/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Mar
25

Saya masa tinggal sorang

Posted by deennasour

Inilah adalah sambungan entri Saya Masa Ada Janggut 2-3 Helai. Korang yang belum baca entri ala2 karangan spm tu, boleh le baca ek, tak paksa pon….mungkin ada yang dah bosan dgn telenovela ini yang tak habis2 lagi, deen cuba padatkan agar habis di sini. Ini munkin adalah episode terakhir kerana yang akan menemani hidup anda selepas ini adalah kisah cinta…wakaka..boleh blah ke kalau aku bercinta ni wey? Deen rasakan macam apa jerk kisah cinta ni. Tak apa, deen try le..hehe wekk na muntah lak plak~

Selamat Tinggal Miri

Ting tong, penerbangan dari Miri ke Kuala Lumpur akan berlepas pada pukul 9 pagi. Wah!!! terlalu cepat masa berlalu. Ni dah pukul 8 pagi. dup dap rasa jantung. Bukan tak pernah terbang naik kapal terbang atau pergi jauh. Masa tingkatan 5 pun dah pergi Penang. Tempat cik Ainul kita. Kalau kenal dah masa tu dapat dating..hehehe.

Deen sampai airport awal benar. Jam 7.30 pagi dah gerak dari rumah, Mak yang nak cepat. Tiket penerbangan semua ditanggung oleh bapak deen. Deen tak keluar satu sen pun. Tak boleh keluarkan duit dari mana2 bank deen ek. Yang nak pergi ni bukan deen, parent dan family deen yang suruh. So, deen nak diorang sponser 100%. Hahahaha…tak pe, nanti deen kaya , bulan2 kasi le duit buat umah besar lagi jadi istana sangkut ek.

Dalam keseorangan layan sms yang tak henti2 datang dari kengkawan yang tak dapat datang. Dan balas sms dari awek yang sekarang dah dapat title BEKAS. Memang hati ni kecewa gak sebab kawan ramai tak boleh datang. Sebab deen pergi ni lama, bukan sehari dua. Mesti rindu. Nak lah gak bersalam peluk cium dengan member sebelum terbang ke KL ni. Deen memang masa tu bertenggek kat foyer airport sambil memandang pintu masuk airport. Mana tau diorang buat surprise kasi perdajal balik ke..tak ke haru airport tu..haha..hancus le kalau diorang buat.

Kira-kira pukul 8.15 pagi. Confirm tak ada kawan mai tengok deen kat airport naa…kecewa gak, tapi tak pa, diorang hantar sms bertubi2 pun dah cukuplah. Saje kasi hati sejuk. Padahal kecewa gak. Tiba-tiba…

“Deen, hai….” jeng jeng jeng……siapakah empunya suara yang memanggil deen di awal2 pagi tatkala gua sedih tak ada kwn datang kat airport?

Deen pun dengan muka yang happy melihat siapakah gerangan yang sungguh baik hati menggadai masanya jumpa deen dan ucap goodbye tu? Seorang gadis berbaju putih, skirt pendek paras lutut dan rambut ikal diikat kemas. Kat tangan kunci keta. hahaha…best2…

“Wah…hai star!!! nak jugak ko datang jenguk aku ek?” rupa-rupanya starmaria a.k.a bintang maria yang jumpa deen…hehe. Ni classmate deen jugak. Dia antara pompuan yang kena perdajal letak kapur bawah meja tu. Hari ni dia pakai skirt warna putih. Maybe dah trauma kena kapur putih..hahaha. Ni antara pompuan yang rapat gak dengan deen. Semua deen rapat. Tapi tak sangka plak dia yang datang jenguk deen kat airport. Dia bawak jeep pg sekolah. Kaya ni. Anak tokey ladang rambutan kat Miri. hehehe…

Pukul 8.30 pagi. Deen mula bergerak ke balai perlepasan. Ditemani oleh bapak deen. Hehehe. Deen tak pergi sorang sebab mak deen nak suruh bapak deen temankan. Mak siap kasi perintah lagi, kalau deen tak dapat lagi rumah sewa, bapak tak boleh balik. Lagipun bapak tak beli tiket balik lagi..hehehe..hahaha. Siap le daddy tak boleh balik Sarawak, jadi orang KL..ngeh ngeh ngeh.

Wah, masuk airasia, pertama kali dowh..salu naik Mas. Boleh tahan jugak air asia ni. Pramugara dan Pramugari kacak2 dan cantheq2…menawan seh. Tempat duduk dan kerusi pun boleh tahan. Sarung kerusi dari jenis kulit hitam lagi tu.wow. Ekslusif bebeh….deen duduk sebelah bapak deen. Bukan senang nak bermanja dengan bapak ni. Nak suruh pimpin tangan seberang jalan dah tak boleh dah. Deen dah besar. Kang bila kita pegang pinggang dia naik moto kata buang tebiat plak. Kang bila kita tolong betulkan sit dalam keta lagi kata kita nak bodek plak..hehe..ni lah masa nak manja2..hehe..kasi lentok sikit kepala kat bahu bapak eh..ngeh ngeh ngeh

Sampai KL, di LCCT, airpot khas untuk air asia jerk. Deen tak tau. Memang macam rusa masuk kampung. Bapak deen tau la. Penah datang dating dengan kakak deen. Aiya….Kitorang naik bas ekspress ke KL Sentral. Wow Kuala Lumpur…hebat dowh…macam jakun lah gua. Tapi gua ilek lah. Tak adalah meloncat2 mcam budak kecik. Haha, anak buah gua turun KL pun slumber kodok jerk. Gua mesti control macho jugak beb. Sejam lah lebih kurang dari LCCT nak ke KL Sentral tu.

Sampai jerk ada orang ambik. Kawan abang ipar no.1. Dia memang rapat dengan family deen kat Miri dulu. So skang dia dah pindah KL, mintak tolong. Nak tdoo hotel, tak payah. Dia suruh tumpang rumah dia jerk. Aiya…malu lah plak. Rumah brother tu kat Setiawangsa. Di sebuah apartment yang bestlah jugak. Seronok. Ada tempat main futsal. Main badminton. Deen petang tu lepak kat anjung rumah tu, sambil tengok bebudak main bola. Rasa nak join, tapi malulah plak. Tak pa. Tengok dari atas jerk. Brother ni dah kawan, ada 3 orang anak. Anak laki nama Aiman. Haha, kepala otak komputer gak macam deen. Tapi deen minat internet. dia plak kaki tgk video kat komputer. Tapi video kisah nabi-nabi tau..

Deen duduk kat rumah brother tu dari 5 Mei hari ahad sampai 11 Mei hari sabtu kalau tak silap. Lama gak kan? sebab tak jumpa lagi rumah sewa. 6-7 mei deen gerak dari Setiawangsa ke Angkasapuri RTM sebab ada kursus dan belum tahu lagi dihantar ke jabatan mana. Deen tak kenal ramai orang sebab umur diorang 20 tahun ke atas. Gua baru 19 beb. Gua tak tau nak cakap apa. Time rehat lelaki merokok kat luar. Deen tak join sebab tu kira jalan nak bunuh diri tu. Nak lepak dengna pompuan kang tak pasal2 kena cop gatal. Tapi deen tegur gak sorang brohter ni. Tapi deen lupa plak nama dia daa..Skang dia kat Jabatan Agama Islam Selangor. Asal johor. Dan dua orang lagi kawan dia asal johor gak. Tapi deen memang ak ingat nama dioran bertiga. Kitorang gerak sama dlam masa 2 hari tu.

Habis kursus, dapat surat on the spot, deen kena kat filem negara…alamak!! mana tempat ni? Deen tanya lah pihak urus setia. Then jumpa sorang awek ni. dia pun kena gak filem negara. Iaitu Yanie. Masa tu tak tau namalah. Tapi masa tu dia cerita lah kat deen. Dia tengok deen KEREK beb…kalau tak dia nak je tumpangkan deen. Umah dia kat gombak. Tak jauh dari setiawangsa..haha. Yanie kata gua KEREK…haha. tak tau napa dia kata gua kerek. Hehehe. Maybe time tu gua tgh cuak. Tak tau mcmmana nak pg sana. So sorang brother ni pun terangkan dgn detailnya mcmmana nak p sana. Lega……

Bapak gua mana? takkan nak lepak umah dengan bini brother yg kitorang tumpang tu? hehe..gila ke apa. Bapak deen sibuk jalan2 kat Kl Sentral. Takut gak gua kan. Asyik2 tpon bapak je. Tanya ok ke tak. Balik kursus jumpa dia kat stesen Lrt Setiawangsa. Then kalan kaki ke aprtment. Dekat jerk. Mak deen tpon deen, dia kata bapak deen ckp deen suka tggl kat apartment tu…sbb ramai budak2 sama umo. Wah..bapak deen rupanya perhati je deen kat umah tu ek..haha. Sayang gak dia kat kite..daddy2..i love you lah….Tempat deen dok skangni berhampiran dengan sorang blogger bernama Dato’Fazly…kalau kenal dia masa tu, leh jumpa.

Tapi masalahnya Filem Negara jauh yang amat dari Setiawangsa. Nak dijadikan cerita, adik angkat kakak deen no.5 ada kat KL gak masa tu. So malam khamis tu dia bawak deen and bapak deen ronda KL and Petaling Jaya nak carik rumah sewa. Pendek cerita dapat le rumah kat Kelana Jaya ni skang. Dapat umah ni sebab ada jiran deen kat Sarawak yang kenalkan. Anak dia dok umah tu…Hahaha….So bapak deen dpat le balik Sarawak. Dan deen kemas2 barang hari sabtu malam deen blah dari apartment Setiawangsa ke Kelana Jaya.

Wah, best2…rumah teres satu tingkat. Dan dapat bilik sendiri. Hehehe….Dan bermulalah hidup deen sebagai seorang bujang yang hidup di tengah2 kepesatan kota raya…wah!!! Hari-hari yang mendatang tak tau nak buat apa. Deen terperok je dalam bilik baca buku Jibam yang cikgu sejarah deen bagi. Sedih hoooo novel tu. Masa ni deen tak ada pon laptop o radio o tv. hehe. Tv kat ruang tamu adalah. Malas nak kaacau. Gua lebih suka pakai barang sendiri.

Tulah kisah hidup gua sebelum ke Kuala Lumpur dari seorang budak yang dianggap mangkuk hayun masa tingkatan 1-3, jadi pelajar cemerlang kokurikulum masa tingkatan 4-5. Then jadi pelajar harapan stpm plak di tingkatan 6. Tapi bila nak benti sekolah kena cop bodoh plak oleh pengetua. Wow…asam garam kehidupan. Walaupun deen tak berjaya masuk IPT masa form 5. Tak bererti tiada kejayaaankan?

Tengok2 deen sekarang dah dapat grab kedua2 nya. Kerja tetap deen dah ada. Blaja? Deen dah dapat result stpm. Tak gempak!! tapi GEMPAR. Rasanya dalam 23 orang dalam kelas deen tu. 15 orang yang pointer diorang yang deen dapat kalahkan. Walaupun deen tak masuk kelas mcm diorang. Doa dan usaha penting le beb.  Ambik skrip yang deen ingat dari sebuah filem lakonan pengarah favourite deen Afdlin Shauki,

“Tanpa keberanian, mimpi takkan menjadi kenyataan….” filem soalnya hati & soalnya siapa.

BERANI! tu yang cikgu kelab teater deen tegaskan masa deen mintak nasihatnya pasal Stpm tu. Nak sambung macammana. Dan deen kemungkinan besar akan bekerja sambil belajar. Kenapa tak boleh? Kenapa deen harus fikirkan pasal penat? Kalau nak fikir pasal penat, sampai bila kita nak berjaya? Kalau kita asyik nak nangis..sampai bila nak rasa gembira ni? Face the fact!!!! Harungi je semua. Tak da masalah. Cuma deen harap, kengkawan kat blog ni lah jadi penyokong kuat deen.

Tak ada gambar nak diletak kat sini lah…hehe..kalau nak tgk wajah orang tua deen….jenguk le TENTANG kat atas blog deen tu…ada gambar kakak2 deen gak kat situ.

~TELENOVELA INI SUDAH TAMMAT~

    MyAvatars 0.2
  1. cuakteam Said,

    :blinkeyes::blinkeyes: setiap orang ada rezekinya..teruskan apa yang deen lakukan ok!jangan pedulikan apa yang orang kata…cuma ambik yang elok je..

    [Reply]

  2. MyAvatars 0.2
  3. Anysz Said,

    :well:life memang CoLoorFooL *motto aku tuh:bath:

    [Reply]

  4. MyAvatars 0.2
  5. deennasour Said,

    CUAKTEAM~ bener sih…tapi kdg2 perlu gak dgr pendapat org…

    ANYSZ~ aku tak kata life wana itam pon…haha [ni mesti kes baca part last o perengga akhir je ni..haha

    [Reply]

  6. MyAvatars 0.2
  7. Anysz Said,

    :haha::haha::haha:x kisahlerr
    nyahahahah~~ *speeemm:haha::haha::haha::haha:

    [Reply]

  8. MyAvatars 0.2
  9. Dato' Fazly Said,

    aku nampak nama ku! di boldkan tu…!

    [Reply]

  10. MyAvatars 0.2
  11. aiNuL Said,

    a’ah kan deen..kalo kenal dlu,leh detim2..(kasik sorg budak tuh jeles..hehe..)

    untung la..kalo kenal ramai org,sng nak idop..kalo x mntk tlg pun,dorg yg tawarkan kan..hehe

    [Reply]

  12. MyAvatars 0.2
  13. aiNuL Said,

    aaa..btw,tgk kat TENTANG,deen sorg je ek anak laki?wahaa..anak kesayangan pe ni..hehe

    [Reply]

  14. MyAvatars 0.2
  15. deennasour Said,

    ANYSZ~ syaitan nirrajim tol lah…aku rosakkan ko punya blog kang baru ko tau..

    DATO’FAZLY~ ko mintak promote ari tu kan? aku pomote lee

    AINUL~ waaka..best2..kasi org tu jeles..ngehe…. deen ada sorang adik laki lah….bongsu~

    [Reply]

  16. MyAvatars 0.2
  17. .BabY SheR. Said,

    fuhh.
    tamat gak telenovela sepanyol niyh.
    agagaga
    tp yg babak2 trakhr lah yg bnyk slah eja.
    agagaga.
    tp xper.
    dia da kawin bini dia xkata aper ker???
    agaga.

    eyhh,
    xde slitkn ker crita psal.
    errr.
    umm.
    xde ape lah.
    lu pikir la sndiri pulak.
    hahaha

    [Reply]

  18. MyAvatars 0.2
  19. Dato' Fazly Said,

    terlalu panjang!!! sapa2 ade rumusan dibwh 120patah perkataan?

    [Reply]

  20. MyAvatars 0.2
  21. ka0ru_ Said,

    aaa..jeles??apakah itu??heheh..jahat ek ainul~

    deen,akak2 suma dk kl ke??:ask:

    [Reply]

  22. MyAvatars 0.2
  23. cuakteam Said,

    Dato’ Fazly kesian tau kat deen..penat dia tulis pepanjang tu..

    [Reply]

  24. MyAvatars 0.2
  25. Anysz Said,

    :veryangry::veryangry::veryangry::veryangry:

    MANER ACI???!!

    mentang2 ko tawu pasword aku.. :ohmy::ohmy:

    nak nanges ar camni..maner kunci moto?biar aku rempit:moto::moto:

    *macam org tuh kalo majukk :talk:

    :haha::haha::haha: sepemmm:hi:
    :happy: best agaknye kann naek kapal tebang~

    [Reply]

  26. MyAvatars 0.2
  27. Qaiyum Said,

    Best Gak Citer Kisah Kehidupan Ni Ek? Hehe.. Caiyok.. Teruskan Mnulis..

    [Reply]

  28. MyAvatars 0.2
  29. deennasour Said,

    BABYSHER~ anak? kahwin? apa da? cerita pasal apa? atas ranjang ke? tutt….

    DATO’FAZLY~ ngeh ngeh ngeh….ko buat lah rumusan, jadi latiha…sapa2 ambik spm taun ni tu, try le buat rumusan

    KA0RU~ ngeh…tak jeles ke. akak semua kat miri~

    CUAKTEAM~ hehe..abrar, tau tak pe

    ANYSZ~ so jgn nak ngada2 buat hal ek..kang aku hacked ko punya blog,, baru tau..hehe
    sonok lah naik kapal terbang

    QAIYUM~ memang pun best bro…seronok..

    [Reply]

  30. MyAvatars 0.2
  31. loque Said,

    dah abis pown…
    best gaks dengau criter nie…

    deennasour~ ko dgr ke baca? :hehe:

    [Reply]

  32. MyAvatars 0.2
  33. .BabY SheR. Said,

    uihhh.
    xde APE LAH!!!
    susah tol smbg dgn org pelik2 niyhh.
    hahaha

    deennasour~ko nak suruh mak aku jadi ahli politik and buat parti sendiri kan? and pilih logo kan? aku pahamlah…

    [Reply]

  34. MyAvatars 0.2
  35. loque Said,

    dengau 2 maksud yg tersirat la..
    maksud aku bace ler..

    [Reply]

  36. MyAvatars 0.2
  37. Iwan KontroverSi Said,

    i2 tajuk laen dahh.bukn kt entri niyh..
    humm.
    tp.bagos la jugk.
    at last.ko phm la jugeek.
    fuhhh.

    deennasour~ ni bagi pihak babysher ke?

    [Reply]

  38. MyAvatars 0.2
  39. Anysz Said,

    :well:biler nk update?aku dh update hehehe:haha:

    [Reply]

  40. MyAvatars 0.2
  41. mims Said,

    teruskan menulis ye encik deennasour….boleh jadi bhan bacaan di kala aku kebosanan atau time kepala otak tengah jam…hoho

    [Reply]

Add A Comment

:confused: :cry: :exclaim: :grin: :lol: :mad: :question: :rolleyes: :sad: :smile: :wink: more »