Pada kira-kira pukul 9-10 malam hari ahad bersamaan dengan 3 Februari 2008 ni tadi, deen kan pergi makan malam kat Restoran Jamal Mohammed, biasalah rumah deen tak ada dapur gas nak masak, so makan kat luar la hari-hari…………..sebelum pergi ke restoran, deen sebenarnya singgah jap kat kedai runcit kat sebelah mamak tu, nak beli bateri jam loceng deen yang tak nak bunyi, bateri low power lah tu….
Oh ya, buat yang tak tau, deen dok kat kelana jaya,selangor, dan berhampiran dengan wisma FAM [football association of malaysia] iaitu tempat-tempat para pemain-pemain bola sepak malaysia berteduh dan menjalani latihan….so, selalu la deen nampak wira-wira negara kita ni, tapi deen salu nya buat besa ja, alah, diorang bukan nya menang piala dunia pun nak bangga2 [saja kasi naikkan semangat diorang supaya rajin lagi berlatih]…
Masa nak beli bateri tu, adalah 2 orang pemain bola ni, muda lagi, agak2 nya pemain bawah 23 tahun kebangsaan kot, tapi deen tak cam dan ingat nama dorang, kalau zaquan,zafuan atau adney, kenal lah kan? diorang glamour….deen cam ldiorang sebagai pemain malaysia sbb baju diorang lah….yang deen nak cerita ni sebab masa deen tunggu diorang nak bayar barang yang dibeli tu, diorang rupa-rupanya beli rokok lah~ dunhill lagi tu, wah, camner ni? ahli sukan hisap rokok? Mana nak bentuk stamina? Kalau dah merokok mesti tak tahan main selama 90 minit…patut lah sang harimau terkulai layu lepas main selama 30 minit sahaja…apa daaa….teruk betul!!!
Deen bukan nak serkap jarang, mungkin rokok tu orang lain kirim ka, kan? tapi pelik ah rasanya….Pas tu, deen buat tak kesah, cuma agak hairan dan sedikit kecewa jika rokok tu diorang yang punya dan hisap…Deen pun masuk le mamak nak makan, sebab lapar, deen duduk kat dengan tv, saja nak tengok bola, depan deen ada sekumpulan lelaki…tengok2,,eh eh, macam kenal,,,laaaa, rupa-rupanya pemain bola sepak Malaysia gak, tapi senior lah, seperti Safie Sali, Shukor Adan,Norhafis Zamani Misbah dan ada lagi deen tak kenal…. diorang macam manusia besalah, sembang2, minum, tapi tak makan lah, minum jerk…haha.
Mula-mula deen tak ambik hal dengan diorang sehinggalah deen terhidu bau rokok dan ternampak kepulan asap~ rupa-rupanya seorang daripada mereka merokok daaa..alamak, mampos lah macam ni? macammana nak ada stamina kalau merokok? adui, teruk ah!!!! deen memang kecewa sangat2 tengok pemain dan harapan negara kita berwatak sedemikian, tapi yang pasti nya yang merokok tu bukan Safie dan Shukor….haha…teka2….. dan deen tertarik tengok watak safie sali yang cool dan relax je, tak lah nampak kerek berbanding yang lain…sorry ek!!! hahaha….
Nak tahu lebih lanjut pasal bola sepak negara kita? Jenguk2 le laman web FAM, tapi skang laman web tu tengah renovate..so boleh jenguk wikipedia jerk la…
Aloo~ Minggu yang meletihkan sudah berlalu, walaupun agak letih, tapi seronok juga…hari-hari main bowling, tak permah deen buat..deen rasa dah banyak gak pusat bowling dah deen jejak, dari Summit Subang, ke Sunway Pyramid, ke Cineleisure Damansara, ke Mid Valley MEgamall,, dah banyak jenis lantai deen rasa dah…wee~
Dan hari pertandingan pun bermula, pada 27 Januari 2008, Kejohanan Bowling Antara Media Massa Selangor…… fuh sebanyak 35 kumpulan yang menyertai pertandingan ini, terdiri daripada Filem Negara, TV3, RTM, ASTRO, KARANGKRAF, dan banyak lagi media lain. Rakan artis turut menyertai pertandingan ini seperti Khai AF1 yang mewakili ASTRO, Zainal Alam Khadir pengacara Wayang Kita Astro mewakili Tayangan Unggul……
Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang dan selain kategori berkumpulan, markah setiap pemain juga diambil untuk menentukan juara perseorangan…sebanyak 3 game telah dipertandingkan bagi menentukan pasukan media manakah yang hebat bermain bowling dan pasukan media manakah yang tahu kritik jerk pemain kebangsaan main bowling sedangkan mereka tak tau main bowling..haha
[dari kiri; Abg Din, Hakim, Kak Yanti, Yanie dan Ayie]
Deen berada dalam kumpulan ehem ehem satu…wee, terdiri daripada Abg Fazly, Hakim, Kak Yanti dan deennasour….. opis kitorang telah menghantar dua team dan team satu lagi diwakili oleh Abg Din, Abg Azmi, Charles dan Ayie..simpanan pula Yanie~ Lalu bermulalah pertandingan tersebut….. deen main amatlah teruk sekali, stamina dah kurang, tambah lagi penat, dan tangan memang tak ada ummp lah, teruk sangat lah deen main ari tu…tapi teruk pun, sampai gak seratus satu game..hehe..
[ini dia tonggak harapan Malaysia satu hari nanti, deen muda lagi, sebelah deen, Abg Fazly]
Keputusannya, deen dapat 129 jatuhan pin untuk game pertama.. game kedua pula deen cuba lebih fokus dan cuba sedaya upaya melakukan lebih banyak strike atau kurang-kurang pun spare… dan keputusannya, deen dapat 139 jatuhan pin untuk game yang kedua…..dan last game, adeh, memang lebih baik setelah mendapat sedikit sentuhan tenaga daripada 100 plus, hehe,,minuman itu sedap dong!! deen dapat 147 jatuhan pin untuk game yang terakhir..dan kesemuanya deen memperolehi kira-kira 415 jatuhan pin…
[tengok-tengok!!! anak sapa lah yang nak baling bola tu..isy isy isy, macam pro lah~ wee~]
Keputusan penuh, kumpulan deen telah mendapat tempat ke-10 daripada 35 kumpulan, oklah tu kan..tepuk tangan!!!!!!! dan acara individu…..ehem ehem, deen dapat tempat ke-58 daripada 97 orang pemain, oklah tu kan..tepuk lagi…wee~
Owh ya, masa hari pertandingan tu, wah, deen gembira jugak walaupun kalah, sebab tak sangka, kawan deen dalam friendster datang untuk memberi sokongan kepada deen, wah,,terharu eh.. Saudara Izwan sudi datang..hehe..dia tinggal dekat dengan deen, kelana jaya tapi kenal daripada friendster, berguna betul friendster kan? Thanks juga kepada kawan-kawan yang bagi sms kat hp deen atau pun kat blog ni atau kat friendster, so..thanks~
[saudara Izwan yang sudi datang, thanks eh, ambik gambar sorok2, dia tak nak diambik gambar]
p/s : Projek dan plan deen akan datang ialah 1~ majlis makan malam pada 4 februari 2008 sempena Hari Meraikan Media Selangor 2~ seingat deen, 4 februari ni adalah hari deen di…………………………… haha apa ya??? 3~ 7 februari 2008, deen akan tengok Dunia Baru The Movie…insyaallah. sapa2 nak ikut bleh ah join, selalu tgk wayang kol 7 ptg, hari khamis tau…..tiket bayar sendiri.hehe
Selamat menyambut Maal Hijrah, semoga tahun baru ini, kita beroleh lebih kejayaan, rezeki, dan keberkatan di dunia ini. Dan buat teman-teman bloggers, deen doakan kamu semua berjaya dalam bidang masing-masing….amiin……
Oh ya, sempena Maal Hijrah ni, deen nak kongsikan sebuah zikir, yang dipersembahkan oleh kumpulan nashid deen masa festival nashid tahun 2007 yang lalu, kumpulan deen nama Istiqam Baru, ustaz bagi, so kita terima seadanya, kami dapat tempat ke-4 dari 17 buah kumpulan tau. Walaupun berlatih kurang dari seminggu. Zikir ini hanyalah intro persembahan, nak dengar lagunya, klik sini.
Inilah zikir intro kami tu, solonya Awang Syazwan, tapi untuk 2 lagi lagu, deen dan fauzi. Kumpulan kami dapat markah tertinggi untuk solo diantara kumpulan tu..hehe.. so, dengarkanlah, orang puji suara harmoni kami untuk intro ni…..
Ok, 1 Muharram adalah cuti umum bagi negara kita, deen memang tak ada projek untuk cuti ni, just internet…tapi sebaik sahaja on9 ym, abang Fazly ajak main bowling………eh bukan main, berlatih bowling…
Berlatih? ya berlatih, sebab opis kitorang telah diundang untuk menyertai pertandingan bowling dan futsal antara Media di Selangor ni, so kenalah berlatih, kalau tak, macammana nak menang, tapi deen tak tau pun nama deen sebagai wakil opis ni, abg Fazly yang bagitau, tapi cuma simpanan……kenapa simpanan? entah, tak ada pun pemilihan!!! tak aci!! so jom lah tengok bakat deen main bowling, cukup sekadar simpanan atau pemain utama…haha..pertama kali lawan abg Fazly main bowling…hehe,,abg Fazly gak yang belanja ni, deen dah pokai……haha
Oh ya, turut serta adalah sorang lagi member deen iaitu Yanie, dia pun tersenarai mewakili opis kita untuk competition tu. Kitorang main 2 game dan dapat lane ujung sekali no.1~ Yanie bawak adik and mak dia sekali, so tak bosan lah….kecoh lah jadinya dengan gelak tawa…best!! shadowx19 a.k.a acul, rugi ko tak join…hehehe..
[nilah wajah-wajah bakal pemain bowling kebangsaaan,,,hehehe,,aku boleh lagi, muda..haha]
Dan, bermulalah, barisan peserta terdiri daripada Abg Fazly yang mewakili negeri KEDAH, Deennasour yang mewakili SARAWAK, YANIE dan adiknya DIANI mewakili PERAK.. haha…….pusingan pertama, permulaannya, keempat-empat peserta begitu memberi saingan dengan strike dan spare….tetapi lama kelamaan deennasour berjaya menunjukkan taringnya.. bahawa dia bukan hanya boleh diletakkan sebagai pemain simpanan untuk competition itu nanti.. [dari kiri, deennasour, yanie dan abg fazly]
Haha,,yes yes,,deen menang utk game yang pertama… dan bermulalah game yang kedua, kesemua peserta macam dah sejuk, masing2 teruk ah beb.. strike tak dapat2…spare je yang dapat..tidak!! dan semua merosot jumlah jatuhan spi walaupun bermacam-macam gaya dikeluarkan termasuk lah kuak kupu-kupu, lari dalam guni dan lompat bergalah, tetapi masih teruk lah balingan kitorang, dan keputusan nya…..
Dan begitulah hebatnya pemain-pemain bowling negara ini, dalam usaha menempatkan diri dalam sukan olimpik di Beijing tahun ini..[ perasan] Aktiviti hari ni diakhiri dengan makan-makan di Food Juction..dah abis dah……… Oh ya, filem Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid [rock, man laksa & zombie kpg pisang] dan pun ditayangkan hari ni, so seranglah pawagam berhampiran anda….]
[inilah yanie, adik dan emaknya yang sporting join anak main bowling]
p/s : so buat korang yang kata aku kerek, heh, mana ada, aku leh je dengan sapa2 kuar atau join aku kuar, aku tak pilih kawan lah~ meh meh meh…asalkan korang tak kerek leh le join aku yang tak hensem, dan tak pandai sal blog ni….tata..
coming jalan-jalan~ nengok wayang, hari pertama filem CUCI, 24 Januari 2008, insyaallah