/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Mar
14

Sejarah Melayu

Posted by deennasour

Salam, mungkin ada antara kita yang tidak pernah terfikir di mana asal usul kita. Di sini deen mengulas serba sedikit asal usul Melayu hasil panduan dalam beberapa buku yang deen baca. Semoga kita sedar dan berpijak di bumi yang nyata~     SEJARAH MELAYU                 

 

Para penyelidik telah memperolehi bukti penggunaan Melayu sejak abad kedua lagi. Perkataan Melayu juga dikesan dalam sebuah kitab Hindu purba yang berjudul Purana. Selain itu, perkataan Melayu juga ditemui dalam kitab catatan seorang rahib Buddha yang bernama I-Tsing. Catatan pengembara China membuktikan bahasa Melayu kuno telah digunakan sabagai bahasa perantaraan atau lingua franca pada zaman kerajaan Sriwijaya.          

Di dalam buku Sejarah Melayu, perkataan Melayu dikaitkan dengan sebatang sungai iaitu Sungai Melayu seperti petikan tersebut :    

“…..adapun Negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebatang sungai, Melayu namanya……” (Sejarah Melayu, 1977, halaman 16)    

Merujuk buku teks Bahasa Melayu terbitan 2006 oleh Pearson Longman, definisi Melayu dari segi Etimologi, antaranya ialah Melayu adalah hasil singkatan daripada perkataaan Himalaya. Selain itu, hasil penemuan perkataan Malayapura di belakang Batu Bersurat Bukit Gombak Satu.

Memetik Bahasa Jawa Kuno, Melayu di ambil dari bahasa ini iaitu Mlayu yang bermaksud mengembara. Mohd. Dahlan Mansoer pula berpendapat Melayu itu berasal dari nama sebatang sungai. Akhir sekali, menurut Van der Tuuk, perkataan Melayu bererti menyeberang merujuk kepada bangsa Melayu yang bertukar agama atau menyeberang daripada agama Hindu kepada agama Buddha sebelum kedatangan Islam.   

Mengimbas definisi Bangsa Melayu secara meluas pula, yang diberikan oleh UNESCO pada tahun 1972, istilah Melayu digunakan untuk merujuk kepada  suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Tetapi, secara umumnya, Melayu merujuk kepada bangsa Melayu yang menjadi penutur asli bahasa Melayu.          

Definisi Melayu secara sempit pula seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Di bawah Perlembagaan Malaysia Perkara 153, seseorang itu ditakrifkan sebagai bangsa Melayu apabila mereka dapat menuturkan bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu, dan beragama Islam. Oleh yang demikian, orang yang murtad akan digugurkan taraf Melayu daripadanya.            

    MyAvatars 0.2
  1. Azhar Ahmad Said,

    Ya. orang yang murtad gugur Melayunya. Pro - menjaga agama Islam. Cons - wujud Istilah masuk Melayu

    [Reply]

  2. MyAvatars 0.2
  3. loque Said,

    bro,aku rase cam pernah belajar la bende tu time aku form 1 dulu huhuuhu..
    “bahasa melayu digunakan sebagai lingua franca(bahasa perantaraan)”

    [Reply]

  4. MyAvatars 0.2
  5. .BabY SheR. Said,

    ak xphm ape mksud VAN der TUUK tuh ckp/tulis/type???

    ape yg dia cuba ckp sbenor nyer???

    so.mkne nyer.klo org india mcm ak niyh nk masuk ISLAM.
    d kira melayu la???
    bukn mlayu-india ker???

    [Reply]

  6. MyAvatars 0.2
  7. deennasour Said,

    AZHAR AHMAD~ ya ya…agar orang melayu islam akan terus beragama Islam~

    LOQUE~ ko semua ko dah blaja….bagus leee

    BABYSHER~ Melayu yang dimaksudkan tu bukan definisi bangsa melayu tapi asal usul perkataan MELAYU….tu yg van der tuuk maksudkan….baca betul2

    [Reply]

  8. MyAvatars 0.2
  9. abdfatah Said,

    errr… mana satu icon smiles nih nak pilih haaa… ?:hi:

    [Reply]

  10. MyAvatars 0.2
  11. .BabY SheR. Said,

    eyh2??
    baca btol2 plak..
    ak da 100kali baca.
    still xphm ape dia mksud kan..
    ko trgkn jer lahh.
    ko kan baikk.???

    [Reply]

  12. MyAvatars 0.2
  13. deennasour Said,

    ABDFATAH~ lama tak singgah..tak faham la apa yg bro tanya

    BABYSHER~ kadang2 aku bleh jad jahat…sorry..internet aku problem

    [Reply]

  14. MyAvatars 0.2
  15. KNizam Said,

    wahhh sejarah yg menarik neh :well:

    [Reply]

  16. MyAvatars 0.2
  17. loque Said,

    aku ingat lagi seh..
    coz cikgu yg ajar aku tuh memang “hebat”..
    ble dier mengajar jew,budak2 mesti senyap n focus jer..
    tu yg menyebabkan anak2 didik die berjaya2..
    thx cikgu susila!

    [Reply]

  18. MyAvatars 0.2
  19. Izzudin Said,

    ape la… sekali anda dilahirkan sebagai bangsa tertentu.. sampai mati anda adalah bangsa itu… :yawn:

    [Reply]

  20. MyAvatars 0.2
  21. deennasour Said,

    KNIZAM~ tapi actually, byk lagi sejarah melayu ni…baru sikit tu….

    LOQUE~ oklah dpt cikgu camtu..hehe

    IZZUDIN~ tu definisi sempit…..

    [Reply]

  22. MyAvatars 0.2
  23. loque Said,

    excellent!
    perktaan tu yg dier selalu cakap kt aku.
    kire aku nie student baik dier r…

    [Reply]

  24. MyAvatars 0.2
  25. neeziee Said,

    :good:

    [Reply]

  26. MyAvatars 0.2
  27. deennasour Said,

    huhu…ye ke? oklah tu..anak murid kesayangan~

    neezie~ uh uh…bagus ke? thanks

    [Reply]

  28. MyAvatars 0.2
  29. Izzudin Said,

    ape lak sempit lak… itu ler sebenarnye… skali ko dilahirkan sbagai lelaki.. sampai matilah ko lelaki walaupun ko bwat pembedahan yang menjengkelkan… (ade sesape nak bwat… wawakwakakak)

    [Reply]

  30. MyAvatars 0.2
  31. deennasour Said,

    tak maksud aku~
    yang definisi perlembagaan malaysia pasal melayu tu~

    [Reply]

  32. MyAvatars 0.2
  33. syia Said,

    huhh.. syia baru baca ni.. baru paham.. herm.. melayu ni.. kirenye tak original la eh.. campur2

    [Reply]

  34. MyAvatars 0.2
  35. deennasour Said,

    eh bukan….
    melayu tetap melayu,,
    tu maksudnya..
    melayu tu satu rumpun yang besar..
    mana2 ada melayu..
    kat arab,,,cina…
    madagaskar pun ada melayu tau..
    ada masuk dlm kertas stpm deen~

    [Reply]

  36. MyAvatars 0.2
  37. nina Said,

    Sape yg tulis buku ni?

    [Reply]

Add A Comment

:confused: :cry: :exclaim: :grin: :lol: :mad: :question: :rolleyes: :sad: :smile: :wink: more »