11
tentang
Posted by terbaek!Dilahirkan hasil perkongsian kebahagiaan mak dan bpk deen, deen lahir tanggal 4 februari 1988 di hospital umum miri,sarawak. Dilahirkan kedua sebagai anak lelaki pertama selepas 6 orang berturut-turut adalah perempuan iaitu kakak-kakak deen. Kemudian muncul adik perempuan deen dan adik lelaki deen dan sekarang deen mempunyai 9 orang adik-beradik.
5 orang kakak deen dah pun mendirikan rumah tangga dan masing-masing mempunyai rumah sendiri dan kadang-kadang iaitu pada hari persekolahan, sunyilah rumah. Deen perkenalkan kakak-kakak deen ya. haha…
- kak long - seorang guru dan ibu kepada 3 orang anak iaitu Andi Nurul Ilmi, Andi Izzat Ikhwan dan Andi Aida Atiqah.
- kak eja - juga seorang guru dan ibu kepada 3 orang anak iaitu Adriana Hanis, Adriana Maisyarah dan yang baru lahir tahun 2008 ni tadi ialah Muhd.Shamim Hanif..welcome boy!!
- kak jah - seorang ibu tunggal yang tabah dan ibu kepada Nurathirah… dan bekhidmat bakti di hospital umum miri
- kak lia - lagi seorang guru di giatmara dan ibu kepada Najla Azzahra
- kak wie - sorang suri rumah tangga dan kaki internet macam deen, ibu kepada Damia Mirza dan Mirza Irdina….
- kak mas - masih solo dan pemegang diploma dalam elektrik dan elektronik kawalan dan sekarang bekerja di shell miri…
- deennasour - seorang pelajar part time dan pekerja sepenuh masa…wee~
- adik tieah - seorang pelajar pra-universiti di miri
- adik hafis - baru masuk form 1 dan dpt upsr ari tu 5A 1B [dia ambik arab daaaa]
So, deen ada 6 kakak dan 2 orang adik serta ada kira-kira 10 orang anak buah atau anak saudara..haha, ramai sungguh cucu mak deen dan cicit nenek deen…..Walaupun ramai cucu2 mak deen, tapi rumah sunyi apabila musim sekolah kerana masing-masing iaitu kakak deen balik ke rumah diorang sendiri….
Maka sunyi sepilah rumah yang mempunyia 8 bilik tidur itooooooo…. deen pula suka tukar-tukar bilik tdoo sbb bilik kosong, deen pun suka-suki lah tukar-tukar bilik..haha..

mak and bapak masa anta deen kat airport nak pg KL

wirawati masa depan negara

dari kiri, damia mirza, adik tieah and kak mas

kak lia dan anaknya yg comey najla azzahra
