Apr
27
Posted by deennasour
Erm, engkau bulan, engkau matahari dan engkau pula awan yang berarak pada paksi masing-masing dan bergerak mengikut gerak nadi denyutan. Ingin mencapai Zurah? Ataupun Pluto nun jauh di ufuk pedalaman galaksi bima sakti….Carilah siang tanpa matahari nescaya engkau akan berada dalam kegelapan, dan bisakah malam itu indah tanpa kerdipan bintang neon? Read the rest of this entry »
Apr
25
Posted by deennasour
Sapa-sapa yang rasa masih mempunyai kelapangan ataupun panggung wayang di tempatnya mempunyai kadar kelambatan untuk menayangkan sesebuah filem..silalah pergi ke panggung dengan segera…hehe. Deen mengajak kamu semua untuk menonton Nim’s Island yang telah ditayangkan sejak awal bulan April…macam mana deen bleh lupa sedangkan dari bulan Mac lagi deen rancang untuk menonton filem ini tapi akhirnya lupa….adeh Read the rest of this entry »
Apr
21
Posted by deennasour
Waha…..ni kali kedua tengok wayang minggu ni selepas Congkak. Wah sakan2.Mungkin faktor inilah deen kena cop suka berfoya-foya oleh Sallikin.Salu seminggu hanya sekali, entah kenapa minggu ni bersemangat giler tgk wayang. MAybe sebab kat ofis terlalu lah sangat membosankan dengan kerja yang memfeninkan kepala dan persekitaran kerja yang memusingkan kepala hotak diriku ini. Maka, untuk melupakan semua itu, marilah kita menengok wayang. Selagi ada masa ni, dan masih blom start sambung study, baek gunakan masa yang ada….lagipun, kerja deen ni pun melibatkan mende bernama filem, seharusnya mengupdatekan diri dengan segala macam filem yang masuk panggung~ Read the rest of this entry »
Apr
18
Posted by deennasour
AMARAN : pesakit jantung dan ibu mengandung dilarang untuk menonton filem ini kerana ditakuti jantung anda terhenti mahupun terjatuh tergolek di dalam panggung wayang dan ibu mengandung pula dikhuatiri terberanak di dalam panggung dan menamakan anak mereka congkak…dush2..tak guna punya mak bapak kasi nama anak congkak….huh!!
17 April 2008 adalah hari pertama tayangan filem congkak…kawan deen tak percaya plak. Ek eleh sengal tol, kerja dengan filem negera pon tak leh tau bila Congkak kuar wayang..adoi2..apalah..nasib baek deen ingat..hehe. Tapi apakan daya kawan opis deen yang deen ajak semua dah ada program sebab deen ajak diorang kira2 pukul 4 petang..semua dah ada plan lain..hehe. Pagi gua busy lah beb, ingat gua kat opsi goyang kaki je ke? ngehe…sorry2 yerp
Lalu diri ini tepat pukul 5 petang keluar dari opis sorang2 pergi ki Mid Valley Mega Mall untuk menonton CONGKAK!!! Deen ada gak ajak KAK ECAH KOOP tapi dia dah ada program lain..pon deen ajak kira2 pukul 5 petang..kah3, sorry baru teringat..banyak sangat keje so lupa lah…jangan kata kite tak ajak ek..owg ajak tau, you jek tak nak ikut i…au..
Actually kawan deen incik Shahrinz dah book tiket pukul 7.30 petang untuk deen sebanyak 4 tiket. Nah rugi lah sapa2 tak nak join deen…siap book..korang perlu datang jerk. Tapi dah tak ada owg sudi nak datang nak bwat camna, kite kan tak ensem, sapalah sudi kuar dgn kite..kah kah kah….tapi oleh kerana deen datang awal, kira2 pukul 6pm. Maka deen tengok le wayang Congkak kol 6.45 pm..tak lah tunggu lama sangat kan? berbekal pop corn and coke [alamak!! mampos gua kalau awek gua tau!]
masuk le panggung..ting ting..sorang jerk? tak ada org ke?
Seram sejuk gak sorang2 kat dalam panggung yang besar tu..tapi tak pe….gua gagahi jua dengan imagine sesuatu yang best dan tak ada kaitan dengan hantu pontianak semua tu..takot owh.. Pukul 6.45pm barulah ramai orang masuk..hehe..dah start dah…ARGH!!!!!!!!!!!! JENG JENG JENG… Read the rest of this entry »