/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Apr
25

Nim’s Island

Posted by deennasour

Sapa-sapa yang rasa masih mempunyai kelapangan ataupun panggung wayang di tempatnya mempunyai kadar kelambatan untuk menayangkan sesebuah filem..silalah pergi ke panggung dengan segera…hehe. Deen mengajak kamu semua untuk menonton Nim’s Island yang telah ditayangkan sejak awal bulan April…macam mana deen bleh lupa sedangkan dari bulan Mac lagi deen rancang untuk menonton filem ini tapi akhirnya lupa….adeh

Nasib baik gak Elliv, ajak deen kuar tengok wayang kat Berjaya Times Square ahad lepas.Kenapa ari ni baru nak wat posting? Blog tgh upgrade daaa…. Maka terpandangkan tayangan Nim’s Island yang hanya tinggal sekali tayangan..haha…kesian. Elliv ajak tengok Congkak, tapi deen dah tengok…ajak lagi tengok Over Her Dead Body, pun deen dah tengok..hehe. Hidup kena pantas..ngaa~

Erm, dan akhirnya menonton Nim’s Island. Ya, tgk treller dah tau citer ni lawak. Dan bermulalah kisahnya…jeng jeng jeng….

Sinopsis~

Mengisahkan mengenai seorang duda beranak satu tinggal di sebuah pulau yang tidak diketahui orang. Dan Lelaki itu juga merupakan seorang penganalisis dan pengkaji. Anaknya Nim, seorang yang gemar membaca buku. Pada satu hari, ayahnya ingin belayar di tengah lautan untuk mengkaji satu hidupan laut. Nim enggan mengikuti ayahnya dan tinggal keseorangan di pulau bertemankan rakan haiwannya iaitu anjing laut, sesumpah dan seekor burung.

Satu hari, ribut taufan telah melanda lautan pasifik dan ayahnya tidak pulang tepat pada masanya. Pada masa yang sama, seorang penulis novel kesukaan Nim telah ketandusan idea untuk menulis novel lalu cuba untuk mencari jalan penyelesaian dengan menghantar email kepada ayah Nim. Nim membalas bagi pihak ayahnya dan menggelarkan dirinya rakan pengkaji ayahnya.

Sesuatu yang buruk telah berlaku kepada Nim apabila dia telah jatuh dari gunung berapi. Umur yang masih mentah menyebabkannya tidak tahu bagaimana untuk mengubati lukanya lalu bertanya kepada si penulis novel menerusi email. Mulai saat itu, penulis novel itu mengesyaki Nim keseorangan di sebuah pulau. Dan Nim pula berharap penulis yang difikirkannya seorang hero seperti dalam buku novel yang dibacanya datang ke pulau untuk menyelamatkannya serta ayahnya.

Penulis novel itu berperang dengan perasaan sendiri. Dan akhirnya sedaya upaya menyelamatkan Nim yang keseorangan di pulau itu. Dan mampukan penulis itu menempuhi segala rintangan. Ombak dan gelora laut. Dan kedudukan pulau yang tidak diketahui sesiapa. Bagaimana penulis itu menjejaki Nim? Mampukah? Penulis itu juga seorang perempuan…..Nim juga seorang perempuan..boleh kah perempuan menghadapi situasi itu? Dan apa pula terjadi kepada ayah Nim?

Korang nak tau? Pergilah ke Pasar Malam dan carik filem Nim’s Island. Atau jika masih sempat lagi..pergi le tengok kat panggung…deen kasi filem ni 4 bintang daripada 5 bintang..banyak kan? sebab cerita ni di olah dan di garap secara berbeza daripada filem-filem lain. Cara penceritaan dan persembahannya agak berlainan. So korang kenalah tengok..wajib tonton!!!

 

 

    MyAvatars 0.2
  1. baboon jadian Said,

    :draw:
    salam…ohoooooooo.masa tok la ktk duak membuat panggilan hangit!!!!ahaks…lain la rupa elliv kinek tok…mcm student jak.ehe..nang pun nya student…huhuhuhu.ahaks,aku terbaca yg ktk org sik jadi agak izz,sbb loque belom cuti…ahaks,sik saba aku nak baca entry ya kelak…grenti gempak’s

    [Reply]

  2. MyAvatars 0.2
  3. Izzudin Said,

    wah menarek citer camnih… mustee menengokz… :barf:

    [Reply]

  4. MyAvatars 0.2
  5. Anysz Sengalnerdz Said,

    :happy:eee nak usha elliv larh *larikk

    aku bru pas tgk forbidden kingdom..best gak

    nim’s island beli cetak ajelah *semunyik cepat2:spect:

    [Reply]

  6. MyAvatars 0.2
  7. ayie Said,

    hai deen.. aku x nak komen cter ni.. tapi saja singgah jap kat blok deen, saja nak tgk ape yang terbaru.. hmm.. tp asyik prebiu filem jer.. x der yang menarik nak dikomen,, he he, sory da lama x keep in touchh.. busy la.. skng ni student ngah final.. jd bnyk benda nak kena buat.. paling penat kena mark seratus lebih paper dalam masa 4 ari.. mana sempat woo,,, da la tulisan macam macam jenis… rupa rupanya baru paham nape dulu my lecturer suruh jaga tulisan… he he.. tapi dalam dowk sibok tu sempat gak g bejalan.. ayie baru balik dari penang island.. saja hilangkan tension.. seronok gak.. huhu… so wat ur decision sambung blaja or keja?? or bekeja sambil blaja?? ape aper ar,, yang penting wish u good luck.. cow..

    [Reply]

  8. MyAvatars 0.2
  9. deennasour Said,

    BABOONJADIAN~ anda terkena panggilan hangit dari public phone..kah kah kah…saje nak guna public phone…lama tak pakai tpon tu..kah kah kah..syyt!!! jgn bising..owg yg kite nak jumpa tu tak tau lagi….kang dia larik pg siam…kah kah kah…wanna join? come to KL lah beb

    ANYSZ~ aku mmg nak tgk citer tu, lom ada kelapangan….yg filem2 inggeris aku tgk kwn yg ajak…so aku ikut jerk…

    AYIE~ayie..halooo my bro!! lama tak dgr citer…nak sms takot busy ngaja student….hehe…takpe lah penat ngaja and semak markah, kang gaji besooo…pg penang tak ajak owg…aiya..mesti pg dgn sweet heart ni..dia kan baru abes spm..ngaaaa…sonok ah honeymoon?
    deen ada review pasal teater lah bro,,,,

    [Reply]

  10. MyAvatars 0.2
  11. loque Said,

    aku x minat criter genre2 cam nih…
    :barf:

    [Reply]

  12. MyAvatars 0.2
  13. deennasour Said,

    IZZUDIN~ citer antu tak nak plak ko tengok…penakut tol!!!:haha:

    LOQUE~tak minat? hehe, gk citer lain la

    [Reply]

  14. MyAvatars 0.2
  15. loque Said,

    aku suker tengok citer the sleeping dictionary…
    :haha:

    [Reply]

  16. MyAvatars 0.2
  17. elliv Said,

    ehek! :cute: hensem gak aku…. (prasan..) xde ke awek2 yang nak? bleh antar resume apply kekosongan… ekekeke! gambar 1 in the million xde? sedih2…. waaaaa! urrp~

    [Reply]

Add A Comment

:confused: :cry: :exclaim: :grin: :lol: :mad: :question: :rolleyes: :sad: :smile: :wink: more »