/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Mar
21

Saya Sudah Tumbuh Misai !!!

Posted by deennasour

Entri ini adalah sambungan daripada entri Saya masa kecik-kecik dulu [klik sini] , Saya masa baru bersunat [klik sini] dan Saya masa sudah macho [klik sini]. Dan kalau korang belum baca ketiga-tiga entri tu, baik baca dulu yang tu, barulah sambung baca yang ini…. Marilah melatihkan diri menjadi ulat entri iaitu peribahasa baru yang bersamaan maksudnya dengan ulat buku. almaklum, dunia dah moden.

Owh, hamba terlupa, sebelum menamatkan zaman bujang zaman tingkatan 6 bawah, akhir bulan november deen telah mendapat surat panggilan ujian bertulis daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam [SPA] untuk memenuhi jawaran Penerbit Rancangan. Deen gembira lah juga. Tapi tak lah gembira sampai lompat2 ala monyet dapat bunga. Deen rasa best la…jawantan bunyi macam glamour je..macam ala2 divakan..sapa tak happy dey. Deen baca baik2 surat tu, dan mak deen pun suruh pergi. Alah saja2 pergi, tak ada buat apa…Deen memang tak buat persediaan langsung.

Ujian tu deen ingat lagi ada 3 bahagian. Bahagian A adalah mewarna   objektif dan soalan pengetahuan am. Deen jawab pejam mata sebab ngantuk..haha. Bahagian B adalah translate petikan Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Fuh, agak senang, tapi memang tak boleh blah apabila deen lupa macammana nak eja kasut tumit tinggi dalam english, deen eja high hill…..wakaka… tapi tu je yang deen salah eja. Sebab tengah blur time tu..boleh lupa plak eja kasut tumit tinggi dlm english. wakaka. Keputusan ujian akan diperolehi bulan februari 2007.

Tingkatan 6 atas

Mulanya tingkatan 6 atas tanpa sebarang masalah melainkan kawan-kawan yang mengundang masalah dengan melantik deen menjadi Ketua Tingkatan…siap la korang. haha.. Permulaan yang baik buat kelas kitorang apabila tiap2 bulan dapat top 5 kelas terbersih dan ceria daripada berpuluh2 buah kelas…ehem. bangga siot. Kelas gua tu…gua ketua beb. Jalan pergi kantin beli makanan pun kembang idung..haha

Mulanya 2007, deen menginsafi diri, dengan mengejoinkan diri dalam kumpulan nashid sekolah. Ada pertadingan sempena maal hijrah. Kitorang dengan slumber nya berlatih dan buat lagu sendiri. Ilham lagu nashid kumpulan kitorang hasil kecerdikan dan kekreatifan gua dan 2 orang kwn gua. Tengah layan makan kat kantin. Tiba2 kwn gua ketuk meja. Gua pun mulalah menyanyi dengan lirik yang entah apa2, jadilah sebuah lagu nashid kontempori hasil kelaparan tiga orang budak yang tengah lapar kat kantin. Hot lagu tu.

Kitorang pertadingan jauuuuuuuhhh nun di pedalaman Miri, gua tak pernah sampai pun pedalaman Miri…gua tak nak owh menyeberang sungai..pantang gua. Gua pantang betul kalau naik perahu, feri, sampan, kapal pergi menyeberang sungai, laut atau tasik. Owh tidak…gua rasa nak demam apabila dapat tau pertandingan nun jauh di sana. Nak tarik diri gua solo. Tak sempat tarik diri. Perjalanan menyeberangi sungai dah makan masa dalam 2 jam. Dah la sungai ada buaya. Kalau karam matilah hamba. Walaupun berenang ala-ala alex yoong Daniel Bego, tapi kalau sungai ada buaya, tak selamat oi…tu ja deen pk. Sepanjang perjalanan, deen duduk je kat kerusi sedangkan kawan2 deen berada di dek kapal untuk menikmati suasana. GUA? tgh berlawan dengan perasaan takut gua….seram.

Tido di hotel. Selamat sampai dan selamat juga pergi. Tapi kitorang dapat no.4 berbanding 17 buah kumpulan nashid. Ramai tu kumpulan yang masuk…dari 17 kitorang dapat no.4….kira oklah tu kan? kalau nak dengar kitorang nyanyi ada deen upload kat www.imeem.com….. sapa2 yang jumpa akaun imeem deen tu, dapat le dengar suaraku yang lunak merdu.

Bulan februari tiba, surat dari SPA datang lagi. LULUS. Deen lulus ujian bertulis tu. Dan perlu pula melepasi ujian vokal atau suara. APA? Gua ni nak jadi penerbit ke penyanyi? Ujian itu menghendaki deen jadi pembaca berita dalam English dan juga yang kedua pilih untuk menjadi wartawan lintas langsung, pengulas sukan atau wartawan lokasi. Deen pilih wartawan lokasi ala2 karam singh walia. Tapi deen tak le tiru cara dia buat sign off. Takkan deen pun nak pakai peribahasa. Deen adalah peserta terakhir antara 6 peserta yang layak. Masa ujian bertulis ada dalam 20 orang. Tinggal 6 orang. 3 orang degree holder, 3 orang plak SPM holder…..wakaka. Harapan tipis je.

Tapi lepas je deen di uji. Tak semena2 orang yang bagi markah tu mintak no.hp deen. Aik? hehe…deen bagi je lah…mana tau dia nak jadikan deen seorang DJ ke…memandangkan suara deen yang sedap ala2 DJ Dave. wakaka. Dia bagi tau, keputusan akan diketahui dalam bulan Mac kalau tak silap.

Deen pun bersekolah seperti biasa. Oleh kerana suara gua ni sedap sangat, tiba2 cikgu dari Kelate ni ajak deen masuk kumpulan dikir barat. Kalau jadi awak2 tu deen boleh terima lagi, ni dia suruh deen jadi Tukang Karut….ternganga mulut deen bila dia offer tu. Pengalaman pun tak dak beb, tiba2 jadi tukang karut..apa ke? Lu pikir lah sendiri betapa sedap suara gua. Hhehehehehe….

Deen terima sebab kawan2 deen pun join, tapi suara diorang tak sedap, maka jadi tukang main instrument jek. Hehehe. Kitorang dijemput untuk membuat persembahan sempena penutupan kem kepimpinan peringkat negeri Sarawak. Maka baut pertama kali deen jadi Tukang Karut yang mengarut atas pentas, siap menari lagi….kalau menyanyi bahasa Melayu tak pa…ni kecek kelate deh…lama mak deen pikir, bila masa anak dia blaja kecek kelate ni..huhu….abes persembahan, siap kena puji..huhu, kembang lagi hidung gua. Muka tak hensem terus bertukar jadi hensem. ngeh ngeh ngeh.

Bulan Mac, surat SPA datang lagi. LULUS. Aiya….orang datang ujian main2 pun bleh lulus lagi. Panggilan untuk ke temuduga. Pertama kali gua ada temuduga tahap gaban pentingnya. Sekali lagi deen bertarung dengan 3 orang degree holder yang ternyatalah otak banyak idea nak jawab soklan tukang interview. Peh..gua cuak beb. Deen memang takut gila masa tu. Jantung berdegup amatlah kencang sampai deen kuar balik dari bangunan tu nak hirup udara segar..byk kali lah deen kuar. Sakit jantung. Terasa bagai nak jatuh je. Baru pernah deen rasa debaran yang amat sangat.

Tukang interview 2 orang. Dua2 aweks dipenghujung usia. Deen pun dgn slumber duduk berpura2 relaks dgn sijil2 yg penuh satu fail tebal. Ternyata sijil pelakon terbaik deen masa kat sm teknik dulu dan sijil pidato deen menjadi penarik. Dari situ lah banyak dia tanya deen. Antara soalan yang kuar, 1 + 1 berapa? kenapa awak minat jawatan ini? sedangkan anak muda zaman sekarang lebih suka jadi penyanyi? Deen tak inngat deen jwb apa…panjang lebar lah deen jawab.

Dan tidak semena2 diorang berdua tu suruh deen jadi DJ dan pemberita dalam bilik interview tu…adoi. Malu lah. Tapi nak tak nak deen terpaksa buat. Hehe, terkezut orang tu dengar suara deen yang besar tu…ngeh ngeh ngeh. Suara besar, badan kecik. Apa kes? Last2 soalan dia, kalau saya anta awak pergi pahang awak nak? deen jawab, saya tak kesah, mana2 pun boleh. Hahaha… dan deen pun keluar, orang tu siap mintak lagi salinan sijil deen yang pelakon terbaik dan pidato tu. kluar2 hujan..adoi…redah je lah naik moto tu..malas nak tunggu.

Sekolah terus berjalan macam biasa. Tidak semena2 cikgu Muet suruh buat satu fail nak simpan latihan yang dibagi. So deen pun buat baik ja. Beli kertas pembalut hadiah, nak balut kasi chanteq. Tiba2 plak kat kedai tu tak ada pembalut yang gentleman sikit. Yang ada pembalut budak2..kartun la..beli jelah pembalut kartun lebah. Ingat! pembalut kartun lebah. Deen bawak pergi sekolah. Dengan slumber dan seperti ketiadaan insurans mulut, sorang budak pompuan tingkatan 4A dengan slumber kodok meninggikan suara sambil berkata ” EH, FAIL MICKEY MOUSE LAH” ….

Deen pun tengok lah sapa yang buta tu. Padahal kartun lebah. Tapi memang ada iras mickey mouse. Deen tengok muka pompuan tu, dan pompuan dengan geng dia dalam 4 orang gelak sakan. Cis, tak takut ke dengan taraf gua yang senior ni? kureng ajar betul….tak pe tak pe…ada ubi ada batas…lepas rehat kena lah kau!! wakaka

Deen ceritakan kat kawan deen pasal pompuan yang gelak sakan dengan deen tadi. Lalu ALI SETAN pun muncul kat sekolah kitorang. Deen dan kawan deen bernama Awang Syazwan bin Awang Hassan [hambik kau nama penuh] buat plan baik punya…Time rehat, pompuan tu didapati pergi ke kantin. Deen pun pergi ke kelas diorang kasi pesan kat kwn dia dengan berkata ” dek, nanti, cakap dengan Minah [bukan nama sebenar] cikgu Fazley nak jumpa lepas rehat kat kelas 6 Atas Sastera 2 [kelas deen] “.

Modus Operandi

  • cikgu Fazli ialah cikgu yang sporting di antara cikgu2 di SMK Baru Miri merangkap cikgu kelas kitorang.
  • Kalau ada budak kelas lain datang nak buat pengumuman atau nak jumpa sapa2, dia akan suruh budak tu masuk dan berdiri tengah2 kelas dan kasi perkenalkan diri……sengal tak cikgu ni? best2…
  • Maka deen suruh Minah yang gelak kat deen tadi jumpa cikgu tu sebab nak perdajalkan Minah yang mulut tak ada insuran tu..haha…..

” Tok!! Tok!! Tok!!” Minah tu datang kelas kitorang on time beb….gua dengan kawan gua dah nak tergelak, pipi dah kembang tahan suara gelak nak kuar…kwn gua yang dah tau plan dah terketar2 badan tahan gelak beb….ada yang kasi tutup muka pakai buku, ada yang sorok muka pandang lantai….

” Ya carik sapa? ” cikgu Fazli pun tanya sebab dia tak tau apa2…hehehe..

” Tadi ada budak kata cikgu nak jumpa saya..” kata minat tu lagi….agak merah dah muka. deen dah memang nak pecah perut…kwn2 deen yang tau lagi lah…ada yang siap mintak izin pergi toilet lagi..kompom gelak sakan ala2 pontianak kat toilet…haha.. [masa tulis ni pon, deen tengah gelak sorang2..lawak lah]

” Eh ye ke? Tak pa..mari lah masuk dulu…masuk dulu” kata cikgu Fazley….betul tekaan deen…kompom cikgu tu suruh masuk…..time tu deen dak ambik buku teks kasi sorok muka….sebab Minah tu dah jeling deen semacam..hehehe..deen dok depan sekali..

” Sapa suruh awak jumpa saya?” tanya cikgu Fazley sambil senyum2….dia pun nak tergelak..padahal dia tak panggil pun budak tu….

” Erm, tadi ada Jenot [bukan nama sebenar] kata cikgu nak jumpa saya lepas rehat kat kelas ni….” teranng minah tu lagi.

” Mana Jenot tau saya nak jumpa awak……..?” tanya cikgu Fazley lagi….serius plak muka dia kali ni.

” Jenot kata, ada dua orang brother macho  pelajar lelaki tingakatan enam bagitau dia, ” masa tu Minah yang tak ada insuran mulut tu dah pandang deen……

ooooooo owh….kamoo ketahuan…laseran lagi..

” Dua orang laki? Kamoo panggil Jenot datang ke sini….saya nak tanya dia sendiri…” arah cikgu Fazley…alamak!! deen tak sangka plak plan deen sampai panjang sangat….ingatkan cikgu Fazley nak kata tak ada dia panggil minah tu dan balik le kelas..rupa-rupanya temberang nak pecah…..

“Tok!! Tok!! Tok!!” pintu kelas diketuk….. Minah and Jenot kat depan pintu. Jenot dah pandang muka deen dengan kawan deen..wooooo owh…..

ALAMAK……MATILAH DEEN OIIIII PECAH TEMBERANG….nak tau apa jadi? Tunggu episod seterusnya ek? apa akan jadi kat deen apabila Jenot mula membuka mulutnya….adakah deen akan terselamat daripada terkantoi??

nak sambung kat sini dah panjang sangat lah…hehe…kang ada yang letih nak baca

ni ha deen jumpa kat fster kwn deen, cikgu kat tgh2 tu yang tengking deen masa bola lisut dulu…

ujung sekali belah kiri tu lah cikgu Fazley, yang maha sporting tu…tgk, siap blanja pelajar makan…..[hari sukan sekolah]

deen kat tgh tu, baju warna kuning yang tak ada line merah

deen ujung atas belah kiri….haha..tukang karut tu.

    MyAvatars 0.2
  1. baboon jadian Said,

    :no:…salam,erm,cerita kedak stail x-file,tergantung tiba-tiba,esp.time tengah suspen baca…membuat org menanti and geram hati…hehehehe.tapi,lawak-lawak jak bunyi skrip ko pakei.best.kalau aku susun ayat mcm nie…erm,not sure lak.jadi ker tidak ayat tu nanti…..
    :happy:

    [Reply]

  2. MyAvatars 0.2
  3. baboon jadian Said,

    :ask:…oh lupak la sigek,bukan tukang karut dlm dikir barat,baju nya mesti special dikit dari ahli lain ka?

    [Reply]

  4. MyAvatars 0.2
  5. Azhar Ahmad Said,

    Hahhahaha, saya juga suka pedajal oang. Tapi paling best, muka kita baik. Orang tak suspek. Apa yang saya buat? Letak minyak cap kapak kat kerusi… Hahhahahah

    [Reply]

  6. MyAvatars 0.2
  7. shadowflux Said,

    baju dikir barat korang hampir sama ngan baju dikir barat kolej aku. huhuuh…

    panjangnyer entri ko… :XD:

    [Reply]

  8. MyAvatars 0.2
  9. Mercury Said,

    :good:

    deen y not ur blog in english???wakakakak

    :well:

    [Reply]

  10. MyAvatars 0.2
  11. baboon jadian Said,

    :ask:…salam
    aper agaknya istilah “dikir barat” dalam english?…hehehehe

    [Reply]

  12. MyAvatars 0.2
  13. deennasour Said,

    BABOONJADIAN~ hehe…tunggu sambungannya….

    AZHARAHMAD~ takpe bro…dlm siri satu lagi,,deen ada lagi perdajal org…kali ni classmate..ngiah ha ah

    SHADOWFLUX~ maybe sama tmpt buat kot..hehe..tak pun cikgu yang ajar tu dulu sekolah sama

    MERCURY~ oops…sorry mercury..i’ve forgot my promise…hehe…maybe i try to write in english only for one day….maybe in wednesday…wednesday will be englishday for my blog…hehe..

    BABOON~ dikir barat..in english is..west dzikir….

    [Reply]

  14. MyAvatars 0.2
  15. loque Said,

    emsem la deen…
    hahha..
    kelakar ade gak!
    muaahahah.

    [Reply]

  16. MyAvatars 0.2
  17. Anysz Said,

    :haha::haha:

    citer tergantung
    x best
    cepat2 update

    [Reply]

  18. MyAvatars 0.2
  19. baboon jadian Said,

    :haha:salam…
    west dzikir?huahuahua

    [Reply]

  20. MyAvatars 0.2
  21. ahib0205 Said,

    hahahahaa… hahahha.. dan hahaha…

    memang jujur tegerlak berapa kali sblm nk abi baca entry deen ni. sbb lawak la yg buat gelak :P

    eh deen.. suara deen ala2 DJ ek? sy dulu ada sikit minat nk jadi DJ beb. Tp la ni sogan la pulak. Ha pasal nasyid tu sy penah masuk gak :) leh kita p layan karaokey nanti ye deen… hehehee…

    [Reply]

  22. MyAvatars 0.2
  23. shadowflux Said,

    baboon jadian - dikir barat dlm english is eastern dikir kot… huhuuh.. :spect:

    [Reply]

  24. MyAvatars 0.2
  25. .BabY SheR. Said,

    wahh!!
    rezqi ko merata-rta erk??
    untung ko.
    nseb kami yg berda d f4 niyh pown ntah ke mana.
    huhuhu..

    JAHAT nyer la abg deen kita mse pengawases dulu.
    kakakka.siap pedajal org lagi.klo ak dgn senior pown men kutok lagi.
    hahahaha
    dorg sporting jerk.
    nk bwk brg larangan??
    bwk ajer lah.
    aslkn bnda tuh elektronik la.
    klo rorkok segala mcm yg len thu JGN MIMPI lerw.
    kah.kah.kah.

    eyh2??
    yg tyme ko skola kt KL tuh biler plak??
    da leps ker bl0m lagiyh???

    [Reply]

  26. MyAvatars 0.2
  27. cuakteam Said,

    sempoi la deen..kalau saya,menangis kot budak tu saya kerjakan..Apakan daya sekolahku hanya ada lelaki..

    [Reply]

  28. MyAvatars 0.2
  29. Anysz Said,

    :well:ader sesetengah part tapaham la

    [Reply]

  30. MyAvatars 0.2
  31. starwalker Said,

    haha, aku dulu pun ber rias ria nak tumbuh misai. skang da lebat nyampah lak… susah tul

    [Reply]

  32. MyAvatars 0.2
  33. ka0ru_ Said,

    perhatian!!!!
    deen swoh gtaw suma owg yg dia xleh reply lg k0men korg suma n p0st entri baru sbb dia td0 umah kwn dia..xda tenet..harap maklum ya~:fyi:

    [Reply]

  34. MyAvatars 0.2
  35. aiNuL Said,

    penah gak pegi intebiu SPA,utk spara perubatan..ms kne kaler2 soklan obkjektif tuh kacang je kan..hehe..ms nak kne intebiu tu yg dup dap jerk..

    btw,cter psl korg pedajalkan gurl tuh besh siot..ntah hape2 je kan..hehe..sambung la cepat..

    [Reply]

  36. MyAvatars 0.2
  37. deennasour Said,

    LOQUE~ hensem? bila masa plak aku hensem….tak ada cop sirim kata aku hensem

    ANYSZ~ haiys…haha..tunggu ek..nanti ada le sambung

    BABOONJADIAN~ yes2…west dzikir..muah ha ha

    AHIB0205~ hehe..lawak ke? boleh le join raja lawak astro ni… deen suka karaoke…kaki karaoke ni….dlm bilik karaoke siap nyanyi lagu nashid gak..besa ah universal..haha
    nanti le turun kl kita pg redbox karaoke.

    SHADOWFLUX~ mana ada east..barat tu..haha

    BABYSHER~ form 6 gua tak jadi pengawas looo…ni mesti tak baca betul2 ni…org dah kata jadi ketua kelas jerk….hoho

    CUAKTEAM~ deen lemah nak tgk pompuan nangis ni…..haha

    ANYSZ~ apa ko tak paham?

    STARWALKER~ deen tak kasi lebat..haaha.kasi cukup nampak bayang jerk

    KA0RU~ thankk ya adinda ku yang manis rupawan..hehe

    AINUL~ hehe..nasib baik deen lepas semua….muah ha ha

    [Reply]

  38. MyAvatars 0.2
  39. .BabY SheR. Said,

    eyh2??
    yg tyme ko skola kt KL tuh biler plak??
    da leps ker bl0m lagiyh???

    yg niyh ko xjwb plak.
    adusss.

    [Reply]

  40. MyAvatars 0.2
  41. deennasour Said,

    oops~
    sorry…
    kan tu blom lagi aku sampai kl..
    tunggu lah…
    aiyaa…tak sabar2 tol le..
    ilek2..
    nanti bila gua dah sampai kl..
    baru la pasal sekolah gua tu…
    ngeh ngeh ngeh

    [Reply]

  42. MyAvatars 0.2
  43. Anysz Said,

    :haha::haha::haha::haha::haha::haha:

    *sesaje dok buat SPAM kat komen org..hikhik

    [Reply]

  44. MyAvatars 0.2
  45. deennasour Said,

    :curse::curse::curse::curse:
    daripada ko buat komen spam ni..
    lebih baik ko main klik2 aku punya iklan advertlet kat atas tu ha…klik2 je 100 kali aku tak kesah.
    kang duit masuk aku bagi le ko 10 % ke…
    haha:tung:

    [Reply]

  46. MyAvatars 0.2
  47. Anysz Said,

    :happy::happy:watpe nak kaye kan ko..

    baek aku gie sedekah

    untungnye aku gak *kelas ayat :haha::haha:

    [Reply]

  48. MyAvatars 0.2
  49. .BabY SheR. Said,

    ye ye ak sabor ler niyhh.
    hahaha

    [Reply]

  50. MyAvatars 0.2
  51. loque Said,

    hahahaha…
    aku rase entry yg lepas2 ko ade cakap yg ko tu ensem..
    kalo x silap aku la…

    deennasour~ realitinya aku tak hensem pon

    [Reply]

  52. MyAvatars 0.2
  53. emet Said,

    Salam Din.

    :) Aku cuma nak cakap muke ko ni mcm muka kawan aku masa form six dulu… :happy:

    deennasour~ muka aku mcm kwn ko? mana ada…muka kwn ko tu yg mcm muka aku..hehe..ramai yang sama muka dengan deen dalam gambar..tapi kalau depan2..tak le

    [Reply]

Add A Comment

:confused: :cry: :exclaim: :grin: :lol: :mad: :question: :rolleyes: :sad: :smile: :wink: more »