Feb
05
Posted by deennasour

Hari ini dalam sejarah, deen kini dah berada di satu peringkat umur yang lain, alamak!! macam tak percaya pula!! Selamat Hari Lahir wahai deennasour…hehe…. ya ya, deen dah makin besar, dah ada misai tumbuh, janggut pun ada sehelai dua yang tertumbuh, haha, biarlah, walaupun hanya 2 helai, hahaha…dapat pahala tau simpan janggut ni….
Read the rest of this entry »
Feb
04
Posted by deennasour
Hari ahad bersamaan dengan 3 Februari 2008 adalah hari cuti daripada berkerja di kebanyakan tempat kecuali terengganu,kelantan dan kedah [ada lagi tak?]….maka kebanyakan orang juga semestinya berehat di rumah atau pun bersantai bersama keluarga ataupun bercuti-cuti Malaysia….tetapi deen, kerja plak!!!!
Sudah diketahui oleh rakan-rakan bloggers, deen sekarang tengah sibuk dengan kerja, sampai deen terlupa nak daftar MUET [malaysia university english test] yang tarikh tutup 31 Januari 2008….alamatnya, teruk ah deen, sbb format nya akan di tukar selepas ini….. deen baru ingat nak daftar lepas baca blog saudari IDA tapi semuanya sudah terlambat…padahal selalu adik deen remind deen, tapi, deen ni seorang yang agak pelupa dan sibuk sangat sekarang ni……
Tak pa, let by gone by by gone, penyelesaian nya, tunggu untuk ujian seterusnya pendaftaran bulan ogos kot…lama lagi…..Deen dapat tugas berlambak-lambak sekarang ni memandang kan pilihan raya dah nak dekat, so sebagai sebuah syarikat media, kitorang banyaklah nak kena buat iklan lah, dokumentari pembangunan negerilah, dan deen sebagai editor, kenalah jalankan tugas yang diarahkan seperti cari shot yang nak digunakan, edit itu ini, dan terbaru, deen diarahkan secara bidan terjun untuk mencari kira-kira 100 shot!!! tak dapat deen bayangkan…. masa tu otak deen tiba-tiba blank dan blur….kawan-kawan deen yang jumpa deen, deen tak dengar pun apa diorang ckp, deen hanya memandang mulut mereka dengan perasaan kosong..mulut je gerak tapi deen tak dengar apa diorang ckp [ dpt bayangkan?]
Tak pa, itu dah tanggungjawab deen, kenalah pikul, bukan berat sangat, takat 100, bukan 200 [think positive k]. Tapi, apa kena mengena dengan ajinomoto? Ini baru kisah hari ahad 3 Februari 2008…ya ya, deen bekerja hari ini…tapi tak kesah lah nak turun kerja pukul berapa kerana ini dikira overtime, so suka hati laki mak bapak tiri deen nak datang pukul berapa….lepas je mandi, cuci baju, sidai baju, deen pun gerak ke opis kira-kira pukul 12 tgh hari dan sampai kira-kira pukul 1 petang….deen kena cari shot atau bahan untuk treller pembangunan wanita, dan masyarakat..so tunggu lah iklannya nanti di kaca tv anda, mula2 iklan tu ada montaj warna ungu diikuti sengan shot2 yang dicrop bulat dan keluar satu-persatu[paham?] tunggu ajalah~
Lepas jerk deen jumpa shot-shot tu yang deen carik dalam berpuluh2 DS tape, deen kena transfer plak ke dalam BetaSP kerana studio eiting yang edit treller tu nak bahan dalam betaSP….lalu deen dan seorang senior editor pergi lah ke studio luar itu iaitu CINEQUIP yang merupakan syarikat yang juga mengedit drama Jelatang di tv3 sekarang ini…….syarikat tersebut edit video guna software AVID EXPRESS yang deen rasakan complicated…tapi tak pa..boleh belajar….
Mana ajinomoto nya? ya ya sabar…abeh je pergi CINEQUIP, balik le, kira-kira pukul 9.30 malam dah….deen singgah ke restoran mamak Jamal Mohammed, dan order nasi goreng pattaya!!! Dan tiba2 tukang masak tu keluar dari dapur dan panggil deen dari jauh, dia tunjuk2 plastik kosong kepada deen…. [aik, plastik apa tu? apsal mak cik ni? dia kutuk muka deen macam plastik kah?] Lama deen renung plastik tu, rupa2 nya plastik ajinomoto la….mak cik tu nak kata, ajinomoto abis…ek eleh, caman beh abis…..??? dalam hati deen [penting sangat ke ajinomoto tu?]
Then, sorang pekerja pg bawak seplastik ajinomoto baru, nah ada pun, kecoh lah mak cik tu, ntah-ntah nak tackle deen…haha….dalam beberapa minit sampai la nasi itu, dan deen pun melantak sampai tak ingat dunia~ wakaka…abes~tak rasa skema ke ayat deen kali ni?
p/s : deen nak tanya…penting sangat ke ajinomoto tu? apa rasa ajinomoto tu? kalau tak ada tu tak bleh masak ka? bleh tolong jawab tak?
Jan
20
Posted by deennasour
“erm, oklah deen try, nasi goreng Chiang Mai,”
kata deen masa Kak Ina [officemate deen] offer deen rasa nasi goreng Chiang Mai…
Korang janganlah ingat deen berada kat Thailand plak,
Alkisahnya…..
Pada hari Khamis bersamaan dengan 17 Januari 2008, bos deen panggil, dia suruh masukkan latar kata @ suara latar dalam trailer pilihan raya deen tempoh hari.. korang ingat tak?
kan deen ada post satu entri bertajuk
Im Done? Trailer tu rupa-rupanya nak di masukkan lagi latar kata, so deen kene bergegas ke Subang pada hari itu juga…deen pergi dengan Kak Ina dan En.Wong [penerbit] pada pukul 10 pagi untuk menyiapkan trailer itu…..
Kira-kira pukul 12 camtu, proses penambahan dan pembaikpulihan trailer itu dihentikan atas sebab kekurangan bahan….adey, masalah! Dan waktu tengahhari, automatik perut akan berbunyi krek krok krek krok mintak di isi…lalu, deen, Kak Ina, En.Wong, dan rasanya semua kakitangan studio editing kat Subang tu keluar makan termasuklah bos studio iaitu En.Syerif….
Kitorang pergilah ke sebuah restoran yang diberi nama Restoran Jasbani yang menyediakan masakan Tom Yam dan kira specialist masakan Siam lah…
Dan masa tu, deen ingat nak order makanan kegemaran deen iaitu Nasi Ayam atau Nasi Goreng Ayam, tapi Kak Ina offer deen rasa Nasi Goreng Chiang Mai, so deen pun order lah….
Ting ting,,dalam kira-kira 10-15 minit, sampai lah makanan yang di order tadi,
jeng jeng jeng….
[bila dah makan sesuap, baru ingat nak ambik gambar hehehee, jangan marah ha]
Ok, nasi goreng ini, seperti dalam gambar berwarna kuning, janganlah tanya deen macammana nak buat nasi tu warna kuning, sebab deen tak pandai masak, kat umah ada 6 orang kakak, hehe… mungkin campur kunyit, tak pun campur kuning telur atau perencah kari maggi atau masukkan pewarna…hahaa…
Bersama-sama sepinggan nasi di letakkan telur goreng yang digoreng hancur dan ada kuah plak rasanya macam sos cair, sedap gak….desebelah telur goreng hancussss tu, ada sambal yang dibuat dari buah asam, [tau tak buah asam?] yang dipotong halus, rasanya masam, tapi ok juga…
di sebelah sambal buah asam, disediakan pula udang goreng yang dikopek dah kulitnya dan digoreng bersama tepung, wah, rangup seh…..
Dan bagi menambahkan rasa, disertakan juga sos cili thai yang manis pada mangkuk kecil…
So, Nasi Goreng Chiang Mai ni semua rasa ada, manis[sos cili thai] masin [telor hancuss] masam [sambal buah asam] dan rasa rangup enak udang gorengnya….. Rasa pahit tak ada lah, tapi kalau nak, boleh suruh tukang masak goreng nasi sampai hangus, hahaha…
Sapa-sapa nak try boleh pergi ke Restoran Jasbina di Subang 2 yerp,
sapa-sapa yang terbaca ni, dan tengah mengidam, deen tak nak tanggung ek, hehehe….
alhamdulillah kenyang perut…semua kos makan dan minum di sponser oleh bos studio editing Zaftrad Services iaitu En.Syeriff..thanks..
[deen ambil gambar dengan kamera handphone N70 kepunyaan Kak Ina]
p/s : ingat, filem Cuci akan keluar pada 24 Januari 2008 ni, deen pergi tengok tayangan pukul 7 ptg insyaallah, ada yang nak ikut? tapi duit sendiri, wakakaka