/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Jun
14

Filem Review - Pensil

Posted by deennasour

Baek, dah lama dah gua tak menonton wayang nih, terutama nya filem melayu siak. haha, paling latest gua tengok filem superhero, kalau filem melayu lak, gua dah tak ingat, filem apa ek? haha, tapi gua dah terlepas 2 filem melayu dalam 4 minggu lepas, iaitu Cinta U TUrn yang sengaja gua tak nak tengok, sebab movie tuh hasil karya pengarah yang agak tak best, tapi glamour Prof.A.Razak Mohaideen, dan filem satu lagi Apa KAta Hati yang jugak gua terlepas nak tengok on time…karya pengarah Puteri Gunung LEdang…tak pa tak pa, minggu lepas gua teramat sibuk so nak tgk wayang pon tak sempat….so kali ini..mari kita zoom~ke panggung wayang…..!!!! apa cer?

Pensil…kwang3…apa barang cerita ni, tak pernah dengaq pon kat tv, aptah lagi poster dia kat tepi2 jalan ka, sonok ka? actually deen pon pk menda yang sama masa tau filem ni kuar…publisiti dan promosi agak kureng bagi filem ini, mungkin disebabkan modal yang kecik sekitar RM400 ribu sahaja secara kasar yerp adik2….

Movie PENSIL ini bukan lah berkisar mengenai kehidupan sebtang pensil, apa kejadah nya buat cerita pasal sebatang pensil, tapi berkisar tentang orang empunya dan peminat pensil itu…ya ya, agak menarik bukan? poster dia lah yang membuat kan deen tertarik nak pg, dengan tulisan jawi dan warna poster yang pudar seolah ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh pengarah dan penulis skrip filem ini iaitu M.Subash..dan penerbitnya M.Surenthar…

diceritakan sinopsisnya secara kasar::

tersebutlah kisah seorang budak lelaki yang cacat, hitam pula kulitnya, jalan terkedek2 mcm itik, menyara kehidupan dengan mengambil upah menjual keropok dan kerepek di kampungnya. tetapi duit menjual kerepek itu sering dicuri oleh budak pompuan yang tak tau reti adab dan carik duit sendirik. akhrinya, orang tidak mahu menyuruhnya menjual keropok, tiadalah sumber pendapatan si cacat yang hitam bernama badrul itu. mak badrul terdesak lalu menjual basikal badrul untuk mendapat duit tambahan pula bapak badrul dah lama meninggal dunia…

nenek badrul yang baik hati telah mencadangkan badrul untuk menjual bubur kacang pula, tetapi badrul sekadar memberi bubur itu secara percuma kepada penduduk kampung lalu dimarahai emaknya, tindakan itu telah menyebabkan badrul menangis mengenangkan nasibnya.

badrul mempunyai jiran yang dilakonkan oleh Jalil Hamid, yang merupakan seorang yang tekanan mental akibat penderaan mental oleh bapaknya. dia telah bersikap agresif kepada budak dengan melakukan perkara seperti meliwat kanak-kanak tetapi berjaya dikesan oleh badrul lalu memberitahu orang kampung.

satu hari, emak badrul yang sebenarnya ibu tirinya, telah terpijak paku karat lalu kakinya dipotong dan menyebabkan badrul pula dihalau dari rumah. emak saudara badrul menghasut agar badrul di halau dan diberi semula kepada datuk sebelah emak kandung badrul..

pada masa yang sama, jiran badrul telah bertindak ganas setelah mendapat tahu badrul memberitahu orang kampung yang dia meliwat kanak-kanak dan bertindak menumbok badrul.

akhirnya seksaan dan cacian dan layanan yang buruk terhadap badrul telah menyebabkan nya pergi…..pergi jauh atas kerelaan hati neneknya….pergi ke satu tempat yang aman damai…. ke mana? korang pikirlah snediri kalau nak tau….hehe,

deen kasi 4/5 bintang untuk filem ini sebab berjaya buat deen menangis dalam panggung, panggung besar, tapi 5 orang ja tengok..deen tengok sorang, sebab last minutes plan..besalah..

AYUH KITA TERJAH APA KEISTIMEWAAN FILEM PENSIL INI.

  1. filem ini bergenre DRAMA seperti filem Sepet, Gubra, Mukhsin karya Yasmin…so sesiapa yang meminati filem Yasmin, pergi lah menyaksikan filem ini sebab, deen merasakan filem ini setanding filem Mukhsin….atau lebih baik lagi rasanya….
  2. latar tempat filem ialah di kampung orang melayu, dan penulis skrip/pengarah filem ini sememangnya patut diberi pujian 5 bintang kerana begitu sensitif dengan keadaan sebenar orang kampung, sememang suasana kampung di dalam filem ini berjaya dihidupkan…!! syabas!!
  3. mesej dan persoalan filem ini tidak lah begitu berat dengan unsur2 kemasyarakatan tetapi penulis skrip berjaya mempersembahkan sebuah filem dengan skrip dgn skrip yang padat yang mudah untuk ditangkap dan diambil ikhtibar..sememangnya menginsafkan…
  4. pelakon? setiap pelakon mempunyai karektor yang kuat, dan mempunyai perwatakan yang tersendiri selain penghayatan yang begitu menusuk kalbu sehingga mimik muka mereka sahaja sudah mampu membuat hati tersentuh terutama sekali watak badrul dan neneknya. sedih siot.
  5. meskipun konflik cerita agak ringan tidaklah begitu gempak tetapi unsur misteri yang dimasukkan menyebabkan penonton tertanya-tanya dan persoalan misteri itu terjawab diakhir cerita..

Tapi yang paling deen suka dalam filem ini ialah setiap watak berperanan menyampaikan mesej masing-masing, setiap watak membawa satu mesej yang mudah untuk ditangkap dan difahami oleh penonton. Syabas diucapkan kepada penulis skrip…

Filem ini silap2 boleh jadi filem terbaek fistival filem yang akan datang, serta menggondol anugerah pelakon terbaik….tunggu!!!!

 

    MyAvatars 0.2
  1. Anysz Sengalnerdz Said,

    :cry::cry: kat johor ade plak tayang cter camni:rolleyes:

    [Reply]

    deennasour reply on June 15th, 2008 6:00 pm:

    mestilah sebab cerita ni bagus..

    [Reply]

    Anysz Sengalnerdz reply on June 16th, 2008 2:01 pm:

    :cry::cry::cry: lagi best tgk the hulk :rolleyes:

    [Reply]

    Izzudin reply on June 16th, 2008 2:17 pm:

    lagi best tak nengok ape2… lalala

  2. MyAvatars 0.2
  3. syia Said,

    huwaa.. syia baca je sinopsis pun dh nk nangis.. kalau tgk dkt wayang ni.. mau syia banjirkan je seat :(

    [Reply]

    deennasour reply on June 15th, 2008 6:12 pm:

    hah? apa lagi, zoom pg tgk wayang

    [Reply]

    Izzudin reply on June 16th, 2008 2:17 pm:

    taknak…

    [Reply]

  4. MyAvatars 0.2
  5. Izzudin Said,

    citer nih blom tayang pon aku da jumpe review kate bestt… nak nengok la… donlot pon okess…. hikhikhik

    [Reply]

    deennasour reply on June 15th, 2008 6:17 pm:

    ko mmg lanun~:cry:

    [Reply]

    AarchKaiser reply on June 15th, 2008 9:23 pm:

    standard la … kaki download and torrent … wakakaka …

    p/s : kata kat orang aku pon sama gak … hehehhee

    [Reply]

    Anysz Sengalnerdz reply on June 16th, 2008 12:29 am:

    kite kena jimat..minyak naek *tetibe :cry:

    deennasour reply on June 16th, 2008 1:00 am:

    kalau satu ari nanti korang produce filem, korang tau la kesan dia~:exclaim:

    Izzudin reply on June 16th, 2008 11:35 am:

    ape salahnye mencari alternatif di alam maya yang tanpa sempadan dan memudahkan serta teknologi moden marcapada ini.. manfaatkan sepenohnye.. ~lalala

  6. MyAvatars 0.2
  7. shandye Said,

    waa…
    kat sini takde lagi la tayangan citer nih.
    aku de baca kat blog.
    sure best, kan?

    [Reply]

    deennasour reply on June 15th, 2008 6:27 pm:

    bagi aku best~ tak tau taste ko camne lak

    [Reply]

    Anysz Sengalnerdz reply on June 16th, 2008 12:29 am:

    ala kire best jela :rolleyes:

    [Reply]

    deennasour reply on June 16th, 2008 1:02 am:

    kang tak best bagi orang len, aku plak kena….

    Izzudin reply on June 16th, 2008 11:35 am:

    tetibe tak best… (expect the unexpected) :smile:

  8. MyAvatars 0.2
  9. farabi Said,

    biler citer muallaf 2 nak tayang nie lmbat tollah padahal dah lama siapkan

    [Reply]

    Izzudin reply on June 14th, 2008 11:19 pm:

    post production skang… tarikh tayangan blom tau lagi… (cam org dalaman plak) … tapi antoofighter kuar bulan 11… ~tetibe

    [Reply]

    AarchKaiser reply on June 15th, 2008 3:10 am:

    antoofighter? :eek: apakah? … anda berminat gak?

    [Reply]

    Izzudin reply on June 15th, 2008 5:53 pm:

    tidakkah anda berminat? :smile:

    deennasour reply on June 15th, 2008 6:28 pm:

    aku nak tunggu sepi,muallaf, and antoo fighter~

    AarchKaiser reply on June 15th, 2008 9:20 pm:

    sudah semestinya saya berminat kerana pembabitan cgi yang amat mengagumkan di samping jalan cerita yang lain dari lain dan juga trailer yang amat saspenda sekali …

    deennasour reply on June 16th, 2008 1:03 am:

    haha, aku pun minat gak nak tgk antoofighter tu selepas dipromote abes abesan oleh izzudin..kalau tak best, aku kenakan dulu~

    Izzudin reply on June 16th, 2008 11:36 am:

    nih dah setuju same2 minat nih… boleh ler belanje akuw nengok wayang beserta pop corn large dan air pepsi large… :wink:

    deennasour reply on June 16th, 2008 2:02 pm:

    sapa la yg akan mula2 sekali bwat review nanti ek….hahaa:wink:

    Izzudin reply on June 16th, 2008 2:18 pm:

    akuwww!!! memandangkan tayangannya lepas pmr… boleh enjoy!! aku dulu!!!!! tak kire…!!!!!!

    AarchKaiser reply on June 16th, 2008 9:15 pm:

    ya ka lepas pmr … hurmm … kalau aku cuti sem leh kot tengok … hehehe … encik izzudin kena la belanja … :D

    Izzudin reply on June 16th, 2008 10:17 pm:

    lumrah kehidupan yg tua blanje yg mude mudeee….

  10. MyAvatars 0.2
  11. janggeltrekking Said,

    hmmmm pelakon dia india kan???? ko ckp kt aku td india kan??? heroin dia cina kan??? ish best nih..multiracial!!

    [Reply]

    deennasour reply on June 15th, 2008 6:28 pm:

    aku tak ckp heroin dia lah..mana ada heroin cina…aiyoo yo

    [Reply]

    janggeltrekking reply on June 15th, 2008 10:42 pm:

    oooo ko mau memutarbelit itu cerita yer. Tak kire, india jugak….hehhehe:rolleyes:

    [Reply]

    janggeltrekking reply on June 15th, 2008 10:55 pm:

    :grin::exclaim::lol:

    [Reply]

    Anysz Sengalnerdz reply on June 16th, 2008 12:30 am:

    *pening :cry:

    deennasour reply on June 16th, 2008 1:04 am:

    yang hero memang india, heroin dia tu, mana ada aku kata cina….adoiyaii

    janggeltrekking reply on June 16th, 2008 8:37 am:

    akhirnya ko ngaku gak india…. tapi heroin dia aku rasa aku terdengar ko cakap cine…tu yg menarik sgt tu.. berbilang kaum. Malaysia harmoni.

    *kuang kuang kuang..peningkan lagi..peningkan lagi!!

    Izzudin reply on June 16th, 2008 11:37 am:

    heroin nih slalu memang cina yang edar seludup masok msia… tapi melayu yg beli ~tetibe

    deennasour reply on June 16th, 2008 2:03 pm:

    BILA MASA LAK AKU TAK NGAKU HERO INDIA?..aiyoooo amma~

    janggeltrekking reply on June 17th, 2008 3:58 pm:

    ish ko ni…tgk dah cakap pun belit2…ko baca reply comment kt atas tu.. adui…dush..dushhh mari pening sesama!!

    eh ngape plk bertukar wajah blog ni???? kompiuss!!!!

    [Reply]

  12. MyAvatars 0.2
  13. AarchKaiser Said,

    huh baca hang review pon sudah buat aku tertanya2 .. bila la orang nak post link download movie ni …

    p/s : aku ingatkan movie ni sebijik cam short stories yg aku belajaq time form 1 tu …

    [Reply]

    Izzudin reply on June 15th, 2008 5:54 pm:

    haha… the pencil …. hukhukhukkk…

    [Reply]

    deennasour reply on June 15th, 2008 6:30 pm:

    aarch~ mula2 aku pon ingat camtuh gak, upa2 nya berbeza..ala tgk je lah kat wayang.

    izzudin~ the pencil, syok owh citer tuh

    [Reply]

    AarchKaiser reply on June 15th, 2008 9:22 pm:

    ooo gitu rupanya … aku xsempat nak pi tengok plak :razz: tapi tengok la … maybe tunggu orang up kat internet dulu … hehehe …

    p/s : the pencil memang best … lagi2 gambar pensel tu yang xleh blah … bengkok woo :eek:

    [Reply]

    Anysz Sengalnerdz reply on June 16th, 2008 12:30 am:

    :cry: ye ke

    [Reply]

    deennasour reply on June 16th, 2008 1:05 am:

    pensil tu bengkok ek? tak ingat…wakaka

    Izzudin reply on June 16th, 2008 11:39 am:

    bengkok di hujung… villain die pegi ukir initial ‘D’ kat pensel tuh walhal tuh bkan die punye.. sape lah ‘D’ tersebowt… terok tol… menyampahh…~~

    deennasour reply on June 16th, 2008 2:04 pm:

    “d” for deennasour…famous tol aku…

    Izzudin reply on June 16th, 2008 2:19 pm:

    jahat ler hengko nih…. bkan ko nyer ko kate ko nyer…. eeek..

    [Reply]

    AarchKaiser reply on June 16th, 2008 9:16 pm:

    rupa2nya villain dalam short story tsb mrupakan tuan empunya blog ni … ish3 … serangg!!!!!

    Izzudin reply on June 16th, 2008 10:18 pm:

    bukan dolah ke?

  14. MyAvatars 0.2
  15. ecahkoop Said,

    eish…xnk kak esah tgok cter ni..bace sinopsis pun bunyi cam sedih giler….
    karang banjir panggung..

    p/s: aku pon igtkn crite the pencil…ala yg blaja time english literature sal budak berebut pensel tu…:mad:

    [Reply]

    deennasour reply on June 15th, 2008 6:31 pm:

    fuh, mmg sedih siot citer nih..

    [Reply]

    Anysz Sengalnerdz reply on June 16th, 2008 12:31 am:

    :cry::cry:

    [Reply]

    Izzudin reply on June 16th, 2008 11:40 am:

    sedih ker? ingatkan citer aksi komedi.. :grin::lol::grin::lol::razz::heart::thumbup::thumbup:

  16. MyAvatars 0.2
  17. ajie Said,

    Salam..
    lama tak komen blofg ko..
    aku pun teringin nak tngok pensil.. aku suka filem ala-ala filem yasmin..
    nant aku cadang nak bt mini filem tajuk die “pengkorek” tema die berlawanan dengan cerita ni..

    [Reply]

    deennasour reply on June 15th, 2008 6:34 pm:

    ko blom tgk citer ni, dah nak bwat filem berlawanan dgn citer ni..apa da~

    [Reply]

    Anysz Sengalnerdz reply on June 16th, 2008 12:32 am:

    aku nak wat filem “sudip” ok tak?

    pasal cter sorang raksasa melawan kejahatan atromen *tetibe:cry:

    [Reply]

    deennasour reply on June 16th, 2008 1:06 am:

    aku sokong!!!! :lol:

    Izzudin reply on June 16th, 2008 11:40 am:

    aku bantah!!!! ~sesajerk

    AarchKaiser reply on June 16th, 2008 9:17 pm:

    elok la … konpem orang ingat ala2 scar movie gitu

    Izzudin reply on June 16th, 2008 10:18 pm:

    aku ingat rancangan memasak ke hape ke…

  18. MyAvatars 0.2
  19. nasrul Said,

    menarik.. i must watch this :smile:

    [Reply]

    Anysz Sengalnerdz reply on June 16th, 2008 2:04 pm:

    xpayah..baek tgk the hulk!! :lol::lol:

    [Reply]

    deennasour reply on June 16th, 2008 2:05 pm:

    haha, tgk le, tak de sapa melarang..mmg best~

    [Reply]

    Izzudin reply on June 16th, 2008 2:21 pm:

    aku larangg!!!

    [Reply]

    Anysz Sengalnerdz reply on June 16th, 2008 6:07 pm:

    hulk sexy taw..*larikkk:grin:

    AarchKaiser reply on June 16th, 2008 9:18 pm:

    jom tengok hulk!!! … *tiba2

    Izzudin reply on June 16th, 2008 10:19 pm:

    tak mauuu…. i lg sexy… :lol:

  20. MyAvatars 0.2
  21. Izzudin Said,

    takyah tgk pon takpe… jimat duet.. lalala~

    [Reply]

    Anysz Sengalnerdz reply on June 16th, 2008 2:05 pm:

    sokong!!! tengok atromen lawan deennasour lagik best!! *larikkk:lol::grin::lol::grin:

    [Reply]

    Izzudin reply on June 16th, 2008 2:20 pm:

    deennasour kalah!!!

    [Reply]

    Anysz Sengalnerdz reply on June 16th, 2008 6:06 pm:

    dengan kuase cahaya makluk tanduk bername atromen
    deenasour tewasss!! yesszaaa :lol::lol:

    deennasour reply on June 16th, 2008 6:43 pm:

    alah, korang mintak tolong ultraman baru aku kalah,
    ada sowang tuh, bwk lipas dah larik….wakaka….*larikk!!!!

    Izzudin reply on June 16th, 2008 10:20 pm:

    siapekah beliau??? ~tertanye tanye

  22. MyAvatars 0.2
  23. kreuger Said,

    Ish ish ish… Deen ni kalau nak pergi tengok wayang selalu tak ajak aku pg same. Bukan aku soh nko bayar pon. ha ha ha…

    Kesian gak mamat tuh kan. ini pon mesti ade kesah benar disebalik lakonan. Memang terjadi pon kejadian macam tuh dalam masyarakat kite ni. Tak kire laa ape bangsa sekali pon.

    Apa yang peliknya orang kite suka ambik kesempatan untuk menindas orang yang kurang berkemampuan. Tak kire la dari segi aspek mane sekalipon.

    Nak dikutuk dan dimaki, mereka bangsa dan keturunan kite jugak. So lupikir lah sendiri DEEN… wakakakka….

    Kreuger®

    [Reply]

    Izzudin reply on June 17th, 2008 6:33 pm:

    deen mmg tak ske ajak2 org… ~lalala… jom tgk wayang… kikikikicap

    [Reply]

    deennasour reply on June 17th, 2008 7:55 pm:

    kreuger a.k.a incik azman, bak sini nombor hp ang, deen tpon ah nanti kalau nak tgk wayang…aiya…nak contact camna kalau kasik no.hp…

    [Reply]

    Anysz Sengalnerdz reply on June 17th, 2008 11:46 pm:

    no tepon aku tanak ke,, *larikk

    [Reply]

  24. MyAvatars 0.2
  25. kreuger Said,

    Deen…. mane pegi kotak jerit ni. Tolonggggg….. aku tak boleh nak menjerit kat blog ni.

    Erm… rutin Balik kije:-
    1. bukak tenet, check kotak jerit kat blog aku.
    2. pastuh follow sape yang kuat jerit kat blog aku. then aku jerit balik kat blog diaorang.
    3. Pergi chek kat blgog org suke jerit kot kot ade entri terbaru.
    4. Lawat hampir 85% link yang ade kat blog aku.
    5. Kalau ade entri terbaru, aku bangga jadik org pertama yang bg komentar. muahaha~ Pastu aku kasik komen panjang panjang.
    6. Kalau aku orang ke 2 ke 3 ke 4 dan keekekekekek….aku komen tak bleh nak panjang. Sebab idea dah banyak orang taip.
    7. Pas abis komentar, aku suke lawat balik blog kengkawan, untuk menjerit sebelum tidur.

    Diharap deen letak balik kotak jerit. Kalau tak aku rase macam pening-pening lalat kalau masuk blog ni. tak tau mane nak hinggap dulu.

    Terima Kasih Saudara.
    Kreuger®

    [Reply]

  26. MyAvatars 0.2
  27. deennasour Said,

    SORRY BRO, DEEN TGH BAIKI BLOG DEEN NIH…DALAM MASA TERDEKAT INSYAALLAH~

    [Reply]

  28. MyAvatars 0.2
  29. rota_esya Said,

    :rolleyes: hehehe, panjang ulasan sinposis…sy dah copy..bc malam” syoknyer.

    [Reply]

  30. MyAvatars 0.2
  31. deennasour Said,

    oh yeke? thanks…support deennasour community forever~

    [Reply]

  32. MyAvatars 0.2
  33. mrkay Said,

    oh, aku ade tgk satu segmen MHI yg promote filem ni ari tuh… ada pelakon2nye dan director nye.. kalo tak silap aku, dierang ckp director adalah yg pegang watak badrul.. dan die tu india kalo tak silap aku.. fakta paling best, filem ni shooting cuma ENAM hari sahaja.. sgt pantas.. aku blom punye fulus utk menjengah citer ni.. minggu dpn kot.. insyaAllah..

    [Reply]

    deennasour reply on June 24th, 2008 11:48 pm:

    a’ah director dia badrul, yg kaat poster tuh..gile ah 6 hari jerk~

    [Reply]

  34. MyAvatars 0.2
  35. ixora Said,

    Laa.. patutla dgr ada filem tajuk Pensil. Ingatkn memain je sebab tak nampak ada iklan kt mana-mana pn.. Erm,dah lama akak tak tengok wayang.. busy sungguh sem ni. adeh.. :eek:

    [Reply]

    deennasour reply on June 24th, 2008 11:52 pm:

    publisiti filem ni kureng

    [Reply]

  36. MyAvatars 0.2
  37. amie Said,

    mcm best jak..

    [Reply]

  38. MyAvatars 0.2
  39. fa_bunga Said,

    salam…
    hi .. ni 1st time fa view blog nieh.. tu pun sbb fa search “pensil” kat yahoo…. hehehe…
    erm… actually .. fa mmg nak tngok cite Pensil nieh..tp tngok kat the mines n mid valley xde pun tayang… xkan lom tayang ek… pelik2…
    fa sampai merajuk ngan teman .. coz tak dapat tngok cite pensil nieh ….
    actually fa tau pasal cite pensil ni dari astro - ria sentra… ade pelakon n pengarah dia..
    insyaAllah .. fa akan terjah panggung nak hayati cite menarik ni…

    -bg fa budget murah x jadi hal… asalkan pengisian cerita dan nilai2 murni yg ade dlm filem ni boleh wat kite sedar akan kehidupan ni …

    salam ukhwah …..

    [Reply]

    deennasour reply on August 8th, 2008 3:34 am:

    itulah pasal~
    tapi salu orang malaysia tak nak tgk filem genre drama kemasyarakatan~

    [Reply]

  40. MyAvatars 0.2
  41. fa_bunga Said,

    salam..
    maaf ek… fa copy sinopsis cite ni bley ?
    nak paste kat blog fa…
    lg 1 nak tanye, tngok cite nieh kat ne ek ?

    [Reply]

  42. MyAvatars 0.2
  43. nurul Said,

    sy pun nk mencelah cket ni..bleh kan??sy pun mula2 was2 gk nk tengok filem ni.ye lah.takot rugi byar duit tiket.mula2 masuk panggung jd compius jap sbb takde org pun dlm panggung tu.yg ada hanya sy,boypren sy ngn dua lg org tua.tp mmg sy tangkap leleh la tengok crita ni.sedih siot..best sgt.berbaloi rasanya tengok.part paling sedih bila badrul tu menangis kat pangku nenek dia dan nenek dia bg nasihat kat dia.sy ni bukannya suka nangis takde sbb.tp oleh kerana filem ni mmg best..berjerau gak la air mata ni.seminggu pastu nk g tengok lg.tp sayang cite tu dah takde kat panggung.agaknya sbb tak de org nk tengok.maklum la..takde pelakun glamor.tp sy rasa crita ni lg best dari crita2 yg pkai plakon glamer je.tp crita balik2 crita cinta crita seram.budget juta2..tp balik2 crita yg sama.dah tak de modal ke hapa??.tp yg buatkan sy lg frust,merata sy cari dvd crita ni.tp tade!!leh bgtau tak kat mana nk dpt??

    [Reply]

    deennasour reply on August 8th, 2008 3:36 am:

    hehe,boleh jerk fa~
    erm,tgk kat sunway piramid~

    [Reply]

    deennasour reply on August 8th, 2008 3:37 am:

    NURUL~ sama ah, kite pon nak nanges jer part yg tuh..wawawawa
    erm deen pon tak jumpa lagi dvd citer ni, maybe depa tak ada bajet dah nak buat dvd sbb tak ada untung~

    [Reply]

  44. MyAvatars 0.2
  45. fa_bunga Said,

    em.. td fa call penerbit filem PENSIL .. dia kata ujung bulan ogos ni .. kuar la DVD Pensil .. x sabar nak tngok …

    [Reply]

Add A Comment

:confused: :cry: :exclaim: :grin: :lol: :mad: :question: :rolleyes: :sad: :smile: :wink: more »