/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Mar
31

Wakenabeb~

Posted by deennasour

Hari apa ya, deen tak ingat..jam menunjukkan pukul 8 pagi. Entah kenapa angin minggu ini rasa nak baca surat khabar..haiyaa….salu malas nak baaca, sebab asyik2 pilihan raya, tapi kali ni pun sebab pilihan raya, saja nak tau kes tarik tali Terengganu, adakah PM nak main tarik tali dengan Sultan a.k.a Agong? Tak ke haru tu? Dalam kesejukan pagi nan mendung…ringtone monophonic [betul ke ejaan ni] nokia 3 series iaitu 3310 berbunyi…..number 012 maxis..sapa plak ni? potong stim gua nak baca surat khabar..

Panggilan Hangit 

Hello, deen menyapa, nak kasi salam, kang orang cina plak, haru biru dia nak jwb…Ditalian loghat kedah sedang menyapa. Aiyak?. deen memang ramai kwn kat kedah termasuk bakal isteri insyaallah. Tapi sapakah gerangan di hujung talian, tidak mungkin wanita kerana suara garau amat terserlah.

Di talian, “Haloo~ Tak kenal lagi ke ni sapa? takkan dah lupa kot?”

Deen jawab, “Erm, tak ingatlah, sapa ni ek?”

Di talian, “Alah takkan dah lupa?” membawa loghat Kedah seh…

Deen jawab, “Mamat mana plak bwat panggilan hangit kat aku pagi2 ni..aiyoo…[dalam hati lee]”

Di talian, “Ni ha, cikgu Saiful….”

Deen jawab, “Cis, ingat sapa la tadi, mu ni k, tok reti nok introduce namoo awey2 ko?” deen bawak loghat kelantan sebab cikgu Saiful ni org Kelantan, entah bila plak dia belajar loghat Kedah…wakenabeb plak..

Deen dah cuak dah sbnrnya, mana tak, cikgu ni ajar Sejarah 2, deen agak teruk gak keputusan Sejarah 2 ni, dan cikgu Saiful antara cikgu yang deen tak berani call masa result kuar.hehe.gubra seh. Tapi dia kata, dia tpon sebab dia dengar ramai yang kata result deen bagus…hehehe..harum gak nama gua beb..alhamdulillah~

Lama gak kitorang bergayut ala2 romeo dan juliet, deen tak kesah, cikgu punya kedit, gua belasah. Dia pon tak ada kelas, kalau korang mengikuti telenovela sepanyol deen, Cikgu ni lah yang bertanggungjwb ajak deen jadi tukang karut kump. dikir barat sekolah….mmg rapat gak dgn cikgu ni, tapi rapat tak sampai pijak kepala, sebab cikgu ni gangster owh…haha. dalam bonet keta mcm tool dan weapon utk menghadapi musuh….hehe

Hantu owh Hantu

Pada hari sabtu 29 Mac, deen pergi keje. Bos panggil sebab nak kemas segala filem arkib lama dalam stor. Fuh, mula2 rasa sengal dan malas nak pg sebab bos pggl 3 org je turun keja..tak aci. Memandangkan bos deen beli kasi sponser makanan favourite deen, nasi ayam, maka sejuk gak ati ni…thanks bos!!

Stor arkib dan penyimpanan filem2 “NG = no good” adalah merupaka stor yang setahun 2-3 kali ja dimasuk oleh manusia..hehe. Tambahan pula Bangunan Filem Negara pun dah lama. Tahun 60-an tak silap, dah bukak. Terkenal dengan kisah Sang kancil. Watak suara monyet makan cili still keja kat sini tau. Nama pun sama dengan nama deen. Haha.

Oleh kerana bangunan lama, maka lumrahnya pak guard sering lah diganggu oleh makhluk2 lain ciptaanNya. So, ketakutan tahap cipan andai berada di opis lepas pukul 7 petang. Terutama di kawasan2 yang sering diperkatakan termasuklah unit suntingan. What? unit deen tu. Tapi alhamdulillah, sejak Mei tahun lepas, sampai Februari tiada gangguan yang deen alami. Tapi kwn deen perempuan dah kena, sampai cuak lalu tpon deen, tapi gagal mendapatkan pertolongan deen. sorry…..

Sampai lah bulan Mac 2008, 29 maac. Hari sabtu mggu lepas. Deen, Zul dan Mr.Kumar ditugaskan merekod filem2 lama dan arkid untuk dilupuskan. okay segalanya berjalan lancar sampai tgh hari. Deen bertindak sebagai pencatat. Waktu rehat. Deen letakkan segala kertas catatan di atas kotak filem. Ingat betul2 deen letak di atas KOTAK FILEM. Lalu terus makan nasi ayam dan meninggalkan bilik stor yang usang.

Mr.Kumar terpaksa balik lepas rehat. Deen dan zul pula meneruskan tugas tapi deen agak lambat sebab tdoo….Zul pun satu malas nak kejutkan deen sebab sudah diketahui deen kalau tdoo jgn di kacau, nak makan kasut boleh le kacau. So, Zul pun teruskan kerja pada pukul 2 petang dan deen start pukul 2.30 petang. Masuk stor, Zul bagitau rekod filem tahun 1980,1982,1990,1991,1992, dan 1993 hilang. Aik? Sapa nak ambik? Bukan untung apa2 pon curi mende tu.

Nak kata Mr.Kumar bawak balik, mustahil, kenapa tak bawak semua sekali? Kat umah dia bukan ada filem lama nak catit kan umah. Dalam kekonpiusan itu, Zul dah pandang muka deen, deen pandang balik, sebab syarat utama kalau berlaku mende camni, JANGAN PANDANG BELAKANG. KEDEBAM!!!! Seperti kisah2 hantu yang lain, mesti pintu menjadi subjek utama menakutkan mangsa. Dan tiba2 pintu stor tertutup.

Entah kenapa, deen and zul boleh tergelak, maybe sebab cover takut la tu….Suasana hari sabtu mmg sunyi, kerajaan cutikan….Dah lah unit deen ni berada di bawah tanah. Maka kegelapan amat kelihatan. Deen dan zul ambil keputusan meneruskan keja seperti biasa. Malas nak kesah. Then deen nak ambik sarung tangan, sebab filem2 lama ni ada bahan kimia yang beracun. Bahaya tau kena tangan, mata ke, so deen ambil le sarung tangan yang deen letak kat tepi kantung filem, ingat! TEPI KANTUNG FILEM. Dalam kantung filem tu ada kotak dan filem2 yang terpotong dan sampah sikit.

Tapi, sarung tangan deen tinggal satu. Aik? Takkan ada orang nak rembat gak mende ni…aiyo…Tiba2 Zul senyum, apahal mamat ni? Tiba-tiba zul bersuara, ” Deen, ko ingat tak cerita spiderwick? yang barang budak2 kat umah tu kena sembunyi kat dalam dinding?”

Owh, ignatkan apalah tadi. Zul ni memang kasi suspen. Fuh, deen jawab deen ingat. Dengan bodohnya deen buatlah lagak macam cerita Spiderwick, ketuk le dinding 3 kali. Mana tau dari sebelah nanti ada lagi ketukan 3 kali membalas. Tok Tok TOk…deen ketuk. Ternyata tak ada mende. So kerja diteruskan. Sampai lah pukul 3.30 petang.

Zul mintak kebenaran dengan bos nak balik. Deen pun nak balik gak, tak berani owh sorang2…Zul bgtau le yang ada rekod ilang. Bos ilek ja. Mentang2 dah ada pengalaman kena kacau antu…ilek lah plak. Zul pun cerita lah yang masa dia start masuk stor, dia ambik lah rekod catatan yang deen tulis pagi tadi atas KERUSI. Diulangi, ATAS KERUSI. Sedangkan masa rehat tadi deen letak atas KOTAK FILEM.

Deen pun bagitau le dengan Zul, “ko bia betul zul? aku tadi letak atas kotak ni..”

Zul balas balik, “Ko bia betul, aku ambik atas kerusi tadi..ko jangan deen…”

Bos deen bersuara, coba carik kata mana2 ke, mesti ada. Tapi deen dan zul dah carik dah. Tak ada gak. Last2 bos deen suruh selongkar KANTUNG FILEM, tengok2 ada plak kertas tu dalam timbunan filem2 dalam kantung filem tu. Ikut logik, takkan le angin boleh masuk dalam stor tu, dan tiup kertas tu sampai masuk ke dalam timbunan filem. Kalan di  masuk dalam kantung, dan berada di atas timbunan filem, logik gak, tapi ni dalam timbunan. Tersorok. Fuh, sabar je lah…

Bos deen senyum ja..aiyak.makin le seram. Dia leh buat dek. Dia penah kata, Jangan takut, kita tak kacau dia, dia tak kacau kita lah….Maksud perkataan DIA tu lu pikirlah sendiri…..hayun sikit kelapa korang tu…pikiaq..!! Maka deen dan zul terkesima. Bos deen masuk balik bilik dia. Zul pandang muka deen. Kedua-dua kami tergelak. Aiyak.

Sempat lagi zul kata, “kami datang sini nak buat keja je, tak kacau orang…” hehehe, nak tergelak gak dengar zul kata camtu.hehe..Deen rasa pelik. Terasa nak buat menda bodoh ala2 rancangan SEEKERS….lalu deen ambik kamera digital compact deen untuk menangkap gambar…Mula2 Zul tangkap gambar deen. Kabur. Seterusnya clear.

Deen tangkap gambar plak. Setiap sudut. Tiba2, terdengar bunyi syiling stor berbunyi….Bunyi ketukan. Zul dah tergelak. Deen pun sama. Entah kenapa. RAsa macam dalam filem plak kena kacau camtu. Mentang2 hari siang, berani lah, kalau malam? Kompom lari pecut 100 meter. Deen dah bunyi tu stop le snap sana sini. Warning tu. Dengan bodoh nya deen and zul pg tgk gambar yang disnap satu2…tak ada mende lar…haha. Tapi misteri tetap misteri.

Baru first time kena..aiyak!! Banyak takut owh…..hehehe….

Copy of S6303194

Copy of S6303195

Copy of S6303199

Copy of S6303201

    MyAvatars 0.2
  1. manje Said,

    uih seramnye… ape benda yg byk2 dlm gmbr tuh? :scare:

    deennasour~ tu tin bulat, dalam dia ada segulung filem durasi 90 minit..filem2 yg di anta pg cineplex masukkan dlm tu lah…

    [Reply]

  2. MyAvatars 0.2
  3. cuakteam Said,

    :blinkeyes::blinkeyes: tengah-tengah boleh lagi layan tangkap gambar ek..pelik-pelik

    deennasour~ hehe..nak takut apa..haha, layan jerk

    [Reply]

  4. MyAvatars 0.2
  5. ymaeirra Said,

    :ask:Knape aku rase xseram tp nak t’gelak ek????haha.
    weh.. aku just nak bgtau..,,deen..aku blit 26 o 27 bulan 4..hehe..dah bis study..insyaAllah,,aku smbg blit study bln 7…doakan yerk!:happy:..tp..hua…tencen..exam 14/4 ..stdy week smgu jerk..dah ler xde gaps lnsung…nak bunuh org aper…aiyok. hehe.. itu je nak ckp.. tkut ko rndu plak kat aku..hua hua hua..
    jap.. ader gak ckgu cepul ksygn korang lam blog ko..haha..

    deennasour~ good luck yma..pastikan dapat anugerah dekan seh..bangga aku…ngee~ ko gelak ke baca crite antu tu? aku pun tergelak masa kena kacau tu..hehehe….cikgu saiful tak datang blog aku, nama je anda~

    [Reply]

  6. MyAvatars 0.2
  7. Anysz Said,

    :happy:bestnye…teringin nak discover tempat2 dalam gamba tuh

    *aku suke skodeng bilik org..kuang3x

    deennasour~ kalau nak discover, pastikan ko pg malam ek..baru adventure~

    [Reply]

  8. MyAvatars 0.2
  9. hafifi Said,

    hati2 naik tangga tu, kang jatuh plak..

    deennasour~ tangga tu rendah jer..kalaiu jatuh kurang2, patah leher patah kaki jerk….hehe

    [Reply]

  10. MyAvatars 0.2
  11. Izzudin Said,

    psttt… berkate-kate ttg spiderwick… utk pengetahuan kamu… aku telah pon tgk spiderwick!!! gile besttt…. heeee

    P/s: Tengok CD cetak rompak. Aku tak beli!!! Pinjam je… :spect:

    deennasour~ ko memang tak pernah beli barang ori..apa daaa~

    [Reply]

  12. MyAvatars 0.2
  13. emet Said,

    :ask: deen kat atas tu ngko ke?

    deennasour~ kat atas tangga tu deen ler~

    [Reply]

  14. MyAvatars 0.2
  15. kawaii_desu Said,

    :ask: ish dah tau misteri lagu tu lagi mau amik gambaq… tak tgk cerita shutter ka?

    deennasour~ hehe..best apa..ngeh ngeh

    [Reply]

  16. MyAvatars 0.2
  17. .BabY SheR. Said,

    hahaha
    izz
    cetak pown cetak lerw.
    agagaga

    [Reply]

  18. MyAvatars 0.2
  19. Truckster Said,

    ingatkan wakenabeb april fool ke hape tadi

    deennasour~ lom ada lagi post tarikh 1 april bro…ilek2…

    [Reply]

  20. MyAvatars 0.2
  21. Azhar Ahmad Said,

    Euwww, idaklah saya nak masuk dalam tempat ginih,,,,

    Anda adalah penerima Anugerah Frekuensi Komentar tertinggi Teratak Nurani Bulan Mac 2008. Check it out!!!! http://azharahmad.com/blog/2008/04/01/bluehippo-menari-menari-tentu-comel-bukan/

    p/s Cepat hantar alamat. Kang hantar kat deennasour kang, org tak tahu plak….

    deennasour~ kalau dah kena arah keje…terpaksa gak bro~ ok2..nanti deen kasi alamat oraitz

    [Reply]

  22. MyAvatars 0.2
  23. Izzudin Said,

    bekenaan balasan kepada komen saya sebelum ni.. saya menafikan sekeras-kerasnya… dengan ini saya hendak menfailkan saman RM1 sen kerana trauma dan RM3 sen untuk gantirugi memalukan. Dengan itu, jumlah saman dibundarkan kepada RM5 sen… jimat dan SENang kira… heee :good:

    deennasour~ senang kira apa..cuba tak payah pakai sen2…walaupun 10 sen..lagi senang kira~

    [Reply]

  24. MyAvatars 0.2
  25. aiNuL Said,

    wow..cikgu call student..bertuah tu..hehe..saye nih agak segan nak cntct2 dgn mn2 cikgu y ajar f6..esp cikgu utk computing..haihh..

    erk..tnye leh?di sbb kan b’pinar mata bc pjg2 ni,tatau lah kot ade t’lepas pndng..erm..jmpe ke sarung tangan yg tggl satu tu?hehe

    [Reply]

  26. MyAvatars 0.2
  27. deennasour Said,

    hehehe..mestilah best.kite dgn cikgu mcm isi dgn kuku…ngehe rapat jerk..
    erm, saru tagnan tu?
    jumpa…tapi kat tempat yg tersorok…~

    [Reply]

  28. MyAvatars 0.2
  29. Hairi Hensem Said,

    :cute:
    cute mute semer, http://www.adusiswa.mypenggerak.org <– komen dan aduan

    [Reply]

  30. MyAvatars 0.2
  31. deennasour Said,

    cute mute semer?
    aku lom jadi siswa..hehe..
    bakal siswa ada ler…hehe

    [Reply]

  32. MyAvatars 0.2
  33. mims Said,

    ooo…aku ingat kan yg banyak-banyak tuh pinggan nk wat kenduri…hahah

    [Reply]

Add A Comment

:confused: :cry: :exclaim: :grin: :lol: :mad: :question: :rolleyes: :sad: :smile: :wink: more »