29
Apa jadi kat aku 3 hari lalu~
Posted by deennasourApa dah jadi kat gua sampai gua tak sempat nak update blog? Last post 26 Mac dan hari ini 29 Mac…..Wow, sebenarnya banyak mende deen nak story kat hang pa semua ni…tapi che’ takoot hang pa semua tak larat nak baca…..so, che’ kasi novel hidup che’ 3 hari lepas jadi sebuah cerpen….. Kalau lah antara korang yang sudi nak kuar dengan deen ni, nescaya 90% pertemuan tu deen yang kuasai dengan sembang pasal deen jerk…haaha..banyak sangat dah jadik sampaikan deen bukak je bilik, terus rebahkan badan dan zzZZ….tdo lah…
Bank a.k.a Tempat Simpan Duit
Waktu deen kecik2 dulu, macam budak2 lain la, menabung adalah suatu kewajipan. Mak bapak kasi duit, lebih beli kopok tak ada mende lagi nak beli, so menabung le…Tabung duit deen dulu besar sikit dari tin air gas coca-cola. Tak delah besar sangat, tapi tinggi le… Ada corak and gambar kucing..haa..deen ingat lagi tau. Hari raya kalau ada yang lokek kasi duit syiling tu, simpan le duit dlm tabung. Bila duit dah banyak mak bpk deen dengan rasa bergembiranya bukak kan deen akaun di Bank Pertanian Malaysia.
Tup-tup dah besar. Bila masuk form 1, upsr tak gempak sgt, boleh plak dapat biasiswa. So kena bukak akaun Bank Simpanan Nasional. Abes sekolah. Spm pun lepas. Keja kat Guardian..ngehe. Bos suruh bukak akaun kat RHBBank..aiya..bukak lagi akaun baru. Then dapat keja kat kerajaan ni ha..Still pakai BSN. Tiba-tiba nak melabur sambil2 nak dapat perlindungan kesihatan takut2 masuk hospital ada sakit nak kena bedah, ada gak mende yang cover..so deen skang ambik Maybank Premium, bulan2 bayar RM100. So kena bukak Maybank akaun. Dah ada 4 akaun bank. Kawan deen dalam 3 hari lepas ajak deen pergi pulau redang..aiyaa..kira ambik pakej pelancongan kena bukak akaun Ambank plak..aiyoooo. Semata-mata kan…lagipun deen kena bukak je akaun tu, duit melancong nanti kawan deen yang bayar…hahaha….so berbaik2 lah dengan kawan2 anda, nanti kawan anda akan buat baik dengan anda ok!
Deen sibuk le ke hulu ke hilir susun dokumen nak bukak akaun. Tu yang busy tahap cipan tu..aiyak…ikutkan tak adalah sibuk mana, sekadar buat akaun tu..tapi masalah lain timbul….
Kad Pengenalan
Deen buat kad pengenalan masa darjah 6. Bila sampai hari jadi deen iaitu 4 Februari, terus bapak ajak buat. ngee….. Masa tu kad pengenalan lama tau….Kalau tak silap masuk tingkatan 3 baru MyKad diperkenalkan..Masa tu deen tengah tdooo. Bapak deen tiba2 je kejutkan ajak buat MyKad..hampes, muka bangun tdoo lah deen dalam kad pengenalan tu..mata kuyu macam orang baru pas ambik dadah..adoi..lu pikir lah sendiri muka gua time tu..hayun tak hayun kepala otak gua pikir. Nak kasi awek tgk MyKad pun segan.ngehe.
2, 3 hari lepas, gua buat le akaun AMBANK seperti saranan kawan gua tu. Alek-alek pekerja tu kata MyKad deen, dia punya cip tak leh nak di read..aiyoo….gua manyak heran owh…macammana itu cip tidak boleh diread oleh card reader..adoh..kompom card reader tu buta huruf…eja B.U.R.U.N.G di bacanya U.N.T.A…aiyak! Lalu tak dapat le deen nak bukak akaun ari tu…Paksa balik opis dengan hati yang mencuka..adoi
Esoknya kawan deen ajak buat MyKad. Kalau tak buat baru, banyak lagi masalah yang akan timbul seperti di cop warga asing. Deen takut orang akan ingat deen warga England, hehehe….England ke Indon..ngiah ha ha..hayun le kepala otak lu org pikir muka gua..ada ala2 orang putih ke? hayun je lah..muka gua ni melayu campur cina…kalau korang nak tau, mak deen ni keturunan cina..haha..lu orang baru tau kan? kan?
Ya AMPUN!!! gua tinggal and keja kat Petaling Jaya beb. Tapi gua tak tau mana pejabat pendaftaran kat PJ ni. Kawan gua yang satu ni pun tak tau. Yang dia tau pejabat kat Klang, Port Klang. Punyalah jauh kitorang berdua gerak ke Klang semata-mata nak buat MyKad..takpa, deen duduk je, kawan deen bwak keta..ngiha..gunakan masa yang ada sebaiknya..jom tdooo~ haha…Sampai jerk, kasi RM10 buat baru. Sebulan nak tunggu. Gambar balik..hehe..Muka tak hensem.tapi tak le burok macam MyKad yang lama yang cip rosak.hehe. Tapi tak siap lagi. Tunggu sebulan, gua akan datang balik ke Klang, Port Klang..hayun le keta ke Klang sebulan lagi.
Jadi tak? Jadi? Tak? Jadi?
Deen punya kawan. Ajak pergi pulau redang pada 4 April sehingga 6 April. Best2….mula-mula kata tak kompom. Iaitu minggu lepas. Then Isnin ari tu kata jadi. Dah nak apply cuti 4 april sebab ari tu ari jumaat. Then kakak kawan deen kata tak jadi balik sebab penuh dah orang. Al-maklum, ikut pakej dan ada agen yang urus. Semalam kawan deen tu kata jadi plak..ngehe..Mula rasa konpius…tapi tak le marah. Kalau tak jadi tak kesah pon…So keputusannya, JADI!! Yes…deen akan pergi Pulau Rendang….selonok!!!
Clorox Pencuci Muka
Wah sejak dua menjak ni…Rasa kureng senang. Sakit sana-sini. Muka, sebelum ni deen guna pencuci muka biore for men. Khas untuk lelaki. Memang best, tak ada jerawat ni muka. Kawan pompuan kat opis memang kompom jeles. ngehe. Walaupun tak hensem, muka tak ada jerawat, sapa tak jeles beb..ngehe. Tapi yang tak best, muka deen nak agak gelap. Tak hitam okay. So, deen kira nak beli pencuci muka yang cukup sifat mengelakkan jerawat dan memutihkan. Biore for men tu pun pakej lengkap tapi tak mujarab..ngehe
So, deen beli le Nivea foe men plak..orang kata produk mahal ni kualiti pun ok. so deen beli gak walaupun mahal seh. Takpe. Demi muka gua. Ngehe, dok dalam aircond pon tak putih2..nak kata keturunan, tak gak. Sebab kalau deen duduk sebelah 6 orang kakak deen. Serupalah seperti taik cicak. Tapi yang ni putih nya banyak. Satu je gelap. Deen ler….hampes..
Tet..3 hari dah deen guna..sampai sekarang.Muka deen rasa agak kasar. Jerawat mua tumbuh..aiyoo!! Ni ubat ke racun yang deen guna ni. Tapi yang best nya..muka dah tak berminyak…tapi kering semacam plak sampai kulit deen nampak lain sangat…ngehe..pucat. Ya pucat. Tapi deen masih lagi memberi peluang kepada produk tu. Jerawat mula hilang. Mungkin tu hanya kesan awal daripada penukaran pencuci muka…tunggu hasilnya..ga ga ga ga..
Lutut a.k.a Tempurung kelapa
Dulu, masa deen berusia kira2 17 tahun kalau tak silap. Deen dah lupakan peristiwa itam tu. Masa tu deen main takraw. Posisi Killer yang bertindak menjadi tukang matikan bola, atau tukang merejam berlipat bergulung atas net..ngehe. tulah posisi gua. Handal tak? Pada satu senja. Gua nak le tunjuk power dengan nak berlipat ala2 hang tuah main takraw. Tiba-tiba kaki gua tersepit kat kaki sebelah lagi. Lalu gua melompat ala2 katak yang hilang power lompatan. huduhnyer…Jatuh lah beb. Gua jatuh kalau tangan dulu tak apa. Ni gua jatuh lutut kanan dulu hentak simen. Eh bukan simen. TAR, TAR yang jalan raya. Sebab gelanggan kitorang ni gelanggang berani mati.
So, deen masa tu, dah jatuh dah. Terduduk hampir tertiarap. Tak rasa apa2..ceh..nak control macho lah kan? Tapi bila deen angkat je sebab ada kawan yang tolong papahkan, fuiyoooo, tempurung lutut gua lu orang tau kat mana? kalau gua kata tumpurung lutut gua kat atas kepala hotak gua lu orang percaya ke? ngehe..tak logik le…tmpurung lutut deen yang sepatutnya melintang dan kat tgh2 kaki dah menegak…..korang kasi hayun le sikit kepala tu nak pikir macam mana rupa lutut gua masa tu…
Masa tu kawan gua nama Hazwan dah tutup mulut..Geli tengok..ada yang siap WOW…hehe…masa tu deen tak rasa apa..kaki pun masih bengkok. Deen cuba lurus kat….KETAK!!!! bunyi lutut gua..masa tu lah deen rasa hanya tuhan yang tahu betapa sakit dan pedih..ngeee~ ngilu beb…gua sendiri pun geli nak pikir balik kes tu… Lepas je deen berdiri sambil dipapah kawan deen, deen terjatuh balik. Wah pergelangan kaki kanan deen rasa macam patah jerk. Tak dapat berdiri beb. Sakit sangat. Rasa macam ada pisau je menusuk pergelangan kaki tu.
Habis je main takraw balik umah..Wah bom atom dan nuklear merangkap mak dan bapak deen menghamburkan ucapan tahniah kerana berjaya berjuang berhabis-habisan untuk mendapatkan hadiah pada hari itu…iaitu tempurung lutut gua beralih..dan tulang kaki pun dah berkehel..ngeee padan muka. Gua hidup macam orang cacat selama 3 hari…. Bertongkat ke sana ke mari. Nak mandi le susah…Takkan nak bawak mak o bapak masuk bilik mandi..hehe. 17 tahun umur tu..Bilik mandi dah le agak besar. Fuh, seksa. Sampai hari ni, kalau korang tengok deen berjalan, kaki kanan, ada macam terbengkok sikit. Kalau jogging atau berlari, kaki kanan deen memang akan nampak masuk ke dalam. Maksudnya, selalu orang berlari, tapak kaki nampak macam “V” atau lurus je macam “l”. tapi deen kaki kiri lurus “l” tapi kaki kanan deen dah macam “\” Tapi tak ketara.
Bila deen agak bersukan dengan kuat atau agresif, lutut kanan le yang salu rasa sakit…so paksa berhenti. Tak pun pergi cek Xray le..ah..susah. Dah masuk 2 tahun lutut deen ni tak sakit. Tapi masuk dalam 2-3 hari ni. Lutut deen berbunyi le. Aiya..sakit owh..rasa macam bergesel je tulang tu..aiyokk! sakit owh…kalau berlanjutan, hospital lah jawapannya.
Gastrik
Gastrik deen pasa satu ketika dah nak jadi ulser. Mak gua antara orang pertama yang tahu. Suara mak yang happy terus jadi lain masa deen cakap perut deen ada ulser. Kawan? Kawan rapat deen sorang pun tak tau sampailah mak deen mengantoikan..alahai..deen kata jangan kasi tau sapa2 dia kasi tau. Cuma ada dalam 3 orang je kawan deen yang tahu. Malas deen nak bimbangkan orang lain. Deen terpaksa menjalani sesi pemulihan dalam masa sebulan dua bulan. Tak ada makan pedas, tak ada makanan masam, no ice lemon tea atau coke. Aiya!!! Makan 8 kali sehari dalam jumlah yang sikit. Banyak kali makan tapi sikit je kuantiti makanan. Fening….
Alhamdulillah everything okay! Tapi semalam. Tengah2 shopping sakan, tiba2 lak sakit perut..hambik kau. Deen 2-3 hari ni tak makan malam. Mana tak, balik keja dah tdoo. Pagi baru bangun..hehe. Lalu nak pergi klinik la malam tu gak. Dan dan klinik tutup. Padahal kat kad klinik deen tu, 24 jam bukak. Hampes..balik le rumah dalam sakit2 tu…terus tdooo…pagi ni tadi bangun dengan sihat nya..terus makan…ampun..tak nak skip makan lagi..seksa siot~

:spect: memang banyak kisah kali ni..
[Reply]
deen,pjgnya kali ni..tade sekerat2 ke?
hehe..
byknya akaun bank..akaun sspn da bukak blom?hehe..
pelik la..nape taleh baca lak cip kat ic tu?ha ha..sumthng wrong sumwhere..~
besh p oliday,bw balik ole2 ek..hehe..
huih?laki pon jg muka ke?saye nih pun kategori “mmbiarkan”..kut ske la muka nak jadik cane pon..hehe
erm..kaki tuh bleh ek kalo berdiri lama2?
ulser perut tuh cane?skaetnye cam gastrik gak ke?or gastrik n ulser perut saket yg same?huhu
[Reply]
ni boleh masuk dalam antologi tingkatan 1 nih… cip kad pengenalan tuh mesti dah karat kan?? ngehs ngehs ngehs.. kenapelah diorang tak bwat cip stainless steel?
[Reply]
ko niyhh.
buat mykad baru spai ke KLANG??
ape guna nyer ko kwn dgn c iwan tuh???
ko tnya la diaaa.
xpown tnya ak kt blog ko niyhh.
kt KJ dgn tpt nk buat mykad punya la DEKAT.
naik bas SEHENGGET jer tau.
cbok spai ker klang.
isk3.
BANYAK nyer akakun ko buatt.
duit dlm akaun tu ada tak??
hahaha
jgn akaun jer lebey.
n akaun TABUNG HAJI xde bang??
xteringin ker???
yg psal kaki ko tuh SUMPAH ak phm lgsung
da xlh nk pikir lagi.
kakaka
kira klo ko kawad kaki msti AGAK cacat sket kan??
hehehe
[Reply]
:haha:itulah balasan tuhan *tetibe
:well::well::well::well:
[Reply]
ko ni kene mandi bunga ni deen… hehehehe.. :draw:
[Reply]
pergh.. gitu cite di
a… hehehe menarik2… ha pasal pencuci muka tu kan, sy dari dulu dok guna ubat gigi cenkudu jek =)
promote nih… apa2 pun deen kena tgk dulu kandungan pencucui muka tu ek. kekadang ada yg campur dgn formadelhyde..
deen, tu la org kata. keje2 gak. mkn2 gak… sbb tak mkn tu yg masuk anging sakit perut tu. udah lain kali gjn wat lagi. babab kang
[Reply]
:happy::spect:eh aku bace ar..
aku selalu singgah coz nak bukak guamedia kuang3x
eleh,aku aje selalu komen sini
dia tu mane ader sudi nak dtg blog aku:curse:
[Reply]
pencuci muka - aku lagi teruk… mmg xleh pakai pencuci muka mana2. kalu pakai bukannyer hilang jerawat, lagi tambah jerawat.
[Reply]
aku x akai pencuci muker..
kalo pakai nanti cam siot jadik nyer muke aku nanti kang..
[Reply]
dalam banyak2 kad bank haku… yg paling haku hangen skali mestilah kad atm maybank haku ittew… dinch pakai lagi forever!!! menci sangat!!:angry: dh 3 kali tukar kad baru still rosak. gewarm betul. 1st mintak tukar diorang just reset password pastu ble haku try kat mesin atm luar bank tuh leh. cukup bulan nk cash out wet gaji, tup2 problemo plak. hanjeng!!!
2nd time rusak aku gie kaunter yg sama balik (2 minggu slepas tuh) n mintak diorang wat kad baru. diorang tak kasik cuz diorang tengok kad tuh dok elok lagik. lagila aku geram. diorang reset password and suh try kat mesin luar. buleh plak… p**im*k betul!!!
aku tak pueh hati. balik aku try skali lagi kat mesin dekat dengan rumah. tup2 memang takbley. 10sion toksah katalah…
3rd time aku pegi ngadap kaunter tuh lagi (seminggu lepas insiden kedua). aku patahkan kad pastu cakap kad hilang. bayar wet wat kad baru, 30minit pastu kad baru siap.
sempat pakai sebulan, cip kad tuh terkeluar. nk kata aku nie ganas cam batista, aku rasa aku nie ala2 grace kelly jewr. so aku pun dh nekad utk tutup akaun tuh porr-eberr!!
aku cash out rm2000 dari bank aku yg lain, deposit masuk maybank, then aku withdraw balik semua cash dalam maybank (maybank sial nih kalau nk cash out semua takleh below rm2000, aku dh wat research ttg mende nih). so skarang nie aku nyer balance ada namblas hengget jewr dalam maybank tuh. lantaklah…:hoho:
[Reply]
ehem ehem.. reply cara baru nampaxxx… jelessz aku
[Reply]
psal pncuci muka tu plakk.
slalu nyer mmg la mcm tuh.
elok2 ko guna 1 produk.
dgn tiba2 ko tukr produk lain.
so kulit ko bl0m nk sesuaikn diri lagi.
soo akn la da hal jerawt n segala bagai.
so ko bg la peluang kt produk ko tuh.
jgn ko cmpk ke longkang plak yer.
wahahaha
[Reply]
:haha:nak tiru ar cara koo..kuang3x
[Reply]
mner sderhh
ak sbg seorg prmpuan.
harus mnjaga kulit dan wajah ku ini.
tmbh2 utk prom night diz year.
hahaha..
:haha:
isk3.
bersepah ya bagaii.
stok kt skolah yg 2-3 thn xde org kemas pown chantek lagi tau.
hahahah
xde la seram mner.
tp agak arr.xseram.
kakakaka
owhh yer.
ape plak smbungan lepas ko smbg dgn ckgu tuh??
jd ker ko baca surt khbr??
ke lupa tros??
hahaha
[Reply]
akaun sspn tu utk pendidikan tinggi gak..ape tah nama penuh..lupe dah..sape2 yg berumur 1-18 taun kne ade akaun tu..so nnt kalo nak msk ipta,nak mntk ptptn sng sket..mcm kte ni tatau r..sbb di perkenalkan since last year..esp utk budak2 spm..kte ni stpm..umo da 19 ms tu..hehe..so,x sure cane..nak phm btol2,g tnye sape2 yg pakar..ehe
[Reply]
ler…kat shah alam ade la JPN…kat seksyen 9…plaza massalam…
[Reply]
mak aih…panjang berjela…aku tipulah klu aku kate aku bace semua smp abes…haha…aku bace smp abes tapi skip2…hihi…byk betul cerita kamu yer…boleh wat filem nih…hihi
[Reply]
Add A Comment