalu sibuk dengan pilihan raya dan iklan nya. Mesti korang dah tengok iklan deen kat you tube yang tak seberapa tu kan….hehe. Masih belajar. Dan deen pun nak sambung belajar sambil bekerja memandangkan keputusan STPM deen tidak mengecewakan. Alhamdulillah.

Kebetulan surau deen adakan ceramah bulanan malam rabu ni tadi. Kalau tak silap oleh Ustaz Mahmood, muka memang salu masuk tv dalam forum perdana hal ehwal Islam tv1. Deen rasa penat dan mengantuk selepas habis solat maghrib tetapi kembali segar disebabkan cerama ustaz yang begitu padat dengan segala hikmah.

DOA

Ustaz menyentuh mengenai doa. Bagaimana nak memakbulkan atau memujarabkan doa? Deen bagi situasi A dan B di bawah dan cuba renungkan.

Situasi A - Suatu hari, ada sorang kawan kita nak pinjam seribu dan dia berjanji nak bayar dalam 2-3 minggu akan datang dan membayar sikit-sikit, mungkin dalam seratus-dua ratus.

Situasi B - Suatu hari, ada sorang kawan kita nak pinjam seribu dan dia berjanji nak bayar minggu depan dengan bayaran balik 2 kali ganda jadi dua ribu.

Melihat situasi di atas, semestinya kita akan lebih tertarik untuk memilih situasi B kerana keuntungan dan lebih menarik perhatian kita untuk membantu kawan kita itu. Daripada situasi dan contoh itu, begitu jugalah situasi yang berlaku antara kita dengan Allah. Contoh doa kita dengan Allah :

Situasi A : Ya Allah, engkau berikanlah kecemerlangan dalam keputusan STPM aku Ya Allah, aku BERJANJI tidak akan meninggalkan solat 5 waktu lagi seandainya aku cemerlang dalam STPM.

Situasi B : Ya Allah, engkau berikanlah kecemerlangan dalam keputusan STPM aku Ya Allah, aku BERJANJI akan melakukan lebih amalan kepadamu seperti berpuasan sunat dan menunaikan solat tahajud pada malamnya seandainya aku cemerlang dalam STPM.

Melihat pada situasi di atas, seperti kita tadi, semestinya kita akan lebih tertarik kepada situasi yang lebih memberi keuntungan. Begitulah Allah s.w.t yang suka akan orang yang lebih berusaha dan janji yang lebih baik untuk mendapatkan apa yang diingini. Allah s.w.t suka akan orang yang berjanji dan tidak menyukai  orang yang tidak menepati janji. Wallahua’lam. Renungkanlah~

99 nama Allah

Allah berfirman, antara 99 sifatNya yang Maha Agung, terdapat satu lagi sifat yang Maha Agung tersembunyi di dalam Kitab Yang Agung [Al-quran].

Sebenarnya, kita tidak mengetahui bahawa ada satu lagi sifat Allah yang Maha Agung yang Allah ambil dan menyembunyikannya didalam kitab Al-Quran. Imam Syafie menghafal Al-Quran beratus-ratus kali dalam hidupnya, dan apabila beliau menjumpai sifat Allah yang Maha Agung itu, beliau mengulaginya beberapa kali.

Pernahkah kita terjumpa? Perkataan yang dirasakan Maha Agung apabila membaca Al-Quran. Perkataan itu pada awal-awal lagi sudah kita baca dan alunkan pada basahan lidah kita iaitu ALHAMDULILLAH yang bermaksud segala puji bagi Allah s.w.t. Itulah dia, sesungguhnya apabila kita memuji Allah s.w.t dengan perkataan yang Maha Agung itu, nescaya nikmat hidup dan amalan seharian akan lebih diberkati Allah s.w.t. Insyaallah~

MADU

Pesanan terakhir ustaz Mahmood ringkas. Apabila memakan madu, jangan sesekali menggunakan sudu besi atau dicampur bersama air panas. Tetapi, diletakkan sedikit di atas tapak tangan dan jilat. Ini kerana di telapak tangan kita mempunyai enzim yang sangat berguna untuk badan……wallahua’lam

    MyAvatars 0.2
  1. loque Said,

    wey..
    yg pasal madu tu betol ker?
    cam musykil ajer..
    dan sememangnya amat penting untuk setiap muslim dalam menempuh hidup yg berliku2 ini..
    ingat,doa adalah senjata bagi orang2 muslim.

    [Reply]

  2. MyAvatars 0.2
  3. Anysz Said,

    :haha:seswai ngan mood aku skrg nie :happy:

    [Reply]

  4. MyAvatars 0.2
  5. Azhar Ahmad Said,

    Terima kasih kerana berkongsi. Boleh saya buat panduan tazkirah…

    [Reply]

  6. MyAvatars 0.2
  7. gie Said,

    thanks deen…muhasabah diri sendiri…

    [Reply]

  8. MyAvatars 0.2
  9. syukur Said,

    mekasih deen kerana berkongsi..moga dipermudahkan segala tugasan yg mendatang :D

    [Reply]

  10. MyAvatars 0.2
  11. .BabY SheR. Said,

    umm.
    best jugak.boleh buat pedoman d masa depan.
    hehehe.
    tp xleh cmmnt lebey2.

    [Reply]

  12. MyAvatars 0.2
  13. deennasour Said,

    LOQUE~ ustaz ckp tu, apa nak di musyhkil….pembangkang politik kata itu ini boleh plak kite terima…hehehe…tak percaya tanya doktor, ada enzim yg byk kat tapak tangan tau….tu sunah nabi tu…aiyaa..

    ANYSZ~ dan sesuai dgn mood aku jugak…

    AZHAR AHMAD~ sama-sama, untuk pedoman para saudara…

    GIE~ jgn diri sendiri je…berkongsi ilmu dgn orang lain…sebarkan le..

    SYUKUR~ harap2 gitulah syam,,,amiin.

    BABYSHER~ yeye, jgn komen lebih2 ye, kang kene kang~

    [Reply]

  14. MyAvatars 0.2
  15. loque Said,

    yelar…
    kita ni x seberapa arif dalam bidang2 seperti ini..
    tapi kalo madu diletakkan di ats tapak tangan dan jilat..
    tidakkah perbuatan itu menjengkelkan?

    [Reply]

  16. MyAvatars 0.2
  17. deennasour Said,

    yang jilat macam anjing tu pasal apa…
    jilat dengan penuh berhikmah la…
    dgn adab sopan…..jgn la jilat mcm orang sebulan tak jumpa makanan,
    sunnah Rasullullah tu……

    [Reply]

  18. MyAvatars 0.2
  19. cuakteam Said,

    bagus-bagus..boleh diamalkan.:good:

    [Reply]

  20. MyAvatars 0.2
  21. Anysz Said,

    :haha:jilat macam hanjeng?
    nyahahahah~~:well:

    [Reply]

  22. MyAvatars 0.2
  23. Qaiyum Said,

    Rerajinlah Lepas Ni Kita Beramal Dan Berdoa Setiap Masa. Bukan Sahaja Pada Waktu Solat..

    [Reply]

  24. MyAvatars 0.2
  25. .BabY SheR. Said,

    eyh2???
    kenapa plak??
    ak cmmnt lebey2 pown ape slh nyer???
    igt ak xgheti sgt ker??
    mmg la xgheti cuma.
    tau la sket2. jerk..

    [Reply]

  26. MyAvatars 0.2
  27. aiNuL Said,

    waaa…deen leh jadik motivator ek..

    tauladan yg di sampaikan dlm bentuk selingan..ehe

    [Reply]

  28. MyAvatars 0.2
  29. manje Said,

    >> entri yg baik…<<
    time ksh kerana berkongsi…
    kite kene amalkan dan fikir2kan…

    [Reply]

  30. MyAvatars 0.2
  31. deennasour Said,

    ANYSZ~ yelah…anjing tak sopan…kite kene sopan leee

    CUAKTEAM~ bukan boleh, mesti…hehehe

    QAIYUM~ ya,,kerana doa itu senjata umat Islam

    BABYSHER~ ko merepek apa minah oiii

    AINUL~ wakaka…mmg jadi motivator pun kat sekolah….ngiah ha ha

    MANJE~ YA,,seharunya diamalkan…thanks~

    [Reply]

  32. MyAvatars 0.2
  33. mimi Said,

    ermm bagi pendapat saya bukannya minum madu guna sudu tu tak boleh dan memudaratkan.Tapi adalah lebih baik kalau guna tangan atas sebab faktor ada enzim pada tangan ni.Dan air panas tu tak sure pulak.sebab enzim ni kan ada suhunya sendiri utk berfungsi.mungkin jgn terlalu panas kot.

    [Reply]

  34. MyAvatars 0.2
  35. deennasour Said,

    yaya…setuju! tak elok guna sudu besi.
    erm erm, kalau nak makan madu, biar pure la…..jgn campur apa2…baru mujarab

    [Reply]

  36. MyAvatars 0.2
  37. .BabY SheR. Said,

    duhhh.
    bila pulak ak merepekkk??
    ko yg xgheti baca ker???
    hahaha
    ape2 je lah.

    [Reply]

  38. MyAvatars 0.2
  39. loque Said,

    wokeh2..
    tapi apekate..
    aku cadangkan supaya ko buat video tentang tu..
    aku raser baru orang lain lebih paham kowt..
    wakaka..

    [Reply]

  40. MyAvatars 0.2
  41. .BabY SheR. Said,

    ha.
    cdgn xberapa bagus tuh loque.
    hahaha
    sbb video masuk dlm niyh ada sengal sket.
    kwang3..

    eyh2.
    nk tnyaa
    yg cogan kata KFC.
    “sedap hingga mnjilat jari”
    tuh ada enzim juga ka???
    hahaha

    [Reply]

  42. MyAvatars 0.2
  43. Izzudin Said,

    betol lah tuh… ade enzym… jadi marilah kita isap jari kite… amalkan setiap hari… sayangi perut anda setiap hari… jilat jari… :hoho:

    [Reply]

Add A Comment

:confused: :cry: :exclaim: :grin: :lol: :mad: :question: :rolleyes: :sad: :smile: :wink: more »