/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

May
04

Saya Tidak Bersalah!!!!

Posted by deennasour

Salahkah saya membuka baju? salah kah saya membuka baju dan mendedahkah dada saya yang kureng bidang dan mantap ini? Saya lelaki, bukan perempuan yang mempunyai benjolan di dada…kui kui kui….lelaki hanya ada sebidang dada yang bukan aurat. Dan perempuan mempunyai buah dada yang di anggap aurat.

Tapi, kenapa apabila artis2 perempuan menayangkan lurah2 dendam mereka pada pakaian seksi gila, tiada pula khabar berita mufti2 negeri “mengharamkan” artis itu mengadakan persembahan, sedangkan apabila seorang lelaki yang dipersalahkan membuka baju menampakkan dada [bukan aurat lelaki] dan juga dikatakan tidak kenal personaliti dan peribadi sendiri sehingga menganggap diri superman tidak pula dibenarkan mmbuat persembahan? aik? Perempuan yang ala2 beruk mak yey tak cukup kain yang nampak betis kadang2 ada bulu tak cukur dan juga memakai baju singkat di dada berpanau, tidak pula dihukum dan dikenakan denda…..ting ting…KITA SEKARANG SEDANG MENUJU KE ALAM JAHILIAH DI MANA KEBENARAN DI PERSALAHKAN, KESALAHAN DI IYAKAN…..SETUJU?

Negeri Perlis tidak membenarkan Faizal Tahir membuat persembahan di Jom Heboh di Perlis…kenapa? sila baca berita di Berita Harian. Anda akan berasa dunia ini sudah terbalik…jahil kah kita? Masalah nya di sini bukan di lihat Faizal Tahir tidak dibenarkan membuat persembahan. Tapi perihal utama ialah, jika Faizal tidak dibenarkan, juga artis2 dangdut dan rock juga tidak dibenarkan, maka, kenapa tidak haramkan sahaja konsert Jom Heboh? Bukan kah itu lebih baik? Keadaan di sini umpama, di dalam sebuah kelambu, hanya di bunuh seekor nyamuk, sedangkan tempat pembiakan nyamuk di tepi kelambu tidak pula diendahkan….boleh pakai tak perumpamaan tu?

Pada pendapat deen, etika2 dan ciri2 artis yang patut di denda ialah seperti berikut :

  1. Membuka aurat, tidak kira lelaki atau perempuan.
  2. Menggunakan dadah sebagai meningkatkan stamina untuk meloncat2 atas pentas.
  3. Berambut panjang bagi lelaki, dan berambut terlalu pendek bagi perempuan [botak].
  4. Tidak berdisiplin dan memberi contoh yang baik [merokok, mulut laser]

Dan jika etika-etika ini di ambil kira, ramai tak orang yang akan pergi ke ujibakat AF, atau OIM, atau Bintang RTM untuk menjadi artis? Susahkah mencari makan jika seorang artis bertudung? Tidak, sedangkan Waheeda boleh mencari makan sebagai artis bertudung? Dan kumpulan Rabbani bertutup aurat bersopan pun dapat juga rezeki. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Menyingkap peristiwa Faizal Tahir di denda kerana membuka baju. Atas sebab itu beliau telah di denda. Dengan alasan kurang sopan. Mendedahkan dada dan badan. Tidak relevan!! Sedangkan ada sesetengah artis wanita yang seksi lagi tidak cukup kain menyanyi tidak pula di denda. Kesilapan keputusan mendenda Faizal Tahir jelas tidak munasabah apabila kuasa Sang Pencipta membuktikan yang benar tetap berada pada jalan yang betul. Faizal telah merangkul anugerah dalam Anugerah Planet Muzik dan terbaru, 4 anugerah di Anugerah Industri Muzik..tidakkah itu tandanya Sang Pencipta ingin membuka mata orang orang yang buta di dunia ini bahawa kebenaran itu semakin jelas.

 Dan kembalilah ke jalan yang benar wahai orang-orang yang diberi amanah untuk memikul pangkat-pangkat, kerana tangan-tangan dan kaki-kaki kamu nanti akan menjawab segala pertanyaan di padang Masyar nanti….itu pasti!!

Tahniah kepada semua pemenang-pemenang Anugerah Indutstri Muzik ke-15….anda semua memang layak untuk menang….deen tak tengok pon anugerah tu, sekadar melihat keputusan di blog Izzudin. Sememangnya info seni muzik dan filem korang boleh dapat kat situ..hehe. Sini boleh gak, ibu pejabat utama..keh keh keh…

Seni itu indah jika di amati, Islam itu indah disulami seni, berhibur itu tiada salahnya, agar batas dan akhlak nya dijaga….besarkan jiwa kita, tatkala orang lain besar kepala. Mana satu pilihan anda? renung-renungkan, dan selamat beramal….

PSST!!!!:::  deen hari pertama tayangan lagi dah tengok IronMan, tapi entah kenapa tidak bersemangat untuk membuat review untuk filem itu, kerana rasa malu. Mengapa tidak ada filem Malaysia sebegitu rupa. Nak jugak ke review? Jom ke blog Shahrinz.

 

 

 

    MyAvatars 0.2
  1. loque Said,

    ye2..
    aku pon tertanye2 asal artis perempuan yg dedah sana dedah sini sampai menampakkan alur longkang tuh x kene tindakan..
    cis2..
    xpe2..
    kpd faizal tahir tahniah kerana mendapat award..
    ternyatalah anda artis lelaki yg berkualiti.
    peace!

    [Reply]

  2. MyAvatars 0.2
  3. aiNuL Said,

    entri nih mcm x puas hati dgn dr maza je..hehe..

    1stly,faizal tahir tuh bukak baju bkn hnye mendedahkan dada je en.deen..bahkan menampakkan aurat lelaki..yakni,pusat..((ni pun en.deen penah buat kan..pusat tu kan dah jd aurat bg lelaki))

    2nd,kita nih budaya timur..jgn la terikut2 cara barat..yg mnyanyi t’lompat2,bukak2 baju..

    n pasal cadangan haramkan Jom Heboh tu,dah ade mufti yang haramkan..mufti perak kan?tp ape tindakkan??di teruskan jugak aktiviti tuh..ni lah dia..ble pandangan/nasihat ulama x di peduli dan artis di agung2kan..

    [Reply]

  4. MyAvatars 0.2
  5. Izzudin Said,

    apsal nak haramkan jom heboh? tak munasabah… jom heboh kan karnival. untuk org bisnes memperkenalkan produk mereka. kalau konsert jom heboh lain ler… nyiahahaha… faizal tahir kalau kat luar negara mmg dah kaya-raya dah. x rase ke melayu fikirannya kolot? (abes lah aku kene kutok)… :haha:

    [Reply]

  6. MyAvatars 0.2
  7. buzzybug Said,

    i just don’t get it too… artis barat bukak baju x plak kena ban… hmmm…

    [Reply]

  8. MyAvatars 0.2
  9. kreuger® Said,

    :haha::haha:
    Kekekeke… aku setuju dengan pendapat nko deen. yang aku tak puas hatinye…

    kalau kene gam je, artis laki, kalau artis laki je… kene gam… ape kes nkorang ni…
    kalau pompuan kene gam… cam ne plak ek?
    Stim gile babas kot :p

    :angry::angry::hoho::hoho::hoho:

    [Reply]

  10. MyAvatars 0.2
  11. balqis Said,

    tapi, dari kite sokong jomheboh tu, elok-lah di’ban’ teruss. sebabnya jomheboh tu dipakejkan dengan konsertnya. :happy:

    [Reply]

  12. MyAvatars 0.2
  13. deennasour Said,

    LOQUE~ tu lah pasal loque…tu aku ckp, dunia dah terbalik..

    AINUL~ deen bwat pasal faizal tu intro jerk….kan deen kata soalnya lain…baca lek lok…hehe,
    deen bukan salah kan mufti…soalnya napa artis lain tak di “ban” hehe…..deen ni kadang2 jerk terover…keh keh keh

    lain2 tu nanti reply ek…nak kuar makan,,lapar…

    [Reply]

  14. MyAvatars 0.2
  15. deennasour Said,

    IZZUDIN~ kalau jom heboh tak nak diharamkan, media prima patut menegur artis2 agar tidak berperangai ala2 beruk mak yey….

    KREUGER~ tu lah pasal.dunia ini sudah terbalik…kalau pmpuan kena gam ok lah tu….bia diorang insaf sikit….sikit je lah kot…haha

    BALQIS~betul!! jom heboh tu, konsertnya umpama klimaks…..kena ada….tk salah nak bwat konsert, tapi berpada2…..kalau nak ban sana ban sini, baik haramkan terus….apa kau dapra…hey presto,,hey magic trick kau ahli silap mata….wakaka

    [Reply]

  16. MyAvatars 0.2
  17. janggeltrekking Said,

    Aku sokong Faizal Tahir gak… ~gemuruh jiwa, semangat membara…dari puncak tinggi ke angkasa!! lalalalala~:happy:

    [Reply]

  18. MyAvatars 0.2
  19. Anysz Senglnerdz Said,

    :barf:plezzzz!! Faizal Tahir??

    erm isu ni panas gak..aniwae aku sokong konsert jom heboh takde
    sebab bila ade konsert jom heboh
    aku x dpt nengok cite HEROES..huhuhu :draw:

    [Reply]

  20. MyAvatars 0.2
  21. kreuger® Said,

    :good::good::good:

    Ah… walau ape pon nkorang kate kat Faizal Tahir, tapi aku respected kar suare dia. Memang powers…. pitching tak lari ma…

    Kau memang best Faizal Tahir.

    Nanti aku slow talk kat diaorang suruh suara nko je pg buat konsert. Badan nko tak payah datang pon tak pe. Sebab suare nko kalau kene ban, nko still leh cakap dan nyanyi kan…. kuakuakuakuakua….

    Sengal ape nak jadik ni???

    Aku tak salahkan sesape… sendiri pon ade salah…

    1 fingger point to others 4 will return to you!

    Lu pikirlah sendiri… :nocomment:
    Kreuger®

    [Reply]

  22. MyAvatars 0.2
  23. deennasour Said,

    BUZZYBUG~ tu lah pasal…apa lah salah si Faizal tu di “ban” dah kena denda dah le…hik hik

    JANGGELTREKKINGhuhu…sedap sore nyanyi eh…go go faizal..tapi saya bukan peminat faizal yer…hehe

    ANYSZ~ tu jpwn penting kan diri tu….aku suka lagi jom heboh tak ada sebab, takut mak mak bpk nyusahkan jerk, anak terbiar…kejap2 lagi ada le pengumuman budak2 nanges2 carik mak bpk..wakaka

    [Reply]

  24. MyAvatars 0.2
  25. loque Said,

    2 tande2 kecil kiamat…
    aku rase form 3 ader blajar..
    tol x iz?

    [Reply]

  26. MyAvatars 0.2
  27. deennasour Said,

    LOQUE~ benar ya syeikh…:good:

    [Reply]

  28. MyAvatars 0.2
  29. miyn Said,

    uishh, introduction yg mnarek, haha..tergamam seketika *malu sbg sorang fomfuan even x penah buat bnda2 tu*

    [Reply]

  30. MyAvatars 0.2
  31. mangkok ayuun Said,

    kalo dia hidu aku punya kentot suara dia lagi merdu. korang nak pun boleh…
    aku tak kenakan bayaran:barf:

    [Reply]

  32. MyAvatars 0.2
  33. loque Said,

    bagoess…
    ingat lagi..
    yay!

    [Reply]

  34. MyAvatars 0.2
  35. blogmenjerit Said,

    :well:

    layan je la. kuikui…

    [Reply]

  36. MyAvatars 0.2
  37. deennasour Said,

    MIYN~ jgn buat kalau tak buat

    MANGKUKHAYUN~ yeke? wah hebat tol kentut ko…haha….kalau nak camna? bleh send guna email tak?

    LOQUE~ uiks?

    BLOGMENJERIT~ apa lah nasib…layan…..zas

    [Reply]

  38. MyAvatars 0.2
  39. loque Said,

    ingat lagi subjek yg aku blajo lame2 dulu..
    hohoho..

    [Reply]

  40. MyAvatars 0.2
  41. farhan Said,

    tu lerr…nak wat camne, lurah2 tu even haram tp org suka tgk…yg dada tue tak cukup smart…tu yg kena haramkan tue….

    [Reply]

  42. MyAvatars 0.2
  43. myfath Said,

    sebab faizal tahir ni bagus la diorang denda dia. dia akur je. tak macam artis pompuan. kalu kena akan melenting n bising2. malaysia kan pelik, dari politik sampai hiburan.. dari hiburan sampai la politik. memang pelik. jadi ape2 pun yang penting buat macam mikel jekson, dia nyanyi buka baju tapi ada singlet kat dalam.. ok faizal.

    [Reply]

Add A Comment

:confused: :cry: :exclaim: :grin: :lol: :mad: :question: :rolleyes: :sad: :smile: :wink: more »