/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Jul
12

KL Fringe Festival 2008 - Malam Pertama

Posted by deennasour

ini adalah malam pertama bagi KL Fringe Festival!!! 11 Julai 2008, ada 3 monodrama yang dipentaskan. apakah monodrama itu? jika diteliti di blog percuma festival iaitu http://klfringefestival.blogspot.com, rasanya, seperti tiada pun jadual persembahan, yang ada hanya senarai monodrama yang akan dipentaskan. tidak menjadi masalah!!

Baek, sebermulanya 11 julai, untuk menyaksikan monodrama nih, sebenarnya tak dirancang!! tidak sama sekali kerana deen tak tahu monodrama mana yang akan dipersembahkan dulu. lama deen menelaah blog festival berkenaan, juga di blog salah seorang pengarah monodrama. Tidak mengapa!! tetapi selepas solat maghrib, tiba2 hati deen tergerak untuk pergi!! tapi masa kian suntuk. 8.30 malam persembahan akan dimulakan! apa lagi..jom jom merempit!!! dari pukul 8.10 malam, 8.40 malam, motor deen dah terpakir di hadapan dewan bahasa dan pustaka!! siap!

Agak terlambat….kwsan lapangan depan store teater dbp dah kosong, ingatkan nak blah jerk, tapi hati kuat utk gerak ke pintu yang tertera sekeping picisan putih tertulis “pelajar RM10. dewasa RM20″ . deen agak bingung, lama gak nak deen berdiri kat depan pintu tuh, sebab? deen umur 20, blom menginjak dewasa, hehe, tapi bukan juga pelajar…berapakah tiketnya???? haha, tapi deen akhirnya bayar RM10 jerk…remaja la kiranya..ngeh3..

1. Monodrama :: GEBU GEMBIRA

Gebu gembira, mempersembahkan gabungan bentuk2 gerak tari dan ekspresi tubuh dan dialog naratif dalam penceritaannya…di lihat dari drama ini, deen merasakan penulis skrip seorang penggemar bidang tarian..benar?

Yang tersuratnya, Gebu gembira, menceritakan tentang seorang wanita, Aminah yang bekerja sebagai penari. Berkenala dengan seorang pegawai askar Jepun yang berpegang pada slogan Asia untuk Asia! Kirannya Aminah merupakan kekasih kepada pegawai askar Jepun itu. Akan tetapi percintaan mereka berakhir apabila hidup pegawai itu bernoktah di tali gantung. membunuh diri. Kemudian berkenalan pula dengan seorang pegawai Inggeris. Berkasih dan berasmara tetapi kemudian berakhir dengan pembunuhan!! Aminah membunuh kekasihnya itu dengan pistol peninggalan kekasih lamanya, pegawai askar Jepun. Lalu dipenjara!! di penjara kerana dianggap membunuh pegawai Inggeris atas dasar nafsu dan cemburu. Bukan atas dasar merdeka dan cinta negara!!

Tersirat disebalik watak

  1. Watak pegawai Jepun yang berpegang kepada Asia untuk Asia yang sebenarnya ingin benar2 membantu tanah melayu akhirnya membunuh diri setelah merasakan gagal menyempurnakan slogan itu!! disebalik watak dan perwatakan ini, deen melihat penulis cuba menyampaikan mesej bahawa orang Asia atau warga serumpun kita ini sebenarnya boleh dipercayai!! setia!! Selain babak itu, pada pertengahan cerita, Aminah ada menceritakan bahawa pegawai Jepun itu tidak pernah melakukan zina ke atasnya sebaliknya hanya sekadar melayan nafsunya seorang diri atau bahasa lembutnya, lelaki itu menikahi tangannya sendiri…bahasa kasarnya “melancap” oops~ di sini deen rasakan penulis ingin mengangkat watak atau kumpulan ini pada satu tahap yang tinggi atas dasar kemanusiaan watak ini.
  2. berbanding watak pegawai Inggeris yang mencintai Aminah. Dengan melayani Aminah sebaik mungkin, termasuklah berasmara dana di atas ranjang seperi suami isteri. Walau sebenarnya pegawai itu telah mempunyai isteri yang akhirnya diketahui Aminah. penulis membawa watak ini sebagai perbandingan dengan watak pegawai Jepun, maka penonton dapat menilai dan menterjemah mesej yang ingin disampaikan. Tidak setia, penipu dan membuat sesuatu atas kepentingan nafsu! itulah perwatakan yang didokong oleh watak ini.
  3. watak Aminah pula seorang wanita MElayu. Seorang penari. Watak yang deen rasa agak klise dalam teater2 atau drama2 melayu….seorang perempuan yang berlakon dalam era-era sebelum merdeka, semestinya penari…argh agak klise!! PErwatakan Aminah ini juga deen merasakan agak sama dengan watak dalam teater2 berunsur nasionlisme dan patriotik lain iaitu perempuan yang mudah untuk dibeli dengan nafsu!! mudah di tipu…lepas di tipu baru tersedar….bila tersedar, pun hanya seketika…tapi sebenarnya, jika di amati, watak ini mewakili sebahagian besar perangai orang Melayu!!!

Yang Korang perlu tahu :

  • monodrama ini adalah hasil Dr.Zulkifli
  • deen merasakan monodrama yang dipaparkan agak klise, sebab deen merasakan tema dan persoalannya sering menjadi tunjang teater dan drama yang pernah dipersembahkan ditempat2 lain..mengenai kaum wanita, penari, penindasan,orang inggeris yang jahat, jepun yang kejam….ado2..
  • persembahan? Ya, agak menari apabila pendukung drama ini boleh menari dengan baik dan menyanyi dengan suara yang lunak merdu di tambah dengan dialog dalam dialek pantai timur yang sedikit mencuit hati…
  • deen bagi 3 bintang daripada 5 untuk persembahan monodrama ini!!

Monodrama : MENCARI YANG TELAH HILANG

Jika ditanya, persembahan yang paling kreatif untuk malam ini, sememangnya persembahan kedua ini!. Bukan disebabkan persembahannya berlangsung diluar store Dbp, tetapi cara persembahannya yang agak lain dari yang lain. Dengan menggunakan bahasa badan, ekspresi muka, slide show, props, sudah cukup membuatkan penonton teruja. Tapi bolehkah penonton memahami apa yang ingin disampaikan penulis dan pengarah monodrama ini? ehem…

Dengan mempersembahkan sebuah persembahan yang didukung oleh beberapa watak yang menari menari ala2 Patung Wayang Kulit, dan watak2 ini hanya menyebut “ada jumpa tak?” berjalan mengelilingi “pentas”. Sambil ada suara latar yang seolah2 bersajak yang sebenarnya memberi pesanan!! “biar hilang di mata, di hati jangan” dan diulang ulang oleh watak2 yang menari2…di kelilingi props, iaitu patung untuk wayang kulit..*betul ke orang panggil patung? hehe

“ada jumpa tak”

“biar hilang di mata, di hati jangan”

“dari sehari ke hari yang lain, kita sentiasa merasa kehilangan, sedikit demi sedikit”

itu antara skrip dan dialog yang sering diluahkan oleh watak, apakah motif? jika di lihat pada props, alat2 wayang kulit, sambil watak menari2….yang hilang mungki SENI, seni yang kina hilang….haha, itu jawapan yang paling senang. Tapi buat insan yang lebih berani berfikir dan mmberi jawapan, mungkin ada lagi jawapan yang tepat. deen tak tau….*sebenarnya tak berani nak ungkapkan atau cuba meneka, kerana persembaha kedua ini agak berat untuk disuratkan….tersiratnya berat dan banyak…..tunggula penulisnya sendiri bagi jawapan kat blog ni..kalau dia jumpa review nih laa…hoho….tapi persembahan kedua ini mmg agak menarik bagi sesiapa yang mencari benda yang hilang!!

  • penulisnya ialah Hamzah Tahir
  • deen kasi 4/5 bintang~

Monodrama : YB JEE

Ini sebenarnya yang di tunggu. Yang di nanti kerana penulisnya menjemput kita datang…maka, besar dan bersemangat lagi untuk pergi melihatnya…YB JEE, kesimpulan pertama yang dibuat sebelum bermula drama ini, mungkin mengisahkan tentang sorang “orang besar” a.k.a kenamaan yang mengabai tugas sebagai isteri atau suami!! ternyata SALAH!!!

Drama ini deen rasakan, berbentuk “kontemporari” apabila seni disuntik dengan “indipendent” maka terciptalah sebuah monodrama yang mencuit hati tak kira yang muda, dan yang tua….jika dibandingkan dengan persembahan yang pertama yang agak klise mungkin jika “orang muda” menontonnya, mungkin mereka tidak akan membuka mata seluas2nya….kerana terlentok ngantuk! dan persembahan kedua pula mungkin jika ditonton pelajar sekolah, mungkin mereka menggaru kepala kerana agak tidak memahami apa yang ingin disampaikan sebenarnya.

Lain pula persembahan ketiga ini. Deen merasakan campak saja ke golongan mana pun, ianya mampu diangkat menjadi sebuah persembahan yang sangat bermutu memandangkan isu-isu dan persoalan yang dipaparkan di dalam drama ini. Ya sememangnya jika diamati temanya agak ringan, tentang dilemma wanita. Tetapi jika dilihat persoalan utama dan sampingan serta mesej yang disampaikan mudah difahami, dipersembahkan tanpa diselindung!! terus ke penonton!! di sampaing genre “komedi” di suntik ke dalamnya, sebab itu deen merasakan monodrama ini tidak “mengantuk”kan….

AL-kisah mengenai seorang wanita, Jee. Menjalani kehidupan yang sibuk sebagai seorang wanita bekerjaya. Bertemu jodoh dengan lelaki yang bekerja di stesen minyak sebagai tukang pam minyak!! stesen minyak tu bapak lelaki tu punya!! *kononnya!!

Menjalani kehidpuan seperti biasa sehingga suaminya bertukar kerja menjadi posmen dan kemudian melibatkan diri dgn Multilevel Marketing. Kesibukan Jee menyebabkannya tidak selalu di rumah. Bertuahnya Jee apabila suaminya rajin untuk mengemas rumah, mengurusan anak2, dan sebab itu lah Jee di panggil YB JEE oleh rakan2 nya yang bermaksud Yang Bertuah, kerana mendapat suami yang baik hati. Tetapi suatu hari, ketika JEE ingin memberitahu bahawa dia mengandungkan anak ketiga mereka, temberang suaminya pecah apabila sebenarnya suaminya mempunyai skandal dengan lelaki lain. Kwwang3…..lalu suaminya dan perempuan itu dikerjakan cukup2 oleh JEE sehinggakan suaminya diletakkan ke dalam kotak!! hidup ke tidak! wallahualam..lu pikiaq la sendiri~

Apa yang menarik?

Banyak yang menarik dalam drama ini, deen tak tau nak ulas mana satu, dengan simbolik KOTAK nya pada awl cerita yang simboliknya dianggap “privacy” yang deen agak ada tujuannya di akhir cerita nanti! tekaan deen BETUL!!.. Apa lagi yang mnarik? Oh ya, penulis menyelitkan beberapa isu-isu yang agak panas seperti minyak, sekadar sepintas lalu, dan yang lain juga seperti MLM, dan kebanjiran artis indon dan warga asing!! Menarik bukan!!! penulisnya bijak mencampur semuanya menjadi “rojak buah” dan bukan belacan campo budu…haha…

TENTANG KL FRINGE FESTIVAL

  • deen merasakan fesival ini agak “syok sendiri”, bukan apa, kerana rata-rata yang hadir deen melihat seolah2 hanya kenalan pengajur dan pelakon sahaja. ORang awam biasa? seolah-olah tidak tahu….
  • erm, tambah2 dengan kekurang info terutama dari blog festival ini sendiri yang deen anggap sebagai “hanya melepaskan batuk di tangga”
  • arap2 pihak penganjur dapat memperbaiki segala kelemahan…ini cuma komen dari orang kecil..jgn risau..tak tergugat pun….hor hor hor!!
  • hairan gak, mana pergi penggiat2 teater dan seni persembahan kat KL nih? takkan tak tau? orang macam deen yang tak berapa nak berkecimpung dalam bidang ni pon tahu…aiya!!!
  • kat sebelah store ada group STEFANI tgh practise teater diorang, apa lah salahnya masuk kasi support kat kawan seperjuangan…lepas abes, berlatih la balik…isy3…

persembahan kedua, mencari yang hilang

persembahan kedua, kereta ni sumber sound effect nih, plat number sarawak tu…

itu dia kek lenny

YB JEE, persembahan ketiga

    MyAvatars 0.2
  1. nikillas Said,

    :confused: monodrama ni lain eh dari melodrama..?? hurm.. monodrama ni cam ala2 charlie chaplin ke eh..?? kiter tgk body gesture je..

    [Reply]

    deennasour reply on July 13th, 2008 12:42 am:

    erm aku tak pasti sangat la, monodrama tu kire mcm one man show, tapi tak jugak, entah la, kena tanya dak seni teater luh, wakakaka, kang dapat jwpn aku kasik tau…bwat masa ini, saya tiada jawapan~

    [Reply]

  2. MyAvatars 0.2
  3. faris.aiyoyo Said,

    kat ne nie??:exclaim:

    [Reply]

    Izzudin reply on July 12th, 2008 9:54 pm:

    sah ko tak bace…. :grin::lol::grin::lol:

    [Reply]

    deennasour reply on July 13th, 2008 12:43 am:

    faris~ entah dia ni, kan aku ada tulis tuh, nampak sangat tak baca

    Izzudin~ benar sekali~

    [Reply]

  4. MyAvatars 0.2
  5. Izzudin Said,

    oh…. sarawak nye plate number Q ek?? aku ingat S….. ~noob nye aku

    [Reply]

    deennasour reply on July 13th, 2008 12:43 am:

    yup2. pengetahuan am tuh….S utk sabah kot..haha, sebab selangor bermula dari B….

    [Reply]

  6. MyAvatars 0.2
  7. Anak Bongsu DeennasoouR Said,

    :confused::confused::confused:

    Kompius la aku papa…cmne nih..

    teater takde kat Jb la..bohsan tol:rolleyes::rolleyes::rolleyes::rolleyes:

    [Reply]

    deennasour reply on July 13th, 2008 12:44 am:

    ANYSZ nak kena tendang ke?
    ek eleh~

    [Reply]

  8. MyAvatars 0.2
  9. kak Lenny Said,

    hai deen, amboi cepatnya bagi review. kak lenny nak review diri sendiri pun tak sempat lagi. hehehe … anyway terima kasih kerana datang. terima kasih kerana 4.5 bintang, walaupun banyak lagi yg kurang sebenarnya. Kak lenny setuju sangat dengan catatan kat bawah tu, yang syok sendiri dan information tak lengkap tu. Nanti kak lenny forward entri ni kepada penganjur. Kak lenny sampai saat akhir tak dapat berikan jadual lengkap sebab memang tak dapat jadual selengkapnya. Sampaikan ada yg datang matinee Sabtu sedangkan tak ada matinee show waktu tu. So bad! Thanks for the comments & jgn serik datang lagi tengok teater.

    [Reply]

    deennasour reply on July 13th, 2008 2:23 am:

    sama2….hehe, nak kasik dgn penganjur review nih? haha,kasilah utk kebaikan….
    erm, matinee sabtu tarak? boleh plak……kesian kat sapa yg datang…kompom panas!!!!!

    [Reply]

  10. MyAvatars 0.2
  11. Aamir Said,

    arghhh!!! apasal hang x ajak!!! … aku minat benda2 camni … teater ka drama ka … huhuhuh … xpa la … biar aku bsendirian dlm KOTAK

    [Reply]

    deennasour reply on July 14th, 2008 12:09 am:

    kukuku….
    KOTAK dalam drama itu bermaksud MARUAH!!!
    erm, len kali aku ajak…
    ada lagi, jgn risau

    [Reply]

  12. MyAvatars 0.2
  13. zm Said,

    Deennasour, yang besar jiwanya!

    Terima kasih atas review Gebu Gembira, YB JEE & MYTH. Saya juga bersetuju dengan komen ttg GG, kerana saya juga terlalu sibuk dengan menjadi penganjur Festival, nak hantar proposal cari duit, sibuk dengan nak cari publisiti dan pada masa yg sama tiap hari dihijak oleh dalam Fringe sendiri, masalah dengan booking oleh DBP, teater lain yang overlap booking yang akhirnya terpaksa diabsorb. Untuk pengetahuan Deenasour, saya merancang festival ini sorang-sorang, memang syok sendiri, apalagi orang macam awak yang senang nak komen saja. Lain kali jadilah sukarelawan supaya festival ni tak menjadi festival syok sendiri dan lebih berjaya. Itulah sebabnya saya sanjung bantuan student2 dan graduan UM yang membantu, walaupun tahu yang saya memang tak ada budget pada mulanya dan mengalami banyak masalah.

    Kadang2 saya sedih juga dengan org dalam yang cepat menyalahkan KLFF sendiri dan tidak mengambil initiatif untuk membantu. Saya rasa kita dah ada senarai beberapa hari sebelum pementasan bermula, tapi kerana orang dalam juga yang telah menjual diri untuk mendapat bayaran dari Festival Teater Malaysia yang disponsor oleh KEKWA, saya juga yang dipersalahkan. Sekarang baru saya tahu siapa yang menjadi musang sebenarnya!

    Hi susahnya menjadi orang teater dalam masyarakat Melayu. Saya nak ingatkan, janganlah terlalu taksub dengan hendak mendapat wang yang lebih, sanggup menggadaikan kawan sendiri! Kawan tu susah nak cari!

    [Reply]

    deennasour reply on July 17th, 2008 2:18 pm:

    erm, SAYA SAYA!!!
    tu lah yang nak dilaungkan kalau ada orang nak carik sukarelawan utk teater.
    tapi tak ada kesempatan,
    niat di hati nak join mana2 group teater, tapi tidak ada~
    erm, mmgsyok sendiri!!~first time dgr orang mengaku!!!!!

    erm, bersimpati dengan zm,
    ya lah, deen perhatikan jugak zm malam tuh *kalau betullah itu zm,
    and saya lah yg SMS malam tu sebelum pg tgk teater, sms nak jadi sukarelawan,
    tapi no respond from you and saya pun ignore je lah..

    baguslah kalau ada budak2 UM yang tolong, *anak buah kak lenny la tuh,
    erm zaman sekrang mana ada orang nak bwat kerja tolak duit,
    sekarang orang dan duit macam magnet,
    semua terdorong kerana duit,

    susah mencari teater dalam masyarakat melayu?
    sebenarnya saya rasa tak susah,
    cuma sekarang ni tak jumpa….
    sabar jel lah, perlukan pertolongan…sms je number ari tu

    [Reply]

  14. MyAvatars 0.2
  15. omar Said,

    panjang nyer explanation..bagus.info berguna..minat gak teater nih.life action. nampak asli..anyway nice show they got.:lol:

    [Reply]

    deennasour reply on July 24th, 2008 3:05 am:

    betul dan setuju!! hehe

    [Reply]

  16. MyAvatars 0.2
  17. besarnya jiwaku~ » Blog Archive » Kalau ada sumur di ladang~ Said,

    [...] KL Fringe Festival 2008 - Malam Pertama [...]

Add A Comment

:confused: :cry: :exclaim: :grin: :lol: :mad: :question: :rolleyes: :sad: :smile: :wink: more »