Jul
19
Posted by deennasour
Kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang internet, kalau ada umur yang panjang, korang datang kl gua hampar red carpet…[tetiba nak berpantun]
owh ya, sekarang ini, internet gua dah kena potong oleh maxis yang kedekut itu, baru tak bayar sikit jek, dah nak potong terus, kalau tak silap 3 bulan tak bayar baru nak potong..cis kau Jebat!!!! erm, tak apa, tak apa, negara kita sudah maju, wifi-hotspot berlambak2 kat kl nih, skang deen sedang berada di KFC kelana jaya section 5….saje je testing power set makanan baru depa iaitu toasted twister…..
so apa pandangan deen pasal makanan kfc yang baru ni?
psst: ini bukan pasal makanan jerk..pasal kontroversi di dalam nya…saje je cover muka depan…
so terjah!!! Read the rest of this entry »
Jul
03
Posted by deennasour
fuh, minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk!!!! minggu ni pun agak sibuk, tapi malamnya boleh relax…so, apa lagi, enjoy puas2 selagi ada masa ni, kang tak ada masa susah nak enjoy…
bulan ni bulan budak2 baru masuk ipt samaada utk sambung diploma ataupun ijazah pertama..tahniah kat korang yang dapat masuk ipt tuh, blaja rajin2…yang deen tau, Wawa dapat kat universiti kat cheras sambil aarchkaiser lak dapat kat uitm shah alam…aarch dekat sikit dengan deen, tapi si wawa tuh jauh la plak, tapi tak pe, ada masa kita kuar sama2 kak ecahkoop blanja, tak pun encik Kreuger blanja makan kat KLCC sbb tak lama lagi kita makan nasi minyak beliau…kih kih kih…doakan brother kreuger yang dah nak jumpa bakal pak mertua beliau kat kedah…haha, mai kedah, balik kl bawak padi naaa~ Read the rest of this entry »
May
16
Posted by deennasour
Hor hor hor, laju laju menonton wayang, cerita ini ditunggu-tunggu, sebab deen dah tengok the number one, so kena tengok lah yang sterusnya..okays. 15 Mei dah wey!! ayuh2….deen seperti biasa, sejak kebelakangan ini salu tengok wayang dengan Shahrin and the geng. Tak pon sorang2…kwang3…tapi kali ini deen bawak sorang member baru deen iaitu bro Azrul. Actually dia ni dak baru kat opis deen, dia keje bahagian makmal, asal melaka, makanya bawak le jalan-jalan-jalan sambil menonton wayang, saya kan baek hati….wayang start pukol 9 malam, 12 tiket di booking, ntah Shahrinz, ramai sgt ke member nya? deen pon tak tau…. Read the rest of this entry »
Feb
05
Posted by deennasour

Hari ini dalam sejarah, deen kini dah berada di satu peringkat umur yang lain, alamak!! macam tak percaya pula!! Selamat Hari Lahir wahai deennasour…hehe…. ya ya, deen dah makin besar, dah ada misai tumbuh, janggut pun ada sehelai dua yang tertumbuh, haha, biarlah, walaupun hanya 2 helai, hahaha…dapat pahala tau simpan janggut ni….
Read the rest of this entry »
Feb
04
Posted by deennasour
Hari ahad bersamaan dengan 3 Februari 2008 adalah hari cuti daripada berkerja di kebanyakan tempat kecuali terengganu,kelantan dan kedah [ada lagi tak?]….maka kebanyakan orang juga semestinya berehat di rumah atau pun bersantai bersama keluarga ataupun bercuti-cuti Malaysia….tetapi deen, kerja plak!!!!
Sudah diketahui oleh rakan-rakan bloggers, deen sekarang tengah sibuk dengan kerja, sampai deen terlupa nak daftar MUET [malaysia university english test] yang tarikh tutup 31 Januari 2008….alamatnya, teruk ah deen, sbb format nya akan di tukar selepas ini….. deen baru ingat nak daftar lepas baca blog saudari IDA tapi semuanya sudah terlambat…padahal selalu adik deen remind deen, tapi, deen ni seorang yang agak pelupa dan sibuk sangat sekarang ni……
Tak pa, let by gone by by gone, penyelesaian nya, tunggu untuk ujian seterusnya pendaftaran bulan ogos kot…lama lagi…..Deen dapat tugas berlambak-lambak sekarang ni memandang kan pilihan raya dah nak dekat, so sebagai sebuah syarikat media, kitorang banyaklah nak kena buat iklan lah, dokumentari pembangunan negerilah, dan deen sebagai editor, kenalah jalankan tugas yang diarahkan seperti cari shot yang nak digunakan, edit itu ini, dan terbaru, deen diarahkan secara bidan terjun untuk mencari kira-kira 100 shot!!! tak dapat deen bayangkan…. masa tu otak deen tiba-tiba blank dan blur….kawan-kawan deen yang jumpa deen, deen tak dengar pun apa diorang ckp, deen hanya memandang mulut mereka dengan perasaan kosong..mulut je gerak tapi deen tak dengar apa diorang ckp [ dpt bayangkan?]
Tak pa, itu dah tanggungjawab deen, kenalah pikul, bukan berat sangat, takat 100, bukan 200 [think positive k]. Tapi, apa kena mengena dengan ajinomoto? Ini baru kisah hari ahad 3 Februari 2008…ya ya, deen bekerja hari ini…tapi tak kesah lah nak turun kerja pukul berapa kerana ini dikira overtime, so suka hati laki mak bapak tiri deen nak datang pukul berapa….lepas je mandi, cuci baju, sidai baju, deen pun gerak ke opis kira-kira pukul 12 tgh hari dan sampai kira-kira pukul 1 petang….deen kena cari shot atau bahan untuk treller pembangunan wanita, dan masyarakat..so tunggu lah iklannya nanti di kaca tv anda, mula2 iklan tu ada montaj warna ungu diikuti sengan shot2 yang dicrop bulat dan keluar satu-persatu[paham?] tunggu ajalah~
Lepas jerk deen jumpa shot-shot tu yang deen carik dalam berpuluh2 DS tape, deen kena transfer plak ke dalam BetaSP kerana studio eiting yang edit treller tu nak bahan dalam betaSP….lalu deen dan seorang senior editor pergi lah ke studio luar itu iaitu CINEQUIP yang merupakan syarikat yang juga mengedit drama Jelatang di tv3 sekarang ini…….syarikat tersebut edit video guna software AVID EXPRESS yang deen rasakan complicated…tapi tak pa..boleh belajar….
Mana ajinomoto nya? ya ya sabar…abeh je pergi CINEQUIP, balik le, kira-kira pukul 9.30 malam dah….deen singgah ke restoran mamak Jamal Mohammed, dan order nasi goreng pattaya!!! Dan tiba2 tukang masak tu keluar dari dapur dan panggil deen dari jauh, dia tunjuk2 plastik kosong kepada deen…. [aik, plastik apa tu? apsal mak cik ni? dia kutuk muka deen macam plastik kah?] Lama deen renung plastik tu, rupa2 nya plastik ajinomoto la….mak cik tu nak kata, ajinomoto abis…ek eleh, caman beh abis…..??? dalam hati deen [penting sangat ke ajinomoto tu?]
Then, sorang pekerja pg bawak seplastik ajinomoto baru, nah ada pun, kecoh lah mak cik tu, ntah-ntah nak tackle deen…haha….dalam beberapa minit sampai la nasi itu, dan deen pun melantak sampai tak ingat dunia~ wakaka…abes~tak rasa skema ke ayat deen kali ni?
p/s : deen nak tanya…penting sangat ke ajinomoto tu? apa rasa ajinomoto tu? kalau tak ada tu tak bleh masak ka? bleh tolong jawab tak?