/>

besarnya jiwaku~

deennasour.terbaek.com

Advertisement

Featured Post

Aug
08

Review Filem | Susuk the movie

Posted by deennasour

SUSUK, filem kontroversi abad ini. kalau korang masuk sinemamalaysia punya website, pernah satu ketika membincangkan filem ini yang dipotong2 oleh lembaga penapisan filem. tapi segala rintangan dan ujian berjaya di tempuhi oleh kumpulan penerbitan ini..syabas!!!! caiyok2…

baek!!! mari kita cerita sikit apa ada dalam filem ini.
1.hantu | bomoh | mayat
2.suspend
3.babak 18SG
4.babak separa 18sx, *tak de lah menggiurkan sangat..mwahaha
5.kelakar
6.panik | ngeri | nak muntah | geli!!!! wargh!!!

so ramuan itu semua telah digaul dengan segala macam rempah ratus dan menjadilah sebuah filem seram berjudul SUSUK!! phiuw~ angin menyapa kelopak mata….jom tonton!!

sinopsis

Setiap yang gemilang pasti ada harganya. Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupannya yang rutin. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang. Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan samada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain… Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan. Kita ikuti hidup cemas kedua-dua wanita ini hingga tersingkap rahsia sebenar amalan terlarang itu.

Plot | Jalan cerita

erm, korang pernah tonton filem Biar Betul karya Aziz M.Osman, pada permulaan cerita, dimasukkan babak dihujung, atau peleraian. tidak pun babak konflik, dan kemudian barulah mula cerita dari A-Z…begitulah plot cerita SUSUK. bermula dari Z, kemudian pergi ke A-D. Itu yang deen paham. So, nasihat pertama, sila jangan kelip mata anda lebih dari 5 saat. kerana setiap babak amat bernilai supaya anda tidak tertipu dan tak paham cerita…okays!!

Senjata | apa yg menarik?

  1. setiap filem mesti ada kekuatan tersendiri. genre Seram sememangnya menjadi daya tarikan rakyat malaysia untuk menonton filem. CINTA? tolak tepi. Kalau filem Congkak arahan Ahmad Idham dan skrip oleh Piere Andre deen rasakan agak gagal dalam menyuntik keseraman kepada penonton berbanding Jangan Pandang Belakang, mungkin disebabkan CGI yang agak tak logik, ala2 filem star war pulak. Tapi SUSUK deen rasakan berjaya membuatkan keseraman berada ditahap “nak jerit and peluk couple sebelah”- utk fomfuan le dan tahap “meremang bulu roma adn takut bwk moto sengsorang” - bagi lelaki.
  2. SUSPEND!! and SUPRISE!! deen rasakan menjadi mainan pengarah. so, nasihat kedua, sila bersedia bila-bila masa kerana hantu dengan muka berulat atau bertaring bila-bila masa menyerang layar panggung wayang yang besar..jeng jeng jeng..ada berani??? *bwat pesakit jantung, baek jangan datang, bahaya di hadapan!!
  3. CGI atau kesan khas deen rasakan agak menjadi. cgi atau penggunaan blue screen digunakan dalam 20-30% dalam filem ini.  Dan babak deen paling suka adalah apabila kesan khas digunakan untuk menukar latar tempat SURAYA dari satu tempat ke tempat yang lain…menarik!! syabas!!! So, sapa yang kutuk2 atau membuat kesimpulan CGI filem ini gagal, kamu sudah SALAH!!!
  4. Mari belajar cara susuk digunakan. haha, kalau sapa2 yang tak pernah melihat camna la orang masukkan susuk nih, so dalam filem ni korang boleh la tengok, walaupun deen rasakan babaknya tak lah begitu spesifik mungkin dah dipotong2 olej lembaga penapisan filem, tapi masih boleh difahami!! nampaknya tenaga kerja filem ini betul2 buat penyelidikan….bukan melepas batuk ditangga.

Kureng best | spoiled

  1. permulaan cerita, adoyaii, rasa macam filem ni dah simpan berapa taun, kaler kebiru-biruan, mungkin lupa nak grad colour kat makmal negatif, ni mesti buat kat Thailand ni, napa la tak buat ka Filem Negara Malaysia, negara kita ada tempat, napa nak pg jauh2…tetiba spekulasi awal! deen tak tau filem Susuk ni guna filem atau HD, kalau HD dah siap kena transfer transform pg filem nak bwk p panggung, maybe sbb tuh kaler agak ada something wrong somewhere.
  2. deen rasa filem ini antara yang sikit je pelakon nya, tak ada guna orang ramai sngat. babak konsert pun tak tunjuk orang datang lompat-lompat sana sini. save bajet. tapi tak seronoklah, tak ada feel utk satu-satu babak yang sepatutnya bekehendakkan ada orang ramai. 
  3. pelakon? pelakon utama semestinya lakonan yang mantap, begitu juga dengan ida nerina dan adlin aman ramli, ketiga-tiga mereka berjaya membawa watak masing-masing, tapi pelakon sampingan agak kaku. so tak support sangat pelakon utama, agak statik dan bosan kalau babak melibatkan pelakon utama dan sampingan.
  4. susuk! subjek yang diutarakan, tapi deen rasakan erm, hanya jenis-jenis susuk sahaja yang diketengahkan, tentang pantang larang pun agak tak diketengahkan. ianya banyak menceritakan konflik suraya yang tg bengong memikirkan tentang susuk. disebalik itu bercerita pula tentang watak ida nerina yang terperangkap dengan pantang larang susuk dan keluarga.

Ending~

di akhir cerita? di akhir cerita, sesiapa yang dah buat spekulasi awal akan terperangkap! ending cerita mungkin tidak seperti yang diharapkan kerana berat dengan unsur-unsur misteri, dan diakhir cerita jugalah korang akan dapat jawapan kepada mister-misteri di awal cerita, so korang keluar dari panggung ke car park pon masih dok pikiaq pasal cerita tu yang berputar belit. so sapa2 yg tak puas hati tuh, boleh tgk utk kali kedua…

sebenarnya deen mengharapkan ending yang lain~

tapi lain plak yang jadik..mwahaha..

tapi tak pe, so berapa bintang untuk filem ini?

deen bagi 4/5 bintang..

tahniah kepada pengarah Amir Muhammad dan Naeim Ghalili dan penulis skrip Rajesh Nair…!!!

p/s: utk review yg lebih mendalam korang boleh meloncat ala2 ida nerina dalam filem susuk ke blog tontonfilem. kalau sapa yang nak tgk temuramah dgn pengarah korang boleh sup sap ilang macam adlin aman ramli ke blog ajami atau korang nak tgk screenshot filem ini? terus saja ke blog siti azira.

macammana ida nerina and adlin aman ramli meloncat or sup sap ilang? that why korang kena tgk filem nih..mwahaha

    MyAvatars 0.2
  1. amir Said,

    terima kasih atas ulasan anda :-)

    sebenarnya hanya satu babak dalam filem ni (pembunuhan seorang lelaki dlm kondonya) yg di-shoot dgn HD. yang lainnya 35mm.

    bahagian yg dipotong oleh LPF hanya dua, kalau nak totalkan pun tak sampai 10 saat.

    [Reply]

    deennasour reply on August 8th, 2008 2:18 am:

    sama-sama~
    napa tak shoot dgn 35mm je yg kat kondo tuh? kamera berat nak angkat? hehe gurau jerk~
    owh thanks for the info, serius best!!!

    erm ye ke?
    tapi napa dgr2 filem ni sangkut lama sangat…
    tak de lah panjang sangat pon dok panas je filem nih..

    apa2 pun,,best!!!!

    [Reply]

  2. MyAvatars 0.2
  3. ajami Said,

    ermm.. kalau kau boleh faham, kenapa ada segelintir wartawan tak faham erk? :confused:

    ref: http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=newspaper&id=1009

    aku bg 5 tanda ‘good’ kacang ngan yin utk review kau! boleh? :thumbup::thumbup::thumbup::thumbup::thumbup:

    [Reply]

    deennasour reply on August 8th, 2008 2:38 am:

    :cry:terharu…
    sbb tu taun depan ingat nak sambung blaja dlm komunikasi media [kewartawanan]
    tapi tgh pening gak nak pilih apa..hoho.
    kerjaya skang pon dah ckup seronok!!

    erm thanks ajami for the kacang nyan yin ituh…hehehe~

    [Reply]

  4. MyAvatars 0.2
  5. amir Said,

    tempoh 2 tahun tak le panjang sangat. apa banyak filem melayu lain (antoofighter, los & faun, dayang) yg ‘terperap’ lebih lama. tapi silap kami ialah kami gembar-gemburkan masa shooting lagi, jadi ramai org ingat filem ni dah siap lama dan bermasalah. dari sini saya belajar, lain kali kalau nak buat filem, cite kat org bila nak dekat tarikh tayangan je ;-)

    ya, kondo tu kecik sangat utk bawak masuk peralatan dan kamera filem. (lagipun kena shoot sebelum jiran komplen).

    [Reply]

    deennasour reply on August 8th, 2008 2:43 am:

    jonny bikin filem lak? mwahahaha…
    owh that why ek, gembar gembur awal sangat..hehe, betul gak tuh, sbb taun lepas, hari perarakan merdeka ke-50, dah nampak poster yang tercalon best poster tuh awal2 dah nampak kat tepi jalan..besar lak tuh…..dkt bangunn mara..hehehe :grin:

    citer bila dekat tarikh tayangan..good2. tapi jangan cerita lambat o cerita sikit mcm JARUM dan PENSIL sudah le…tak ada orang masuk panggung..
    tapi tadi dekat sunway piramid, PANGGUNG PENUH!!! syabas!!! berjaya tarik audiens

    hehe,kelakar lak bab kondo tuh, dah agak dah kamera filem tuh..berat dong~

    [Reply]

    Izzudin reply on August 8th, 2008 4:09 pm:

    cicakman 2 tak gembar gembor pon? :cry:

    [Reply]

  6. MyAvatars 0.2
  7. amir Said,

    nak komen sikit pasal scene konsert tu:

    sebenarnya utk dapatkan ekstra utk jadi penonton taklah susah atau mahal sangat dan memang pada awalnya sepatutnya begitu. tapi kemudian masa shoot tu, kami rasa: scene ini dilihat dari sudut pandang Soraya, dan dia harus terlalu ghairah dan ‘perasan’ sebab dapat pas VIP, hinggakan dia rasa bahawa 2 diva tu menyanyi hanya untuk dia (Soraya) sorang. Jadi sebab itu dia tak hirau/nampak penonton lain di depan pentas [dia berdiri di tepi pentas]. Itu niat kami ler. Kalau niat tu tak sampai, itu kesilapan kami. ;-)

    [Reply]

    deennasour reply on August 8th, 2008 3:18 am:

    owh, bagi saya lak “that is konsert, so nak tgk la betapa konsert gah “diva” tuh, maybe dapat satu longshot audiens pun okays, and then tunjuklah reverse angle suraya and closeup muka dia yg happy tuh” bagi saya leee…pandangan je ek, jgn le marah :D

    erm, tapi kalau itu dirasakan, diterima!
    “setiap yang berlaku ada sebab dan puncanya”
    so okays lah tu…mungkin orang lain tak kesah kot babak konsert tu.
    setiap orang ada cara sndirikan~

    moga2 filem ni dapat byk anugerah. good luck!
    terima kasih atas responding tuh

    :grin::grin::grin:

    [Reply]

  8. MyAvatars 0.2
  9. Jiran Gosip DeennasoouR Said,

    wah wah wah..
    mcm best..tapi xde mood nk tgk
    mengapekah?*tetibe

    nk tgk the mummy..huhu:cry::cry::cry::cry:

    [Reply]

    Aamir reply on August 8th, 2008 2:35 pm:

    perghh … ingatkan aku nak pi tgok the mummy … tapi sebab bnda2 yg x sptutnya blaku rasanya … nak tgok susuk la plak … nak rasa gak keseraman yg deen rasa … hehehe

    [Reply]

    Izzudin reply on August 8th, 2008 4:10 pm:

    aku nak nengok citer tamil lah… :smile:

    [Reply]

    deennasour reply on August 8th, 2008 7:18 pm:

    Jirangosip~eh, sokonglah filem tempatan!!

    Aamir~nama kau dekat nak sama dgn nama pengarah susuk..hehe, silakan tonton wayang

    Izzudin~ pg le, tak ada orang larang..

    [Reply]

  10. MyAvatars 0.2
  11. buzzybug Said,

    nak tengok lah. hehe.. thanks deen for the review.

    [Reply]

    deennasour reply on August 8th, 2008 7:18 pm:

    baek tgk cepat!!

    [Reply]

  12. MyAvatars 0.2
  13. Izzudin Said,

    oi… siap perli2 lagi aku kate cgi tak besh… cgi tak besh tuh time api2 sgala bagai… light sangat.. cube pekatkan sket… :question:

    [Reply]

    deennasour reply on August 8th, 2008 7:19 pm:

    tgk kat monitor komputer tak sama dgn tgk kat layar perak!!
    so silalah ke panggung utk merasai CGI nya dgn lebih dekat~
    jgn la terasa dik oii~

    [Reply]

  14. MyAvatars 0.2
  15. kreuger Said,

    Salam deen…
    ekekek.. aku nak komen pasal citer orang aku tak pandai.
    Tak belajar pon. dulu skolah pondok. Muahaha…

    Saje gatal nak sebok kat entri terbaru nko ni.

    Kreuger®

    [Reply]

    deennasour reply on August 8th, 2008 7:19 pm:

    tak pandai nak komen cerita orang, bwat la cerita sendiri..hehe
    gatal!

    [Reply]

  16. MyAvatars 0.2
  17. Afham Said,

    selamat aku bukan kaki cam korang..

    [Reply]

    deennasour reply on August 9th, 2008 1:52 am:

    erm, kaki wayang la best~

    [Reply]

  18. MyAvatars 0.2
  19. kak Lenny Said,

    kau punya review ni deen buat kak lenny nak gi tengok. walaupun waktu tengok the making dah nampak spoil Sofea Jane nyanyi miming suara sheila majid (tapi ye ke? Atau aku salah teka?). Anyway, nak cari masa yg sesuai dan pi tengok.

    [Reply]

    deennasour reply on August 9th, 2008 1:53 am:

    anda patut tgk!!
    alah, citer industan pon miming,tgk la dulu baru tau..hehe

    [Reply]

  20. MyAvatars 0.2
  21. Mohd Hafifi Said,

    dari ulasan Deen, cite ni mcm best..nak ajaksape p tgk ye..

    [Reply]

    deennasour reply on August 10th, 2008 2:49 am:

    ko nak ajak aku pon boleh~
    hehe

    [Reply]

  22. MyAvatars 0.2
  23. oasis Said,

    assalamualaikum anda dijemput ke http://www.duniaoasis.blogspot.com untuk berkarya berkaitan agama islam

    [Reply]

    deennasour reply on August 10th, 2008 2:49 am:

    terima kasih, tunggu bila ada kelapangan~

    [Reply]

  24. MyAvatars 0.2
  25. razifmustapha Said,

    apsal la orang melayu suka sgt buat citer hantu pastu citer cinta….. adoii………..

    [Reply]

    Izzudin reply on August 10th, 2008 12:44 am:

    komedi?

    [Reply]

    deennasour reply on August 10th, 2008 2:51 am:

    razif~ sbb orang melayu suka tgk~

    izzudin~ pun orang melayu suka tgk~

    [Reply]

  26. MyAvatars 0.2
  27. emme Said,

    Salam deen, aku pun nak tengok la… ulasan ko ni bagus la. :)
    Razif - Abis tu mat salih suka buat filem aksi + lucah + cartoon… adoi… :P

    [Reply]

    Izzudin reply on August 10th, 2008 12:44 am:

    cenggitu la menarekk :rolleyes:

    [Reply]

    deennasour reply on August 10th, 2008 3:01 am:

    emme~ pg le tgk, kang abes lak tayangan..hehe

    izzudin~ ko minat kartun jerk

    [Reply]

  28. MyAvatars 0.2
  29. anap_ilmi Said,

    eh..ur comment lebey kurang ah dgn my comment…lepas dah kuar tu..kami amek masa lebey kurang 10-15min tuk dgr balik penerangan cerita dr mmbr yg paham…huh..tabah..

    [Reply]

    deennasour reply on August 10th, 2008 3:03 am:

    anap_ilmi~ erm, saya tak perlu orang terangkan, sbb dah paham, pk sendiri,
    jalan cerita ni mcm drama KAMI kat 8tv tuh….tunggang terbalik, penonton perlu pk sendiri~

    [Reply]

  30. MyAvatars 0.2
  31. janggeltrekker Said,

    Tak best!! Tak Best!!! TAK BEST!!!!:confused:

    [Reply]

    deennasour reply on August 18th, 2008 12:15 am:

    ilek la bro! hehee

    [Reply]

  32. MyAvatars 0.2
  33. a m r i Said,

    susuk panasss, aleeza kassim pedasss. :lol:

    [Reply]

    deennasour reply on August 18th, 2008 12:16 am:

    hidangan waktu malam~

    [Reply]

  34. MyAvatars 0.2
  35. ecahkoop Said,

    kawan akak kate tak best….so akak tanak la g tgok…

    nak tgok wall -e:mad:

    [Reply]

    deennasour reply on August 18th, 2008 12:16 am:

    citarasa orang lain2~

    [Reply]

  36. MyAvatars 0.2
  37. JAD Said,

    Watched that movie. Ok gak rasanya. Tak la seram nak jerit peluk2 bagai tapi quite heavy and kena pikir. Jalan cerita pun smooth flowing. Tapi satu je tak paham. Why chicken?

    Ada gak buat review on this movie. This is totally from someone yg cuma suka tengok tv with no filming background. the majority of the mass market i suppose :)

    http://my-imans.blogspot.com/2008/08/susuk-movie.html

    [Reply]

    deennasour reply on August 22nd, 2008 3:37 am:

    smooth flowing? boleh la gak cakap camtu, meski pon fening tgk, sbb dua plot bergerak sama tapi tak serupa…kikiki,

    kenapa ayam?
    sbb ayam kan salu dijadikan pengeras utk apa2 acara kedukunan atau bomohan?
    tak kan tak tgk citer melayu b4 nih?

    ok2, i’ll read your review, sorry late reply~

    [Reply]

  38. MyAvatars 0.2
  39. Meidoco Said,

    Baru saja tengok wyang ni petang ni. Best ooo…. Possibly,wayang antu paling syok tahun 2008 nie..^^

    Sedar tak waktu Rozana bawa Soraya masuk kereta time2 ujan tu (lepas konsert tanpa penonton lol),kalau kamu tgk kat blakang c Kamal (boyfriend Rozana) tu ada orang rambut panjang bermisai/janggut berdiri di belakang… Tu kalau tak silap sia bukan si Doktor Palsu kat Zombie Kampung Pisang tu ka?:confused:

    [Reply]

    deennasour reply on August 22nd, 2008 3:36 am:

    mwahaha, terima kasih kerana paham and syok tgk cerita hantu paling disalah anggap tahun nih~
    mesti amir muhammad suka bila ramai gak yg hargai karya beliau~

    sedar~ hehe, doktor palsu citer zombi and vokalis baru citer rock…
    hahaha, dia la tu kot~
    perasan gak~

    [Reply]

    Meidoco reply on August 22nd, 2008 10:15 am:

    Akan datang:

    “Susuk VS Zombie; Perang Terbesar di Kampung Pisang”

    :lol:

    [Reply]

  40. MyAvatars 0.2
  41. myadlan Said,

    hai..
    sebuah reviu yang baik.. boleh la..baru juga menonton.
    cek la blog sy ada reviu psl citer ni jugak..

    p/s - drp tgk wall-e baik tgk citer susuk.. :)

    [Reply]

    deennasour reply on August 22nd, 2008 3:38 am:

    hai, thanks
    baru menonton? best tak? best kan?
    hehehe

    yup2, i’ll check your review soon~

    [Reply]

  42. MyAvatars 0.2
  43. kasih Said,

    apa pun,susuk mmg best.mengajak penonton berpikir sambil berjalan ke kereta di car park..(aku le org nya tu).
    it;s really different from other horror movies.
    cuma sedikit confuse..
    saper perempuan yg mcm ida nerina yg berambut keperangan masa upacara me”nyusuk” si soraya tu??

    [Reply]

Add A Comment

:confused: :cry: :exclaim: :grin: :lol: :mad: :question: :rolleyes: :sad: :smile: :wink: more »