15
Festival Teater Malaysia :: Teater Fizikal TUNKU KUDIN
Posted by deennasourdeen penah baca and tahu pasal festival teater nih, tapi dek angin monodrama YB Jee, dan Bukan DEJAVU, yang deen dok ingat, deen lupa pasal Festival Teater Malaysia nih.
Nasib baek sebelum balik opis semalam, kak ina bgtau deen ada teater kat MTC, Malaysia Tourism Center jalan ampang. Deen pon terjah, rupa2 nya bersempena Festival
teater kebangsaan,….thanks kak ina!!!
lalu deen pon nak carik sapa yg sudi join deen…Ket, kwn yg dah lama deen kenal kat fster, yg baru sambung blaja kat sunway, deen ajakk. dia mmg
join teater kat kedah….so dia mmg nak sangat join deen. masa nak tgk yb jee, dia reject sbb tgh bwat assignment, tapi kali ni dia join…so ada la teman.
deen b4 tuh tpon gak dak aarchkaiser…kenalkan? ala member blogger gak….tapi dia tak leh sbb ada hal dkt uitm…so tak leh join!!!
lepas solat maghrib deen and ket jumpa kat kelana jaya. then gerak la ke KL!!!! sampai2 ja orang dah ramai!!! tapi rasanya orang ramai tu pon dalam kalangan
sahabat handai peserta, krew2 teater, pihak pengajur, adik beradik pihak penganjur…dan kalau kira2 penonton yg hadir dalam kalangan orang awam maybe dlm 30% je,
yg dok penuh2 tuh paham2 ja lah sapa….camna deen tau? tgk baju depa,and tgk la pelakon pg mana lepas perform..mesti turun pentas jumpa member2 dorang.
yang bwk walkie talkie lak sah2 penganjur…apatah lagi yg bwk flyer yg berlapis2 banyaknya…..kesian teater kat malaysia nih…
yg FREE tak nak plak orang datang…yang BERATUS-RATUS kat Istana Budaya tuh nak pulak pg, wal hal, ada yg teater “jalanan” nih yg lebih bagus lagi dari
teater “korporat” kat IB tuh….ngeh ngeh ngeh PANAS JERK!!!!!
ok2..tutup kes!!! tadi emosi jap…!!!! jom jom ulas teater kali ni!!!
...alkisah teater nyer ::
mengisahkan Tunku Kudin yang dilantik menjadi Yamtuan Selangor, tetapi dibantah abis-abisan oleh Raja-raja a.k.a anak2 sultan lain sebab? Tunku Kudin bukan keturunan
Sultan Selangor sebaliknya hanya menantu Sultan….ditambah pula dengan krisis hubungan baik Tengku Kudin dengan orang inggeris dan ketua orang cina dan orang kedah.
Tunku Kudin yang menyifatkan hubungannya dengan Orang inggeris mendatangkan kebaikan adalah salah. dan niat sebenar orang inggeris itu telah pu dihidu oleh
tengku-tengku sultan selangor yang lain, lalu menyuruh Tunku Kudin membuat sesuatu. Tetapi Tunku Kudin tetap dengan pendiriannya sehinggakan keluarganya sendiri
turut terbiar tanpa kasih seornang ayah. “sesuatu” telah menyedarkan tengku kudin apabila kesemua yang berlaku yang telah dilakukannya datang menginggah satu demi satu,
kejahatan orang inggeris disedarinya tetapi semuanya telah terlambat apabila orang inggeris telah menjajah. dan raja-raja selangor yang lain hilang kepercayaan terhadapnya
termasuk Sultan Selangor dan Sultan Kedah. ISterinya juga lari meninggalkannya. Lalu pergilah tunku kudin dalam keadaan yang daif, tidak dipercayai orang lagi
dan membawa diri ke tempat yang aman yang jauh perjalanannya……>>>
TEMA :: deen bukan tidak suka sejarah!! tapi rasanya tema sejarah agak klise untuk dipersembahkan menjadi tema teater dalam alaf ini melainkan pengarah atau
penulis skrip mampu mengolah, mempersembahkan TEMA dan CERITA itu dalam corak dan dimensi lain maksudnya di sini TIDAK MEMBOSANKAN!!!
GAYA PERSEMBAHAN :: Kita selalu mendengar istilah TEATER MUZIKAL, atau Monodrama, polidrama,tapi kali ini deen mengenali TEATER FIZIKAL pula, tidak rugi kan? dapat juga ilmu. so
hasil pemahaman deen, teater fizikal ini merupakan teater yang mmpersembahkan sebuah teater yang menggunakan kelebihan ruang untuk melakukan formasi, seperti tarian, akrobatik,
atau apa saja pergerakan yang deen rasa amatlah “unik” jika dibandingkan dengan TEATER MUZIKAL yang mempersembahkan nyanyian dan tarian.
Susun Atur Cerita a.k.a PLOT :: okays!! selalunya plot secara “standard” nya merangkumi permulaan, perkembangan, konflik, klimaks, dan peleraian. selalunya plot
sebegini digunakan dalam sesebuah drama atau filem. tetapi tidak pada teater. Keunikan teater adalah pada cara persembahannya, kesenian yand ada di dalamnya termasuklah plot.
mungkin bagi sesetengah orang yang tidak meminati teater, dan disuruh untuk menonton teater, pasti selepas tamat sesuatu persembahan itu, dia akan berkata
“tak paham” atau “berbelit-belit”. Ya itulah keunikan teater!! tapi bagi insan yang nampak keunikan plotnya, mereka akan memberi jawapan “wow, hebat!” atau “menarik”
bagi teater Tunku Kudin, deen memahami cara pengarah menyusun plot, tetapi deen tidak berada di dalam bidang ini, maka deen tidak tahu istilah yang digunakan
untuk memberi tahu jenis plot atau gaya plot yang digunapakai oleh pengarah teater ini. ada sesiapa tahu? boleh jelaskan. tapi, hasil pemahaman deen, pengarah
dengan kreatifnya deen gelar plot ini sebagai “dua babak” yang berbeza tetapi diletakkan dalam “situasi” yang sama. Dengan kata lain ia ditindihkan.
ia sama seperti babak di mana manusia itu bercakap dengan syaitan, dan syaitan itu dijelmakan. Deen tak tau nak cakap camna. Ia seperti
apabila kita memasak nasi guna ricecooker, sambil itu kita letak telur dalam ricecooker tu, dan hasilnya adalah 2-2 MASAK!! itu yang deen maksudkan. Pengarah menggunakan konsep itu,
itu yang deen cuba beritahu. Dan cara begini deen begitu suka!!! unik!! dan salah satu cara untuk mengoptimumkan masa, memandangkan ianya adalah pertandingan!
FAHAM? lupakan itu. tunggu penerangan dari orang yang pakar!! hehe
SET dan PROPS :: erm deen tak berani nak keluarkan kamera untuk menangkap bentuk2 set dan props yang digunakan di pentas. tiba2 keberanian deen tenggelam
dek DSLR2 yang dipacu oleh tuannya sedangkan deen hanya membawa digital compact!! hehe, tetapi susunan SET dan prop kebanyakkan atau lebih 70% menggunakan buluh,
yang dibuat jambatan, tempat duduk, dan diantara buluh2 itu pula tergantung kain2 rentang putih yang menjadi tempat limpahan slide filem yang memberi keunikan
atau “bonus” kepada teater ini!! menarik!!! slide yang tak paham tuh, mende tu ala2 powerpoint kat sekolah tu lah….yang menggunakan projector!! alah, macam
di panggung wayang!!! begitu lah!! bayangkan!!! tidakkah itu mengujakan!!!!
Bahasa : Erm, deen suka mendengar teater yang dilakonkan orang dari Sabah!! mengapa? kerana mereka menggunakan bahasa BAKU! tahu tak? kini, orang menyebut
MATA = MATE..sebutan TE disebut dengan “e-taling”–>> bukak buku BM form 6,tapi deen suka lagi apabila MATA disebut MATA!! TA yang betul mulut ternganga!!
tapi jangan mimpilah….haha, bahasa baku sudah dilupakan. oleh kerana teater ini berlatarkan zaman kesultanan, maka kata ganti nama pun BETA, HAMBA, ADINDA digunakan,
tapi, kalau diikutkan, ditelitikan, banyak gak yang tersasul….ada jugak bahasa melayu moden terselit..biasalah…bukan bahasa basahan kita..tapi ia sesuatu
yang berani!!!! syabas!!!
Watak dan penghayatan : ni bab deen suka!! antara watak yang deen puji ialah Tunku Kudin oleh Rosdeen Suboh, Kalam oleh Ramzi Ramli, Orang Kedah oleh Zamri
dan Raja Mahdi oleh Asrulfaizal. Kenapa? dulu masa deen bergiat dalam drama pentas taun 04/05, cikgu deen salu tegaskan, suara jgn macam dalam kelambu,
sora biar jelas, guna suara perut ala2 mawi world!! dan suara2 mereka tadi, deen puji!!! selain tu, mimik muka diorang pon “real” dan kena dengan situasi,
itu berkait denga feel!! feel menjadi, automatik mimik muka ikut sekali, tak tau la kalau ada urat dah larik…mwahaha…syabas!!! teruja lak nak berlakon sekali!! mwahaha
Koreografi :: haha, ni bab yang agak mendorong markah dalam sesuatu pertandingan..yeke? ye kot…deen memang suka persembahan yang banyak menggunakan
“kain” sebagai sesuatu unsur….menjadikan kain putih digerak2 menjadi air…atau angin…atau sebagai simbolik semata2. ia sesuatu yang cantik!!
teater tunku kudin menggunakan kain. selain pergerakan silat, tarian yang dicantum menjadi “pelik” tapi unik!! pentas tidak kosong!! itu yang disifatkan dengan
teater fizikal tadi….best2!!!!!
Apa yang TAK BEST?
1. bila seorang watak keluar, Tunku ARFAH, tiba2 terdengar suara orang gelak!! sebab? suara halus!! tak dengar!!! tenggelam!!!
2. lampu!!! sememangnya tak kena! tapi apakan daya, kumpulan ini berlatih di tempat lain, maka, bukan senang nak susun aturkan semua itu!!
3. kalau formasi tarian dan silat dalam persembahan ini serentak!! mesti lebih menarik…tapi yalah, masa latihan tak cukup!!!!
4. formasi tarian dan silat yang berulang2…tidak kah pengulangan itu sesuatu yang membosankan???
5. setakat ni, tu je yang deen nampak!! mwahaha….
MESEJ PENTING DARI PENULIS SKRIP!!!! [*apa yang penulis cuba sampaikan dari teater ini]
1. WOI ORANG MELAYU, KO TU MUDAH SANGAT kena TIPU, BOLEH KO BANGUN DARI TDO KO TUH?
2. OI MELAYU!!! KO NI ASYIK2 NAK HARAP PERTOLONGAN ORANG, KAUM LAIN PULAK TUH, ORANG MELAYU SENDIRI KO TAK PERCAYA!!
3. WAHAI ORANG MUDA, KALAU NAK SELESAIKAN MASALAH, JALAN YANG BERLIKU ITULAH PENYELESAI MASALAH YANG BETUL, DARI JALAN YANG MUDAH HANYA PENGABUR MATA…FAHAM?
4. WAHAI KAMU!! JANGANLAH KAMU MENJADI LILIN YANG MEMBAKAR DIRI, TAPI MENYINARI ORANG LAIN…HANCUSS DEK OIII
5. WAHAI KETUA2, PEMIMPIN2,UNTUK MENJADI ADIL DAN SAKSAMA, JUJUR, BUKAN KERJA MUDAH!!!
6. sebenarnya ada lagi, tapi kenalah tgk dua kali…mwahaha….
ehem-ehem…itu pandangan deen selaku orang yang “tak profesional” dalam bidang ni. Deen bukan orang teater. Tapi deen pernah berlakon atas pentas a.k.a performer sehingga
ke peringkat kebangsaan tahun 2005. deen di ajar apa itu maksud “bosan” dan apa itu “penonton” dan apa maksud “bagus” dan apa maksud “nak muntah”..
dan deen pun banyak membaca dan memerhati,dan dari situ deen cekup dan simpan untuk deen bawa, dan lihat pula hasil orang, dan kritik sambil belajar!!
harap-harap tak ada yang kecik ati!! apa-apa pun….dari mata deen, teater ini HEBAT!!! kalau tak hebat, manakan sampai ke peringkat kebangsaan? betul?
maka daripada 5 bintang, deen bagi 3.5 bintang…hehe,kenapa tak 4? sebab ada bunyi keluhan kat dalam auditorium tadi….
p/s : tgh-tgh kesesakan nak keluar auditorium..ada suara orang kata cerita ini slow!!!! deen akui juga!!
orang muda kata : kami bukan tak suka sejarah, tapi bila sejarah itu diulang, dan dilakukan dengan cara yang sama, bukankah pengulangan itu sesuatu yang
membosankan? sejarah tidak membosankan jika dimensinya ditukar…samalah seperti “pop” yang dimasukkan ke dalam seni….indipendent!!!
apa-apa pun, goodluck kepada wakil wilayah persekutuan kuala lumpur ini!!!!
malam ni tadi, teater wajah lumpur dari selangor oleh uitm, tapi deen tak dapat pergi..sebab? nih pon still tgh keje…mwahaha, guna masa rehat sekejap…esok teater wakil kedah…..deen insyaallah akan pergi!!

papan notis memperkenalkan produksi teater…

antara penonton yang hadir, ni lepas abes teater

cantiknya malam di ampang

ket di bawah lampu neon KL..

Teater again n againn *jeles
Sape yg last skali tu? Tegode i *larikk
p/s- rambut mcm paten Hysham je nyiaaahahahaha



[Reply]
nikillas reply on July 16th, 2008 6:59 am:
ha’a kan adik kiki lala ku.. teater.. teater.. teater..
bile ko nak ajak aku g tgk teater neh…
ko je yang g tgk..
~jeles gak..
[Reply]
deennasour reply on July 16th, 2008 5:04 pm:
ANYSZ~ tu lah ket…apalah
NIKILLAS~ adik kiki lala? hang p sini aku bwk la
[Reply]
Deenasour
Bagus kerana bersemangat nak menulis teater. Hanya menjadi performer tak cukup, bila nak menulis. Apalagi kalau hanya cakap unik, teruja dan nak muntah! Deenasour harus cari dan baca dan harus lebih memahami perjuangan teater. Kerja teater ni berat, bukan kerana apa, tapi kerana memerlukan pengorbanan waktu, wang dan banyak lagi!
Sejarah tu penting untuk diketengahkan, kerana itu sendiri ada falsafahnya. Begitu juga dengan teater2 yang mempunyai falsafahnya yang tersendiri, bukan setakat membebel, kalau yang itu dah ada banyak kat tv, itulah sebabnya teater itu berbeza. Pun begitu ada juga teater muzikal yang lebih bersifat komersial yang lebih ingin mau menarik penonton yang malas berfikir. Bukanlah maksudnya teater itu harus susah berfikir, tapi seharusnya ada cetusan-cetusan fikiran.
Mungkin Deenasour perlu lebih membaca tentang teater, terutamanya teater Malaysia, coba tanya Kak Lenny, dia juga mengajar Teater Malaysia.
Teater fizikal tu pulak bukanlah bentuk teater yang tidak meninggalkan ruang menjadi kosonh sewaktu pementasan atau teater yang menggunakan banyak ruang, tetapi teater yang menggunakan tubuh untuk menceritakan sesuatu!
Penggunaan multimedia pula haruslah sesuai dengan apa yang ingin disampaikan bukan hanya sekadar ingin nampak canggih atau menampakkan abad ke 21. Di tahun 1980an juga banyak teater menggunakan kain-kain untuk menjadi air, awan, sungai, dinding dsb, mungkin orang Melayu memang suka bermain dengan kain! Ini lebih bersifat sementara sebenernya dan sesekali nampak murah atau sering digunakan di dalam pemikiran poor theatre yang dihasilkan di Brazil!
[Reply]
deennasour reply on July 16th, 2008 5:02 pm:
TO ZM~ thanks “sangat menunggu2 komen sebegini selama ini”
ehem sebenarnya deennasour bukn sekadar performer..hehe, tapi mmg tak cukup pun, seorang yang nak mengkritik semestinya perlu tahu bidang yang dikritik…perlu masuk ke dalam apa yg dikritik, perlu mgkaji apa yg mahu dikritik..dan itu ialah pengkritik yang hebat!!! tapi itulah, deen dah bagitau kat atas tu, deen bukan seorang yang terlibat dalam teater, so kritikan tuh, sekadar daripada pandangan seorang “penonton” sebenarnya….
memang sjarah itu penting…deen tak nafikan, tapi seperti yg deen katakan, kalau nk ketengahkan, perlu mengolahkan teater dgn tema sejarah tu dengan deminsi atau cara lain yang lebih menarik dan tidak membosankan….
ok! deen akan baca mengenai teater, selama ini lebih bnyak berdiskusi and tanya pasal teater dengan orang yang lebioh tahu, and rujuk blog “orang-orang teater”
thanks 4 your comment~
[Reply]
review yang menarik..
sayang saya tidak dapat menonton
hmmm…rasanya rakyat malaysia suka teater percuma, siapa yang tak suka benda free ye dak? cuma mungkin promosinya…apa kes nama festival teater malaysia tapi yang tahu pasal ini di sekitar KL je…TT juga hampir ketinggalankan…
[Reply]
deennasour reply on July 17th, 2008 1:49 pm:
terima kasih..
kenapa tak dapat mnonton? luar kl ke?
mmg suka free, tapi selalunya benda free diangggap “kurang perisa” sbb tu free..
promosi? mungkin juga, sbb tak terlalu nampak banner2 festival ni kat tepi jalan…
[Reply]
pergh … sayang sekali hamba xdapat pi … huhuhuh …
utk pengetahuan encik deen orang2 utara gak pakai bahasa ala2 baku … kami sebut MATA = MATA gak … jadi jgn pandang rendah orang utara walaupon kami pekat dgn dialek kami ( lagi2 aku yg masih x mngalami culture shock … alhamdulillah ) …
p/s : sori ah x dapat teman … suey btoi la depa buat program time2 cmni … kalau x bleh aku mnikmati keindahan teater yg sudah ku x alami slama 6 bulan …
[Reply]
deennasour reply on July 17th, 2008 1:51 pm:
sudah la~
orang dah ajak 2 kali reject. tak nak ajak lagi..melainkan ko tanya sendiri dgn aku, aku tak nak tanya dah..wuah wuah wuah….
yelah..mata lah tu..baku la korang jugak….tapi kalau perkataan “tak ada” korang sebut “takdaq” hehehe….tak baku sangat…..ngee~
[Reply]
best lagi kalo dibuat teater fizikal tunku izzudin kerana fizikal beliau mmg amat sexy n membukkan nafsu kuceng utk digiget jarinya…
walau bagaimanapun, ianya menjadi terbalik jika teater fizikal tunku nordin dibuat oleh kerana fizikal beliau yang tidak fit dan boroi sini sana


[Reply]
deennasour reply on July 17th, 2008 1:53 pm:
eh, ko tu yg boroi tau!!
ko punya 6 pax tu boroi, aku ok lagi tau…masih kelihatan 6 pax aku tuh,
eleh…kalau ko pakai baju fit lagi la tak sexy dan nampak boroi, tak caya tanya anysz~ ek eleh….
tunku izzudin, tak sesuai tol..wek!!!
[Reply]
Anak Bongsu DeennasoouR reply on July 17th, 2008 7:45 pm:
WAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA uhuk.buang hingus jap.Oke sambung.Nyiahahahahahahahahahahahahahahahahaha.






Yang sexy n menggiurkan dengan bulu dada segala bagai tu aku..yang ramping tu aku…yang boroi tuh..wakakakakakakaka yang boroi tuh ko la niduzzi~~*larikk
p/s-lawak abad ini



[Reply]
Izzudin reply on July 17th, 2008 8:53 pm:
woi… aku selim sebegini ko kate boroiii….

deennasour reply on July 18th, 2008 10:05 pm:
yg ulu dada berkutu tu anysz,
yg perut boroi bercacing tu izz….larik!!!
Saya sokong kenyataan Deen. Kiter juga memerlukan pengkritik di bahagian penonton. maksud saya, penonton dari pelbagai bidang. tak semestinya orang yang nak datang menonton kena tau semuanya. Kalau tau lagi baik. Saya suka orang yang komen sebagai penonton biasa. Bila menjadi penonton, saya selalu mempraktikkan yang saya pergi untuk menonton sebagai penonton biasa. Apa guna kalau menjadi pengrikitik yang takde pro kontra. tau mengkritik yang buruk je. Tak bagi penyelesaian.:
[Reply]
deennasour reply on July 18th, 2008 10:07 pm:
hehe, malau!!
thanks~
tu lah pasal,
tak de manusia yg nak kritik sesuatu tu dia kena tahu seratus peratus hal yang di kritik…
contoh politik, kita bebas mengkritik politik, tapi tak semestinya kita perlu jadi orang politik….
kan kan kan…
[Reply]
[...] Festival Teater Malaysia :: Teater Fizikal TUNKU KUDIN [...]
Saya cuma menonton negeri Kelantan, tapi mengantuk selepas 10 minit, so saya balik. Mungkin Deenasour boleh bagitahu siapa menang dan siapa kalah, mungkin itu menarik untuk kita yang tak tengok, mungkin kita boleh belajar dari Deen. Apapun terimakasih kerana memberikan kritikan. Saya setuju dengan Zamri ttg komen, nak juga dengar dia komen ttg siapa yang menang dan siapa yang kalah. Mungkin dia ada pengalaman sendiri. Maksud saya, Deen harus tahu genrenya, jangan mengambil sesuatu terus-terus dari orang teater juga, baca juga, kalau ada buku2 luar bagus juga, apalagi bahasa Inggeris, kerana masih belum banyak buku teater dalam bahasa melayu. Selamat menjadi penonton teater! Lepas ni nak tonton apa lagi?
[Reply]
deennasour reply on July 24th, 2008 3:02 am:
saya cuma mnonton kedah dan KL~
negri sendiri sarawak, saya pergi,
so tak boleh la deen nak ulas sapa yg menang,
kalau na ktau, pg blog abang zamri..
dia ada ulaskan,
dia tgk semua, sama dgn kak lenny,
saya tak tau sagnat, sbb terikat dgn kerja..
sorry,
baek!!! saya akan cuba praktikkan apa yg zm cakap,
insyaallah~
terima kasih~
[Reply]
tunku kudin mempunyai elemen-elemen yang tak dpt kite jumpe di mana-mana teater…..pengarahan oleh en effindi sudah cukup memberangsangkan penonton…ye…mmg benar org yg appreciate tentang cara persembahan, stage set n kostum as a whole pasti akan kagum dgn teater kali ini….tapi ini juga dapat membuka mata peminat teater yang baru….
tunku kudin pada mata saya flawless….cuma ade beberapa yang mmg tak dapat dimaafi….
-aktivis KELAKAR dan PELAKON!
[Reply]
deennasour reply on July 24th, 2008 3:00 am:
benar!!
ada yg kita tak boleh jumpa dalam tunku kudin dalam teater lain. itulah keistemewaan nya, tapi tak cukup istimewa utk menang~
byk yg perlu diubah, bak kata pelakonnya sendiri, pelakon tenggelam dek set pentas yg gah!!
apa2 pun, teater tunku kudin tidaklah membosankan~
[Reply]
mlm grup ASC prform aku ingt pling rmai,10 bas bdak itm shah alam……..
aku yg jd crew pn kne tgk kat kuar jer….
ingt teater skang nih kne wat live kat tv br nk rmai kot
[Reply]
Add A Comment