Feb
28
Posted by deennasour
Hari ini, mungkin sesetengah dah tahu yang deen ada ujian bagi memastikan masa depan deen dalam bidang yang deen ceburi sekarang, kalau lulus, deen akan mampu menarik nafas lega dan boleh mula berfikir untuk melangkah jauh..Ujian di Hotel City Villa Jalan Tun Hussein Kuala Lumpur. Deen tidak ditemani mana-mana rakan dan tauladan dan pergi ke pusat peperiksaan dengan menaiki bas-lrt-monorail………dan sampai pad pukul 9.05 dan ujian bermula pada 9.30-10.30 pagi.
Alhamdulillah, deen berjaya menjawab semua soalan tetapi soalan itu teramatlah mengelirukan dan susah…adoi adoi adoi. Takut lah plak kalau gagal….kalau gagal kene repeat pada bulan 8 nanti…Result untuk STPM pun tak lama lagi kuar..adoi adoi adoi dan adoi lagi…semakin berdebar jantung ini..ibarat jantung pisang tergegar tatkala guruh berdentum-dentam. Ehem, apa kena mengena dengan LASKAR PELANGI-ANDREA HIRATA??? Read the rest of this entry »
Dec
03
Posted by deennasour
Malam yang sepi kadang-kadang menyebabkan aku terlalu bosan.
Aku meneliti buku yang pernah aku baca,tatap,peluk,cium,tikam, dan bermacam-macam lagi,,,
Ada buku yang memang syok di baca, dan ada yang sakit hati sangat, sebab bosan giler!!
Entah mengapa aku tergerak untuk ke beg yang menjadi tempat aku menyimpan segala macam
jenis buku dan mengambil buku yang bertajuk “Lantai T. Pinkie”
Aku membelinya ketika di KL Sentral sebelum terbang ke Sarawak untuk di baca di sepanjang perjalanan ke Sarawak. Ada 3 sebab mengapa aku membelinya.
1. Aku minat A.Samad Said
2. Aku tak dapat tengok pementasan teaternya kerana masih di Miri pada ketika itu.
3. Aku minat cover bukunya, Nasha Aziz [pelakon kegemaran aku]
Aku memang menyukai buku-buku drama, dan aku masih ingat lagi, antara drama yang aku suka baca adalah tulisan Usman Awang seperti Degup Jantungnya [kalau aku tak silap]
dan Lantai T.Pinkie adalah buku drama A.Samad Said yang pertama aku beli.
Aku tak tahu bagaimana ingin menceritakan perihal buku ini. Kalau sudah menjadi hasil karya Sasterawan negara, maka hasilnya tidak pernah mengecewakan.
So, sesiapa yang belum baca,sila baca memandangkan buku ini sudah lama wujud.
Malu plak bila aku baru sahaja mengetengahkan drama ini.
Tapi tujuan aku menulis post ini adalah untuk memaparkan gambar yang telah aku tangkap bersama buku Lantai T. Pinkie serta gambar penulisnya. aku gabungkan kesemuanya.
Lihatlah hasilnya…….
[Drama Nostalgia Lantai T.Pinkie]

[A.Samad Said Sasterawan Negara penulis drama Lantai T.Pinkie]

[inilah dia gambar yang paling aku suka, puas hati dengan hasil editing aku]
Nov
21
Posted by deennasour

Sinopsis : ADAM (AKU DARAH ANAK MALAYSIA)
DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA. DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA…
Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.
Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu…
REVIEW AKU apabila membaca novel ini, ialah, cerita ini mempunyai continuity yang menyebabkan aku tak nak berhenti membaca,,setiap babak cerita begitu berharga dan memberi persoalan demi persoalan.
Watak yang teguh dan kuat iaitu Hilman yang dihidupkan oleh penulis begitu berkesan sekali. Ia seakan-akan hidup.
setiap bab melangkah ke satu babak, dan ceritanya tidak lah secara terus menerus,novel ini lebih kepada penceritaan seperti drama tv,,,,
sememangnya tak rugi baca.
PATRIOTIK,KASIH KEPADA NEGARA,KELUARGA,ISTERI, DAN SIKAP BERANI ADALAH ANTARA MORAL YANG BEGITU MENONJOL DAN BERJAYA DIGARAP DENGAN KEMAS,,,,,,HAHAA,,
[pandangan remaja seperti aku]