/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Mar
19

Saya masa baru bersunat~ :P

Posted by deennasour

Ini adalah entri sambungan untuk SAYA MASA KECIK-KECIK, sapa-sapa yang belum baca sila baca dulu entri itu yerp… baru lah boleh baca entri ini… [klik sini] 

Masuk tingkatan 1, time pendaftaran deen tak datang sebab ber..ber..ber….su…su….sunat…hehe. Bapak deen boleh pergi bagitau cikgu kata deen tak dapat datang pendafaran sebab bersunat…bakal-bakal kengkawan pun dengarlah..yang laki gua tak kesah beb…ni yang bakal jadi awek-awek deen pun dengar…tak boleh blah beb…aiya..daddy daddy…tak boleh blah la you ni..menci tau!!!

Masa time darjah satu dua, deen memang tak banyak menonjol dari segi pelajaran dan kokurikulum memandangkan deen lebih menonjol dalam bidang menyuruh budak-budak yang bersaiz kecik dan pendek membeli makanan di kantiin dan penyalah gunaan duit biasiwa sekolah dan memberi alasan berjumpa kaunseling untuk ponteng kelas..haha.

Masuk darjah tiga, wah, deen kena cop awal2 oleh cikgu kelas tu, deen ni tak layak jadi ketua kelas dan penolong kelas..amboi2..laser mulut cikgu tu.Tapi kawan-kawan deen menaruh kepercayaan kepada deen kerana ketegasan deen, so deen dilantik jadi penolong ketua kelas…almaklum, deen dah famous dah kat sesi petang, so cikgu2 sesi pagi dah mula kasi persepsi awal lah kat deen. Tak apa, deen mula tunjukkan kegagahan dan kehebatan deen dalan pelajaran.

Deen mula menunjukkan bakat ala2 Misbun Sidek dalam badminton, Deen berjaya mewakili sekolah dalam beregu badmintan tetapi terpaksa mengundur atau menarik diri. Alasan memang tak boleh blah, tapi dalam buku skrap Sejarah deen, pengunduran diri itu disebabkan kecederaan pada pangkal paha belah kanan yang tercedera masa latihan….cis..Free-free je tarik diri. Time tu kejantanan gua rasa macam dah tak ada…wakaka..tarik diri beb..malu malu…kawan-kawan dari sekolah lain boleh tergelak sakan dengan alasan gua beb…aiyooo!!!

Ya, pmr dah dekat, tapi deen masih lagi sibuk membersihkan diri dengan mengaktifkan diri dalam aktiviti kokurikulum termasuklah menyertai olahraga sekolah, tapi tak pernah nak menang…hampes..antara acara favourite deen ialah lompat kijang. Dari form 1 join tak menang2…hampess..Deen juga dari form 1 join Bola Lisut yang ala2 baseball tu. Tetapi deen sudah dimalukan masa form 3, apabila dengan selumber kodok cikgu pasukan bola lisut tu tengking dan jerit nama deen sebab deen membaling kayu besi bola lisut tu yang hampir mengenai ahli pasukan…aiya!! malu dowh…rasa nak timbus ja muka dalam tanah masa tu. Dan lepas tu, deen tangkap bola pun dah tak keruan…terus deen tak turun latihan walaupun time form 1-2 deen adalah seorang Pitcher [pembaling bola] harapan dan pelapis…

Sejak peristiwa itu, deen bertekad nak pindah sekolah, so korang boleh bayangkan betapa malu nya muka ini ditengking oleh cikgu tu. Deen bertekad nak pindah sekolah ke SM Teknik sebab zaman deen form 1-2 Sm Teknik miri antara team terkuat sukan Bola Lisut ni, so kira nak balas dendam dengan sekolah deen nilah iaitu SMK Baru miri…haha. PMR deen dapat 4A dan 4B….hehehe….. boleh blah jugak lah deen punya keputusankan? tak lah cemerlang sangat, tapi bolehlah membuka mata cikgu2 sekolah deen yang mengkategorikan deen ni muka mangkuk hayun…haha. Deen pun dengan hati yang retak dan punah berpindah ke SM TEKNIK MIRI untuk memulakan lembaran baru.

Deen memulakan tingkatan 4 dengan memasuki kursus Pengajian Kejuruteraan Awam, dan nama kelas deen 4PKA3. Ada 3 buah kelas untuk pengajian kejuruteraan awam ni. Kelas deen kelas ke-3 bukan sebab pelajarnya bengap atau samseng. Tapi semuanya diambil dan dipilih secara rawak….Deen tidak semena-mena jadi Ketua Kelas kerana pengalaman jadi penolong ketua kelas masa form 4. aiyo yooo… Kelas deen nampak memang kucar-kacir kerana cikgu masa tu pun agak tidak tegas dan deen pun malas nak bertegas…haha. Time mesyuarat kelas deen sering ditegur dek kebisingan dan kebersihan yg diabaikan..Bukan deen tak tegur, dah diorang tak boleh ditegur, so deen tak leh buat apa2 lah, tambah2 deen masa form 4 dapat anugerah ketua kelas paling sporting!!! hahahaa…

Ya, deen kan nak balas dendam dalam bola lisut kat sekolah lama deen iaitu SMK Baru Miri? Ya, deen pun join la bola lisut tahun 2004 tu, haha……Deen jadi Pitcher, atau pembaling bola laaa…Sejarah Sm Teknik dalam bola lisut ni, 2000-2002 merupakan pasukan yang tak pernah tak dapat pingat…mesti akan dapat sekurang-kurangnya tempat ketiga. Tapi 2003 misi gagal. So, tahun 2004 cikgu pasukan nak dapat la tempat. Tetapi, pusingan pertama lagi dah kalah. Balingan bola deen amatlah buruk sekali. Maka tak boleh lah nak balas dendam, malah sekolah lama deen SMK Baru Miri dapat no.2 plak tu…naib johan tu beb, malu gua beb…..memang kecewa lah masa tu.

Tahun 2004 ni, deen buat pembaharuan drastik secara tidak sengaja. Masa pemilihan kelab dan persatuan beruniform, deen telah ditarik oleh seorang kakak tu. Ingatkan dia nak rogol ke, apa ke, sebab dia bawak kat satu blok bangunan yang agak usang beb…sapa tak cuak..dalam hati ” AKU MASIH TERUNA!!!”   Sampai kat ujung blok, sekali ada pemilihan untuk mencari ahli kelab seni teater la…so nak carik pelakon lelaki lah ni. Tak pasal-pasal diberi watak playboy. Tak boleh blah apabila deen layak jadi ahli….wah wah wah..bermulalah perjalanan ku sebagai anak seni.haha

Lepas masuk tu, kitorang kelab seni teater SM Teknik Miri ni ada menyertai 3 pertandingan. Pertandingan Sketsa Sains dan Teknologi, deen tak berlakon, jadi krew jerk, dan kitorang dapat Naib Johan beb….haha..Lepas tu, ada plak Pertandingan Drama Bahasa Melayu, deen jadi watak sampingan, tapi yang bestnya deen dapat anugerah pelakon lelaki terbaik beb..hahaaha..dan kitorang dapat no.2, naib johan lagi, memang tak boleh blah. Lepas tu masuk plak Pertandingan Drama Bahasa Inggeris yang agak mencabar, manakan tidak, kami semua berlakon jadi watak pahlawan iban Sarawak yang hanya menggunakan cawat dan baju kecik tu…alahai…Seksi mak oi!!! dah lah malu tu, nampak susuk tubuh yang tak le bidang dan tough ni, kalah plak tu…hehe. Malang..malang…

Dan seperti sekolah-sekolah lain, nak dekat SPM jawatan pengawas pun nak digugurkan, maka pengawas-pengawas mencari pengganti masing2…tak sangka ramai gak cikgu dan pengawas yang undi deen jadi pengawas..hehe, maka deen pun jadilah pengawas…..wah..sungguh bangga dowh. Yang lebih membanggakan, pengawas ada unit-unitnya. Dan deen dimasukkan ke dalam Unit Tugas-Tugas Khas, so pengawas yang join unit ni kira pengawas elit lah..handal-handal belaka. Dan deen pun ada gak la menyelesaikan kes-kes disiplin dan ada antara pelajar bermasalah tu dah meninggal dunia..Al-Fatihah……….. Meninggal bukan sebab kena hantuk dan debik oleh deen, tapi dah ajal kan…nak buat camna…

Masuk tingkatan 5, wah, deen nampak lebih bersemangat kerana deen juga bertindak mengawal PA System masa perhimpunan pagi tiap-tiap pagi, so tak payah lah deen berdiri menjaga barisan pelajar..ngeh ngeh ngeh. Tahun 2005 adalah tahun kemuncak kegemilangan insan bernama deennasour apabila mengharumkan nama sekolah dalam banyak pertandingan..hehe.. bukan nak bangga diri ni, saje kongsi pengalaman masa sekolah dulu-dulu kan? Salah ke?

Antara pertadingan yang deen sertai dan menang ialah:

  1. Syarahan Agama [no.2]
  2. Pidato Piala Di Raja [no.1]-deen dapat wakil miri, tapi kalah plak peringkat negeri.
  3. Kejohanan Bola Lisut [no.1]- dapat balas dendam, tapi tak dapat ke peringkat negeri sbb tak ada budget.
  4. Pertadingan Sketsa Kerjaya [no.1]- deen dapat pelakon lelaki terbaik dan pergi ke peringkat negeri
  5. Pertadingan Sketsa Kerjaya peringkat negeri [no.1] - wakil Sarawak ke peringkat kebangsaan kat Penang tapi kalah.

Tulah antara kemenangan yang deen perolehi masa kat sekolah tu. Sampai lah deen dapat anugerah pelajar cemerlang kokurikulum dan gambar deen diabadikan kat sekolah sampai sekarang.tak caya ikutlah deen balik Miri bulan Jun nanti ek!

Tetapi malangnya, kerana kesibukan deen dengan aktiviti kokurikulum ni, deen kurang fokus kepada akademik. Banyak cikgu dapat menghidu kemerosotan deen. Sampailah cikgu disiplin deen, dengan bermurah hati menegur deen. Cikgu matematik deen pun ada tegur deen pasal ke”kerek”kan deen. Sebab ada cikgu yang kata deen kerek. tak boleh blah tol.

SPM pun berlalu…..kuar result. Semua cikgu pandang deen macam tak wujud je. Ni yang malas ni. Kecuali cikgu English deen, siap kata lagi “Congratulation, you do the good job” camtu la bunyi nyer…dah lupa, tapi memang dia sorang je yang ucap tahniah. Masa tu deen blom ambik slip lagi.

Lepas ambik result, wah….siot je. Memang frust menonggeng la deen macam sorang budak ketua pengawas kat Johor tu, yang frust sebab add math gagal, alah, budak yang sangkut kat lif tu…tak ingat? aalah, budak yang kena panggilan hangit tu….tak ingak jugak? [klik sini].

Deen dapat 2A jerk beb….haaa..apsal deen leh dapat result yang GEMPAR tu, aaaa lu pk la sendiri bersama abang deen. Sebabnya sibuk sangat dengan aktiviti kokurikulum laa… yang dapat A Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, patutlah cikgu English tadi siap ucap congrat tadi..haha

Tu lah kisah deen masa kat sekolah dulu…hehe.. pasal STPM plak..lain kali wa cerita lagi. Ni dah panjang berjela-jela dah ni wey!!! Kalau nak tahu macam mana cerita deen sampai teraccident sampai ke KL ni…..tunggu next episode…>>

deen menang pelakon lelak terbaek he..suka suka

ni dah kat penang, kat smk tunku abdul rahman….retro betol skolah ni..p/s rambut deen diorang perdajal letak bedak, tu pasal lah kembang semacam….

kitorang juara bola lisut laki and pompuan…deen pitcher terbaek seh..deen tiga dari kanan

deen dua dari kiri, hehe, pengawas tu….

 

*gambar kureng bermutu le..tu suma gambar yang deen scan masa kat miri dulu..and save kan dlm laptop deen, tu  pasal la…gambar2 lain kat miri……….tunggu the next episode ek….FORM 6 plak

    MyAvatars 0.2
  1. balqis Said,

    waaa. jelse2. aku tak seaktif ko :sad:

    [Reply]

  2. MyAvatars 0.2
  3. deennasour Said,

    aktif besa2 jerk…

    [Reply]

  4. MyAvatars 0.2
  5. Anysz Said,

    :love:ngutuk orang je kejenyee

    aku pun dulu aktif gak..

    x heran pooonnn

    ape2 hal pun,mu hutang wa satu tag!

    tag ape?

    LU TENGOKLA SENDIRIK *ayat klise nyahahaha:XD:

    :happy:jawab jangan x jawab tag aku tuh..

    [Reply]

  6. MyAvatars 0.2
  7. wawa Said,

    wohoho…abg deen…fom 1 baru sunat…kehkhekeh

    bz gak eh abg deen waktu skolah dulu…aku neh relek2 jer…huhu

    [Reply]

  8. MyAvatars 0.2
  9. Azhar Ahmad Said,

    Huhuhuhu, memkang best… Memang best

    [Reply]

  10. MyAvatars 0.2
  11. shadowflux Said,

    huhuhu.. aktif gak ko ni ek…

    asal cikgu tu ckp awal2 ko x layak jadi ketua kelas plak??? hampeh btul cikgu tuu…

    by the way, aku akan upgrade server ni insyaAllah minggu depan. aku kasi ko 2GB space. and insyaAllah laju sket dari yg skang.

    [Reply]

  12. MyAvatars 0.2
  13. shadowflux Said,

    lupa plak nak komen pasal sunat… ko sunat masa form 1??????!!!!!!!!!!!:scare: lamabat giler…. masa tu mesti dah……. hehehehhehehe… :draw:

    [Reply]

  14. MyAvatars 0.2
  15. aiNuL Said,

    penah pegi TARP ek?huhu..skola plg glemer antara skola2 teknik kat penang..ade gak kwn kat c2 dlu..

    deen aktif sukan2 ni eh..org plg menci sukan2..x kre r sukan dlm ekon or tgh panas..huhu

    [Reply]

  16. MyAvatars 0.2
  17. menteil Said,

    sunat form 1???
    aduh…
    lambat nyer…

    aku dulu sunat
    orang panggil bentan (bengkak)..
    puncanya baru 3 ari sunat dah naik beskal..
    amek ko..:nocomment::nocomment::sad:

    [Reply]

  18. MyAvatars 0.2
  19. loque Said,

    ooo deen…
    aku lagik aktif dari ko la..he3.
    tapi bab2 teater tu aku x minat..
    tapi skunk mau prikser kene slow sket..

    [Reply]

  20. MyAvatars 0.2
  21. loque Said,

    awal ko bersunat deen?
    hahaha…
    jgn maraa…

    [Reply]

  22. MyAvatars 0.2
  23. syuxx Said,

    “Dan deen pun ada gak la menyelesaikan kes-kes disiplin dan ada antara pelajar bermasalah tu dah meninggal dunia..Al-Fatihah……….. Meninggal bukan sebab kena hantuk dan debik oleh deen, tapi dah ajal kan…nak buat camna…”

    al-fatihah eyh utk arwah:nod:

    [Reply]

  24. MyAvatars 0.2
  25. Anysz Said,

    :haha:sunat masa form 1 ke?

    kelass :happy:

    [Reply]

  26. MyAvatars 0.2
  27. deennasour Said,

    PERHATIAN….
    AKU SUNAT MASA AKU DARJAH 6 OIII….
    UJUNG..BULAN DISEMBER,….
    AKU LAMBAT NAK SEMBUH..
    SAMPAI DAH MASUK PENDAFTARAN FORM 1 PUN MASIH DALAM PANTANG…
    SBB AKU MAIN LOMPAT JAUH DGN COUSIN AKU MASA DLM PANTANG TU…HAMBEK KAU~

    [Reply]

  28. MyAvatars 0.2
  29. deennasour Said,

    ANYSZ~ tag si truckster, loque pun aku blom bls…ada lagi yg baru….tidak!!

    WAWA~ ada salah faham pasal kes sunat tu…tidak!!!!

    AZHARAHMAD~ wakaka…pertama kali dipuji nih..kembang idung…

    SAWAX~ cilakoss…haha..salah paham la korang ni…pasal sunat tu…aiyaa…
    hehe…cik sawax sudah mahu menukar sever saya? thanks ya….

    AINUL~ hhe…sapa la nak sukan dlm aircond..tak kuar peluh dik oii

    MENTEIL~ apsal ko tak main skateboard jerk?

    LOQUE~ ngeh ngeh ngeh…tunggu ko…

    SYUXX~ ada duak org syuxx…tedah eh..alfatihah syuxx…

    ANYSZ~ ko jaga siap2 anysz!!!
    aku mahu pelangkong lu punya kepala…

    [Reply]

  30. MyAvatars 0.2
  31. Saya masa dah macho~ on deennasour Said,

    [...] sambungan kepada entri SAYA MASA KECIK-KECIK DULU [KLIK SINI] dan entri SAYA MASA BARU BERSUNAT [KLIK SINI] . Maka, sapa-sapa yang belum membaca entri tersebut..silalah baca dulu yerp, barulah menyambung [...]

  32. MyAvatars 0.2
  33. Iwan KontroverSi Said,

    kahkahkah..
    LAMBAT nyer ko sunat,
    hujung bulan 12???
    isk3…
    malu siott./
    agagaga

    humm.
    bnyk nyer ko aktif.
    msti best.ak aktif2 pown kena balance jugk dgn plajarn.
    ye arr.bru form4 so blom base dgn plajarn baru.
    hehehe.tusyen plak xamik..sbb lgi menTENSENkan bukan lagi menolong.
    kakakaka(bagi aku laa)

    msti bnyk skip klass kan utk berlatih segala jadah yg ko tulis kt atas tuh???
    keja skola pown bnyk xantr erk??ker semmua nyer jalan dgn lancar??
    klo aku da spai ke negeri negara.ak brhnti kelas jer tp xbrhnti skola hahaha.
    dtg skola hbskn masa kt tpt brlatih.
    kakakaka

    [Reply]

  34. MyAvatars 0.2
  35. Anysz Said,

    :haha: Iwan Kontroversi????
    Nyahahahahaha~~ nak terjongkang jongkeet aku dengo~~

    aniwae sape suruh ko lambat buat tagged tu abg deen oiii~~

    padan muka~~

    LU PIKIRLA SENDIRIK *ayat klise lagik :huhu:

    [Reply]

  36. MyAvatars 0.2
  37. deennasour Said,

    IWANKOT~ haha..lambat yer…yg penting aku dah bersunat skang..jgn byk songeh..
    haha..
    aku ni takkan nak escape kelas..
    sorry ye.
    aku ni pengawas time tu..
    mesti lah jaga nama baik..
    gua tak nak nama gua kotor lagi beb
    mcm kat sekolah lama gua..
    haha

    ANYSZ~ ko ni asyik2 nak gelak ni hape kes?
    aku tau le aku ni foofuuular.
    hehe..
    tu pasal ada tagged kene kat aku ni.
    lagu apa gua pasang nanti..
    lu pikir lah sendiri~

    [Reply]

  38. MyAvatars 0.2
  39. Iwan KontroverSi Said,

    maaf ye deen.
    iwan kot dlm blog niyh da mati watak nyer.
    inanillah..
    isk3.
    hahaha
    iwan baru yg d lahirkn iaitu iwan kontroversi
    nyiah2…
    hahaha

    abang anysz..
    ape yg terjongkang-jongket nyer??
    n ape yg ko dengo??
    bila pulak ak cakap??
    aj jz kletak-kletuk kyboard jer kot.
    patot nyer “terjongkang-jongket ak BACA’
    lalalalala
    :happy:

    [Reply]

  40. MyAvatars 0.2
  41. deennasour Said,

    ko ckp apa daaa??

    [Reply]

  42. MyAvatars 0.2
  43. Anysz Said,

    :haha::haha::haha::haha:

    ape2 ajela Iwan..

    bahasa ko tuh aku tak paham..

    kalo nak betulkan grammar aku

    sorry,aku nyer style la cakap ala2 diva kan?

    Aniwae aku nye suke la nak gelak2 kat page mu~~

    :question:tak boleh ka?

    [Reply]

  44. MyAvatars 0.2
  45. deennasour Said,

    hahhaaha…
    iwan kontroversi..
    anysz divas…

    lu orang pikir lah sendiri..
    aku malas nak campooo..

    [Reply]

  46. MyAvatars 0.2
  47. Saya Sudah Tumbuh Misai !!! on deennasour Said,

    [...] adalah sambungan daripada entri Saya masa kecik-kecik dulu [klik sini] , Saya masa baru bersunat [klik sini] dan Saya masa sudah macho [klik sini]. Dan kalau korang belum baca ketiga-tiga entri tu, baik baca [...]

  48. MyAvatars 0.2
  49. loque Said,

    hahaha….
    geli ati aku..
    kuang3..
    relax r..
    juz kidding la bro..

    [Reply]

  50. MyAvatars 0.2
  51. Iwan KontroverSi Said,

    korg niyh..
    bila ak kata bingai kang nti kena halau lagiyh.
    haishh.
    xper la.
    ak sabo jer ckp dgn org xgheti bhsa niyh.
    huhuhu

    [Reply]

  52. MyAvatars 0.2
  53. deennasour Said,

    LOQUE~ wakakaa….ngeh ngeh ngeh…aku ok jerk…

    IWANKONTROVERSI~ katalah kitorang bingai…katalah…tak kesah pon..haha
    nama gua tetap bersih..nama lu yg kotor…ngeh ngeh ngeh:good:

    [Reply]

  54. MyAvatars 0.2
  55. Iwan KontroverSi Said,

    asal lak nmer ak yg kotor??
    org bukn tau nmer ak pown
    hahaha
    bukan pown korg tau nmer ak yg sbenor.
    nyeh2…
    kwang3.

    :hoho:

    [Reply]

  56. MyAvatars 0.2
  57. Saya Ada Janggut 2-3 helai on deennasour Said,

    [...] ini adalah sambungan kepada entri Saya Masa Kecik- Kecik, Saya Masa Baru Sunat, Saya Masa Dah Macho, dan Saya Sudah Tumbuh Misai. 4 episod terdahulu dan ini adalah episod [...]

Add A Comment

:confused: :cry: :exclaim: :grin: :lol: :mad: :question: :rolleyes: :sad: :smile: :wink: more »