/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Mar
20

Saya masa dah macho~

Posted by deennasour

Entri ini adalah sambungan kepada entri SAYA MASA KECIK-KECIK DULU [KLIK SINI] dan entri SAYA MASA BARU BERSUNAT [KLIK SINI] . Maka, sapa-sapa yang belum membaca entri tersebut..silalah baca dulu yerp, barulah menyambung pembacaan anda di entri ini….pembacaan anda akan lebih menarik ok! Trilogi ni!! hehehe

RALAT

Owh, ada salah paham pasal kes hamba bersunat semalam..apalah, hamba di darjah enam pada tahun 2000. Yang kecoh pada masa itu Y2K… Pada tahun tu umur hamba semestinya 12 tahun, dan upsr keluar kalau tak silap pada oktober. Deen bersunat pada bulan disember tahun 2000 tu….darjah enam tu wey. Pendaftaran tingkatan 1 pula pada hujung bulan disember…. deen tak baik-baik lagi..entah bentan kah apa, sebab deen masa pantang tu, sempat lagi main mende yang petak2 tikam batu and lompat-lompat guna satu kaki tu….lupa nama permainan nya….Bukan deen bersunat masa tingkatan satu daa….ada plak yang kasi gosip mesti dah tumbuh bulu…aiyak!! tepuk dada tanya selera lah….ngehe..tak pun bukak zip seluar tengok sendiri punya..imbas balik..ngeh ngeh ngeh..lawak kan? haha. Best plak entri tu.

Dilemma

Lepas spm, deen apply UPU,maktab dan SPA..deen pun tak tau kenapa deen tak apply politeknik padahal lulusan sm teknik…korang pun tau kan napa deen masuk sm teknik tu? kan kan kan kan? sebab bola lisut dan balas dendam..sapa-sapa yang masih kabur tu, bang deen tak boleh buat apa dah…lu pikir lah sendiri…ngiah ha ha

Sebaik sahaja UPU dan maktab punya result kuar, deen gagal. Dah result haprak..nak wat camna? kwn2 plak ramai masuk poli. Deen cepat2 carik kolej swasta sebab tak nak masuk form 6…memang pakat gila lah tak nak masuk orm 6..tak tau napa..sebab digemparkan form 6 amatlah siot susahnya…. Pada satu hari, deen dah pakat baik dah urus itu ini nak masuk kolej tu, urus tu hal sijillah..sekali mak bapak dan seluruh kaum kerabat Haji Madian tak kasi…aiyak!! deen masa tu..hanya Tuhan saja yang tahu betapa kecewa hati ini.

Deen tak nak..tak nak!! memang degil gila lah..memang melawan sangat-sangat….memang perlawanan bertikam lidah malam tu amatlah sengit dan disaksikan oleh peminat-peminat setia deennasour iaitu anak-anak sedara hamba..haha. Deen bermati-matian tak nak masuk form 6..dan last2..deen amik kunci motor..gua rempit satu MIRI beb…habis RXZ, yamaha 125z, suzuki jerung, yamaha tzm gua jumpa dan gua pun rempit dan ditinggal oleh motor diorang…wakaka..moto gua honda wave 100 beb..mana leh kejar moto diorang beb…

Last-last gua lepak kat sm teknik, sekolah deen la..jumpa cikgu teater deen..diorang ada latihan malam untuk teater..deen jalan-jalan dalam sekolah tu…sambil menitiskan air mata….masa tu kat otak terngiang-ngiang lagu ziana zain..”sekebun cinta nan berbunga..tegak berdiri nan berduri..” apa kes lagu tu? gua pun tak tau beb..tiba-tiba lagu tu…lu pikirlah sendiri…leleh tak leleh gua time tu…ngeh ngeh ngeh 

Tingkatan 6

Tingkatan 6 atau pra-universiti. Deen mulakan dengan konflik pergaduhan di sekolah deen di tingkatan 4 dan 5 iaitu SM Teknik Miri. Masa deen nak register form 6 di SMK Merbau Miri tempat incik SYUXX belajar sekarang, deen ada masalah iaitu surat tawaran tak sampai ke tangan deen. Disebabkan kesengalan kerani sekolah tu anta kat alamat guna alamat dalam majalah sekolah deen. Alamat deen dalam majalah sekolah pula salah! SEBAB, ada orang dengki dengan deen lah tu…… Maka dengan kobodohan kerani itu pergilah pakai alamat dalam majalah…bodoh kan? kenapa diorang tak pakai alamat yang dah di rekod oleh pentadbiran sekolah? nampak sangat ada komplot. Ingat tak ada cikgu yang kata deen kerek kat entri saya masa baru sunat? Deen rasa semuanya bersangkutan.

Oleh kerana masalah itu, deen berulang-alik dari Pejabat Pelajaran Miri yang berada di utara Miri, ke SMK Merbau Miri [tempat form 6] yang berada di selatan Miri dan berulang-alik pulak ke sekolah lama deen yang berada di tengah-tengah laluan dua destinasi tu. Dah macam mat posmen lah deen ari tu. Dah lah panas…aiyak!! Tiba di sekolah lama deen, deen mintak salinan surat tawaran deen, kerani lelaki sekolaah tu slumber marah-marah deen kata itu-ini….Apa lagi deen pun marah lah jugak. Deen balik, deen SMS pengetua deen mengadu pasal kerani yang tak reti nak bersopan tu. Pengetua tu baru lagi, pindah masa pertengahan deen tingkatan 5 dan amat-amat-amat dan amatlah garang. No.tpon dia deen dapat dari handphone cikgu teater deen yang pinjam hp deen masa tu. dia lupa nak erase. Deen savekan mana tau berguna…dan berguna juga pada hari itu.

Lepas je deen anta sms. Cikgu teater deen tpon, sebab cikgu teater deen rapat dengan deen, so kerani tu ngadu kat cikgu tu yang deen report pasal dia kat pengetua….Masa tu, deen dah terkukik-kukik gelak sorang-sorang kat umah sampai mak pun heran. Deen cerita kat mak deen, dengan selumber mak deen kata “padan muka” dekat kerani tu…hahaha… Masa tu, kalau lah umur mak deen sama umur deen, dah deen ajak buat “give me five” hahaha….

Cikgu deen siap tpon deen, masa tu menitis air mata tahan gelak, tak tahan. Kerani tu nak cakap dengan deen depan-depan, dia nak ajak jumpa, wakaka….deen pikir gak banyak kali nak jumpa, deen pun rasa nak jumpa gak, tapi ajak le member yang boleh diharapkan, sebab kerani tu umur 20 lebih. Tapi mak deen macam tau-tau je plan, terus dia larang, maka tak jadi. Moral cerita, bersikap lah kurang ajar dengan kerani yang kerek di sekolah anda. Ya!

Deen bersekolah tingkatan 6 di SMK Merbau Miri, sememangnya jauh dari rumah deen. Bapak deen anta naik motor dan kalau hujan naik kete..jimat duit minyak bapak. Tapi deen amatlah bosan kat sekolah tu, sorry syuxx. Sebabnya, geng-geng deen ramai yang masuk poli, ipt dan yang masuk tingkatan 6 pun ramai tapi semua kat sekolah lain. Hanya 3 orang je budak SM Teknik yang masuk sekolah tu. Diorang memang kenal deen, tapi gua tak kenal diorang beb, besalah, gua ni glamour, almaklum, pelajar harapan nusa dan bangsa..wakaka.

Deen pun nekad nak tukar sekolah ke sekolah deen masa tingkatan 1-3 iaitu SMK Baru Miri…masihkah korang ingat sekolah kontroversi dengan deen itu? Deen nak pindah situ sebab nama deen dah bersih kat situ, mana tidaknya, kecemerlangan deen dalam bidang kokurikulum kat Sm Teknik dulu telah membuka mata Smk Baru bahawa deen ni bukannya mangkuk hayun ataupun budak tak guna…haha, baru depa tau sapa aku..hehehehe

Mula dari Mei sampailah Julai, dekat 3 bulan deen apply pindah tidak juga berjaya. Dah 3 kali deen anta surat kat Kementerian Pelajaran negeri Sarawak, tapi tak juga berjaya. Deen putus asa lalu deen bayarlah yuran sekolah sebab deen delaykan takut dapat tukar sekolah kan? Dengan tidak semena-mena satu hari tu, penolong kanan satu nak jumpa deen dan ucap tahniah…haha deen berjaya tukar sekolah. Yuran burn camtu jerk…alahai….tapi ada lah yang deen tak perlu bayar lagi kat sekolah baru nanti.

Deen terus belah dari SMK Merbau, berpeluk, bersalam dengan member-member kat situ yang dah rapat, terus deen pecut naik moto ke sekolah SMK Baru Miri. [kebetulan hari tu naik moto] Sampai jerk, semua kawan-kawan lama deen yang kebanyakannya masuk tingkatan 6 terkejut beruk sampai deen tak kenal lagi diorang.hahaa…terkejut beruk tengok deen depan pintu. Ada yang siap jerit DEEN!!! macam nampak artis nyah..haha..besalah, deen kan fooofuular…hehehe

Tak boleh blah, kena plak berkenalkan diri. Hampes…almaklumlah, tak semua tingkatan 6 kat situ yang asal dari situ gak, ada yang asal dari sekolah lain…..Maka ada lah yang dengki kat deen….manusia ni asyik2 dengki kan? Bukan apa, masa tu lagu Once-dealova sedang hot…deen boleh lagi kata nama gelaran saya ONCE..mana tak ada student tak kenal deen kata deen ni action and kerek..haha..tapi lepas tu okaylah balik sebab tidak semena-mena deen dilantik jadi Penolong Ketua Tingkatan…blom apa-apa dah berpangkat.

Nak cerita sikit ni, masa bulan kemerdekaan tahun tu, deen masuk le pertadingan nanyian patriotik berkumpulan dengan kawan deen, Deen, Poji, Awg, Daniel, suara harmoni sungguh…haha, kalah Mendua gangstarz!! Kitorang dapat tempat ketiga…kalah kumpulan koir yag turut bertandinga..ngehe……

Deen pun masuklah jugak pertandinga sajak patriotik, seperti kat sekolah-sekolah lain gak….Last deen masuk masa kat di tingkatan 3 di sekolah yang sama. Deen dapat no.3 dan juara deen ingat lagi seorang yang bernama Simon. Dan dia adalah juara bertahan sampai dia masuk form 6. Masa deen masuk tahun 2006 di tingkatan 6 bawah ni, Simon di tingkatan 6 atas. Dia sebagai juara bertahan masuk jugak.

Deen buat sajak last minit belakang pentas sebab deen rasa sajak deen buat awal-awal tu tak ada impak. Deen cepat2 tukar dengan sajak ERTI MERDEKA (PADA PERSPEKTIF MEREKA DAN AKU). Dan deen menang wooo…Juara!! ada masa deen selitkan sajak tu sebagai entri ek. hehehe.

Sekejap saja tingkatan 6 rendah ni….sebab tak sampai setahun. Ada 2 peperiksaan dan deen dapat no.4 dan no.3 hehehe…caiyok caiyok!!

*gambar untuk tingkatan enam bawah ni tak ada…tapi untuk enam atas nanti berlambak lah jugak… kalau nak tau, macam mana deen boleh terjebak dalam Filem Negara ni tunggu ek…nak buat kat sini,,,tapi dah panjang berjela tu…kang tak larat lak baca… 

    MyAvatars 0.2
  1. Azhar Ahmad Said,

    Cepta-cept sambun g lagi… hahahhaha… ketagih plak citer deen…

    [Reply]

  2. MyAvatars 0.2
  3. Qaiyum Said,

    Wahh.. Power Ah Deen Siap Bersajak Bagai.. Hehe.. Bagus.. Marilah Mencintai Bahasa..

    [Reply]

  4. MyAvatars 0.2
  5. .BabY SheR. Said,

    kenapa perlu ko bandingkan dgn mendua?
    bukan juara nya the 5 ka??
    hahaha
    klo ko kata the lima xlyk menang n mendua suara dia best
    ak setuju la bangat.hahaha

    ak baca sepintas lalu jer.
    xlarat ak baca pnjg lebar lagi.
    klo ko smbg lagi utk 1 entri nie.
    tros tutop PC kt umah ak niyh.
    hahaha

    tp smbung la pda entri lain..
    ak tggu..

    [Reply]

  6. MyAvatars 0.2
  7. Anysz Said,

    :haha:sambil menitiskan air mata….masa tu kat otak terngiang-ngiang lagu ziana zain..”sekebun cinta nan berbunga..tegak berdiri nan berduri..” apa kes lagu tu? gua pun tak tau beb..tiba-tiba lagu tu…lu pikirlah sendiri…leleh tak leleh gua time tu…ngeh ngeh ngeh

    kelasss lagu akak jiana tu jugak kan masuk?

    Abg Deen ni sensitip kan?

    nyahahahahaah~~~:barf::barf::barf:

    [Reply]

  8. MyAvatars 0.2
  9. angriani Said,

    askum. apa kabar deen? lama tak dtg sini. kak riani sibuk sangat laa. nie time cuti baru dapat berblog walking. hehehehe…cite pasal baru bersunat tu lawaks gak…hehehehe…sekarang dah macho erk…huhuhu…so biler lagi nak belanja akak makan??? aritu tak sempat nak jupe kan…have a nice day yer deen…take care… :-P :blinkeyes:

    [Reply]

  10. MyAvatars 0.2
  11. manje Said,

    emm mmg penuh peristiwa… cpt2 sambung eh…

    :cute:

    [Reply]

  12. MyAvatars 0.2
  13. kawaii_desu Said,

    jadi bodyguard akak boley?? hehe:happy:

    [Reply]

  14. MyAvatars 0.2
  15. Anysz Said,

    :question:bolehka abg deen jadik bodyguard?

    :talk:dia kan kurus aja

    :XD:nyahahahahahaha

    *matila kena sepakss seseorang..nyehehehe

    sape? Lu Pikirla Sendirik nyahaha:haha:

    [Reply]

  16. MyAvatars 0.2
  17. cuakteam Said,

    amboi banyaknya komen-komen yang membina dan memusnah..hehehe..Teruskan bercerita..

    [Reply]

  18. MyAvatars 0.2
  19. deennasour Said,

    AZHARAHMAD~ hehe…tunggu le esok..hehe. deen akan publish kan…tunggu….begitulah rasa penantian cerita hantu bro tu.

    QAIYUM~ hehe..deen memang pencinta bahasa melayu…hidup melayu

    BABYSHER~ sebab aku minat mendua daaa…
    ko ni pemalas tol nak baca kan? tak pa tak pa..nanti aku sambung

    ANYSZ~ wey..aku ni sensitip bab2 yang betul2 mengguriskan hati tau..kalau takat tgk cerita industan tu..tak de masa aku nak nanges…sedih woo..aku tak nak masuk form 6 masa tu

    MANJE~ ngehe…sabar2 deen akan sambung.ilek2.

    ANGRIANI~ ingat akak dah tak sudi lagi jenguk blog deen ni ha…hehe…ok2..
    len kali akak datang KL, kalau deen kaya, deen sponser ah makan….ABC je..ngeh ngeh ngeh

    KAWAIIDESU~ tak boleh, sebab dah jadi bodyguard org len..ngeh ngeh

    ANYSZ~ ko nak makan sepaks aku ke?
    wakaka…jgn ko lihat diri ini pada luaran sahaja…tetapi dalaman tulang besi urat dawai tau!

    CUAKTEAK~ yang memusnahkan tu saje je..gurau tu

    [Reply]

  20. MyAvatars 0.2
  21. .BabY SheR. Said,

    alahai.
    ak mlas pown ko xlh slhkn aku.
    bnda bukan masuk periksa n menjamin SPM ak pown.
    tp sket2 tu ada arr.
    tp x100% nyiahhahahaha

    buat pertama kali nyer ak setuju abnget sama abg anysz kita.
    hahaha
    ABG DEEN SENSITIP wooo.
    jaga tuhh

    [Reply]

  22. MyAvatars 0.2
  23. deennasour Said,

    kalau dah tau aku sensitip tu…
    jgn le nak buat aku ni marah k..
    kalau buat aku sedih ok lagi..
    aku tak kacau org..
    kalau aku marah..
    ada yang makan selipar jepun kang..
    :smash:

    [Reply]

  24. MyAvatars 0.2
  25. Izzudin Said,

    samelah kite sunat darjah enamm… wawawa … (seakan baru semalam)

    [Reply]

  26. MyAvatars 0.2
  27. Anysz Said,

    :haha:nyahahahaha urat dawai konon..

    aku harap entry pasni pendek sket..

    panjang2 penatla nak bace~~

    p/s:i dah hupdate blog i,mehla singgah komen2 *tetiba muke x malu~~:well:

    [Reply]

  28. MyAvatars 0.2
  29. deennasour Said,

    IZZUDIN~ oooooooo..samalah kita..mereka mentertawakan kita wahai izz..sampai hati..wargh~

    ANYSZ~ ko mmg muka tak malu….haha..
    ko pun buat entri pjg…apa salahnya rajin2 le baca..aku baca sampai abis tau ko punya entri:blinkeyes:

    [Reply]

  30. MyAvatars 0.2
  31. loque Said,

    sambung lagie..
    aku nak bacer..
    seronok plak..
    hahaa..

    [Reply]

  32. MyAvatars 0.2
  33. .BabY SheR. Said,

    dah semua bnda kteorg ckp ko nk mara.
    nk buat cmner lagiyh dongg???
    agagaga

    [Reply]

  34. MyAvatars 0.2
  35. starwalker Said,

    hahaha syok mase bukak seluar tu kekke

    [Reply]

  36. MyAvatars 0.2
  37. deennasour Said,

    LOQUE~ hehe..kan dah sambung tu..saya dah tumbuh misai….hahaha

    BABYSHER~ tak lah aku nak marah semua..saje jerk..ikut mood

    STARWALKER~ hehe…bila masa plak ada bukak sluar ni?

    [Reply]

  38. MyAvatars 0.2
  39. .BabY SheR. Said,

    cehh
    klo semua nk ikowt mood ngko.
    humm.
    hancus ler duniua
    wakakaka

    [Reply]

Add A Comment

:confused: :cry: :exclaim: :grin: :lol: :mad: :question: :rolleyes: :sad: :smile: :wink: more »