23
Saya Ada Janggut 2-3 helai
Posted by deennasourEntri ini adalah sambungan kepada entri Saya Masa Kecik- Kecik, Saya Masa Baru Sunat, Saya Masa Dah Macho, dan Saya Sudah Tumbuh Misai. 4 episod terdahulu dan ini adalah episod ke-5…..Maaf seandainya terlambat satu hari. Kebiasaannya akan bersambung dalam masa sehari. Deen sibuk semalam. Dan saat dinantikan telah tiba…jom layan sambungan Saya Sudah Tumbuh Misai……..
*******************************************************
“Tok!! Tok!! Tok!!” pintu kelas diketuk….. Minah and Jenot kat depan pintu. Jenot dah pandang muka deen dengan kawan deen..wooooo owh…..
“Jenot, siapa lelaki yang suruh Minah ni jumpa saya?” tanya cikgu Fazley serius.
Jenot diam. Memandang muka Minah yang tengah kemerahan. Malu atau marah. Deen tak dapat nak agak sebab tengah tahan ketawa bercampur dengan takut kantoi…hehehe. Jenot pandang pula muka deen yang tengah kembang kempis idung..Memang nak tergelak sakan. Kawan deen Awang Syazwan Bin Awang Hassan sempat lagi menutup muka dengan buku teks…Haha…tau takut..sapa suruh berpakat dengan deennasour..ngehe
“Erm…tu cikgu. Dua orang lelaki tu. Sorang pakai tie, sorang pakai songkok,” sambil menunjukkan jarinya ke arah deen dan Awang Syazwan yang bersongkon..Muka alim..tapi nak gak perdajal orang..hehehe..tanduk ke songkok atas kepala tu..hehe
“Owh, kenapa kamu buat camni Deen?” tanya cikgu Fazley…serius yang amat. Tapi di hujung mulutnya jelas sedikit senyuman..hehe.
Deen tak tau nak ckp apa..hanya menggeling-geling…[deen dah lupa apa yang deen jawab..tak ingatlah..] Cikgu Fazley mengarahkan kedua-dua pelajar Minah dan Jenot masuk ke kelas semula. Sambil deen dan awang tengah merah padam muka..hehe. Walaupun kulit muka itam, tapi jelas merah. Tampak seperti arang bercampur bara. Haha
“Apa yang kamu buat ni Deen?” tanya cikgu Fazley…Senyum. Tak ada nada marah tetapi tetap tegas. Hehehe,,memang deen dah tergelak…
Dalam pecah perut dek gelak tawa…deen cuba untuk menjelaskan keadaan yang sebenar tetapi satu persatu perkataan yang keluar di selangi dengan ketawa…dah tak tahan oii cikgu…gua dah tak tahan..
“Muah ha ha….cikgu,…hahaha…tadi pomouan tu..hahahaha…keh keh keh…dia gelakkan …..hahahaha..fail saya….hehehe..kuk kik kuk kik…dia kata fail saya macam mickey mouse..wakaka..keh keh keh..” jawab deen dengan teramat-amat amat amat lah seksanya kerana perut tengah tegang dek gelak tawa yang ditahan tadi. Sakit rasanya. Kejang.
Akhirnya satu kelas ketawa berdekah-dekah..Padan muka pompuan tu. Percuma satu kelas ketawa dan mengecam mukanya kali iini….haha.Siap la ko kat kantin kena sindir…ngeh ngeh ngeh…Cikgu Fazley turut tergelak..Fuh nasib baik sporting..kalau tak mengadap PK Hem la gua beb…Tak pasal2 kena tarik pangkat ketua kelas..ngehehe..
Perang belum tamat. Penyeksaan harus diteruskan. Deen telah menubuhkan unit meriam pedas ala-ala cili boh campur cili padi dan sos cili Maggi. Termasuklah menambahkan lada hitam. Deen telah menyuruh sepasukan unit meriam yang terkenal dengan mulut becok dan kata-kata yang pedas dan tajam untuk menyindir Minah di kantin nanti. Ya. Unit Penyindir paling gempak dan glamour di sekolah…haha..Padan muka kau. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Penghujung bulan April 2007. Surat SPA kembali lagi. Bersaksikan setem dan sampul surat, deen lulus temuduga dan diberi tempoh untuk memberi jawapan sama ada menerima jawatan Penerbit Rancangan itu atau tidak. Masa tinggal 3 hari. Surat lambat sampai woo..gua tak sempat nak fikir…gua nak sekolah. Terlalu awal untuk bekerja sedangkan pelajaran deen berada pada tahap yang begitu baik. Deen tidak mahu kerja menggagalkan harapan deen untuk melangkah ke Universiti. Tidak!!!!! Gua tak mau kerja dulu!!! Itu lah pendirian deen.
Keluarga mengizinkan malah mendesak 100% untuk bekerja. Alasan cukup mudah, takut kalau-kalau keluar universiti sukar pula untuk mendapatkan pekerjaaan. Contoh terdekat kakak deen yang baru habis diploma pada tahun itu. Aduhai kakak ku..apsal la ko tak dapat kerja…gua plak yang merana. Cis. Harus kita bertikam. ngehe.. Deen memang tak mahu. Tidak sama-sekali. Sekali lagi perlawanan yang sengit berlaku seakan-akan tahun 2006 di mana deen tak nak masuk tingkatan 6. Berlaku lagi perlawanan yang sengit di rumah bernombor 82 di Miri Sarawak. Sengit.
Kedua-dua pihak bertikam lidah. Deen dengan alasan keputusan di sekolah cemerlang. Deen berada dalam senarai target pelajar cemerlang. Diakui dan dicop sirim oleh guru-guru subjek. Dan mak deen pula mengemukakan manifesto wawasan dan masa depan. Takut tak dapat kerja. Sudah pasti menjadi pilihan para pengundi iaitu kakak seramai 6 orang yang dikaburi oleh manifesto wawasan mak tu..argh..
Deen dah tensi!!Tensi menggila. Sekali lagi gua nak merempit satu Miri. Malam ini gua nak lari dari rumah lagi. Sebak. Marah. Kecewa. Tapi…mana kunci motor…wawawa…sapa yang sorok..adoi. Potong stim betullah..ni yang gua malas nak pikir-pikir sendiri ni..mana kunci motor ni. Menurut sumber, kunci dah kena sorok daa…Hehehe. Tak apa..pling pling. Gua ada kunci spare..hehehe. Lalu dalam pekat malam, dingin, gua merempit. Ke mana lagi. Ke sekolah lama gua Sm Teknik Miri mengadu domba sekali lagi dengan cikgu kelab teater gua. Hanya dia yang mengerti hati ini. Tetapi dia menyokong pula manifesto wawasan mak hamba.
Owh tidak!! Mengapa harus semua memenangkan manifesto emakku? kenapa?
“Ku miniti awan yang kelabu, Ku tempuhi lorong yang berliku, mencari sinar yang menerangi, kegelapanku”…..tiba-tiba lagu Pelangi Petang dendangan Sudirman meruntun jiwa.
Sekali lagi air mata jantan dan macho hamba mengalir. Mengalir. Hamba tidak rela.owh. Dalam keterpaksaan. Esoknya deen tandatangan juga surat-surat dan borang-borang penerimaan. Owh berat sungguh hati ini.
“
Hati ini, hancur dan luluh keranamu, hati ini, hancur dan luluh keranamu, tergamak kau bermain dan terus memilih dia, semenjak hariku dihiris gelita”……….agak2 camtu lah lirik lagu Ella. Tak tahu tajuk lagu..hehe. Menyerang lagi lagu-lagu sedih di hati ini. Owh..hibanya
Disekolah. Deen memang dah tak semangat. Deennasour seorang yang tidak pernah menongkat dagu di atas meja, melentokkan kepala di atas meja, sudah mula berbuat demikian. Berat rasanya kepala ini. Seolah-olah sleperti ada lori jengkaut yang parking atas kepala hamba yang kecik ini. Ui, kalau betul2 lah jengkaut atas kepala..boleh hancusss…grrrr. Cikgu-cikgu mula perasan di atas kepelikkan perangai deen. Berbagai-bagai tekaan dan gosip yang dilemparkan. Antaranya, mungkin gua diliwat lalu kemurungan, mungkin hamba datang bulan dan mendapat kezutan. Mungkin ada pompuan syok kat hamba dan melemparkan flying kiss lalu hamba gundah. Semuanya mungki difikiran cikgu2 dan rakan2…
Hanya Awang Syazwan dan Fauzi yang tahu. Gua manyak sedih owh…Tiba-tiba cikgu Pengajian Am hamba menegur.
“Kenapa saya tengok awak macam tak ada semangat saja deen? Macam orang mati bini” tanya cikgu Rosmarina.
Deen kemudian merasakan seksanya jiwa ini meluahkan. Deen ceritakan apa yang berlaku. Ya Ya. Terus bercerita. Kelas sepatutnya pengajian am sudah bertukar menjadi kaunseling dan tekanan perasaan. Seluruh kelas yang sebelum ini tidak pernah kenal erti diam dan sunyi kian sunyi. Hanya suara deen yang bergema memenuhi ruang kelas. Semua rakan tergamam. Seakan-akan tidak percaya deen akan berhenti kelas. Keadaaan waktu itu seperti Mawi yang terkeluar semasa konsert prelude. Semuanya tidak percaya.
Masuk pula cikgu lain. Juga sama pertanyaaannya. Deen cerita lagi. Terus meluahkan perasaan. Dan rakan-rakan pula terus menjadi pendengar yang setia. Ada yang ternganga. Ada yang menongkat daku. Ada yang kecewa mungkin kerana tidak sempat masuk dalam senarai awek gua. Ada yang menulis, mungkin ingin dibuat sajak, atau dokumentari kisah seoorang deennasour. Dan begitulah seterusnya. Hari-hari yang mendatang amat suram. Seperti berkabung. Tiada lagi arahan untuk menyapu kelas. Tiada lag terdengar suara yang menjerit DIAM!!! sunyi. Cikgu-cikgu juga kehairanan.
Awal bulan Mei 2007. Surat panggilan bertugas datang. Membawa khabaran gembira buat keluarga tapi membawa berita duka pada deen. Ah, kenapalah aku tidak bakar saja surat pada awal2 dulu. Kalaulah hidup aku ini seperti AstroMax yang boleh direwind, di forward, di pause. Alangkah bahagia. Akan ku ubah segalanya dari awalnya.
Tiba di sekolah. Hari-hari terakhir seorang deennasour. Deen pergi ke bilik pengetua untuk memohon sijil berhenti sekolah. woooooo tak sangka…lain yang deen mintak lain yang deen dapat. Pengetua marah dan hot gila. Waktu rehat. Masa tu depan pintu pejabat am. Pelajar lalu lalang. Semua heran. Tak penah pernah tgk deen kena marah pengetua. Denga teruk sekali. Perkataan yang sering diulang-ulang oleh pengetua ialah BODOH. Bodoh kerana berhenti sekolah. Dia kesal sebab deen antara pelajar harapannya. Sorrylah Miss Ang a.k.a andartu. Ni bukan pilihan gua ok. Gua datang nak mintak sijil berenti sekolah gua. Bukan nak dengar lu cerama depan gua and pelajar lain. Lu ingat muka gua muka tembok tebal 10 inci ka?
Dan sampai hari ini deen masih ingat kata-kata penutup perbualan kami. “i guarantee, you cant success if you study and you work at the same time” agak-agak camtu lah skripnya….speaking london tu. Dan deen hanya membalas dengan “Im sorry teacher”
“Salam akhir…….salam yang teristimewa, bersamanya, kememohon keampunan melaluinya, ku beri kemaafan kepadamu..”…………..lagu Salam Terakhir pula menyinggah di lubuk hati membuatkan hati semakin sebak..owh. Apakah ini dugaan hidup sebagai seorang pelajar.
Tamat waktu persekolahan. Deen masih tak masuk kelas. Sibuk pula menguruskan perpindahan pusat peperiksaan STPM deen nanti. Cikgu Rosmarina memanggil deen lagi. Sejak di tingkatan 1 lagi cikgu ni terkenal dengan sifat ala2 harimau betina. Garang. Tapi persepsi itu kian berubah. Cikgu Rusmarina tampak penyayang. Cuba untuk menenangkan deen yang nampak celaru. Mata memang jelas kelihatan, air mata bergenang. Dia begitu berharap agar deen dapat meneruskan persekolahan. Bukan deen tak mampu untuk bersekolah, tapi ibu bapa deen memikirkan masa depan deen. Wawasan. Ya wawasan. Manifesto yang menghilangkan kerusi deen disekolah. Tewas pada pihak yang menyuarakan wawasan.
Balik ke kelas. Kata-kata cikgu Rosmarina terngiang-ngiang di telinga. Ah, deen memang tak dapat menahan air mata deen. Hati memang sebak. Bayangkan, seorang cikgu yang deen rasakan garang satu ketika dulu, hari ini telah meunujukkan kasihnya pada kita. Terlalu sayangnya untuk melepaskan kita. Sebak hati. Deen masuk ke kelas dengan air mata yang masih bergenang di kelopak mata. Sampai dimeja. Deen telengkupkan muka di meja. Jeng jeng jeng…
“Hujan yang turun..bagaikan mutiara, berkilau bersinar berkerlipan..subur menghijau bumi terbentang, dan bayu berpuput lembut….”……lagu Hujan oleh Sudirman sekali lagi merobek hati ini. Menghiris-hiris hati ini.
Air mata deen mencurah lagi. wow… Memang seluruh kelas sekali lagi terdiam. Semua terkesima. Tak tahu siapa yang bagi signal kata deen nangis. Awang Syazwan cuba bertanya kenapa. Begitu juga Pojie. Dan beberapa aweks-aweks seperti Sara. Sapa tak hairan melihat seorang pelajar yang dulunya hari-hari datang sekolah dengan senyuman dibibir menyapa rakan-rakan dengan sebaris gigi yang putih kini menangis…wow…syahdu syahdu… Sapa nak peluk deen angkat tangan? hehee…
Dalam dua hari, satu sekolah dapat tau yang deen nak pindah sekolah…minah becok mana ntah yang menyebarkan gosip.haisy. mesti pompuan ni….Dalam masa sehari deen nak meninggalkan SMK Baru Miri, datang le beberapa hadiah-hadiah cute. Dari siapa tak tau. Secret admire le..ngeh ngeh ngeh…Key chain dan kad DIY. Tak tau sapa bagi. Tapi kad DIY deen tau sapa bagi sebab disertakan gambar..ngeh ngeh ngeh..ada deen bawak sekali sampai ke KL..wah spesel ke? hehee
Dan waktu balik, deen sempat bertemu dengan cikgu sejarah 1 deen iaitu Cikgu Norlizanawati. Dia memberikan sebuah buku ramalan STPM dan paling best Novel JIBAM yang deen nak pinjam dari mula pindah ke SMK Baru iaitu 2006. Tapi dia tak bagi. Lokek le…Tapi hari terakhir tu, dia bagi deen pinjam. Dekat setahun, dia masih ingat lagi yang deen nak pinjam buku itu. Cikgu Sejarah 2, cikgu Saiful pula kecewa sebab deen tak dapat join dikir barat. Dia bagi kebenaran kat deen ambil saja buku yang deen nak atas mejanya…hehe. Spesel offer beb. Dan masa dalam kelas pula, adat istiadat memberi hadiah hasil tong-tong rakan sekelas bagi deen tali leher. Yang speselnya..warna HIJAU.yesh2
Cikgu BM, satu-satunya cikgu cina yang mengajar deen bagi coklat. Sedap. paling tak dapat dilupakan. Deen terjumpa minah yang deen perdajalkan on the way deen nak balik. Wow, muncung mulutnya…owh kalau kat Malaysia, boleh nampak owh dari China..hehehe. Panjang tu. Sebagai seorang yang gentleman, deen ikut dia sampai tempat dia tunggu bas. Deen bagi dia sikit coklat yang cikgu deen bagi..hehe. Wah. minah tu terima beb…..wakka..memang nak masuk dlm list2 awek2 gua la…haha
Hari tu jugak. Kebanyakkan budak pompuan kelas gua, keluar kelas dengan muka merah dan pakej skirt atau kain baju kurun berwarna putih dan kuning. Kenapa? Lu pikir lah sendiri. Gua sempat perdajal diorang sekor-sekor. Deen letak kapur kat bawah meja diroang. Hahaha..dalam sedih2..lu orang kena beb…hahaha bia korang ingat sikit deennasour ni..hehe~ BERSAMBUNG~
next episode~ masa di airport nak terbang ke kl. hari ahad. kebanyakkan rakan dah cakap tak dapat jumpa kat airport. yang Islam ramai ada kenduri, yang kristian pergi gereja. Tapi tiba-tiba deen dikejutkan dengan ketibaan seorang wanita berpakaian putih dan berskirt pendek. Rambut sedikit ikal dan diikat di belakang…ngeh ngeh ngeh. [nak periksa dulu ada tak dalam senarai list awek gua]
ni satu group ni…tgk yang ujung belah kanan tu, skirt dak tu kena kapur yang deen perdajalkan..muah ha ha
ni plak unit upahan meriam yang laser dan tajam serta pedas tu..hehe
ha ni antara jejaka rebutan sekolah, bersama cikgu MUET, Mrs.Noraini
dan ini pula ehem, deen dengan cikgu yang menjadi buruan cikgu2 bujang..haha

sempat lagi nak mengena org lg time2 sedih ek..huhuhuhu:hoho::hoho:
[Reply]
uwaa… telenovela spanyol ini semakin menarik…
haha… tk sabar nk taw episod seterusnye… :haha:
[Reply]
banyka nyer lagu ko dendangkan tyme2 sedeyh.
hahaha
muka tebal 10inci??
hahaha
kalah org pkai mekap mcm tepong gomak.
kakaka
kena marah??
padan muka,’huhuhu.
:good:
rempit ajer keja nyer.
isk.xde lesen ar tuh.hahaha
saman2
:spect:
cerita pedajal org prmpuan tdi tuh mcm mati d ctu jerk..
alahai.asal lah unit upahan meriam xde laki??
aduihhh.
laki gosip n laser lagi pedas woo.
hahaha
[Reply]
:huhu:salam
ahaks,dia bergambar cekak pinggang sebelah cikgu…huhuhuhu.macam hero cita taun 80′an ada gak…hehehehehe.jangan marah….
erm,kejam nye.ada ker main letak kapur.kalau aku yg kena(nasib bukan aku),sudah pasti akan ada pembalasan si pitung…huahuahua.
[Reply]
:haha::haha::haha:hahahaha x maluuu laki nangessss~~:well:
[Reply]
wahaa..besh2..cter2 cmni mmg besh..sambung la lagik!..leh buat novel ni..ganti novel lagenda budak setan..erk..betui ke tajuk tu..hehe
[Reply]
Deen,
abg ade kat trg skrg, mungkin esok lusa nak gi KL utk urusan Visa
camne ngan DVD tu nak tak? kalau taknak/tak sempat nak jumpa, deen bleh bagi je address. nanti abg poskan.
hp abg 019-2033033. sms lah. k
[Reply]
Baru pasan, adakah daku membawa senario, telenovela, dan seangkatan dengannya ke dunia blog? Ahahahhahaha
Wehh, jahat… letak kapur….
[Reply]
CUAKTEAM~ wakkaa…tu kasi impak..bia diorang tak melupai daku..wawawaaa
SHANDYE~ hehe..telenovela spanyol? haha…. panjang sangat ni…hehe
BABYSHER~ hahaha….malu2…aku ada lesen da..yang laser pompuan la salu..laki ni ikut musim..ngeh ngeh
BABOONJADIAN~ haha..cekak pinggang tanda bos…hehe…padan muka dak pompuan itu kena kapurrrr
ANYSZZ~ syaitanir rajim…haha..suka ati aku lah nak nangis..hehe. lawak gile..
AINUL~ hehe…lepas ni ntah ada ke tidak kisah perdajal org..episod terakhir lepas ni…
DELI~ orait bang..kite sms and kalau ada masa kite jumpe…no problem
AZHARAHMAD~ entah…tetibe je cerita ni boleh bersambung2…byk sangat…tak pe. ni tak lama lagi episod terakhir..
[Reply]
:haha::haha::haha:best btoll ader blog baru ni~~
biler nak promote kiterr hikhik *x maluu kann akuu :talk::talk::talk::talk:
[Reply]
haha…:good:
nanti ah aku pomote..penat ni
[Reply]
revolusi memblog secara berangkai persis telenovela spanyol yg meleret2 telah bermula!!!
ini semua angkara encik azhar!!!
awas!!!
kemunculan trilogi kisah tenat di hujung minggu akan bermula di blogku…
ngee…:haha:
[Reply]
:haha:aku pun nak wat citer camnie gakla..meleret2..hikhik:XD:
[Reply]
Abg Azhar jangan risau k..Biasalah cerita-cerita bersambnung ni bagus..Boleh menajamkan pemikira si penulis dan reader.Si penulis sibuk nak cari idea..Si pembacanya lak sibuk bermain perasaan..heheh
[Reply]
hahaha
ak rse kan manifesto wawasan dan masa depan yag mak ko bentangkna tuh
dia da pakat dgn ckgu2 yg lain kot.
xpown da sebrkn kt 1 srwk tu agr jgn sokong ko
cmer ko jer yg xtau.
hahahha
[Reply]
SHANDYE~ hehe..telenovela sepanyol..napa kita tak letak telenovela Sembilu Kasih jerk?..meleret2 gak…nga..
wah…you ada gak ker?
kitorang serang nanti ek..haha
ANYSZ~ ko nak bwat gak? buat le jgn tak buat…
CUAKTEAM~ wah..sokong2…abrar, apa kata ko plak buat episod cerita para2 anbiya ke..carik yg org tak tau..best gak.
BABYSHER~ haha..kalau satu sarawak tahu..alamatnya, mak aku boleh jadi ahli politik la..dasyat gak mak aku..
[Reply]
eyhh.
boleh ajerr.
masuk ler bertanding,
pakai loceng.
hahaha
kring2 satu srwk.
wawawa.
sure menang tnpa bertanding tuh.
agagaga
[Reply]
wah, karangan SPM, aku still tak mampu nak tulis ceritera sepanjang ni. huhu
[Reply]
:happy::happy::happy:sesaje hepikann dri kat cni..ngeh3 *sepemmm
[Reply]
BABYSHER~ hah? ko kata apa? pakai loceng?
erk?
RAZIFMUSTAPHA~ haha..aku masih ada aura sekolah..ngehe
ANYSZ~ apa lah ko…
[Reply]
[...] adalah sambungan entri Saya Masa Ada Janggut 2-3 Helai. Korang yang belum baca entri ala2 karangan spm tu, boleh le baca ek, tak paksa pon….mungkin [...]
InsyaAllah nanti saya selitkan ka dalam cerita saya..
[Reply]
locneg.
hbs tuh nk pkai aper??
payung pown boleh.
cap AVON.
kakakaka
[Reply]
CUAKTEAM~ hehe…okay2.
BABYSHER~ ko ckp apa ni sher..aku dah tak paham…
[Reply]
haishh.
org baru klo nk brtnding dlm pilihn raya kan kena ada simbol sndiri.
so antaranyer yg ak ckp itu laa.
[Reply]
waahhh…
amoi pakai skirt tu lawa la..
he3..
“ah moi chantek”…lalala..
[Reply]
Add A Comment